Pages

Saturday, March 30, 2013

Langkawi 2013 - Chocolate

Tak sah pegi Langkawi tak beli barang barang duty free especially rokok !

* hembus hembus asap rokok murah

Nanti boleh hisap rokok 2 batang sekaligus !

Tapi hati hati, biasa Kastam kat airport akan tanya stay berapa hari sebab syarat sah beli rokok adalah stay lebih pada 3 hari 2 malam. 

Pandai pandai la menipu.

Tapi ada lagi yang biasa orang beli di Langkawi selain daripada pinggan mangkuk, liquor, periuk belanga iaitu.....

Chocolate !

Berikut adalah beberapa chocolate yang aku rasa sedap dan aku beli. Ada banyak lagi yang sedap kot tapi kena tengok selera masing masing lah.

Ni sebagai panduan bagi sesapa yang ke Langkawi dan rambang mata tengok chocolate mana satu nak pilih. Kalau terkejut tengok cokelat banyak sangat sampai pengsan.

Tak pe !

Bangkit dari pengsan. Cepat cepat ambik bakul, lepas tu pilih la mana satu yang anda suka.

Ayuh !

Royal Danish. Aku suka. Sedap. Kat pasaraya pun ada sebenarnya cuma kat sana murah sikit

Oreo kaler pink. Perisa strawberry. Pernah jumpa? Sedap gak ni

Hah. Ni sedap ! Tak caya cuba beli. Kat Langkawi murah skit lah

Apsal ni keluar balik semula? Ntah. Tapi yang chocolate tu lebih sedap dari yang vanilla. Abaikan ubat nyamuk di belakang !

Ritter Sport ! Macam biasa lah. Memang sedap. Now ada macam macam perisa tapi favourite aku tetap yang whole hazelnut dengan whole almond. Yang lain lain tu biasa biasa je bagi aku, tapi ada je yang suka. Apa yang penting kat sini murah. Kedai yang aku beli tu 3 keping RM 10 !

Tapi chop ! Bagi yang suka almond. Hah ! Ini paling sedap sebenarnya. Aku pernah beli dulu dan memang rasa sedap. Now aku borong kaw kaw punya. Tetap lazat dan penuh almond. Sekali makan penuh mulut nak bercakap pun tak buleh dah.

Di jual dalam packet ada 3

Ni satu lagi aku beli. Buah delima merekah. Sedap jugak ler.

Susah nak cakap mana yang sedap mana yang tak. Hero suka Kit Kat. OR pulak suka Daims. Hershey's pun berlambak lana. Macam aku cakap, ikut tekak dan selera masing masing. Bagi aku, ni la yang aku suka dan ni la semua yang biasa aku aim kalau ke Langkawi atau mana mana Duty Free.

Duty Free yang senang sebab banyak menda boleh try di Haji Ismail. Tapi aku tak berapa suka sebab ramai orang especially rombongan makcik makcik. Kalau nak beli cokelat, kedai Duty Free yang biasa aku pegi dekat dengan Hotel Grand Continental Langkawi tu paling murah. Ada satu lagi dekat dengan simpang empat kat tengah tengah town kuah tapi lupa nama.

Kalau nak cari barang yang branded skit, dekat Cenang sebelah Underwater World tu ada The Zon.

Selamat bershoppingan, jangan sampai rebeh bahu sudah.

Jadi? Apa tunggu lagi?

Pegi serang.... !

Dapat makan cokelat sambil duduk duduk dengan Emma Ma'embong pun sedap jugak.

11 comments:

  1. meng,

    wah2 chcolate...start engine nak balik kg skrg jugak..

    aku suka ferrero, ritter sport hazelnut mmg terbaek...

    lg satu yg aku suka, hanuta ...brand sama dgn ferrero..aku suka choc yg ada waffle..

    whittekers xpyh ckp la...almond penuh...klu pg new zealand, meroyan weh nak mkn hazetnut punya...

    benda ni aku akan shopping setiap kali blk kg..choc pun kene sorok2 jgkk..klu terlebih beli pun boleh kene rampas..(deme dengki kt angkut coklat byk2)

    pinggan mangkuk standard 3 hari 2 mlm..klu nk borong bagai nak gila...OR tak teringin kuali ajaib? sane murah nokkk...(dh jd makcik2 pulak)

    cepat2 bukak peti simpanan...oh ade lg coklat hershey's n daim dalam simpanan...boleh berlagak dgn meng jugak...

    nom nom....sedapnya cekelat...

    ReplyDelete
  2. xde kuali kuali ajaib nya.. dah ckp awal awal. x payah nak berpinggan mangkuk...

    ReplyDelete
  3. Lama sungguh x singgah sini esok kena baca cara marathon la gamaknya...

    ReplyDelete
  4. tu lah tu.

    kau melupakan peminat. kau gi travel ke ? ke ko cuti sekolah? hahaha

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah sambil ukur jalan la meng... hahaha...

    ReplyDelete
  6. ehh nak komen lagik...aku suke yg whittaker's tu mabelesssss...

    ReplyDelete
  7. Ooo.. Pegi bandung.. Ada bawak balik Mee Bandung utk aku tak? Sirap bandung ikat tepi ke?

    ReplyDelete
  8. air soda gembira ada mau ka? lepas minum dari sedih terus gumbira kekekekeke.....

    ReplyDelete
  9. hehe lama tak jenguk blog bang meng ni ha tapi gigih gak baca sblm tdo kat jepang sana. ada tak bang meng visitors from japan. fj ler tuhh kekeke

    kerlas air soda gembira. meh sechawann.. aiols takde coklat langkawi. now smua coklat made in japannn hahhha.

    ada bran makan coklat wasabi?? pengsann

    ReplyDelete
  10. soda gembira tu bukan dekat Santai ke???

    hahah.

    FJ : ada nampak jugak kelibat2 org pakai kimono.. dah dekat, tapi jauh.. seronok tak jepang??

    wasabi tu bagi HB.

    ReplyDelete
  11. seronokkkk sesgt jepang. cam nak p lagi. ekceli kan bang meng igtkan tu choc kitkat green tea. da blk umah baru pasan wasabi rupanya hahaha. nak raseee??? euwww sgt rasanya i think. tak brani nak telan...

    ReplyDelete