Pages

Thursday, April 11, 2013

# 04 - Merentas Kota Khayalan - Guilin City : Solitary Beauty Peak & Zhengyang Pedestrian Street

Destinasi aku yang seterusnya di Kota Guilin ini adalah Solitary Beauty Peak.

Aku pun tak pasti apa yang menarik dengan tempat ni, tapi sebab area dia tak jauh dan boleh jalan kaki je so aku pun rasa OK lah. 

Aku pegi cekidaut !

Dari persimpangan jalan yang aku turun bas tu, aku menapak je. Tanya orang sikit then sampai. Sebab  nak tanya orang pun bukan semua orang faham, so aku tunjuk je nama tempat ni kat orang yang lalu lalang, dan dia orang tunjuk arah nak sampai ke Solitary Beauty Peak ni.

Solitary Beauty Park

Terletak di tengah tengah pusat bandar Guilin ini, Solitary Beauty Peak merupakan bekas kediaman Putera JingJiang yang hidup sewaktu zaman Dinasti Ming dahulu kala ( 1368 - 1644 ). Di kawasan ini macam satu taman buatan yang mengekalkan konsep alam semula jadi dan mendapat jolokan taman tercantik di Guilin ni.

Di sini jugak terdapat istana Putera JingJiang yang merupakan cucu kepada Dinasti Ming. Pembinaan istana ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun, lebih lama daripada pembinaan Forbidden City di Beijing sana nuh. 

Now tempat ni menjadi kampus University Normal Guangxi.

Ayuh kita terjah.

Gerbang masuk

Oh. By the way, bayaran masuk di kenakan sebanyak CNY 75. ( RM 32)

Masa aku sampai tu hari masih berjerebu. Sejuk sejuk beku jugak la. Tapi OK lagi. So aku menapak je masuk. Keluar dari pintu gerbang lepas check tiket tu, ada kawasan taman yang terpelihara.

Agak luas. Ada nampak banyak bangunan bangunan di dalam.

Laluan ke arah istana

Akan nampak bangunan yang seolah olah muzium

Pintu masuk

Memula aku ingat tak leh masuk sebab siap ada guard kat belakang tiang tu.

Aku mundar mandir depan tu, tetiba dia bukakkan pintu. So aku masuk je la ke dalam.

"Ke tepi ! Ke tepi ! Maharaja Meng dah balik istana ni !!"

Rupanya kat dalam adalah ruang pameran yang memaparkan sejarah Dinasti Ming ni siap dengan ada persembahan. Tapi masa aku masuk, persembahan tu dah abis.

Pusing pusing dalam tu dan keluar ikut pintu belakang.

Replika Solitary Beauty Peak

Ruang pameran

Lepas tu keluar dan jalan lagi ke kawasan bahagian belakang. 

Tempat ni luas dan agak lawa. Kawasannya bersih dan terjaga. Ada banyak pokok pokok besar dan rimbun.

Layan je la perasaan jalan kaki dalam ni.

Pokok 

Istana berlatar belakangkan Beauty Peak. Nampak tak bukit belakang tu?

Sisi tepi

Aku tak sure boleh masuk ke tidak dalam bangunan tu sebab aku pun macam malas nak usha. Aku teruja tengok Solitary Peak tu, so aku terus bergerak ke bahagian belakang taman ni.

Sedikit mengenai Solitary Beauty Peak ni.

Ianya terletak di Istana purba Putera JingJiang ini dengan keluasan kawasan seluas 6.100 meter persegi ( 1.5 ekar ) dengan ketinggian 216 meter dari paras laut dan 66 meter dari atas tanah. 

Puncaknya menjadi tempat berehat Putera JingJiang satu ketika dulu dan pemandangannya mendapat jolokan ' none can surpass the view from Solitary Beauty Peak'.  Juga di kenali sebagai 'sky pillar' dan tempat ini memang menjadi spot Sang Putera berehat dan bersendirian.

Terdapat 306 anak tangga ke puncak yang mana bandar Guilin dapat di lihat 360 degree. 

Tapi !

Masa aku pegi, cuaca memang la tak berapa menawan. 

Aku panjat jugak la sampai terpongeh nak naik ke atas ni.

Let's memanjat uols

Dan ini semua view di pertengahan puncak.

Masih kena naik atas lagi.

