Pages

Sunday, April 21, 2013

# 12 - Merentas Kota Khayalan - Yangshuo : West Street

Urusan check in semua mudah je then aku di beri bilik di tingkat 3.

Sebelum tu layan gambar dalam hostel ni.

Common area di lobby

Gambar gambar di dinding

Lobby

Ini la bilik nya

Bilik dia agak basic tapi ada TV siap. Bilik air pun ensuite so selesa jugak la. Bilik pun agak bersih. Tapi aku perasan tak ramai pun orang kat hostel tu time aku sampai sana. May be sebab winter kot. Tapi murah la satu bilik macam ni cuma RM46 per nite.

Aku mandi segar segarkan tubuh badan pastu solat then aku turun semula. Aku nak bagitau, kalau ke Yangshuo, cuba cari hostel/hotel dekat area West Street tu je. Berlambak lana kat sana dan senang nak bergerak. Hostel ni macam OK jugak cuma jauh skit.

Dekat lobby aku lepak kejap dengan Hamson tu bagitau dia apa plan aku, mana aku nak pegi, apa aku nak buat di Yangshuo ni dan mintak advise dia. OK lah. Dia tolong banyak jugak la kasik info. Aku cakap aku nak beli jacket !

Ya. Aku masih pakai sweater yang sama. Dah 3 hari ni !!!!

* pitam bau baju sendiri.

Kali ni aku yakin nak cari jacket tu kat sini. Hamson kata kalau nak cari yang ciplak ciplak tu banyak kat West Street.

So gebang punya gebang aku pun pegi la ke pekan Yangshuo semula. Tapi kali ni aku dah tau jalan. Hamson dah siap bagi peta. Rupanya lorong masuk tu kecik gila dan dalam peta punya la macam jalan besar tapi rupanya celah celah bangunan je.

Dah terror jalan sikit, aku menapak ke pekan Yangshuo. Lalu balik semula la ke arah orang jual sayur tepi jalan tadi, kedai halal yang aku makan tengahari dan jugak station bas. 

Jalan depan sikit pada station bus tu la terletaknya West Street !

West Street

West Street ni adalah satu tarikan utama di Yangshuo ni. Tempat ni sebenarnya menghimpunkan banyak kedai makan dan restaurant dari negara barat. Pastu banyak kedai kedai yang jual barangan serta cenderamata. Pendek kata tempat ni macam Petaling Street plus banyak open concept restaurant style style kat barat nuh.

Meh sini tengok apa benda yang ada kat West Street ni.

Buah kering

Kedai kedai di hias indah

Ada banyak gerai gerai di buka di kiri kanan jalan

Boleh sewa basikal kalau mahu

Deretan kedai kedai di West Street

Kedai jual kain

West Street ni adalah sepanjang 1 km jugak kot. Memang sepanjang panjang tu la banyak kedai kedai pastu ada lorong lorong di penuhi dengan restaurant. Orang pun boleh tahan ramai. Tapi masa aku memula sampai kedai kedai ni macam baru nak meriah dan orang baru mula nak pegi makan. Lagi pun baru lepas hujan.

So aku berjalan je sampai ke hujung. Di hujung kawasan West Street ni, aku jumpa semula Li River. Tapi kali ini di Yangshuo.

Li River kita bertemu lagi !

Li River dari pekan Yangshuo

Tau tak ni sebenarnya adalah air longkang !

Jalan dari arah port naik ferry

Kat sini boleh jugak naik rakit atau pun ferry. Biasanya orang naik ferry ni dari Yangshuo menuju ke XingPing tempat aku memula sampai sebelum ni

Pastu aku dah tak tau nak buat apa !

Ini kah saja Yangshuo yang di gembar gemburkan? Patut la minah Melayu tu cakap datang sini nak shopping je, tapi macam tak best mana la kot.

So aku agak sayu dan kecewa. Tapi tak de lah berlinangan air mata. 

Pastu aku menapak balik ikut laluan dekat West Street tadi tu.


Ada jugak la yang menarik yang boleh di usha kat sini. Macam FM, T Shirt, ada la aku macam teringin nak beli, so aku tanya la survey survey harga. 

Dia letak harga, aku bargain then dia tak agree, biasanya kalau kat tempat lain, kita buat jual mahal mesti dia orang panggil kan?

Tapi tidak di Yangshuo ni !

Jangan harap lah. Dia bagi harga kita bargain then dia tak kasi, kalau kita jual mahal tak nak memang sampai sudah la dia buat muka ketat. Tak de la dia nak panggil balik nak nego lagi ke apa. Memang style macam tu kat sini. Dua tiga kali aku terkono. Pastu nak pegi balik dah macam segan.

