Pages

Friday, March 1, 2013

Highlight Langkawi 2013 : Trip Janji Di Tepati

Haaa. Minggu lepas aku pegi Langkawi.

Trip ni aku namakan Trip Janji Di Tepati sebab trip ni aku promise Hero banyak benda.

Pertamanya nak bawak dia naik kapal terbang. Dia kan asyik merajuk je kalau antar aku kat airport.

"Asyik asyik Papa je yang naik kapal terbang. Hero tak de pun"

Tu ayat biasa dia kalau merajuk. So kali ni, bawak la biar dia rasa sendiri. Punya la dia excited. Menghitung hari bila nak sampai 22 hb. Asyik asyik tanya. Aku memang dah plan lama tapi nak cari masa yang sesuai je la sebab aku pun busy dengan banyak benda.

Ke duanya, selepas kehampaan di Golden Palm Tree, Sepang hari tu sebab dia tak boleh nak mandi laut dan mandi kolam, jadi aku janji nak bawak dia langkawi dan kasi dia mandi puas puas. Siap bawak pelampung dengan gogle. Jenuh la aku nak kena tiup pelampung tu. Nasib tak kena beguk.

Jadi, ini lah highlight trip 3 hari 2 malam ke Langkawi kami anak beranak.

Habis keje hari Jumaat terus ke LCCT. Flight malam.

Sampai dah dekat pukul 10, ambik kereta dan terus check in di Meritus Pelangi

Lobby hotel. Pening aku nak memilih hotel, akhirnya yang ni jugak jadi pilihan

Kereta sewa. Aku tempah Honda City, tapi budak tu cakap Honda City dia accident hari tu, so dia upgrade ke Nissan Sylphy. Dulu aku datang dengan GBS naik kereta ni jugak. Entah entah kereta yang sama.

Pagi pagi esoknya, kami pegi island hopping ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan juga Pulau Dayang Bunting.

Keindahan Pulau Beras Basah yang masih suci dan berdara.

Lepak lepak mandi manda sambil makan nasik lemak bungkus

Nampak tenang dan aman damai tapi sebenarnya banyak monyet, abis aku punya gula gula dalam beg dia berjaya curi.

Singgah di Pulau Singa Besar untuk melihat helang makan

Dan seterusnya ke Pulau Dayang Bunting. Nampak tak Dayang tengah membunting tu tido?

Kat sini pun agak banyak monyet

Antara aktiviti yang ada di Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting. Aku tak payah minum air di sini sebab memang dah semulajadi macam orang mengandung pun * nanges keluar laici

Pulau Dayang Bunting lagi.

Kemudian balik ke Kuah dan lepak lepak di Dataran Lang

Seharian penat berisland hopping, kami balik ke hotel dan bermalas malasan 
( padahal semua penat )

Pool hotel

Mana la Hero tak histeria, hotel ni siap ada mini water theme park untuk kids

Anak mandi kolam, Papa layan sunset yang tak berapa nak ada

Malam tu kami keluar makan di Orkid Ria dekat Pantai Cenang

Aku jaki sebab member aku dapat udang galah banyak hari tu, so aku pun nak makan jugak

Ada lobster jugak

Esoknya lepak lepak di kawasan hotel je. OR pegi SPA. Aku teman Hero mandi kolam

Sambil sambil tu melayan keindahan alam di kawasan resort

Feeling feeling berjemur tapi sebenarnya skodeng minah salleh pakai bikini

Lepas check out baru kami ke Makam Mahsuri. Jumpa kekasih lama yang berdarah putih.

Pegi ke Pantai Tanjung Rhu, tapi cuaca tak best. Hujan

Ke Oriental Village. Ingat nak naik cable car tapi sebab hujan, cable car tak jalan

Jalan jalan je di kawasan sekitar

Singgah Telaga Harbor tapi hujan, nak ambik gambar pun payah

Sebab hujan, tak de benda boleh di buat. Balik ke Pantai Cenang dan berjalan tanpa arah tujuan. Underwater World pun dah tutup

Lepak lepak di Pantai Cenang

Menunggu sunset yang tak ada

Itu je la aktiviti kami di sana. Tak de apa sangat. Just lepak lepak dan berehat jer.

Tapi sepanjang di Langkawi, selain makan di hotel, ni antara kedai yang kami singgah untuk makan makan.

Kedai Nasi Kandar ni 24 jam. Kami sampai then makan roti canai sebelum gi island hopping. Siap bungkus nasi lemak makan kat Pulau Beras Basah, balik tu makan pulak tengahari kat sini.

Singgah makan Mee Rebus dengan Laksa kat Pantai Kok. Tengah tengah makan, hujan turun lebat. Abis air hujan masuk dalam kuah laksa dan mee rebus.