View Guilin City

View Guilin City

View Guilin City

So dah nampak kan keseluruhan Guilin City ni?

Tapi kalau nak lagi cun, kena naik lagi. 

Tangga dia agak curam jugak la. Aku terfikir cemana Putera raja ni ni naik. Mesti orang tolong angkat dia ke atas sebab penat jugak la weh. Kalau aku jadi Putera Raja aku pun dah malas nak naik naik selalu.

* mati la jadi Putera Raja yang pemalas.

Sikit lagi nak sampai ke puncak

Dah naik kat atas nanti akan ada tempat ni. Tak pasti apa. Tempat ibadat la kot.


Kawasan puncak dia tak de la besar mana sebab dia macam seketul je berdiri di tengah tengah taman yang luas ni.

Tapi view kat atas ni memang superb. Kalau cuaca cerah mesti lagi menarik.

Ni je la yang aku dapat dengan kepenatan yang separa nak kojol.

"Helikopter.................. mintak nyawa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"




Pastu nanti ada la viewing point yang di namakan Pavillion tempat Putera Raja tu bersendirian.

Hebat putera raja ni, dapat tempat macam ni, spot cun, tak de orang kacau lak tu. Dah nama pun dia raja ye tak? Lepak lepak sambil minum kopi pun menarik ni.


OK. Kat atas ni sempit je. Tak de orang jual air ke apa. Toilet pun tak de. Tapi ada satu section boleh nak ambik gambar pakai baju baju Dinasti Ming. Malas la aku layan.

Aku just usha lebih kurang. Duduk lepak kejap layan view dalam 10 minit then aku turun balik semula ke bawah.

Jalan nak turun ke bawah semula

Turun tu laju la sikit.

Di bawah kawasan Solitary Beauty Peak ni ada satu kolam di namakan Kolam Bulan Sabit sebab rupa dia macam bulan sabit kalau di lihat dari atas.

Ada beberapa tempat la untuk berehat dan view pun boleh tahan la menarik. Aku just pusing buat satu pusingan sebelum berpatah balik dan keluar dari tempat ni.

Layan gambar skit lagi.

Kolam Bulan Sabit

Lanskap taman

Dah keluar balik semula ke pintu gerbang

Kalau tanya aku adakah worth it melawat kawasan ni, bagi aku YES. Tapi tengok cuaca jugak la. Cuma cabaran nak memanjat bukit tu. Kalau rasa tak boleh nak panjat, tak payah datang la sini sebab yang bahagian bawah bawah ni tak de apa sangat pun.

Tak berapa jauh dari Solitary Beauty Park ni adalah kawasan shopping yang paling terkenal di Guilin City ini iaitu Zhengyang Pedestrian Street.

Misi aku lebih penting di sini iaitu aku nak beli jacket !

Kawasan shopping street

Memang kawasan ni banyak kedai kedai sepanjang jalan. Ada restaurant, kedai baju, dan macam macam kedai la. Boleh rambang mata jugak di buatnya.

Dan di penghujung tu akan ada satu section jual barang barang cenderamata Guilin macam t shirt, key chain, FM dan sebagainya. Aku usha usha memula then beli FM sikit kat situ. Dapat la harga CNY 4 seketul. ( RM 2)

Nampak kedai converse tu?

Banyak kedai aku masuk nak cari jaket. Tapi banyak yang aku tak berkenan sebab jenis kain licin licin pastu tebal macam hapa je. Aku tak nak yang jenis macam tu. Aku nak jenis simple dan kain jeans skit yang aku boleh pakai kat Malaysia.

Cari cari memang tak jumpa. Ada yang murah tapi semua jenis macam snow jaket. Kaler pulak tu ntah hapa hapa. Lagi haru, mostly ada bulu bulu gibbon kat leher.

Hoi !!

Ingat aku ni apa?

Walaupun nampak orang lelaki kat sini pakai selamba je bulu bulu gibbon tu semua. Tapi untuk aku? No. No. No.

Kat Converse tu aku nampak satu jacket yang aku berkenan. Siap ada hood lagi. So aku nak beli, tapi bila tengok harga CNY600 lebih ! Gila. Dekat RM300 tu. Masalahnya ni baru first day so aku tak reti nak budget lagi perbelanjaan aku. So aku kuburkan la niat dengan harapan, mungkin jumpa jaket yang sama yang lebih murah di kedai lain.

