Pages

Monday, March 18, 2013

Langkawi 2013 - Pantai Pantai Di Langkawi

Berikut adalah fakta geography mengenai Langkawi.

Terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah. Pulau Langkawi berada kira kira 51 KM dari tanah besar Semenanjung Malaysia.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

Terdapat beberapa pantai yang indah di Pulau Langkawi, di antara pantai pantai yang popular adalah :

1. Pantai Cenang.

Pantai Cenang memang paling glamer, paling happening, paling banyak kedai, banyak hotel murahan dan sebagainya. Pasir pun boleh tahan cantik, air pun agak jernih, memang banyak aktiviti di sini sebab menjadi tumpuan pelancong. Ada watersport juga. Pantai Cenang ni bersambung dengan Pantai Tengah tapi Cenang lebih landai dan lebih sesuai untuk mandi manda.

Pantai Cenang adalah spot paling lawa untuk tengok sunset. Kalau tak hujan.

Pantai Cenang dari arah Meritus Pelangi

Sunset yang tak berapa nak ada sebab mendung. View dari arah Meritus.

Pepohon kelapa nan melambai. View dari arah AB Motel

Juga boleh berbasikal dengan riang

Pantainya landai sesuai untuk mandi manda

Ada banyak budget hotel

Hotel hotel budget di tepi Pantai Cenang

Watersport juga ada di sini

2. Pantai Tengah

Pantai Tengah ni pun sama. Dia sejajar dengan Pantai Cenang. Ada banyak resort resort di sini. Tapi pantai dia agak tidak landai dan tak berapa sesuai untuk mandi manda. Ada watersport center di sini untuk acara acara sukan laut.

Layan je la gegambar ni.

Pantai Tengah

Pantai Tengah ke arah Pantai Cenang

Pantai Tengah dari Frangipani

3. Pantai Tanjung Rhu.

Rasanya tak salah kalau aku cakap, Pantai Tanjung Rhu adalah pantai paling lawa di Langkawi.

Sebab apa?

Sebabnya, pantai ni private dan di miliki oleh 2 hotel bertaraf 5 bintang utama di sini iaitu Four Seasons dan Tanjung Rhu Resort jadi kawasannya terjaga. Kawasan pantai ni memang tak boleh masuk, kecuali part hujung tu je sikit.

Boleh la kalau setakat nak usha usha.

Pulau kelihatan dari Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu

Sempadan kawasan

Kawasan untuk public

Di larang masuk

Pantai Tanjung Rhu

Ini gambar masa trip aku 2011

4. Pantai Kok

Pantai Kok ni tak de la hebat mana. Cuma dia hebat sebab dulu yang istana cerita Anna and The King di bina di kawasan ni. Now no more. Dah ganti dengan Hotel 5 bintang jugak - The Danna.

Tapi di persekitaran kawasan ni ada tempat tempat menarik jugak seperti Telaga Harbour dan berdekatan dengan Cable Car Langkawi.

Sunset kat sini pun lawa juga. Pantai ni terbuka untuk public dan ada orang siap jual rojak tepi pantai ni.

Pantai Kok

Pantai Kok dan Teluk Burau

Berdekatan Telaga Harbour

Pantai Kok depan The Danna

Telaga Harbour

5. Pantai Pantai Lain

Okey, selain daripada pantai pantai utama tadi, ada jugak pantai pantai lain. Biasanya tak de la besar mana. Ada yang menjadi tumpuan pelancong jugak macam Pantai Pasir Tengkorak. Pantai Batu Hitam dan sebagainya.

Ada juga pantai yang di jadikan spot untuk water spot. Macam pantai ni.




Pantai ni menuju ke Tanjung Rhu. Tak tau apa nama pantai nya.

Selain tu ada lagi pantai yang agak popular tapi susah nak akses sebab private property iaitu Pantai Datai. Di sini ada 2 hotel mewah iaitu The Datai dan jugak The Andaman.

Salah satu lagi kawasan yang bukan pantai tapi agak glamer jugak adalah Tanjung Mali. Kat sini la di mana Awana Porto Malai di dirikan dan di sini jugak tempat lain untuk naik bot island hopping selain daripada Kuah.

Kawasan ni tak de pantai tapi ada kawasan bertanjung.