So aku biarkan je la dulu. Tak beli apa apa. Carik jacket pun macam tu jugak, semua tak sesuai dengan jiwa dan penampilan abang yang menutup aurat dan tidak mahu berpakaian seksi di depan peminat mahupun di cover cover majalah !

* rebah

Memang tak de yang aku berkenan. Semua macam hampeh je. Aku still rasa yang aku nampak kat Converse di Guilin kelmarin tu paling lawa. Terus menyimpan cita cita, kalau aku tak jumpa jugak jacket kat sini, nanti aku pegi beli jugak la kat sana. 

Berjalan ikut arah kaki. Aku nampak ada jalan je aku ikut, nampak orang ramai je aku follow. Last last jalan mati ! Cis.

Tapi ada la sikit sikit view yang boleh di usha.

Pekan Yangshuo

West Street

Restaurant yang ada

Ni bukan di laluan utama West Street. Dari pengamatan aku, kedai kedai yang agak tersorok sikit ni lagi murah. Cuma kena pandai explore dan cari lah. Asal ada celah je, masuk tau !! Hahaha

Dan kat sini jugak la tengah aku asyik berjalan kaki sorang sorang, tiba tiba 2 minah Chinese dengan sorang boyfriend Germany ikut aku ke paddy terrace sekali tu ada kat sini !

Dia orang yang tegur aku.

Then borak borak kejap. Dia orang baru je sampai. Datang naik bas. Aku cakap la aku jumpa mamat German yang busuk tu naik rakit dengan aku sekali pagi tadi tapi tak tau dah dia ke mana. Aku malas nak tanya sebab mamat tu busuk.

Then aku tersedar sesuatu.

Dia orang mesti kata aku busuk jugak sebab aku pakai sweater yang sama masa aku pegi Longji paddy terrace tu.

Oh tidak !

Abang malu.......................... !!

* lari pekup muka menyorok tepi bangunan usang pastu tarik key Rahim Maarof nyanyi lagu Usang versi Mandarin?

Aci kan?

Lantak la dia orang nak kata aku busuk ke apa. Tapi agak agak kalau dia orang perasan mesti dia orang kata.

"Mamat ni tak de baju lain ke?"

Eh. Aku pakai sweater ni kat luar je, kat dalam aku hari hari tukar lah !!!

* tetap nak menjawab.

Ntah ntah dia orang langsung tak ambik port.

Lepas borak tu aku terus je jalan dan dia orang pun jalan jugak. Berpisah la kat situ. Dia orang nak gi makan, dia ajak aku join tapi aku malas, nanti dia orang makan benda bukan bukan aku pulak yang tak leh nak makan.

Jalan ikut kaki sampai jumpa jalan mati !

Then patah balik semula ke arah bus station tadi

Kedai kedai di Pekan Yangshuo

Last sekali hari pun dah macam gelap. Dah nak malam. Aku pun dah tak tau nak pegi mana, aku balik ke hostel je lah. Perut tak lapar sangat, cuma badan letih sikit, aku ingat nak balik rest je la sebab esok aku dah cakap dengan Hamson aku plan nak gi merentas desa pulak.

Actually ada satu lagi benda menarik di Yangshuo ni yang tak sepatutnya dilepaskan iaitu menonton The Impression of Sanjie Liu Show. Tapi, benda alah ni memang tak de waktu winter ! So memang tak de rezeki aku lah. Orang cakap show ni memang patut tengok walaupun mahal. Dia persembahan live yang menggunakan Li River sebagai pentas persembahan mereka. Ada la show show lampu lampu, kaler kaler menggunakan orang yang bawak sampai di sini. Kalau pernah tengok opening Olympic Beijing, dia orang tunjuk show yang sama. Show ni ada sepanjang tahun kecuali bulan January dan February. So take note sesiapa yang mahu ke Guilin, kalau nak tengok persembahan ni kena datang bulan bulan lain lah.

Kalau datang bulan pun masih boleh tengok kalau kena dengan masanya.

* mute

Sesapa ke sana boleh riki show ni, tapi aku memang tak berpeluang. Tapi tak de la aku rasa terkilan sangat pun.

Apa yang penting, esok aku nak pegi merentas desa Yangshuo ni. Then aku nak pegi ke Yulong River. Tu je la agenda aku untuk esok.

Sampai hostel aku lepak kat lobby surf internet. Biasalah kat China ni facebook pun tak leh nak browse sebab kena block tapi dekat hostel ni boleh. 

