Pages

Monday, May 13, 2013

Trip GBS 2013 - 01 : Pontian

Rapatkan saf !!!!!!!!!!!!!!

Bermula lah penggembaraan 3 hari 2 malam untuk GBS. Satu satunya trip yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2013 ni.

Al maklum lah, masing masing busy dengan banyak benda.

Asalnya trip ni aku ke Sipadan, tapi dah kira tak jadi so aku pun let go je lah. Malas nak fikir fikir dah. Lagi pun aku beli tiket ke Tawau tu dah lama. Harga pun dalam RM150 return. So biar je lah.

Tapi ! Sebulan sebelum aku pegi Tawau, BW sibuk la merengek gantung gantung kat kain kata nak ikut pegi Tawau tu. Aku cakap kat dia, kalau dia nak ikut, dia kena ajak orang lain jugak la sebab aku tak betah nak pegi berdua je dengan dia. Dan dengan bakat meraih undi yang ada dalam diri BW secara semulajadi tu, dia berjaya meracuni MH  untuk ke Tawau. Tiket dia orang agak mahal sikit la daripada tiket aku. Memula ajak IH jugak, tapi IH banyak urusan. CP tak masuk pot la sebab dia busy semenjak berkeluarga baru ni.

Bila aku cakap kat dia orang trip ke Tawau called off, malam tu sibuk la si BW ni nak gi berjalan jugak sebab dah ambik cuti. Aku pun dah apply cuti hari Jumaat tu jugak, tapi boleh je nak cancel. MH tak de hal. 

Sebab kesian kat BW dengan MH yang dah ambik cuti, pastu tiket ke Tawau burn macam tu je, end up tak pegi mana mana, maka aku pun mula la merangka perjalanan. Macam biasa lah, aku kan Ketua Rombongan. 

Tapi aku sendiri pun tak tau nak pegi mana !

Aku cakap ready je la hari Jumaat tu nanti aku call pagi. 

Aku cakap dengan OR, pagi tu sebelum dia keluar gi keje, aku nak bertolak kol 11 pagi. Tapi lepas berbincang dengan BW dengan MH, kata nak keluar lepas solat Jumaat.

Kira OK lah. Aku duduk rumah pun sibuk jugak work from home. 

Lepas Jumaat tu macam biasalah, itu ini, last sekali pukul 4 baru MH muncul ambik aku. Then kami terus ambik BW. Nak keluar dari KL sebelum pukul 5 petang takut jem konon. Terkena jugak la sikit.


Kami menghala ke arah Selatan sebab aku rasa area sana la aku paling jarang pegi. Nak gi mana tu, fikir kemudian. Si BW dengan MH kejap ajak pegi Singapore. Pastu gi Melaka. Nak main redah je walhal satu apa pun tak booking.

Tapi, initially, aku memang plan nak pegi Singapore jugak, sebab tu aku suruh depa depa ni bawak passport.

Cerita banyak tak guna. On the way tu masing masing kelaparan. Singgah kat Mc D dekat tol Sungai Besi beli makanan bagi mengalas perut.

Tol Sungai Besi

Hasil tapauan di Mc Donald's

Beli burger, ayam goreng, ais kerim dan lain lain lagi. Sebab MH drive, BW jadi pramugari sediakan makanan untuk MH.

Aku duduk kat belakang. Sibuk melayan BB aku. Kejap kejap office call. Kejap kejap customer call.

Time aku nak bercuti time tu lah dia orang nak kacau. Then aku call OR bagitau aku dah on the way. Dia mati mati ingat aku dah keluar pukul 11 pagi. Hahaha.

MH terus memandu menuju destinasi.

Detik detik istimewa kami bermula di mana? Destinasi pun tak tau

Jalan agak jem waktu kami nak sampai ke Seremban. Ada accident. Tapi accident belah satu lagi. Cis !! Masalah betul orang Malaysia ni. 

Kat depan aku dengar BW dengan MH duduk berborak. Sibuk bergossipan. Lepas satu cerita keluar satu cerita. Semua gossif gossif liar. Cerita artis la apa lah.

"Hoi. Korang ni buat dosa kering jer !"

Kena marah dengan aku terus diam. Dia orang ni kalau dok bergossip, lori tangki tahik lalu sebelah pun tak perasan.

Kat belakang aku cuba cuba online dan riki apa yang patut. Malam sebelumnya ada la aku baca baca sikit dan aku dah list kan few places yang aku nak tuju. Kira pros and cons, tapi aku tak usulkan lagi pada bebudak ni. Biar je lah. Dia orang ni, akan ikut je pun. 

Hari pun dah hampir senja.


PLUS highway

Berhenti kencing sekali pastu jalan lagi, tup tup sampai kat R&R Pagoh.

Kami berhenti solat kat situ then aku lepas mendapat hidayah skit, aku cakap kat MH.

"Drive ke Pontian !"

Station minyak dekat R&R Pagoh

Lepas solat dan bermaghrib, kami bergerak lagi. Kali ni pasti. Kata hati aku pun pasti. OK lah. Pegi Pontian, boleh pegi Tanjung Piai, then highlight nya, aku nak ajak dia orang ni pegi Pulau Karimun.

"Pulau Kamirun tu kat mana?"

