Pages

Friday, March 15, 2013

Kalumpang Resort & Training Center

Yehah !

Ni aku nak cerita pasal salah satu destinasi keluarga yang gemarkan alam semulajadi sesuai untuk mencari ketenangan dan juga kedamaian.

Tapi kalau anak asyik mengaruk tak damai jugak kot !

Apa apa pun, tempat yang aku maksudkan itu adalah Kalumpang Resort & Training Center.

* tabur bunga rampai sepanjang jalan

Selamat datang Tuan Tuan dan Puan Puan

Mesti ada suara suara sumbangseh bertanya.

Kenapa kalau nak berkelah kena pegi resort? Boleh ke masuk kawasan resort kalau kita tak stay di sini?

Bagus soalan tu. Sangat mencabar minda masyarakat.

Jawapannya, tentu la boleh.

Entrance

Baik lah. Kalumpang Resort & Training Center ini merupakan satu kawasan resort yang di bina di persekitaran Sungai Inki di Kalumpang. Memang ada resort, chalet apa semua tapi kalau kita tak stay di sini pun, kita masih boleh bersenda gurau dan bermain main dengan air kerana ada air terjun di kawasan ni.

Ya ke air terjun?

Terjun la tapi tak berapa tinggi.

Air sungai je kot. 

Mungkin tuan empunya tanah kedaung ni mahu membuat duit lebih, so boleh la sesapa yang tak stay di sini pun datang untuk berkelah.

Kalau nak bermalam pun tak de masalah. Janji bayar. Ada banyak chalet di sini. Range harga chalet lebih kurang RM100 - RM 200 per nite. Tengok jenis chalet lah.

Tapi.

Ha.. Jangan ingat kalau tak stay sini suka suka hati je boleh masuk. Ada charge di kenakan. RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak. Jangan risau, kalau bayar tu maksudnya boleh la guna facilities yang ada macam toilet, bangsal tepi sungai kolam renang, surau dan lain lain lagi. Cuma tak leh menumpang bilik je lah. Tapi kalau nak BBQ ok jer.

Ini bukan la kunjungan pertama aku ke sini, dulu dah pernah datang sekali. 

Cuba usha gambar dulu.

Sungai

Ini restoran tepi sungai

Air yang mengalir tak berapa lesu

Orang bermandi manda

Kawasan dia berbatu tapi ada la ruang mandi manda

Antara chalet yang ada

Restaurant

Air Terjun lagi

Chalet tepi air

Kalau tak nak mandi sungai, kolam pun ada

Si Hero suka la mandi kat kolam ni sebab dia takut mandi sungai. Lagipun banyak batu batu.

Terbantut la aku nak mandi manda di sungai tu feeling feeling Sophiah Jane. Eh. Bukan ke?

* pegang dada ikat kain nak berkemban

Hahahaha.

Aku suruh dia gi mandi kolam tu sendiri. Tak de la jauh pun. Tetiba jawapan dia buat aku tewas tak terkata apa.

"Papa. Cikgu Hero cakap, kalau nak pegi mana mana mesti di temani oleh keluarga"

* campak spek mata lalat dan bikini polka dot dalam sungai.

"Ya lah. Ya lah"

Papa akur. Biar je Ibu pose pose makan pau Yik Mun tepi sungai mengenang nostalgia dengan kekasih lama  sambil bagi ikan makan.

Kalau nak pegi elok pegi hari yang bukan public holiday takut orang ramai. Kalau nak free ada je tapak perkelahan Sungai Inki lepas pada resort ni, tapi kawasan tu agak tidak terjaga sangat macam kawasan Kalumpang Resort ni.

Ni alamat dan website : Kalumpang Resort

KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Tel : (+603) 6049 1969
Fax : (+603) 6049 1087

Cemana nak pegi? PLUS exit Tanjung Malim. Lepas tol instead kiri ke Tanjung Malim, belok kanan ke Kuala Kubu Baharu. Nanti nampak sign lepas masjid belah kiri.


Nak kata grandis sangat tempat ni tak de lah. Cuma kawasan berbayar dan terjaga. Facility pun lengkap jadi boleh jadi option bagi sesiapa yang mungkin kebetulan ke Tanjung Malim tu. Tapi, jangan sampai tercicir kunci rumah dan kunci kereta di sini, nak pegi balik semula malam malam.. ayoyo.. scary woooooo !!!

