Pages

Sunday, July 14, 2013

Jerebu

Macam mana keadaan jerebu di tempat saudara saudari?

Sudahkah berkurangan? Atau masih lagi berkabus dan sirna? Dah OK kan?

Apa apa pun, layan beberapa keping gambar yang sempat aku snap sepanjang jerebu melanda tempoh hari. Tempat adalah tak tetap, kejap di Damansara, kejap di Kajang, kejap di Putrajaya, berubah rubah tempat. Biasalah aku kan Supermeng, boleh berada di mana mana saja yang aku mahukan hanya dengan sekelip mata.

See??

Now aku bersiaran secara langsung dari dalam bra seseorang.

* pasang wiper

Layan koleksi memedihkan mata ini.

Putrajaya adalah ngeri di kala jerebu. Huduh !

Banyakkan solat minta hujan. Moga jerebu cepat berambus

Aku baru sekali masuk masjid ni. Mungkin aku yang kena solat mintak hujan. Kan?

"Bot bot pun tidak digalakkan bersiar siar, takut berlanggar antara satu sama lain" Tak de arahan sesapa. Aku suka suka je buat statement sebegitu

Monumen alaf baru yang kabur kabur

"Sila hentikan semua pembinaan, takut tersilap menyimen diri sendiri" Arahan kepada pekerja buruh

Pedih mata kalau memandu time time jerebu ni

Tingkap bangunan mesti cepat kotor, apatah lagi kereta !

Kalau memandu pun bahaya, jangan tersilap masuk lorong bayar tol sudah

Lagi lagi kalau tak nampak jalan

Nak bermeeting dan beraktiviti di luar pun terpaksa di kurangkan

Apa pun tak kelihatan

Jangan tak nampak tasik terus terhumban ke dalam

Tapi lagi parah kalau cubaan kau menyeksikan diri tapi orang tak berapa nak nampak ! " pegi cepat tutup aurat, nanti badan berdebu"

Hiks.

Dah. Tu je. Semoga masalah jerebu ini jangan berulang ulang lagi. Menyusahkan orang je. Nak bergerak susah, budak budak nak gi sekolah pun payah.

Sayangi alam kita, hindari perkara perkara yang merosakkan persekitaran !

Cepat cepat la jerebu berambus... bus.. os... os....

Dah dengar lagu jerebu belum? Calon untuk Anugerah Juara Lagu 2013 nanti. Hiks.

Enjoice.



Apa itu warna kelabu
Aku nampak macam lah debu
Oh rupanya itu lah
Oh jerebu

Nampak asap berdebus debus
Bila terhidu memang tak bagus
Wahai kabus, bila kau
Hendak berambus.. bus.. bus.. os.. os..
Berambus.. os.. os. os

Ayam di kampung kuat berkokok
Kita di sini terbatuk batuk
Uhuk uhuk uhuk
Gara gara apa ek?
Oh jerebu

Hey... nafasku dah naik semput
Rasa tak tahan macam nak sabut
Hai, semua pasal kau lah. Oh jerebu...

Sana sini pakai pelitup
Dah macam ninja aku tengok
Tak de sebab lain, sebab kau lah
Oh jerebu..
Oh jerebu..

4 comments:

  1. Ahakss ahakss ahakss..jerebu oh jerebu

    ReplyDelete
  2. jangan mengidolakan dia sudah.. hahhaa

    ReplyDelete
  3. siaran dr mana tu plg xblh blah...

    tmpt aku hr tu lg scary...xnmpk dh bgnan sebelah...busuk pulak tu...

    ReplyDelete