Awana Porto Malai


Jadi, kalau ke Langkawi, nak duduk area mana, nak pilih hotel mana, tengok la dulu kawasan mana.

Tapi, Pulau Langkawi ni pun bukan besar mana. Kalau ada kereta boleh pusing pusing sekejap jer. Tapi tak de la kecik sangat sampai kalau kentut hujung sana sampai terbau ke sebelah sini ! Tahukah anda Pulau Langkawi bukan la pulau terbesar di Malaysia? Ia nya jatuh no 3. Pulau apa yang mengungguli nombor 1 dan 2?

Carik sendirik !

Hehehe

29 comments:

  1. last fj pi langkawi 10 tahun lpss. sobss. mase form 5. nampaknye kena pi lg skali kottt??? nak p pulau dyg bunting and beli pinggan haha

    ReplyDelete
  2. lama x gi Langkawi, kali terakhir aku gi thn 2004 pffttttt... lama gile kan..

    ko pakai camera compact ke apa meng? apsal gamba nampak blurrr jek semua? hehee..

    ReplyDelete
  3. HB : bukan blur le. tapi hujan !!!

    FJ : elok la tu... gi sana beli pinggan mangkuk. makcik2 sungguh

    ReplyDelete
  4. meng,

    area pantai cenang tu dh mcm phuket lak aku tgk..klu mlm2 nmpk foreigner jer penuh..

    pantai tengah agak berbahaya sikit utk mandi manda...dh nama pantai tengah...air tggi skit kt situ..

    pantai tg rhu..xdpt dinafikan feveret family aku utk picnic, tp kene hati2..blh jln kaki sbnrnnya dr tg rhu ke pulau depan tu bile air surut..yg bahaya kt sini, air pasang naik dr tepi n br tutup tgh2...ada kes org terperangkap di sini...sbb tu ckp tmpt ni agk keras sikit..

    pantai kok, mmg tmpt aku suke bersantai di situ..blh memancing kt are batu2 di hujung sana..

    pantai datai & andaman,

    mmg jrg pergi sbb xmampu nak feel2 org kaya....

    ReplyDelete
  5. apsal pompan gi Langkawi jek nak beli pinggan? tempat lain xde pinggan mehh??

    FJ.. kirim beli pinggan mangkuk ye kalau gi Langkawi...ihikk

    ReplyDelete
  6. FJ main2 je lah.. Motip nak beli pinggan??

    Belom makcik2 lagipon. Hahahah.. no actually belum perlukan lagi pinggan mangkuk. hehehe.

    Erm FJ nak pergi Japan mahu kirimmm ke hulubalang...

    KIRIM SALAM maybe?




    ReplyDelete
  7. last year pegi dok kat AB motel tu, senang dok cenang nak makan ape sume ada, cantiknyeeeee pic kt pantai tengah tu!

    ReplyDelete
  8. Abg Meng,

    Nak tumpang tanya kat sini, haritu pergi HRC Roppongi kan ade perahsan tak tshirt for girls how muchies?

    ReplyDelete
  9. FJ, kirim bawak balik geisha sorang leh?....ahakss

    *larik nyorok bawah tilam kat umah Meng...err

    ReplyDelete
  10. DATT : Datai tu lagi meriah. Monyet bersuka riang. Tu yang aku cuak nak dok situ.

    CL : pic yang tu cuaca cerah. tahun ni pegi cuaca kureng skit.

    FJ : Lupa. Tapi rata rata kalau ladies baby t tu around RM 120 mcm tu kalau convert.

    * ketuk HB dgn sudip

    Kau boleh x pegi menyorok kat tempat lain?

    ReplyDelete
  11. Okeys TQ bang meng...

    Now tak boleh pakai pulak card HRC yang bg 10% discount kat merchandise dia. sobs.. kalau tak i can save a bit..

    RM120.. mahainyaaa...tambah sikit lagi boleh beli henbeg kat Gotemba Premium outlets! ahahaha

    ReplyDelete
  12. itu ladies baby t yang jenis classic HRC ke atau couture. hahaha motip tak google... tapi dah google harge in USD.

    Classic HRC is so boring... i need something couture. wah gitu...

    k byee FJ is busseyhhh...

