Pages

Friday, July 5, 2013

Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 05 - Rompin

Dari Serting kami bergerak terus membelah jalanraya menuju ke Rompin.

Jalanraya agak sunyi dan tak banyak kereta. Laluan OK lah, cuma tu la. Kalau malam mesti gelap gulita.

Bergerak lebih kurang 60 kilometer dari persimpangan Serting tadi, sampai ke persimpangan lebuhraya Segamat -Kuantan.

Ikut laluan ke Kuantan sebelum exit ke Muadzam Shah lepas lebih kurang 30 kilometer.

Selamat datang ke Rompin.

Muadzam Shah - Tak de apa yang menarik di sini, kecuali nampak ada kampus UNITEN dan MRSM.

Pastu lalu kawasan Mardi. Cun jugak tempat ni, dan banyak lembu lembu busy meragut. Macam kat oversea pun ada

Sepanjang jalan ada nampak banyak perkampungan orang asli di sini. Macam nak berhenti usha tapi takut kena parang pulak. Lagipun orang asli ni dah moden dah. Rumah rumah dia orang pun dah lawa lawa belaka. Tapi jalan raya memang misty dan spooky, Cuak jugak tengah drive drive kan nampak orang asli ramai ramai (atau mungkin dia orang sibuk buat rehearsal dengan Noraniza Idris untuk persembahan kebudayaan?)

Akhirnya lepas lebih kurang 50 km dari bandar Muadzam Shah, sampai la persimpangan Leban Chondong ni

Tangki Air pun OR nak ambik gambar

Sepatunya kami belok kiri lepas Leban Chondong tu menuju ke Lanjut Beach Resort, tapi sebab tengok Hero demam makin panas, so kami ke Kuala Rompin dulu, lebih kurang 15KM. Nak cari klinik.

Klinik tutup untuk maghrib,  kami singgah untuk solat maghrib di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin

Masjid - Comey jek

Masa kat parking ni, lepas park kereta orang belum azan lagi. So aku keluar kereta dan nyala kan rokok. 

Tiba tiba Hero keluar.

"Papa !!"

Terkujat aku. 

"Papa. Kat sini tak boleh hisap rokok lah Papa. Tu ada tulis tu"

Alamak !!!

Dari cara panggil macam apa je. Macam nak ajak bergaduh. Terkejut aku.

So aku jalan keluar dari kawasan masjid dan hisap rokok kat luar.

"Nasib baik Papa tak hisap rokok kat dalam. Kalau tak Papa nanti kena denda"
"Erkk. OK Terima kasih ingatkan Papa"
"Kalau Papa kena bayar saman, nanti tak de duit nak beli mainan Hero"

Dia gelak gelak. Badan panas lagi tu. Papa terdiam tak tau nak jawab apa.

Kubah kecik di pintu masuk masjid

Satu lagi. Di mana perbezaan nya?

Selesai solat

Ruang masuk masjid

Selepas selesai semua urusan, lepas dapat ubat dan beli makanan sikit then kami pun bergerak ke tempat penginapan. Tak de apa yang menarik sangat pun di Kuala Rompin ni. Ada beberapa pantai yang agak tak commercial dan kalau turun 30 km lagi sampai ke sempadan Pahang/Johor dekat dekat Tanjung Gemok, kat situ boleh naik ferry ke Tioman. Beza ferry dari Tanjung Gemok ke Tioman selain daripada Mersing adalah jaraknya yang lebih dekat. Tapi ferry berlepas agak tak kerap ( ikut pasang surut air ).

Nanti la kalau berkesempatan lagi, aku mahu ke Tioman dari sini.

Sampai resort, masing masing keletihan dan lesu. Budak budak dah pengsan terus. Aku pun berguling guling kepenatan. 

Dah start terasa percutian tak berapa memberangsangkan.

Malam tu semua tidur awal. Keletihan !

Gambaran sunrise dan waktu pagi di resort penginapan.








Lepas tu bermula la episode telefon berbunyi tanpa henti. Bergayut kat phone sampai panas panas telinga dan percutian yang sangat tidak selesa sebab Hero demam makin teruk jadi nya.

Serious dah ilang excitement. Kepala asyik dok fikir hal hal keje. Badan kat sini tapi kepala otak dok fikir banyak benda. Nak ambik gambar pun tak malas.

Dah fikir nak balik ke KL dan dan tu juga.

bersambung......

7 comments:

  1. ala jgn la balik dulu, buh gambar byk2 dlm next post, then baru ko blk ok?

    HAHAHAHA!

    tu yg aku suka tu, tah mana2 hala ko pi bercuti...haih, terpaksa la pegi jugak satu hari nanti utk cuti2 mesia!

    ReplyDelete
  2. Biq : Jangan pegi sini. avoid ! avoid ! avoid !!

    * tala hailer ke seluruh genap kota dan desa

    ReplyDelete
  3. kesian anak ko ni meng. kalo x salah pembacaan aku. setiap kali bercuti, mesti demam. may Allah bless him.

    untungla OR tolong amekkan gmbr time drive. eh. hahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh Meng ko x bagi kita org gi sini apsal? ada apa2 yg 'menyeramkan' ke? hahaha..

    ReplyDelete
  5. HF : bukan la.. kali ni je dia demam. hari tu AKU YANG DEMAM !!!!

    HB : tak seram mana.. cuma tempat dah lanjut usia je..

    ReplyDelete
  6. tokojut mak! tak bleh pegi ke? BAIKLAH!

    *tekan switch hailer*

    ReplyDelete
  7. terkejut tu ada efek kain koyak 5 inci tak?

    * jahit mulut sendiri laju laju

    ReplyDelete