Pages

Wednesday, March 13, 2013

Jejak Warisan : UPSI

Dulu dulu kalau orang sebut Tanjung Malim mesti ingat UPSI. Betul tak? Ke tak betul? Betul la kot bagi yang hidup sezaman dengan aku.  Sekarang ni kalau sebut Tanjung Malim di associate pulak dengan ProtonCity ataupun Pau Yik Mun tu. 

Dan satu lagi, kalau sebut maktab perguruan dulu dulu pun, mesti terlintas UPSI ni. Dulu ianya di kenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Tau kenapa?

Jawapannya sebab UPSI ataupun University Perguruan Sultan Idris ini merupakan maktab perguruan pertama di Malaysia ni !!

Apa? Korang tak pedulik? Aku pun ! Hahaha


Dulu di kenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris, dan di tukar nama kepada Universiti Perguruan Sultan Idris bermula pada 1997.

Aku pernah sampai sini dulu sekali waktu cousin aku belajar di sini, kali ni pegi lagi. Sebelum ni ada jugak la pegi Tanjung Malim tapi tak singgah sini. Apa yang menarik minat aku nak tengok tempat ni adalah kerana bangunan dia. Jadi aku mahu singgah untuk snappy mappy.

Dah nama pun institut perguruan pertama mesti la bangunan dia jenis klasik FM.

Apa apa pun, tengok gambar je lah.


Malas cerita banyak la. Kalau nak tau sejarah apa semua, sila pegi check Wikipedia.

Tapi sedikit highlight untuk pengetahun am.

1. Cogan kata university ini adalah 'Pengetahuan Suluh Budiman dan lagu rasminya, 'Ibu Kandung Suluh Budiman' Jadi kalau ibu angkat? Nak suluh sapa?

2. Di beri nama bersempena dengan nama Sultan Perak dahulu iaitu Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar.

3. Di rasmikan pada 22 November 1922.

4. Pada awalnya cuma pelajar lelaki sahaja di benarkan belajar di sini. Pelajar perempuan cuma masuk selepas 5 tahun penubuhan.

5. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawarikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.

Anyaman bakul? Kau berani?

Padang

Bangunan utama

Bangunan Suluh Budiman. Teranglah Budiman kena suluh dek bangunan.

Sekarang dah jadi Muzium Pendidikan Nasional

Kawasan sekitar

Plague Muzium Pendidikan Nasional

Pintu masuk

Sebab tutup, aku intip ikut celah lubang je. Ini yang aku nampak ( kantoi : kaki skodeng )

Kini menjadi salah satu Warisan Kebangsaan

Di persekitaran kampus ini masih ada tinggalan bangunan bangunan lama yang dijaga rapi. Sekarang ni kampus dia ada few tak silap tak sure pulak yang ini jadi apa. Mungkin pusat pentadbiran dan akademik University  kot. Agaknya lah.

Banyak bangunan bangunan kayu lama ini macam sekolah aku dulu dulu. Teringat lak zaman aku muda muda main bawah sekolah macam ni sampai terhantuk kepala benjol.

Rumah Za'Ba. Scary jugak kan?

Sekarang jadi sekolah tadika

Klasik. Rumah Makcik Mona dulu pintu dan tingkap macam ni lah. Terimbau duduk kat muka pintu ikat tali kasut nak pegi sekolah.

Bangunan sekolah rendah aku pun macam ni dulu. Terimbau kenangan lama jugak

Banyak pokok pokok besar tapi semuanya di jaga rapi

Selain daripada bangunan bangunan lama. Jangan risau. Jangan cakap university ni tak up to date. Ada jugak bangunan bangunan akedemik dan pentadbiran yang baru macam universiti di tempat lain.

Contohnya.

Gym

Bangunan fakulti

Membina yang baru dan mengekalkan yang lama

Dan ada satu bahagian yang agak menarik memaparkan hasil kerja student agaknya pada arch dan seni buatan tangan seperti ini.

Gambar apa pun tak tau

Ada merak kayangan yang dah kena sumpah jadi batu. Mesti sebab derhaka ni

Sapa sapa yang nak mengimbau sekolah lama kalau sekolah lama macam kayu kayu skit, hah. Boleh la datang sini. Macam best je. Abam macam terpaku lesu tengop bangunam kayu dam terkenam kenam kisah silan.

