Pages

Tuesday, May 7, 2013

Highlight Trip Mabuhay - Part 1 : Mount Pinatubo

Abang dah pulang emak buat cucur.. na na na na tambah air. Minta minta semuanya, di dalam sihat sejahtera.

Hahaha.

Aku nak nyanyi lagi Apa Khabar Orang Kampung tu, asyik terpegi ke lagu Cucur Adabi tu jer. Hiks.

OK. Mode seriousa.

Ingat lagi sekitar tahun 1991 waktu aku masih di sekolah menengah, ( mati la dah tua ), Gunung Pinatubo meletus di Filipina. Kesan daripada gunung berapi ini telah menyebabkan abu dan jerebu sampai ke semenanjung Malaysia.

Aku ingat jugak, sampai sekolah muka berlumpur. Kereta cikgu kat sekolah semua dah macam kena snow. Pastu kita orang dok suka suka conteng kereta cikgu especially yang di benci dengan macam macam tulisan.

Itu la permulaan, aku mengenali Gunung Pinatubo.

Dan kini, 22 tahun selepas peristiwa itu, aku berjaya menjejakkan kaki ke puncak Mount Pinatubo ini.

Layan Highlight !

# 1 - Perjalanan seawal 5 pagi menuju ke kaki Mount Pinatubo

# 2 - Deretan 4X4 yang di gunakan untuk membawa hikers. Setiap group di bekalkan sebuah 4x4. Pemandu dan juga guide.

# 3 - Laluan dari arah Tarlac City melalui bekas limpahan lava Gunung Pinatubo

# 4 - Perjalanan dengan 4x4 mengambil masa hampir 2 jam

# 5 - Kesan daripada letusan Mount Pinatubo yang macam permukaan bulan

# 6 - 4X4 yang di gunapakai

# 7 - Laluan membelah anak anak sungai berlumpur dan batu batuan

# 8 - Kesan angin dan luluhawa

# 9 - Puncak Mount Pinatubo (yang tengah tengah)

# 10 - Air sungai yang mengalir dari kemuncak pergunungan

# 11 - Sejuk nyaman

# 12 - Citize... Orang klate ruponya.............

# 13 - Denai

# 14 - Last part of hiking. 

# 15 - Pepokok

# 16 - Berdiri dari arah crown Pinatubo

# 17 - Pinatubo Crater Lake

# 18 - Caldera Mt Pinatubo

# 19 - No swimming is allowed 

# 20 - Greenish

# 21 - Hasil dari kecubung yang hilang

# 22 - Ada bran nak mandi manda?

# 23 - The slopes

# 24 - Pinatubo hikers

# 25 - Going down

# 26 - Bentuk muka bumi

# 27 - Bye bye Pinatubo.

Bagi aku yang tak berapa fit untuk hiking ni, trekking ke Pinatubo agak challenging especially dengan tak cukup tidur, tak bawak makanan, hujan, tak de baju hujan, kasut yang tak berapa best dan macam macam hal.

Fortunately, aku sampai jugak ke tempat yang selama ini menjadi impian aku untuk jejakkan kaki di sini.

Mesti nak tau pasal perjalanan apa semua. 

Cost dulu. Hmmm aku ambik pakej je sebab last minit, termasuk 4x4, driver, guide, tent, lunch charge dia lebih kurang RM600 per group. 1 group tak boleh lebih 4 orang. So kalau 4 orang boleh divide lah cost dia tu.

Ada jugak caranya yang lebih murah tapi makan masa dan leceh sikit lah, naik Jeepney sendiri sampai ke last check point then nanti cuma ambik 4x4 dengan driver dan guide je dari situ. 

Ni aku bagi secara ringkas journey untuk Mount Pinatubo.

05:00 am : Pick up from hotel (Clark) to Tarlac.
07:00 am : Last check point 
09:00 am : Sampai dekat last point for 4x4 station and trekking for 2 hr.
11:30 am : Sampai ke Crater Mount Pinatubo
01:00 pm : Turun dari Mt Pinatubo
04:00 pm : Sampai Clark Airport 

Aku kena balik ke airport sebabnya... aku ada destinasi lain lagi. Pinatubo ni aku decide last minit je pun, tapi alhamdulillah. Selamat pegi dan selamat balik. Overall, reserve at least 10 jam untuk trip ke Pinatubo ni bermula dari Clark, Angeles City. Cuma sadis skit, sampai atas tu hujan turun dengan lebat dan terpaksa bergegas turun. Biasalah, trip aku mesti ada drama drama sikit sambil melayan kesengalan diri sendiri. Apa yang penting... kerja sama !!!

Kesimpulannya, trip Pinatubo ini menjadikan one of impian aku tercapai juga akhirnya dan view dia di caldera tu memang stunning !

Agak penat, agak mencabar tapi fun juga, paling penting orang kata nak mendaki ni, pelan pelan saja.......................... macam tu jugak nak follow our dream, kena pelan pelan saja !

Nanti aku update details kisah lenguh jubo di Pinatubo.... Tunggu la sebulan dua lagi ker. Hahahaha.



Ku tahu kamu pasti rasa
Apa yang ku rasa

Ku tahu cepat atau lambat
Kamu kan mengerti

Hati bila dipaksakan
Pasti takkan baik

Pantasnya kamu mencintai
Yang juga cintai dirimu
Cinta kamu

Lepaskanlah ikatanmu dengan aku
Biar kamu senang
Bila berat melupakan aku
Pelan-pelan saja

Tak ada niat menyakiti
Inilah hatiku
Pantasnya kamu mencintai
Yang juga cintai dirimu
Cinta kamu

7 comments:

  1. 1991 - aku darjah 1.. tapi aku masih ingat kecelakaan ini.. tapi aku doubt camne debu-debu bleh sampai hitaly ni... jauh tu...

    pic awesome!!!!!!!!!

    * jeep... lari!!!!

    ReplyDelete
  2. masa tu aku sekolah kat pulau natuna

    * mati laaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. woi meng..ko ni sebaya aku ke apa?? hahahahaha...alamakk...kantoiii!!

    ok aku banyak keje xmo komen lebih2 nak siapkan sebelum terbang di awan biru fuh fuh fuhhh....

    ReplyDelete
  4. xde la. aku tak sebaya kau.

    tapi !

    kau yang sebaya aku..

    hakhakhak

    ReplyDelete
  5. perghh lawa nak mampos gmbr2 ko nih! awesome... mcm kt nz pn ade gak.

    mcm mana lenguh jubo tuh? hahahah

    ReplyDelete
  6. cepat update..mak tak sabor nk baca story menarik tu..

    ReplyDelete
  7. Eh JG darjah satu jugak mase tu..ops kantoi!!!

    ReplyDelete