See? Dia orang ni aku sebut Karimun pun tak pernah dengar. Pastu mula la Kamirun lah. Karambunai lah. Macam macam hal dia orang ni. Buat aku sakit perut nak gelak. Tapi sebenarnya aku agak, bukan dia orang je pun tak tau tempat tu, orang lain pun ramai yang tak tahu.

Aku citer skit skit kat dia orang ni kasik dia orang clear skit, then... settle !

Kami sampai di Pontian pukul 9 malam.

Kami tak singgah di Pontian lagi tapi terus ke Kukup. Sebab aku nak check jadual ferry ke Karimun. Pastu ingat nak makan seafood kat Kukup tu.

Tup tup sampai Kukup semua kedai tutup. Pekan tu dah mati pukul 9 !

Nak tak nak patah balik ke Pontian sebab nak cari hotel. Kat Kukup tu tak de hotel ler pulak. Rugi jugak la 40 kilometer pegi balik.

Sampai Pontian cari hotel. Main redah je. Jumpa satu Garden Hotel, dia kata penuh. Then nampak Hotel Pontian. Aku try la tanya. Nasib baik ada bilik.

Harga bilik RM120 satu malam. Apa-apa hal isi perut dulu.

Kami pegi makan dulu lepas tu. Tanya budak hotel tu.

"Dik. Kat mana makan paling best kat Pontian ni?"
"Ada 2 bang. 1 kat depan tu je bang. 1 lagi abang keluar ke Mc Donalds pastu ambik kiri, dia lepas Petronas. Nama kedai Zam Restaurant"
"Jauh ke tak?"
"Tak lah bang. 10 minit je"

Atas recommendasi budak Hotel Pontian tu, maka kami terus pegi makan di Zam Seafood Restaurant.

Kedai tepi jalan sebelah Petronas

Luas jugak kedai dan ramai jugak orang

Sampai ke kami order seafood dan macam macam la untuk di masak. 

Ni menu kami malam tu di Zam Seafood Pontian.

Yummy !

Yupp !

Makanan dia sedap. Paling best, murah. Banyak tu kita orang makan cuma RM45.

Servis tak de la lambat mana walaupun ramai orang. Aku minum Air Durian Belanda. Sedap !!!

So, bagi sesiapa yang berkunjung ke Pontian, sila la makan di sini.

* mati la promosi.

Then kami balik hotel.

Perut dah kenyang. Mata dah mengantuk. Sampai bilik terus terbongkang tido.

Hotel Pontian

Bilik Standard 

Reception Hotel Pontian

Breakfast di pagi esoknya. Seleksi breakfast sangat sedih. Main dishes cuma ada bubur dengan bihun goreng je !

Restaurant Hotel Pontian

Cukup la untuk melapik perut

Lepas breakfast tu, kami jalan jalan kejap depan Hotel Pontian tu.

Hotel Pontian ni terletak betul betul tepi Selat Melaka. Rasanya kawasan ni kawasan tambak sebab pantai dia berbatu batu. Apa apa pun, layan gambar di sekitar pekan Pontian.

Pagi hari di Pontian

Pantai berbatu batu

Selat Melaka... lautnya tenang............

Air surut

Teritip di batuan

Ketam ketam kecik

Kawasan rehat warga Pontian di tepi pantai

Pantai di bandar Pontian

Buah mengkudu

Tak de orang lagi pagi pagi

Hotel Pontian dan kedai mamak

Rumah rumah kedai

Terminal pengangkutan Pontian

Senang kata, Pontian ni memang tak de apa sangat. Mungkin cuma bandar persinggahan sementara untuk ke destinasi destinasi lain. 

Apa apa pun, kami tinggalkan pekan Pontian pagi pagi tu menuju ke Kukup.

Perjalanan ke Kukup

Sampai kat Kukup, check tiket ferry rupanya dia ada banyak ferry dan timing dia pun OK la. Bermula pukul 8 pagi. 

Kami beli tiket pukul 11 pagi, sebab aku bercadang nak pegi Tanjung Piai kejap. Kalau balik dari Karimun nanti takut tak sempat.

So kami tinggalkan Kukup dan bergerak menuju ke Tanjung Piai.

Apa ada di sana saudara saudari?

Tunggu................

bersambung......

10 comments:

  1. wehhh.. xtry mi udang sungai rambah kat kukup tu ke? famous tu... dah masuk paper...
    kau da redah kawasan abg long ni... len kali bagitau aku untuk kunjungan semula...

    ReplyDelete
  2. yeahhhh...

    im back....bestnya tgk seafood tu...terliurnya....

    ReplyDelete
  3. JG : tak sempat lah. maybe next time.

    sila sambut habang datang dengan bunga manggar dan pulut kuning dan ayam masak merah.

    ayam mesti ayam sulung.

    DATT : lama ko menghilang.. mana pegi? dlm tak nak travel ek...

    CZ : memang best. apa yang best? restoran zam tu memang terbaekkkk

    ReplyDelete
  4. aku org johor pon x gi lagi ke tg piai...er ye ke x pernah hahahaha...

    ReplyDelete
  5. hish...

    sila pegi dgn segera. nanti nampak awek cikaro naik big bike....

    ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  6. Mee udang rambah memang sgt sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? so buleh la sesapa ke pontian mencubanya.....

      Delete
  7. Kalau nak makan seafood Tanjung Piai tu sedap juga...cuma jauhlah sikit dari bandar Pontian

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti org lain buleh try.
      jauh tapi tak jem tak pe kot

      Delete