Pages

Friday, May 24, 2013

Trip GBS 2013 - 10 : Johor Premium Outlets

Selama lama ni aku dok dengar je orang sebut JPO atau nama surat beranak nya Johor Premium Outlets. Tapi tak pernah pulak terasa nak pegi. Mungkin sebab kurang duit nak berbelanja di tempat tempat branded macam ni atau mungkin aku sendiri tak tau nak beli apa.

Berkesempatan masa aku dan GBS ke Pontian dan Karimun hari tu, lepas balik dari Karimun, sampai di Kukup rasa rasa macam ada masa jadi kami decide nak pegi lah usha apa ada di Johor Premium Outlets ni.

Cemana nak pegi?

Aku pun tak pasti. Dari Pontian aku tidur kat belakang, BW dengan MH kat depan. MH yang drive. Hujan lebat lak tu, lagi aku syok membuta. Tapi rasanya dari Pontian, lalu Pekan Nenas dan sampai ke Senai.

Masa kat Senai agak confusing jalan ke sini, nasib baik ada signboard so follow je sampai lah terpampang tepi jalan signboard sebesar alam ni.

Johor Premium Outlets

Ni signboard yang kami nampak sebelum tu. JPO terletak di Indahpura

Ni kat parking. Nampak highway. Highway mana satu pun aku tak tahu ni

Sebab kami sampai dah agak petang. So budget nak singgah kejap tengok tengok je lah. Sudah ramai para peminat yang siap sedia berada di sana. Tapi mereka bukan la peminat aku, tapi peminat membeli belah !!!

Sedang elok, park kereta, hujan pun turun dengan lebatnya sekali lagi.

So berteduh la kami di situ.

Tower JPO

Parking kereta tak susah. Ada kawasan yang luas. Cuma dekat dengan jauh je lah. Kami masuk ikut entrance tengah, terus nampak food court. Perut dah lapar, tapi tunggu dulu. Pegi toilet jap.

Toilet agak bersih. 

Food Court

Entrance masuk ke compleks

Ada pondok polis dan Maybank

Directory

Johor Premium Outlets

Macam macam brand dan boutique mereka ada di sini. Dia adalah 1 blok bangunan 2 tingkat dengan setiap tingkat ada pedestrian walk dan store store di kiri kanan.

Tak payah la aku nak list satu persatu sebab ada jugak yang aku tak pernah dengar. 

* sedar diri berasal dari kampung.

Tingkat bawah, naik escalator ke tingkat atas

Nak kata murah ke mahal pun aku tak pasti sebab aku tak pakai sangat yang branded branded gaya gini. Gi tengok tengok je lah. 

Ni few branded stores yang ada.

Guess. Aku masuk pastu keluar balik. Pitam tengok harga.

Adidas

Armani Exchange

Tak semua kedai pun aku masuk. Kalau masuk pun tengok harga je then keluar balik. Aku cakap kat MH.

"Ni bukan tempat untuk kita ni"

Mahal jugak ler aku rasa satu satu branded stuff sini. BW awal awal dah hilang. Mana dia pegi pun aku tak tau. Last sekali MH pun hilang. Tinggal aku sorang sorang. Terpaksa la aku menghilangkan diri jugak dari dia orang.

Masuk G2000, aku memang nak beli seluar keje tapi macam takde banyak choice. Keluar macam tu je. 

Orang pun boleh tahan ramai. Tapi, awek awek kat JPO ni cun cun. Memang best kalau nak cuci mata. Maklumlah dari segi rupa dan gaya macam orang kaya kaya.

Kita yang miskin miskin ni cuci mata je ler.


Dalam pada aku tak tau nak beli apa, terbeli jugak. Tu pun mostly dekat Padini Store sebab situ je aku rasa murah skit. 

Beli baju untuk Hero pastu baju keje dan seluar keje untuk aku. 

Pastu nampak Victoria Secret's, aku call OR sebab dia memang pernah pesan. So aku beli la sesuatu untuk dia dengan harapan dan balik nanti aku nak cakap kat dia.

"Yang. Awak pakai ni sambil memasak tau. Biar bertambah sexy ! Tapi kalau terpercik minyak panas saya tak jamin !"

Ke aku yang kena simbah dengan minyak panas lepas tu?