P/S : Gambar saja di bloom mengambil efek bunian. 

18 comments:

  1. boleh tahan gak tempat dia...boleh buat aksi terjun tiruk...hehehe

    Aksi akrobatik bersama kain batik pon boleh dipraktiskan...ahaksss

    Ok alamat dh salin cuma kena tempah pau yik mun jek...ihikk

    ReplyDelete
  2. meng,

    terbaik...tgh mencari tmpt utk merendek ni...

    ReplyDelete
  3. FJ pernah stay sini one night with my family...

    BBQ best je nyaman.. hehe..

    Berendam pun best

    ReplyDelete
  4. HB : jangan lupa bawak KFC. Kau gila nak terjun tiruk. bocor kepala karang.

    DATT : Merendek ok. jangan tengah berendut kena sampuk sudaaa.

    FJ : Kan FJ kan? agak damai jugak ler kan?

    ReplyDelete
  5. Nyaman!! hehe. Boleh la kalau nak follow abang meng nye OR mengenang kekasih lama sambil tengok air terjun yang mengalir lesu tu selesu hati saat itu? Sobs.. Motip syahdu kat sini? Haha.

    FJ suka air terjun kat sini sebab takde byk batu sgt la kalo nak dibandingkan ngn air terjun tempat lain. And dia macam terjaga sikit.

    FJ tak pergi public toilet dia so tatau cemana keadaannya. Bersih ke tidak?

    ReplyDelete
  6. bertenet best tempat ni...damai jek

    bak kate FJ.. FJ terjun tiruk pakai

    baju kurung polka dot dengan

    henbegnya sekali.. bang Meng ngan HB

    sambut dalam air..

    ReplyDelete
  7. toilet bersih. surau pun bersih.

    motip nak syahdu? dah beli tiket ke turki tu. erghhh jelesi ni. pegi seminggu or 2 minggu?

    ReplyDelete
  8. kalau FJ dgn dress code dan handbeg dia duk tepi batu. mesti org ingat bunian baru balik Pavillion..

    * menyorok celah batu di kalumpang

    ReplyDelete
  9. Hahaha adoii...

    Tak buat kerje hari ni walaopon byk gile ni keje.. sebab hepi kot?

    Abg meng, pi 2 weeks... Konsep dia, alang2 menyeluk pekasam. hahaha.

    Alang2 pokai, pokai terus 2 weeks. sobs.

    My dress code here adalah jubah sahaja. hahaha.

    ReplyDelete
  10. Bercakap pasal cuti, by mid may, cuti habis dah. ekeke... hmmm...

    tp tp tp...

    peak period nnt satgi 1 june till 13 sept, OT cukup2 then transfer pi cuti...

    and normally, my peak period tu pon i work more than my OT claim.. how??

    Mohon doakan semoga cuti semua approve kalau tak, Unpaid leave le jawabnye

    ReplyDelete
  11. meng,

    adab2 masuk hutan kene igt gak..xboleh merendut suke hati..

    FJ,

    beshnya dpt pg turki...xpelah, balik nnt layan movie istanbul aku datang la..

    keje dok komen blog org..trip japan pn xhbs tulis lagi..

    ReplyDelete
  12. bestnya org keje ada OT tukor jadi cuti...iols keje lebih masa tukor jadik kerja amal jek ahakssss...

    FJ gi turki ke gi japan? konpius iols...jgn lupe boot ngan henbeg ihikk..

    iols pon ada trip bulan 5 nnt tp xtau la cuti lulus ke x maklum la cuti dh telor zero yelekkk...guane tuu...!!

    ReplyDelete
  13. cantik


    terima kasih sebab sharing maklumat

    ReplyDelete
  14. FJ huntongla kerja boleh claim OT yang ditransfer jadik cuti

    ReplyDelete
  15. Tak sangka la.. Tangjung malim pun ada review!! dulu saya selalu pergi tanjung malim naik bus buruk yang pintu x leh tutup tu dari kampung.Hhahaa..NI la bandar kami kalau di kampung. Superman datg la blog saya plak. Hehhehe

    ReplyDelete
  16. II : aku dah gi jenguk hari tu. mcm tak de orang. so aku lepak lepak kat luar jer...

    keep on blogging

    ReplyDelete