Pages

Thursday, May 30, 2013

Jom Makan : Arjuna Village, Damansara Uptown

Rindukan kampung halaman?

Masakan emak? Jangan risau. Aku ada solusi nya.

Aku ni kalau nak cari ubat ada satu je kedai pharmacy yang aku suka pegi iaitu dekat Uptown Damansara tu.

So malam tu kami pegi la keluar dan aku dah cakap makan kat luar jer. 

Pegi pharmacy carik ubat yang aku nak tapi tak ada !

Sebab aku kecewa dan hiba jadi mood makan aku akan datang secara mendadak dan memuncak ! Jadi kami pegi makan kat Uptown Damansara tu.


Biasa kalau aku datang makan sini, asyik dok pekena Steven's Chicken Chop tu je la tak abis abis. Tapi malam tu aku lapar nasik. Jadi kami cari kedai nasik. Nak makan kat Vichuda tu tutup pulak.

Tup tup jumpa kedai ni. Tengok macam tak de orang. Tapi kedai macam menarik. So kami tengok menu dan order.

Nama kedainya Arjuna Village.

Pergh. Nama tak kalah ni.

Bringing traditional cuisine back to town

Gerai je pun

Tengok tengok menu, ada set set jugak tapi lauk lauk dia semua masakan kampung !

Hah. Menarik dah tu. Jadi aku order Set Gulai Masak Lemak. OR order Ikan Masak Asam Pedas. Hero tak nak makan, nak minum Cendol je. Malam malam buta minum cendol. Aku dengan OR order Fresh Orange kedai mamak depan.

Sebab tak de orang lain, jadi makanan pun cepat je sampai.

Dapat set ulam ulaman dulu

Ikan Asam Pedas

Ayam Masak Lemak Cili Padi

OR order daging bercili

Macam biasa menu aku kena ada telur dadar

Makanan

Verdict ?

Sedap weyyy................

OR pun cakap sedap gila. Dia tu kan susah nak cakap makanan kat kedai tu sedap so memang sedap. Aku pun rasa OK. Hero yang tak nak makan akhirnya dia yang abiskan nasik aku. Siap order nasik tambah.

Yum. Yum.

Memang authentic masakan kampung.

Yang bestnya. Tukang masak tu awek 3 orang. Muda belia lagi. 

"Pandai budak budak ni masak. Untung la suami suami dia orang ni"
"Saya nak try lah. Awak jugak dapat makan sedap sedap nanti. Nak?"

* bunyi cengkerik

Apa apa pun, fresh orange pun marvelous.

Fresh Orange

Cendol aku tak rasa. Tak tau

Good food. Ambiance best sebab tak ramai orang. Lepak lepak makan kat open air memang agak menarik. Dan cost makanan cuma RM23 !

Murah tak?

Haaaaaaaaaaaaaaa

Jadi, apa lagi? Anak anak dara sunti tu sedang menunggu di Arjuna Village tu. 

Aku tak reti nak bagi direction. Tapi naik one of the entrance tangga tu nanti terus nampak kedai tu belah kanan. Carik lah. Gerenti jumpa dan gerenti meleleh air liuq.

Sodap !

Dan, gambar ni aku ambik masa kunjungan kali ke 2. Kali pertama hari tu tak ambik gambor sebab ingat biasa biasa jer. Nak ambik makanan dah abis.

Apa tunggu lagi?

Serang......................................... !

6 comments:

  1. wahhh sesapa yg masih bujang tu boleh la cuba makan disini sambil cuba2 pikat dorang kan... 2 in 1 sekali org jawa cakap...

    ReplyDelete
  2. siut je ko kan! SEDAP gile kot tgk gambar! dah la lama tak pegi uptown tu! zaman2 jual vcd haram, tiap2 malam pi sana lepak makan yong tau fu cina hahahaha!

    ReplyDelete
  3. HB : anak anak dara tu comey comey jugak.. dan pandai masak. jadi kau boleh pegi usha jugak. hahahha

    org hitaly cakap... all inclusipppp

    Biq : serious sedap mak esah oi.. sila pegi uptown. ada je lagi kedai dvd kat situ tuh...

    yong tau fu cina tu memang ramai gila org... bubuh stokin ke apa gamaknya

    ReplyDelete
  4. terasa jugak nak try...even jaohhhh...kagum sebab harga sgt reasonable..

    ReplyDelete
  5. OK DATT.. Patut di cuba. bawak sekali kawan kawan lelaki yang bujangan untuk menyunting gadis gadis di situ.

    untung2.. ko boleh tumpang makan free !

    ReplyDelete