Pages

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : Pangkah [X]

Aku tak pernah mengundi lagi walaupun setiap kali mengundi, nama aku memang dah didaftarkan dekat SPR tu.

Tak pernah mengundi dan tak terasa nak mengundi !

gambar google

OK. Aku rakyat yang tak menjalankan tanggung jawab !

Aku terima.

Sebenarnya bukan apa, senang cakap, aku tak suka politik. Pakcik James dulu Ketua UMNO, kakak aku pulak sekarang ni Ketua Wanita UMNO, tapi aku tak sokong 100% perjuangan yang di bawa oleh UMNO mahupun BN ni. Bagi aku politik ni bukan kotor tapi unclean. Faham?

Kalau nak pangkah dan mengundi ni, memang aku tak terfikir langsung aku akan mengundi. ( Sehingga hari ni lah) Esok tak tau lagi la, mana la tau, kot kot kan datang angin, bangun pagi terus melalak lagu mengundi sambil marching ke pusat mengundi dalam keadaan belum gosok gigi.

"Jom kita mengundi............ Jom kita mengundi........"

Sebenarnya jauh dari sudut hati aku, aku ada masalah besar ! 

Masalahnya, aku tak tau nak mengundi siapa !

Banyak sangat kot di sogokkan dengan macam macam cerita, jadi aku rasa tawar hati. Lagipun kat tempat aku ni memang dah tau sapa pemenang, dan aku pun tak de masalah dengan Ahli Parlimen mahupun ADUN sebab aku rasa OK je. Tapi untuk mengundi sebab dia atau sebab parti politik, aku rasa aku tak rajin untuk berbuat demikian.

Bagi aku, kalau nak mengundi ni, kena tengok banyak aspek.

Kenapa kita mengundi? Sebab tanggung jawab kita pada negara. Fine.

Siapa kita nak undi? Orang yang boleh memperjuangkan hak kita. Orang yang boleh fullfill semua keinginan kita. Yang selayaknya boleh memuaskan hati kita dan membela nasib kita.

Tapi boleh ke hati kita ni di puaskan? Kita nak itu, ini. Di janjikan itu ini, tapi end up.... sesiapa pun yang memerintah, kita tak akan dapat apa yang kita nak pun. Malah keinginan mereka sendiri yang di puaskan dahulu. Tinggallah keinginan dan kehendak kita yang semakin bertambah tambah tak terbela dan tertunai.

Kalau kita nak ubah kerajaan, rasa rasa berjaya ke? Besar risk tu ! At least sekarang ni aku rasa proven ! Ubah kerajaan ni bukan macam buat rumah. Sebulan dua boleh siap. Ini makan tahun. Dalam masa setahun tu akan jadi banyak benda. Lagi lagi kalau orang baru dapat kuasa. Nama pun manusia. Hari tu cakap lain, nanti jadi nya lain. Mentadbir negara tu besar beban yang di pikul, jangan sampai cakap je mampu, bila dah bagi peluang lain pulak jadi nya nanti.

Itulah sebab nya aku tak nak undi PKR.

Lagipun, aku rasa dia orang cuma nak membuktikan yang dia orang mampu menawan Putrajaya dan mentadbir negara. Not so much untuk menjadikan negara lebih baik pun. Tak baik ke negara kita sekarang dari segi kemajuan ekonomi? Bagi aku OK jer. Aku rasa kita berada di landasan yang betul. Memang ada kekurangan. Ada masalah jenayah. Negara mana tak de jenayah? Negara mana tak de kelemahan? Aku travel merata tempat, mana mana pun end up aku rasa Malaysia jugak best dari banyak segi.

Nak undi PAS? Aku tak de apa apa halangan pun sebenarnya. Aku pun orang Islam dan Melayu dan aku tau apa yang cuba diperjuangkan. Tapi, nak bagi PAS mentadbir negara Malaysia? Hmmm. Bagi aku susah. Bukan sebab aku tak berapa Islamic, tapi aku rasa untuk negara berbilang bangsa macam Malaysia ni, payah sikit lah.

DAP? Sendiri fikir lah. Mati hidup balik pun aku tak akan undi. Apa yang diperjuangkan pun tak de berpihak langsung kepada aku. Dalam diam diam dia orang ni sebenarnya menyimpan niat serong. Nak menaikkan bangsa mereka jer. Aku bukan nak jadi racist tapi sentimen Melayu aku masih kuat.