Damn you Converse !

Jalan je la lagi.

Sebelum CNY masa ni

Kekacangan

Mercu tanda Zhengyang Pedestrian Street ni

Antara lukisan yang di jual menggambarkan keindahan Guilin

Kedai jual key chain dan FM

Panjang pedestrian street ni adalah dalam 2 KM lebih kot. Tapi sepanjang jalan tu tak bosan sebab banyak kedai. Orang pun agak ramai.

Lepas pada hujung tempat gerai gerai jual cenderamata tu, ada Lakeside Hotel, then lepas tu, aku terus terpana sebab nampak pagodas yang menjadi lambang kota Guilin ini.

Terus excited terlebih !

Two pagodas and sunset

Moon pagoda and sun pagoda

Tak tau dia tulis apa. Anyone?

Lakeside Hotel

Nampak tak satu lagi pagoda tu terapung? Cemana nak gi situ? Nanti aku kasi tau

Lepak jap kat tepi tasik ni layan view.

One word yang aku boleh bagitau tentang view kat sini. Mesmerizing ! 

Angin bayu pun berpuput lembut. Dengan angin sepoi sepoi bahasa Mandarin memukul mukul ke wajah, buat aku rasa tetiba nak nyanyi lagu Feminin jer kat sini. ( walaupun tak tau lirik )

Angin bayu membawa diri ku..................... na na na, bla bla bla.............

Tapi. Meniti hari dan saat saat begini di Guilin. Aku terasa sexy !

No?

* pasrah melihat peminat rebah bergelimpangan



Merebahkan diri di rimba sepi
Cuba ku lenyapkan keresahan fikiran
Gerhana hariku merantai kalbu
Terlena dan buntu dalam lautan rindu

Terpenjara ku di dalam sendirian
Semakin lama aku merasakan
Begitu membosankan

Alangkah damainya andai kau tiba
Di saat segalanya merah dan membara
Betapa hatiku luka berdarah
Mengharungi pentas hari yang sunyi

Daku bagaikan terjaring dalam sangkar
Meniti hati tanpamu di sisi asingnya ku rasai

Bagini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata

Peritnya diri ku tak dapat diluah
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi kembali

bersambung...............

17 comments:

  1. makk aih mahal jugak entrance fee nak masuk tu wey! luas tak kawasan dia? ke lebih kepada memanjang utk panjat anak tangga ke atas? hahaha... faham x ayat aku?

    mahal giler brg converse nih! jaket mcm mana yg smpai rm300 tuh!

    ReplyDelete
  2. kalau OR aku jumpa jek Zhengyang Pedestrian terus dia lupe diri, sure dia dh xde mood nak gi memana dah. Kalau aku gi ngan dia, tempat tu paling lasttttt aku letak hahahaha...

    yg kat pagoda tu yg ko xtau baca tu adalah tulisan bentuk lambang org dan bentuk pagoda, maksud dia ko berdiri situ dan tgk la pagoda senang citer dalam bahasa jawa 'view point' hahahahahaa....boleh x pakai teori aku??

    Semua tempat nak masuk mmg mahal gilerrr kat guilin ni adoiyaiii....tang mendaki tu tgk gambo ko jek dah semput aku tgk, belum betol2 mendaki..

    Ko kan artis ala2 jacko, apa salahnya pakai jacket bulu2 giteww...baru la international hahahaha...

    ReplyDelete
  3. HF : Tak berapa faham sebenarnya tapi aku buat buat faham.

    kawasan ni memanjang. yang menarik tu je la peak tu, terletak jauh di belakang, lain lain tu cuma kawasan kampus university.. tak de apa sgt nyer.

    entrance tu memang mahal. x dpt di tolong.

    jaket 300 tu yang aku berkenan. 2 sided, dlm kain jeans.. luar cotton boleh pusing2 pakai.

