Pages

Saturday, May 11, 2013

Ayuh Kekal Sihat Cergas Dan Bertenaga

Korang simpan ubat apa kat rumah selain dari ubat gamat?

Apa ubat gamat pun tak de? Ubat nyamuk je? Aku ada ni.

Ni yang aku biasa simpan. Bekalan untuk travel biasanya...

Kadang kadang sakit kepala menyerang

Demam dek cuaca yang panas dan tak menentu

Tanpa mengganggu perut?

Ubat batuk yang boleh menidurkan... ( ini tak boleh bawak gi travel nanti tido manjang)

Kronik tak simpan ubat banyak banyak kat rumah? Korang travel bawak obat obatan?

Hah. Selain daripada ubat ubatan, kena jugak ada supplement bagi kekal sihat, cergas, bertenaga, kacak dan lawa serta jelita. Tapi kalau tak jelita jugak, Den tak dapek nak nolong !

Ni aku nak kongsi tentang supplement yang aku makan.

Korang ada ambik supplement tak? Khas untuk lelaki la sebab aku tak ambik supplement untuk wanita. Kang tetiba tumbuh tetek. Tak mao lah aku. Victoria Secret tak de saiz untuk aku !

Anyway kalau sihat dan bertenaga rasanya tak payah la kot supplement ni. Tapi bagi aku ni, perokok tegar, tak makan ikan, jarang bersenam dan selalu di serang rasa mengantuk time kat office dan rasa macam nak tidur sepanjang masa serta tidak berdaya saing, maka aku cari solusi untuk diri sendiri.

Meh aku share.

Multivitamin Mega Men

Vitamin ni sebenarnya untuk menyokong usus dan imun kesihatan. Selain tu boleh memberi bekalan penting B-vitamin yang penting untuk kesihatan kardiovaskular dan pengeluaran tenaga. Vitamin ini mengandungi selenium, lycopene dan vitamin E untuk menyokong kesihatan prostat yang normal dan lutein dengan lebih zeaxanthin untuk menyokong kesihatan mata selain memberi perlindungan Antioksidan.

Apa maksud tu? Hahaha. Aku pun tak tau.

Testimony aku? 

Rasanya ini multivitamin, so aku makan je lah. So far tak de la rasa apa apa perubahan dan moga moga aku akan teruskan makan sebab aku ni pun sebenarnya pemalas nak makan supplement supplement ni.

Warmly chicken shit jer !

Boleh di beli di GNC. Harga aku lupa.

Vitamin C

Actually aku salah beli. Nak beli untuk kids punya sebab Hero selalu selsema. So carik untuk dia terbeli untuk dewasa. Lepas tu baru pegi balik cari untuk dia. So yang ni aku makan.

Vitamin C ni kan penting untuk kita. Untuk tampak lebih kacak atau jelita dan kulit yang lebih mulus dan gebus dan apa benda bla bla bla bla.. 

Aku pun tak tau sebab apa. Hahahaha.

Tapi Vitamin C ini tidak akan membuatkan dagu menjadi panjang !

* tolak Ifa Raziah terus ke ranjang

Kalau nak panjang dagu jugak, cangkuk je dengan mata kail pastu tarik keliling rumah ! 

Vitamin C ni beli kat pharmacy mana mana pun OK. Tapi sedap benda alah ni. Pagi pagi aku taruk sebijik dalam air 100 plus, pastu minum. Pergh. Serious sedap !

So aku beli benda ni sebab sedap? Hahahaa

Btw budak budak punya jenis isap isap. Hero tak suka tapi aku paksa gak suruh dia makan.

Burn 60 

Ini sebenarnya ubat kurus !!

Tapi selepas memakannya kenapa aku tak kurus kurus?

* bunyi kayu bantai cengkerik 14 kali

Mesti soalan tu ada di minda masing masing. Sebabnya, ingat boleh kurus tanpa senaman kah?

Pfft ! Jangan harap. Tapi aku still makan benda alah ni sebab dia bagi tenaga. Ianya memecah lemak lemak dan di tukarkan kepada tenaga walaupun masih banyak lemak di tubuh.

Lepas makan, memang tak mengantuk seharian. Kecuali dah malam lah. So jangan ambik malam. Makan pagi pagi. Nescaya tak mengantuk kat opis. 

Bagi yang selalu nak terlelap tu, cuba try ni, so far it works best for me !

*  malam je tidur tak sedar diri.

Fish Oil

Sebab aku jenis tak makan ikan, so aku kena makan minyak ikan. Enough said. Tapi bagus la aku rasa supplement ni. Aku jarang selsema. Batuk pun dah kurang since aku ni kan kuat merokok. Kahak pun tak der.

Tapi !

Bila kencing je, air kencing gila kaler kuning. Seriau kejap.

Tapi kena banyak minum air lepas tu.

Acai Splash

Sebut dia bukan acai tapi a-sai-hee.

Ini pun untuk energy and rasanya sangat sedap. Cuba la try. Aku dah minum botol ke 3. Satu hari satu penutup tu minum. 

Bila minum rasa bertenaga je.  

Ke tak?

Tapi tu la. Berbalik kepada topik asal kita. Kalau makan satu tong drum vitamin ke supplement pun, tapi pemalas nak bersenam cemana? Senam pun senaman jari setakat tukar tukar channel kat remote TV jer.

Go figure !

* pose pose tengok perut sendiri depan cermin.................... pastu muntah belahak !

7 comments:

  1. Ok ni aku nak komen sebelum boarding.. errr no komen..kbai

    ReplyDelete
  2. selamat berangkat dan berjuang di tempat orang HB.

    Hati hati di tempat orang.

    Jaga diri dan dara baik baik.. ahaks

    ReplyDelete
  3. hahaha motif nk entry pasal ubat-ubatan nih?

    Aku p travel bawak ubat gak, sebab aku ni kadang2 mcm2, allergic la apa la..TAPI bila time bawak ubat, dia tak nk sakit pulak, time tak bawak tu la jadi mcm2..dugaan sungguh..

    aku selama ni amik vitamic c sama cam ko tu dan multivitamin je..lain2 ubat kuat tak penah terai lagi hehehehe

    ReplyDelete
  4. ko ahli GNC kah? sama la kita, tapi dulu2 la, masa aku kurus keding, sbb aku nak gemuk...skang tak beli dah kat situ.

    kitorang travel tak penah bawak ubat, tatau nape haha.

    tapi kat rumah aku mmg makan multivit, kencing mmg kuning la. patu lain2 tu kapsul2 utk wanita, biasa la kan.

    ReplyDelete
  5. CNa : Dagu memanjang x lepas makan vitamin c? hahaha

    Biq : of chosss GNC..

    kencing kuning adalah scary kdg kdg...

    ReplyDelete
  6. banyak gile ko ambek supplement...aku cuma ambek vitamin C dgn omega3 jek dan banyakkan minum air kosong dan jogging di petang hari (kalau x ujan la) hahahaha...

    ReplyDelete
  7. telur tu ada omega jugak kan? nak pakai jam omega tak mampu..

    aku ni nama je banyak. ambik je kadang kadang..

    banyak kali nya.. LUPA !

    ReplyDelete