Sama jugak dengan parti parti BEBAS ! Apa dia orang perjuangkan pun aku tak tahu. Masing masing semuanya nak puaskan hati sendiri jer tu. Kalau menang pun, akan ada banyak keterbatasan untuk mereka membantu rakyat.

Lagi kalau aku fikir jauh, kalaulah Pakatan Rakyat ni bergabung dan menang majoriti undi. Pastu tadbir negara. Aku takut mereka akan berebut kuasa untuk mengepalai negara dan masing masing akan sibuk nak jadi ketua. Sebabnya, pakatan mereka hanya berniat untuk satu perkara iaitu mengalahkan Barisan Nasional. Lagi lagi kalau DAP yang menang majority, silap silap PM dari kalangan mereka. Tak ke kita ni berputih mata? ( Spender tetap berkaler kaler)  

BN pulak. Aku nak cakap tak best untuk di undi, tapi selama ni aku rasa selamat, hidup dalam rasa aman damai, dapat apa yang sepatutnya aku kecapi dari sebuah kerajaan. Tapi aku tak nak undi BN sebab banyak kepincangan dalam BN especially UMNO yang ada unsur unsur yang aku tak setuju contohnya penyalahgunaan kuasa, kroni, penggunaaan wang tak bertempat dan macam macam lagi.

Tapi bila di fikir balik, sesiapa pun yang memerintah, benda benda macam ni sebenarnya akan terus terjadi selagi namanya kita ni manusia.

* jeling Nyonya Rosmah Mansor

Tapi at least, banyak perkara ini telah kita tahu sebab telah di tembelangkan oleh parti pembangkang dan still, aku rasa aku boleh terima sebab aku kecapi rasa aman di negara ini. Itu yang lebih penting; hidup dengan aman di tanah air sendiri.

Bagi aku, BN still OK walaupun ada UMNO, MIC dan MCA sebab UMNO masih mengepalai pakatan ini. dan aku rasa MIC dan MCA sendiri tau tanggungjawab dan limitation mereka sejauh mana mereka boleh meminta selain daripada yang hak dan di persetujui sebelum ini. Tapi kalau PAKATAN, nak settlekan isu dalaman pun huru hara jadi nya. Cemana nak memerintah negara?

Tapi aku setuju dalam mana mana negara pun, ada kerajaan dan ada parti pembangkang. Parti pembangkang ini penting dalam membuat check and balance dan mengurangkan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan supaya tidak melakukan sesuatu itu ikut sesuka hati mereka saja. Di sini la peranan pembangkang untuk counter balik, carik info, dedahkan apa yang silap supaya kerajaan yang mentadbir tidak sewenang wenangnya menggunakan kuasa mereka yang mereka perolehi daripada suara rakyat.

Aku berdoa untuk PRU13 ni, ada kawasan kawasan PAS menang, ada kawasan DAP menang, ada kawasan PKR menang dan ada kawasan BN menang supaya tiada monopoli kuasa dalam pentadbiran negara walaupun still parti yang menang berhak berkuasa dan memimpin negara.

Lihat dari sudut macro, aku rasa aku OK dengan keadaan sekarang ni je pun. BN mentadbir, PAS, DAP dan PKR sebagai pembangkang. Dia orang ada few kawasan menang dan boleh berdebat di Dewan Rakyat and at the same time, aku sebagai rakyat tau ada pertelagahan dalam mentadbir negara tapi semuanya dalam keadaan aman dan terkawal. Berpolitiklah secara aman dan intelektual, bukan menjadi taksub dan mengikut perasaan semata mata sampai sanggup memburuk burukkan orang lain.

Maka, sokonglah parti yang anda sokong sekarang ini, yang memberi kebaikan kepada keseluruhan rakyat bukan hanya untuk sesetengah pihak saja ataupun individu itu sendiri.

Aku harap BN akan terus mentadbir negara walaupun tanpa undian aku. Bukan aku cakap aku sokong BN, tapi sebab aku rasa selesa dengan keadaan sekarang ni. It is OK to UBAH. Tapi ubah ada banyak cara. Siapa yang boleh guarantee kalau Ubah tu boleh jadi better? Seeloknya kita UPGRADE apa yang baik sekarang ni. Sebab itu menambahbaik dari sesuatu yang sediaada baik kepada sesuatu yang lebih elok. Syukuri apa yang kita nikmati, bukan mengubah kepada sesuatu yang kita sendiri belum pasti !