    ReplyDelete
  4. HB : haaa. kalau begitu letak la tempat ni last sekali utk di lawati. hehehee. sebab aku pegi nak cari barang, tapi x de la mudah tergoda mana.

    cuma last day aku datang lagi sini..

    jeng jeng....

    abiskan duit

    p/s jacko pakai jaket kulit.. dia x pakai yg bulu2 gibbon. FJ buleh laaa

    ReplyDelete
  5. lukisan lebih cantik dari real, camne gaya nyer nih...tapi mmg guilin ni cantik la, tu aku mmg bleh terima, tah bila nak pi...cit!

    byk tempat raja dulu2 sume tinggi2 kelangit, aku pun mushkil la diorang ni nak panjat2, jalan jauh2 berkilo2, mencik tul, rasa cam komlem la ada org angkat.

    mcm kat vietnam! sume jaket nak licin2 bulu2 memerang! kalo ko nak terasa k-pop kat guilin, bleh la beli kuikuikui!

    ni ko mkn apa ni kat sana? tak cite pun...sila cite. sekian.

    ReplyDelete
  6. HB,

    Klu dia tulis danger or jgn terjun tasik mcm mane?hahaha

    ReplyDelete
  7. Hehehe ehem2...

    FJ pun takde jaket bulu2 okeh... not in my possession just yett! Wah gituh...

    Bahaha. Abg meng FJ suka tempat soping tuh! Hahaha. Walopon takde ape nak membeli, tapi best cucik mata...

    Arituh kat kawasan shinkyogoku kawasan tempat2 soping la ni, my fren kate wahhh laju plak dak ni jalan kalau kat sini. hahaha otomatik kekdahnye..

    So ok sila baca semuahhh... Hulubalang semua pon salah.. i asked one of my staff sebelah ni ha...

    can u read chinese dia kata yes yes yes

    sebutan dia zhi ying

    Maksudnya we have the same interest, the same understanding,
    you know what i think, i know what u think...

    tapi motip tulisan tu ada kat situ, idoklaaa i tahu. hehe...

    Maybe untuk pasangan bercinta la kot pi sana memadu kasih sehidup semati...

    SO FJ KENA PI SITU! hahahaha.

    Ok bye. gigih ni baru smpai opis terussss bace blog bang meng la hai.

    ReplyDelete
  8. FJ suka akak ni punya jacket dalam ni..gamba no 16 hehe.

    peplum stylee!! pengsan.. kat mana nak carik ntah!!

    tgk ahkak victoria beckham pun ada pakai.. so berkenan...

    ReplyDelete
  9. Biq :: Aku panjat bukit, lembah dan lurah ku lewati.. end up, makan roti sahaja....

    * koma

    FJ : Punya la 2 perkataan macam tu translation panjang berjela jela.

    nampak gayanya HB dgn DATT adalah buta hurup cina. tekaan korang salah.

    aku pun tak tau apa benda tu

    tapi tak leh blah HB translate tempat tengok pagoda... kau dah kenapa?

    ReplyDelete
  10. Pnjgnya mksd die..pdhal pendek jer tgknya..terer FJ..

    ReplyDelete
  11. Diet ke pg sane meng?hiks

    Same je kan buta hrp cina..haha..

    ReplyDelete
  12. ZHI YING je kalau baca tulisan tu...

    tp bila tanya dak ni, zhi ying tu ape..

    tu yang dia duk sexplain panjang lebar. bahaha.

    siap buat contoh lagi, let say, you and i, we have same understanding same interest, i know what you think, u know what i think. kekeke...

    ape haa kalau in malay nak pendekkan dia...

    ReplyDelete
  13. FJ,

    Mgkn lbh krg mcm serasi bersama kot giteww..

    ReplyDelete
  14. oooo kire kalau dipendekkan dalam bahse inggeris...sehati sejiwa gitewwww...kerlassss ko panjang berjela explanation dia...

    patut la ada org dan ada bentuk hati sebelah tu...rupanya sehati sejiwa jek maksud dia...kekekeke

    gigih FJ bilang gambo. tp mmg x heran la FJ suka jaket tu sbb tgk akak tu pon pakai boots ala2 FJ gak...Zhi Ying la katakan ahaksss

    ReplyDelete
  15. FJ, jaket akak tu bukan peplum, dia jaket biasa yg ada plet jer, ko tarik tali pinggang tu ketat, ha nampak la kembang di bawah...

    -dari pemilik tegar jaket bertali pinggang gara2 nak tunjuk mak ada pinggang hokeyyyy-

    ReplyDelete
  16. gigih aku cari gamba no 16 korang..mana nk tauu..ish2

    ReplyDelete
  17. sah AJ.. Kau ketinggalan bullet train.

    ReplyDelete