Pages

Friday, June 14, 2013

Burger Kaw Kaw - Lokas Makana

Mintak maap.

Balik balik terpaksa buat entry mental. Ini adalah entry tangkap leleh lagi. Apa yang meleleh?

Sah! Ayaq liuq lah sebab akan ada banyak gambar makanan yang bakal mengguda perasaan.

Kali ni, kita pegi merasa Burger Bakar Kaw Kaw ! Ya aw awwww !


sila like 

Hmm.. Aku ni tak de la peminat burger sangat especially yang daging daging ni, tapi selalu orang sebut Burger Bakar ni macam dah mainstream dan jadi trend, macam semua orang nak cuba.

Maka. Di satu hari yang indah nan ceria tu CP ajak GBS semula keluar makan makan dan lepak lepak sebab dia bakal busy dan tiada di kota untuk beberapa bulan akan datang. Jadi payah nak bertemu sua. So kami sepakat untuk berjumpa.

"Nak jumpa kat mana ni?"

Tanya BW tengah aku busy kat opis.

"Mana mana lah"
"Ya. Ya"

Dia tau. Aku ni kalau jawab sepatah maksudnya aku busy. Jangan tanya banyak banyak nanti aku amok. Dah la dia tu pemalas nak SMS, tetap la nak mendengar suara aku yang meruntun kalbu ni. Cuma aku je la malas nak melayan peminat.

Dan aku kalau busy tak boleh nak fikir benda lain so aku kena buat keje aku. Jangan tanya nak gi makan ke mana. Nanti kang semua orang makan selipar jer sebagai hidangan makan malam !

Begitu aku adalah garang !

Jadi. CP yang decide tempat.

Hah kau. Lepas dia orang bagitau aku terus terkebil kebil.

"Lokas Makana?"

Nama tempat atau kedai menjual perkakasan tandas dan bahan binaan?

Macam tu aku tertanya tanya. Kodi gila nama. Ke aku yang kampung sebab tak pernah dengar nama macam tu?

So malam tu sebab aku malas nak drive, MH yang ambik aku. So kami pun menuju ke Puchong Utama sana. BW dengan IH ada sama. Masing masing solo molo je sebab tak aci bawak OR masing masing, takut nanti menganggu sesi gossipan terlarang.

Cari punya cari tempat sampai sesat sesat.

"200 meter. Turn left.......300 meter. Turn left"
"Argh ! Saddap U GPS !"

Suara minah GPS tu terus diam. Mesti dia malas nak layan dah sebab kita orang tak mendengar kata. Ya lah dia bagi direction ntah ke mana mana.

Sudahnya lepas call CP 13 kali dan dia pun macam dah lama jadi patung cendana kat situ maka kami semua akhirnya buat kemunculan secara Grand Paragon !

* libas libas kain

Tengok tengok tempat makannya...............


OK. Food court biasa biasa je. Ramai jugak orang. 

Kat sini style food court dan banyak kedai. So boleh order dan makan apa saja yang ada di sini. Baru la aku realize, LOKAS MAKANA di derived daripada Lokasi Makanan.

Logik kan?

Wokey. Cerita banyak tak guna. Sampai je, masing masing excited nak try Burger Kaw Kaw !

OK. Nama kedai pun macam memanggil manggil dengan riang untuk kami lepak kat situ. 

Di sini ada jual burger bakar ! So masing masing pun order burger bakar tu kecuali aku sebab aku dah agak kenyang dan berusaha menjaga bentuk tubuh badan agar kekal langsing dan montox macam Kak Ton.

Comey tak Kak Ton???

Menu. Burger kahwin?

Haaa. Siap ada QMS ! Kau mampooooo?

"Nombor 36. Sila makan dengan perlahan. Jangan pelahap sangat. Anda di perhatikan !!!"

Hahahaha.

Tak de la macam tu. Even hari tu pun, nombor ni macam tak bergerak pun. Maybe time time orang ramai baru la di guna kot.

Tak lama. Tak sampai 10 minit then masing masing punya burger sampai !

Tengok burger burger terus..................

Pitam

Ini burger atau alu lesung? * Pitam lagi

Aduh. * picit kepala *

Tertelan air liur

Gila ! 