Zaman abam tak berapa hot, pegi sekolah pakai seluar pendek. Ada hari hari hingus meleleh dan peluh merecik recik sebab penat jalan kaki pegi sekolah.

Dan dengan keadaan macam tu la aku membesar sehingga menjadi apa aku sekarang. Itu lah namanya kenangan.

Warisan untuk dikenangi. Kenangan untuk dipelajari.

Apa apa pun, peliharalah warisan agar tidak hilang di telan zaman

Jadilah pewaris yang dapat mengekalkan warisan negara. Walaupun siapa kita, namun kita punya tanggungjawab menjaganya...............

* mode serious



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

8 comments:

  1. ilmu hisab xde ajar ke?? hehe..

    Wahh...sama la kite Meng, sekolah bangunan kayu, pakai seluar pendek, pendek gile aku pakai rasa cam nak nampak celah kelengkang hahaha...

    pastu main kejor2 (police and thieves?!) tgh panas terik, peluh sakan baju compang camping, woww!! nostalgia sungguh la hehehe..

    pastu takut ngan cikgu bila nak angkat tangan nak ke tandas... wakakakaka..

    gi sekolah jalan kaki jek, mau berpeluh jugak la jalan kaki wehhhh..

    *selongkar store cari album lama..

    ReplyDelete
  2. Wow sezaman ke hulubalang dengn supermeng? hehe

    Gmbar yang caption sekarang jadi sekolah tadika tu kan, masa FJ matric dekat UIA PJ, mmg kelas kat sekolah camni.. keke...

    blaja bahasa arab and bahasa omputih sini...

    dia guna tapak lama sekolah SMAWP.. Sek Men Aga Wil Persekutuan kot agaknye...

    Tapi mmg bgnan kayu takde ekon semua.. kalau jalan pun bunyi2..

    kalau dh lmbat pi klas tu semua org tau sbb bunyik tapak kaki berlari. hahah...

    nota kaki, FJ mude lagi.. cumanya sekola tu je yg kertu.. how?

    Hihih..

    ReplyDelete
  3. cantikla bang meng... teringat pokok-pokok upsi ni.. tempat aku date ngn OR aku dulu... hehehe... ade mase nk bawak HERO 1 ngn HERO 2 aku kat sini.. kat sini langkah-langkah pertama asal usul kewujudan mereka.. hahahahaha......

    ReplyDelete
  4. HB : Kau ni aku ke???

    * tak leh terima kenyataan byk sgt persamaan.

    tapi aku main polis sentry one to jaga..

    FJ : abg tak kertu juga. hulu balang tu yang kertu.. hahahah

    JG : Jadi kau la kaki berendut kat sini? sila tunjuk pokok mana satu tempat kau main sapu sapu muka

    * tunding jari menunjukkan tempat kejadian.

    ReplyDelete
  5. zaman lain2...satu Hulubalang...satu supermeng..iskkk satu kai spender kat dalam..satu pakai spender kat luar...

    *sorok muka dalam beg FJ

    ke JG letak mangga kat pokok mangga??....

    *cari kunci kat kak Ram...

    ReplyDelete
  6. cantek gambar, mmg mcm dolu2...

    skolah aku kayu gak masa skolah rendah, tapi bkn pasal skolah zaman meng, sbb skolah aku takde duit kot hahaha! patu mak aku tukarkan ke convent, wah terus masuk church ko ha...seb baik la skang jadi manusia bukan setan hehehe!

    pi beli pau tak?? dap er...

    ReplyDelete
  7. hulubalang lagi seasoned. dia hidup zaman kesultanan melayu Melaka.

    hahahha.

    Biq : jangan nak sedap sangat. Kang letih Sekupang nak pegi carik pau Yik Mun tu.

    ReplyDelete
  8. Aku baru je lalu tanjung malim kelmarin, tp idak la pulak singah sini, pau yik mun pn aku tak sempat cari..hari nk ujan katanya..kena cepat2 sikit hehehee

    p/s: Suka gambar sekolah kayu tu..nostalgic sgt..

    ReplyDelete