Dah tentu la masuk kedai kedai macam ni aku heret BW sekali. Apa guna ada BW ! Kang kalau aku sorang sorang nampak pelik pulak.

"BW. Pakai ni cepat pastu catwalk satu kedai !!!"

Terus BW bertukar jadi leopard dan bertenggek atas meja cashier.

Lepas tu kami makan. Lapar.



Food court dia agak besar, banyak choices jugak makanan dia. Makan sampai kenyang lepas tu aku dengan MH pegi solat kat surau. Surau dia pun selesa tapi kain pelikat cuma ada 1, terpaksa tunggu turn. 

Sesapa duduk area ni, nak pahala lebih pegi sedekah kain pelikat extra kat surau tu gih !

Lepas tu kami pun ready nak bergerak balik KL.

Damage

Dan macam biasa, aku memang failed bab beli beli ni. Barang untuk OR silap beli. Ribbons tak cukup rambu ramba kat tepi tepi.

* pengsan mulut berbuih

Hahaha.

Untuk Hero pulak, punya la aku main ambik ambik baju, seluar untuk dia, last last semua size kecik kecik. Erghh. Aku memang fail bab membeli belah ni. Sebab tu aku malas nak beli. Kena datang nanti bawak dia orang sendiri la.

Masalahnya !! Aku beli seluar keje untuk aku pun tak muat size. Bahana betul. Aku ni memang macam ni, kalau beli tempat tempat ramai orang malas nak fitting, now apa jadi?

* selam diri sendiri dalam kolam berudu

Lepas tu kami blah, masuk highway terus balik ke KL


Overall, satu pengalaman menarik untuk membeli belah. Boleh je pegi dan usha usha walau tak beli pun. Nak compare outlets ni dengan outlets kat oversea yang pernah aku pegi rasanya lebih kurang je la kot. Facility wise rasanya at par, cuma barang dan harga tu aku tak berapa pasti sebab aku memang tak berapa reti beli beli ni. 

Untuk makluman lanjut cemana nak pegi, apa kedai ada sini, boleh la melawat website Johor Premium Outlets (JPO)

On the way balik KL

Senja di perjalanan

MH yang drive. Aku drive sekejap dari Tangkak sampai Melaka je pastu MH drive balik. Macam biasa, aku rabun dan kalau aku drive memang slow macam pakcik pakcik tua jer. Pelan pelan. Kelabu mata.

Sebelum di cerca oleh pengguna lebuhraya yang lain, MH dengan rela hati drive balik semula. Lepas tu hujan, then jem sikit, tapi tepat pukul 10 malam kami sampai di KL.

Berakhirlah trip GBS kali ni.

Untuk itinerary dan highlight sila rujuk

Trip Rusuhan Jiwa - Part 1

Trip Rusuhan Jiwa - Part 2

TAMAT

7 comments:

  1. Hahaha berani jugak la ko nk membeli VS utk OR tu, kalau laki aku tak tau la..mau terkulat2 mcm siput babi je dpn kedai tu kot hahahaha..

    ReplyDelete
  2. Abes apa yg ko reti meng?

    Aku pon x pernah gi JPO..apalagi legoland..hehehe...

    ReplyDelete
  3. CN : aku turut di serang panic attack untuk 5 minit pertama. then lepas tu aku teruja je tengok semua then excitement datang secara tetiba !

    hahaha...

    HB : aku reti nengok jer.... legoland aku belum pernah sampai jugak.

    kau kan org johor? kau dah kenapa?

    ReplyDelete
  4. ah sama la mcm sekupang, beli VS kat aku masa dia kat US, patu skali balik tgk rasa nak nangis jer sbb size besar...huhuhuhu...tadah tangan berdoa jer la mintak diterangkan hati suamiku itu...hahaha!

    ReplyDelete
  5. * pekup mulut sambil ketawa *

    high five dgn sekupang.

    ReplyDelete
  6. supermeng,

    salam..
    kalau perempuan p secara solo ke karimun tu ok x?

    selamat x? atau melangkah ja dgn yakin tnpa ragu2.

    ReplyDelete
  7. AA : insya allah selamat. tapi kenapa nak pegi karimun ek??

    * musykil

    ReplyDelete