Burger dia pelik pelik. Tapi aku tak order burger ni sebab aku rasa aku tak boleh nak abiskan. Aku order Nasik Goreng kedai sebelah. Dia orang ni je semua yang belasah makan burger burger ni. Ada burger kawin. Burger apa ntah lagi. Daging, Ayam. Kambing semua ada. Tak sure burung unta, arnab dan lain lain tu pun ada ke tidak sebab aku tak pegi pun masa dia orang order.

Anyway, size dia agak jumbo. Harga pun boleh tahan. Satu tu yang dia orang makan adalah RM16 !

* aduyai.

Tapi CP belanja so belasah je la makan !

Harga burger pun dah makin melambung lambung sekarang ni hanya dengan sedikit kekreatifan dan kesedapan yang agak boleh di musykilkan. Tapi ada sausage dan sauce sauce yang agak banyak jugak lah.

Aku jamah lah sikit. Part daging memang aku tak boleh nak pegi. Sebabnya burger bakar kan aku rasa macam sedikit rentung. Atas ada pulak ayam di panggil burger kawin. Ayam tu aku ambik rasa. Ayam goreng dia rasa macam KFC. Sedap jugak la.

Tapi untuk habiskan tu, bagi aku, tak lah kot. Plus aku rasa macam mahal gila. Selalu beli burger tak sampai RM5 je pun.


Anyway, CP, MH dan IH makan sampai abis. BW makan tak abis sebab dia puasa hari tu dan baru lepas buka puasa. Aku pulak makan nasik goreng je. Boleh tahan la nasik goreng kedai sebelah.

CP macam biasa, ada je tambahan order.

Tako? Takut?

OK. Yang ni aku jamah jugak. Nak kata sedap, ntah. Dia orang kata sedap tapi tekak aku ni memang pelik sikit so aku boleh jamah sikit je.

Jadinya........................

Bagi aku lah. Burger Kaw Kaw ni boleh di cuba, kalau kali pertama aku rasa OK tapi personally nak repeat. Hmmm tak de lah kot.

Aku tak condem dan tidak jugak recommend. Masing masing punya keinginan, kalau rasa nak cuba, go ahead. Tapi ayam goreng part atas burger tu kena try bagi yang suka ayam garing garing. Cuma part daging burger tu aku rasa macam mangsa kebakaran jer........

Rentung !

* sarung baju ahli bomba dan rebah tepi pili bomba

"Kachak tak saya Kak Ton????"

6 comments:

  1. heart attack!!! hahahaha ni semua punca boleh dpt heart attack.. takut tgk burger dorang...

    tp kalau sesekali nak merasa apa salahnya kan Meng!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak penah makan beger bakar ke beger kaw kaw ke lokas makana berger ke.

    hahaha. sedehh kan abg meng

    tp kolestrol nyeh beger ittew. konpem kalau FJ makan tak habis...

    ReplyDelete
  3. okayyyyy aku penah pi skali tempat ni! tak sangka sungguh ianya berada di puchong.

    aku order satu, sekupang satu, yg plg basic bodo pun besar! mmg tak abis. TAPI yg tak syoknyer, cam tak panas.

    weh apsal aku dgr org dok comey dak kak ton, comey dak kak ton ni?? iklan kah??

    makanan tambahan tu, adakah seperti takoyaki (sotong ball)?

    ReplyDelete
  4. masa pg dulu belum ade nombor lagi..dah canggih la skarang..hehe

    ReplyDelete
  5. HB : btol btol btol

    FJ : kdg kdg ada juga terasa nak makan.. kan kan kan?

    * ngaku !!!

    Biq : Laa kau tak kenal ke kak ton tu sapa???

    aku pun tak kenal. hahaha.. main cakap apa org cakap je. tapi rasanya ada iklan kot.

    CV : mereka dah maju.....

    ReplyDelete
  6. HB : btol btol btol

    FJ : kdg kdg ada juga terasa nak makan.. kan kan kan?

    * ngaku !!!

    Biq : Laa kau tak kenal ke kak ton tu sapa???

    aku pun tak kenal. hahaha.. main cakap apa org cakap je. tapi rasanya ada iklan kot.

    CV : mereka dah maju.....

    ReplyDelete