Layan la borak dengan Hamson.

Tapi aku rasa mamat ni agak tak berapa betul jugak ler. Aku nampak sign Shangri-La. So aku cakap aku plan nak pegi esok. Dan dan dia kata tempat tu jauh. Tapi aku cakap kat signboard tu siap tulis 16 KM. 

Tau dia cakap apa?

Signboard tu salah !

"Eh. Kau ni dah kenapa?"

Nak je aku tanya dia. Takkan la signboard terpampang besar besar kat jalan tu boleh salah? Beriya iya lak tu. Then aku surf internet aku membuat kesimpulan yang mamat ni sebenarnya tak boleh nak pakai sangat ! Bagi aku info mengarut ngarut.

Then aku tanya la dia.

"How much are you charging for bicycle rental?"
"CNY100"

Dia jawab. Aku terkejut.

"You mean 100 Yuan?"

Aku cuba cuba minta kepastian.

"Yes"
"For how long?"
"As long as you want"

Cikai. Dia tahu aku duduk sini satu malam je, aku nak sewa untuk siang esok je, takkan la sewa basikal sampai RM50 sehari? Lagipun aku dah cakap kat dia malam esok aku dah nak balik naik bas ke Guilin dah. Aku baca kat internet at most pun dia orang letak CNY30, tu pun mountain bike ! Apa basikal dia nak bagi aku sampai mahal macam tu sekali?

Then aku agak mamat ni nak kencing aku la ni. Tak pe. Ada ubi ada batas, ada tali, aku ikat tangan kau sampai kebas !

Cubaan dia nak menipu aku buat aku rasa malas nak layan si Hamson dah lepas tu.

Ini semua poyo !

Common area waktu malam

Reception area

Memang tak ramai orang yang stay kat hostel ni. Memang sebab musim ler kot, winter tak ramai yang datang ke Yangshuo ni. 

Tapi hostel ni agak bagus, setiap malam dia akan pasang movie kat bawah ni so boleh la lepak lepak tengok movie ramai ramai. Aku tak sure dia ada kitchen ke tidak. Aku pun tak tanya sebab aku tak terfikir nak tanak nasik ke apa kat sini.

Lepas borak dengan Hamson yang agak hamsap ni, aku pun naik bilik dan berehat.

Tak tenang aku malam tu fikir, kalau betul nak kena sewa basikal semahal tu. Cis. Tapi tak pe lah. Aku fikir susah sangat esok pagi aku keluar sewa basikal kat tempat lain. Dekat area West Street tu pun aku ada nampak tempat sewa basikal kat situ. Mungkin lebih murah !

Malam tu tidur dengan lena mimpi tunggang gajah sambil pijak pijak perut Hamson tu sambil bernyanyi penuh amarah.....

"Hamlo koto samah seketo................"

bersambung................

10 comments:

  1. Hostel dia boleh tahan lawo. Hamson yg hampas nak kena hempas la kalau dh camtu nak kelentongnya... confident jek cakap signboard salah...boleh ek!!

    Kelam jek aku tgk bandar dia. Suram ya amat.

    ReplyDelete
  2. hamson yg x ensem berani nko nk kencing AM kito ye nanti ko larikkkkkk :-)

    ReplyDelete
  3. HB : memang agak suram sebab cuaca kot.

    JM : kill kill die die hamson !

    ReplyDelete
  4. Aku suke tgk view hostel tu..lawo..cuma xsuke hamson tu..asyik nk menipu jer dorg nih..

    ReplyDelete
  5. buah kering tu kusangkakan donut...

    ReplyDelete
  6. DATT : standard la tu. dalam dok berhati hati pun terkena jugak.

    PM : kalau donut nak rasa ke?

    ReplyDelete
  7. memang x de rezeki nk tgk Sanjie Liu Show tu.. time aku pergi diorang kata semua artis dh blik kampung.. celebrate Gong Xi Fa Cai..

    ReplyDelete
  8. betul tu. tak de rezeki bro. tak pe.. tengok kat youtube sudah...

    ReplyDelete
  9. Supermeng, dari aktiviti dari guilin sampai ke yangshuo tu brape lame?

    ReplyDelete
  10. aktiviti mana satu ni?

    kalau naik rakit li river tu dari hostel kol 8 pagi.. kol 10 kat yangdi.. kol 1 sampai xingping.. dlm kol 3 buleh sampai la yangshuo.. pastu melilau kat yangshuo.. sampai ke malam.. cukup la satu hari.

    ReplyDelete