    ReplyDelete
  13. yang couture tu mahal skit.. hari tu beli kat sydney dlm around rm200

    ReplyDelete
  14. tapi FJ ! Biasanya setiap HRC ada sale section. Sila tanya sebab kdg kdg dia orang ni x kasi tau.. Lagi lagi kalau tengok yang dtg compang camping, tapi kalau mcm FJ bergaya hanya... mesti dia org bentang karpet merah kot.....

    ReplyDelete
  15. Sale section means bukan yg new arrival kan? Hihi..

    mcm cantik yg baru punya niiii... Tp entah2 kat sana takde yg nak tu...

    But I'll spare lah Rm200 just in case nanti putih mata kan abg meng...

    Couture kat HRC vietnam less than RM100. Murah sesgt!

    Why oh why diorang dah tak bg pakai HRC card tu... 10% discount bukan sikit.. Haritu I save a lot mase kat Europe sbb semua cities pun mmg pergi HRC. Beli merchandise murah2 like macam keychain sajork.

    ReplyDelete
  16. haah. biasanya mcm tu ler.. yg sale tu stock lama lama...

    biasanya kalau 3rd world country murah skit kot mcm BKK etc.. KL je mahal. Tapi kalau japan, Oz agak mahal.. tapi mcm key chain, short glass tu murah pulop

    ReplyDelete
  17. Meng, ko nk kata short glass aku yg beli kat japang tu murah la kan..ye la iol kan x mampoo, compang camping sajork..sob2

    ReplyDelete
  18. bro. dua-rius tak de niat sebegitu...

    murah2 pun duit gak ler. anyway, aci la tu kau kirim dgn FJ.. biar dia usung

    ReplyDelete
  19. AJ nak ke AJ...

    Ai mmg collect benda alah tu.,. tapi last2 berabuk je dalam lemari.. hehe...nnt i can ask my fren pass kasi dekat sape ni, kak malin.

    Brp hengget bang meng short glass tu...

    ReplyDelete
  20. Kihkih..tokyo dgn osaka dh ada. Yg satu lg jek blm ada, ape ke nama yg pelik sket tu.

    Thn lps lbh kurg rm30 meng. Xpela FJ kalo nk beli pn ok jgk. Cer tanya HB plak dia nk pesan apa selain geisha..haha

    ReplyDelete
  21. nak kirim pinggan mangkuk arcopal boleh x FJ??

    *nyorok belakang AJ

    ReplyDelete
  22. hb corelle tanak ke pinggan mangkuk? hehe

    aj ni yg uyeno eki ke hape namanya tuh ke

    ReplyDelete
  23. ok motip google kejap tadi apa benda noritake ni. yeay fj blom makcik2 sebab tatau ni jenama pinggan mangkuk rupanya. hahaha.

    fj is tido airport mlm smpai kansai. harap2 prayer room bukak sbb nk berkuntum kat sana hehe.

    ReplyDelete
  24. meng,

    tumpang komen kt sini..

    fj,

    since u ckp nk tdo epot mlm tu n kt nk tdo kt prayer room, i bg advice..

    prayer room kt sana berkunci. klu u nak guna, u kene call guna phone yg ada kt depan pintu prayer room tu. dorang akan tanye berape lame u nak guna, where are u from semua. so I rase susah skitlah klu u nak tdo dlm tu..sbb dorg dh khas kan utk prayer, so klu tdo kt situ tkt kantoi plk..hrp dpt membantu..

    ReplyDelete
  25. fj..ya betul..oh dh ada kt nigara nihong kah? enjoy ur trip

    ReplyDelete
  26. kalau kita jalan susuri pantai2 dilankawi dari pantai cenang,pantai kok si,p. tengah,p.pasir hitam,p.tengkorak,teluk yu dan p.tanjung rhu,kira2 kalau dari jam 12 siang dapet semua ngak yah ampe jam 7 malam?jarak-jarak pantainya apa tidak begitu jauh? mohon infonya

    ReplyDelete
  27. Ya.. bisa mbak Hilda.... pastikan ada transportasi untuk bergerak ( sebaiknya mobil ). Mulakan dengan pantai yang jauh dahulu dan kemudiaanya yang terakhir barulah pantai pantai sekitar airport ( sekiranya mahu berlepas pulang selepas itu ).

    Pantai pantai nya ngga begitu jauh. ... cukup waktunya tu.

    ReplyDelete