Pages

Saturday, April 27, 2013

R-Nab vs Gwiyomi

Ada satu hari tu OR suruh aku beli sate kat Haji Sahmuri. 

So aku pun beli lah. Hero nak makan sate.

Kedai sate Haji Sahmuri

Sate daging. 5 cucuk.  

Sate ayam.  

Tetiba aku nampak ada sate arnab !  

Then tanya OR, dia kata nak try. Harga dia RM2 secucuk. Aku pun beli la 5 cucuk. Takkan nak beli secucuk kot? Malu lah.

Dan ini sate arnab !

Kaler dia merah skit. Balik ke rumah aku try lah makan, rasa dia pun macam ayam skit.

Tapi lepas makan suapan pertama tu, tetiba aku jadi hiba dan beremosi tinggi. Airmata mula bergenang hampir hampir nak mengalir.

Aku kawal emosi.

Lalu terbayang bayang arnab berlari lari senang lenang dalam keadaan ceria tanpa gundah gelana.

Oh. Comelnya haiwan itu. Kenapa kah sekejam ini mereka di perlaku?

Aku seka air mata yang tak berapa nak ada. Aku bayangkan mereka comel comel lagi berlari dengan ceria.

Pastu aku insaf dan tak jadi makan dah.

Masa tu OR tengah makan.

Terus aku bermelodrama membayangkan betapa kasihan sang arnab yang kecil molek dan comel comel belaka tu di sembelih dan di sate sate kan.

"Tergamak Yang awak nak makan?"

OR pandang sepi tapi tetap teruskan makan.

* tetiba aku jadi pembela nasib arnab arnab se-Malaya

Listen ! Listen ! Listen !

Aku pandang Hero.

"Tak kesian ke pada arnab? Itu kan haiwan comel?"

Pastu Hero pandang.

"Abis tu, kenapa Papa beli?"
"Hmmmmm...."

Pastu aku bayangkan semula arnab yang berlari lari laju tadi tu pastu tetiba arnab tu pusing dan buat muka keji tunjuk gigi.

Pastu aku terbayang pulak orang yang tak cute cuba cuba buat Gwiyomi.

"Makan je lah ! Habiskan"

Hero terus abiskan makan sate arnab itu.

Anyway, Gwiyomi ni paling epic especially part muka lelaki pakai sleeveless tu.



Kalau lelaki lelaki yang terasa dirinya jantan. Tak payah la dok buat Gwiyomi ni. Boleh meruntuhkan negara.

Kalau buat jugak, aku suruh Mak Esah sumpah korang jadi Ikan Talapia..... !

* pass baton beserta wang pengeras 50 sen kat Mak Esah, bomoh terkenal seantero dunia.

8 comments:

  1. Adoii Meng...ko wat aku teragak nak makan mee tarik la camni...

    Harusla gi cari esok...hahaha

    Ko Pernah makan sate klatak?

    ReplyDelete
  2. JM lihat kat msia dh mula tiru gaya gwiyomi ni mmg x sesuai langsung dh la muka x cute cam korean. Mcm mana lah rupa klau SM yg buat mahu JM lari keliling padang

    ReplyDelete
  3. Hehe tp lagu ni so cutee gwiyoi hahaha. Fj suke yg no 6 tu yg dia kiss jari2 dia hhhha pondan thailand byk buat rasa nak muntah uhuhkk. Tp version akak nora danish so chomell. And version islam kalau nok nikoh kena pandai ngaji bahahahaaha. Normally i just view all of these for fun :). Mmg kalau lelaki toksah nak buat lerr like mcm pelakon nazim othman. Hahaa geli nengoknye

    ReplyDelete
  4. Klatak tu gapo??

    FJ pon x pnh mkn dgg arnad takleh masok kekdahnye kesiannnn sgt sbbb dorg tu chomelll huhu sobs

    ReplyDelete
  5. Sate klatak sate yg harus dicuba bila gi jogja..haha sate kambeng, simple jek tp sedap...

    ReplyDelete
  6. Meng ni gi makan angin ke mana lak ni..

    ReplyDelete
  7. Meng,

    aku makan jek arnab sbb aku rase arnab xdpt byk suntikan mcm ayam...aku rase selamat skit la klu makan renab..(mesti kene kutuk kejam oleh meng)

    HB,
    aku dh nak pencen jd traveller.dh insaf..nk dok dendiam kt rumah..

    ReplyDelete
  8. aku baru bersiaran... beberapa hari dpt baca komen je, tapi malas nak balas sebab guna hp..

    HB : aku gi makan angin dekat2 je.

    * burp.

    Keluar angin.

    ReplyDelete