Apa apa pun pilihan dan keputusan kita, risk tetap ada.

Mana mana individu yang jahat, yang menyalahgunakan kuasa tu. Mereka memang tidak amanah atas tanggungjawab yang di berikan. AWAS, kemenangan seseorang individu di kawasan masing masing tu bermaksud ada amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul bukanlah anugerah yang boleh di banggakan sangat ! Mereka di beri hak dan kepercayaan dan kalau tersilap buat perhitungan, sedia lah nanti.

Pembalasannya pasti akan lebih kejam !

Kalau jahat sangat tu, biar je Tuhan balas. Aku percaya pada karma dan sesapa pun yang jahat, menyalahgunakan kuasa dan duit negara atau buat benda benda yang tak elok. Pastinya akan ada balasan dari perbuatan masing masing.

* emo lagi

Ini adalah luahan hati aku sendiri, dan aku memang tidak menyebelahi mana mana party atau berniat menyakitkan hati mana mana pihak.

Apa apa pun, aku akan tetap menyokong kerajaan yang menang. Itu lah janji yang bakal aku tepati sebagai rakyat biasa. I am a Malaysian and I am proud.

Selamat mengundi and respect people's choice !

Undilah Parti Ikan. Untung untung dapat Ikan sekilo !

OK. Malam ni aku nak testing pangkah rumah Kasim Baba dulu............. Ayuh Marjinah !

8 comments:

  1. Wow! Satu pendapat yg sggh telus. Mg ada betulnya semua yg SM ckpkan tu. Apa pun bersyukur dgn tahap negara kita kini.


    ReplyDelete
  2. Suka suka sgt entry ni dan kita punyai pemikiran, pandangan dan pendapat yang sama n what can i say i love this blogger opssss salah this entry hihihi

    ReplyDelete
  3. Hehehe...aku nak komen sket la... sebelum tu aku mmg setuju dgn hujah meng. Dalam pentadbiran sesuatu negara mmg perlu ada pembangkang utk balancekan apa yg patut. Sbb tanpa pembangkang kerajaan yg memerintah akan buat sesuka hati. Tetapi pembangkang kat malaysia ni aku nak kategorikan sebagai pembangkang bangang..sebab akan bangkang apa sahaja kerajaan buat walaupun benda baik apalagi benda yg x baik dimata dorang.

    Ok itu jek...kang banyak aku komen dh jadi blog politik plak hahaha...

    ReplyDelete
  4. Kebetulan plk nama berkaitan dgn Nyonya Mansur ya..

    Siapa nk undi siapa hak masing2..ank somebody rupenye abg meng ni..haha..gelak setan skit..

    ReplyDelete
  5. Undilah kerajaan Allah swt. Hidup kita akan sementara di atas dunia ini, esok lusa kite akan mati. Yang kekal hanyalah di akhirat nanti. Segala amalan kita di atas dunia ni akan jadi bekalan untuk masuk ke alam kubur kelak.. Buatlah yang terbaik untuk Allah swt, bukan utnuk manusia =))

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillahhhh :)))))) nice one abg meng. Agreed!!

    ReplyDelete
  7. Okay..aku tau aku lewat sangat2 lagi..haha maafin gue

    Tp pada aku sekurang-kurangnya, dengan wish yg mcm ko harap tu Meng..seeloknya ko pegi mengundi hari tu dan pangkah calon partay yg ko harap menang tu..at least itula tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia kan?..lastly ko pegi x?? Hiks

    Aku setuju, Pembangkang perlu ada untuk check and balance dgn pentadbiran kerajaan sekarang. Tapi apa yang jadi kt Pembangkang Malaysia ni, depa hanyalah fault finder..tak mencari dan mencadangkan jalan penyelesaian pun sebaliknya hanya tuduh itu korek ini semata-mata nk bagitau rakyat kerajaan silap itu ini.

    Lain-lain lu punya points gua setuju bro..positive negative pro kont kroni etc..sapa yg berkuasa pun sama jek nanti..

    Ok2 dah panjang dah ni..lastly aku pn bersetuju dengan kata2 mantan PM, Tun M..

    "Better the devil you know than the angel you don’t"

    ReplyDelete
  8. aku pegi la mengundi !

    * tunjuk kesan kesan dakwat kekal yang dah tak ada

    ReplyDelete