Pages

Monday, May 27, 2013

Cyberview Lodge Resort & SPA - Part 2

Malas la nak buat review hotel panjang panjang. Kalau dapat stay free tak per le jugak. Kan?

Hiks.

Aku share beberapa perkara menarik di Cyberview Lodge Resort & SPA di Cyberjaya.


Entrance

Check in.

Check in mudah dan pantas. Bila aku tanya ada bilik kosong ke tak, dia kata ada, then terus aku booking. Rate tak sure la kalau booking.com ke agoda ke lebih murah tapi bagi aku lebih kurang je la kot.

Dan macam biasa. Aku ambik bilik paling murah !

* nangis kira duit syiling.

Aku check in dulu sebelum OR sampai.

Lobby and reception

Bilik.

Bilik dia bagi aku OK lah. Siap ada macam pantry. Luas dan selesa. Katil pun best. Semua amenities lengkap. Memang 5 star treatment tapi............. sunyi sepi. Bila malam je rasa cuak badak ler jugak !

Tengok gambar bilik.

Pantry

Inzal tak?

Agak luas biliknya

Bilik air luas. Boleh guling guling keluar masuk

Siap ada balcony

Balcony mengadap pool


SPA !

Apa yang menarik di Cyberview Lodge ni adalah SPA dia.

Aku pernah pegi dulu, tapi kali ni tak pegi. OR je pegi. Aku jaga anak  !

As per my last visit, kira Sembunyi SPA dia one of the best. Nanti la bebila aku rasa mengalami regangan otot ke apa dan perlukan massage, aku try pi  lagi !

Elaine Daly kekasih lama?

Wangi wangi

Bunga bungi

Ambiance dan persekitaran.

Bagi aku resort ni memang menarik. Aman damai, dengan pokok pokok yang banyak. Tidak sedar yang sebenarnya aku berada tak berapa jauh dari hiruk pikuk kota.

Tak de dengar bunyi kereta. Kereta pun tak berapa nak nampak. Memang tenang dan sunyi. 

Layan gambar persekitaran resort.

Santai

Pathway 

Hah. Main pool. Tapi air kaler hijau. Hero takut nak mandi dia kata lumut orang tak cuci. Tapi ni pool dewasa. Pool budak kecik kat bahagian atas. 

Ini pool for kids

Pool for kids tapi tak de budak mandi, Hero kata tak best mandi sorang sorang !

Makanan !

Makanan kat hotel ni nak kata inzal sangat aku cuma makan breakfast je. Tapi based on aku makan lunch masa hari aku ada keje tu rasanya OK jugak. Try Creme Brulee dia, menarik !!

Spread pun banyak. Breakfast dia pun OK. Maybe orang tak berapa ramai so OK lah kot.

Not the best but still.. gooooood and tasty.

The Verandah

Patio

Roti

Dessert dia banyak gila

Seafood

Kuyah muyah

Food Spread

Overall, very lovely and relaxing stay. Great resort, great environment. Sesuai untuk weekend getaways, honeymooners, family pun OK.

Cuma tak boleh duduk lama lama nanti mati kutu. 

Kalau nak keluar cari kedai makan pun, pegi je kat Cyber tu banyak kedai makan kat area sana. Putrajaya pun dekat boleh gi cari makanan merata rata kalau tak nak makan kat hotel.

Best dan recommended. 5 star !

Glance Thru Paradise

Masa nak balik tu perasan ada kereta ni. Tak de accident dengan apa apa cuma tayar dia tiba tiba bengkok. Ada benda patah ler tu kat dalam.

Buatan Malaysia.

Kesian tuan empunya kereta

TAMAT

2 comments:

  1. sure inzal gak nak bayar utk semalam kat sini kan Meng?

    oittt...jangan igt buatan MALAYSIA je ada jadik camtu? buatan lain pon ada weii hehehe...

    ReplyDelete
  2. kalau weekend mahal lagi kot. aku pegi weekday je.. cuti sekolah mungkin lagi melampau2 mahalnya.

    so org miskin mcm kita yang nak feelinmg2 duduk sini, sila pegi time weekday.

    ReplyDelete