Dan paling best, beli nasik lemak bungkus tepi jalan dan makan kat hotel. Hahaha. Kenyang pun kenyang

Aktiviti shopping ala kadar je lah. Tak de la borong apa apa pun. Aku je la beli rokok ! Pastu OR nak cari handbeg tapi tak de yang berkenan. 

Pegi kat The Zon beli baju mandi Hero. Tak lalu aku tengok dia pakai seluar mandi dia yang dah sendat tu

Kedai favourite aku kalau beli cokelat di Langkawi. Dekat Kuah ni. Chocolate dia murah skit, rokok pun murah RM2.

Overall trip ni OK lah. Letih tak letih sangat. Cuaca je la yang kurang menyebelahi kami sebab hujan di hari terakhir tu. Yang lain lain OK lah. Hotel best. Dapat la aku menenangkan fikiran yang kusut masai ni memikirkan masalah negara dan nak pilihanraya ni.

* mati la tak de kena mengena.

Dan yang paling penting, Hero seronok betul. Dapat mandi laut, mandi kolam, mandi bath tub dalam bilik. Naik kecut dah berendam. Dia pun boleh tahan shopping. Beli barang untuk dia, pastu untuk kawan kawan dia. Tetiba la kawan dia jadi ramai.

Yang tak tahannya, dia siap pesan kat aku masa beli cokelat.

"Papa. Papa beli lah cokelat untuk Cikgu XX, Cikgu YY, Cikgu ZZ"

Punya la banyak cikgu dia tetiba. Pastu ada lagi ! 

Aku dengar dia cakap dengan ibu dia.

"Ibu, Ibu jangan lupa ambik jugak untuk Auntie Noriah"
"Auntie Noriah?"

* Papa pitam.

Auntie Noriah adalah drebar van sekolah dia !

Budak yang puas hati berendam sedang berpoyo-sing dengan baju renang baru.

Begitu lah berakhirnya Trip Janji Di Tepati ke Langkawi.  Nanti update lagi.

8 comments:

  1. hahahaha aku baru nak puji wah cantiknyer cuaca yg cerah tak mcm kl tiap2 ari hujan ni, tapi hujan jugak akhirnya ye? byk gak tempat ko gi. aku pun tak explore abis lagi langkawi ni. bebudak #TravelholicAwesome nak gi bulan 7 ni ramai2, tatau la mak esah dpt ikut ke tak sbb nak menjadi dayang :)

    hahahaha!

    ReplyDelete
  2. wohooo..

    good job skupang ! tahniah Mak Esah.

    ReplyDelete
  3. "dah semulajadi macam org mengandung pun" LOLOLOL

    1st gambo tu mcm kat s.alam.

    brp bintang utk restoren seefood tu?

    ReplyDelete
  4. mak esah,

    skrg mmg masih musim hujan smp bln 3 ni..masuk bln 4 nnt ok dah...sbb dh masuk musim panas..

    baru faham ape yg mak esah n meng cakap...tahniah ye!!!

    meng,

    klu kt area makam mahsuri, ade sebuah restoran femes kt situ...xjauh dari tok senik. nama restoran tu restoran Fatimah..lauk2 kg die mmg besh n harga berpatutan...smpkan makcik aku pn bt kenduri kawen anak die kt situ (xde share ape2 ye dgn restoran fatimah)..jz share food review kt situ..

    dh besaq dh stall kt pantai kok tu...tulah tmpt feveret family aku utk berkelah..mkn grg pisang pn jadilah kt situ...tmpt kenang-kenangan kami berkelah last sblm ayah aku meninggal..

    ko p round area2 belakang x? tmpt ombak rindu berlakon? kt area datai semua nun? situ klu cuaca elok, snap gmbr mmg peh...kt area situ jugak ade air terjun temurun...sgt tinggi ok!

    ko ptt jgk try nasi lemak lauk gulai ikan. sama jugak bgks mcm nasi lemak biasa tu...gulai dia lain..klu yg original, dorg giling rempah tu n bt gulai...siyes best...tu mmg mknan org pulau..

    klu nk beli, pg kt pdg matsirat pagi2..klu lmbt, mesti dh hbs..

    ko fly 22, aku fly 23 pagi..mmg xjmp la kt..hiks..

    anyway slmt menjengah kg aku..next time dtg lg yer..

    ReplyDelete
  5. ko x gi perigi 7 (ye ke?) ke Meng? aku gi atas sekali semputttttttt....

    satu pulau aku dh dok pusing... sampai x tau mana nak gi dah...hahahaha

    ReplyDelete
  6. AM : nanti aku buat separate entry orkid ria tu. boleh la 4 bintang.

    DATT : thanks. nanti next time boleh cekidaut. hari tu cuaca tak memberangsangkan.

    HB : Tak pegi la. hujan. aje gila hujan hujan nak mendaki

    ReplyDelete
  7. Bestnye gi langkawi..dah lama x jejakkan kaki kt pulau lagenda ni.ajak hubby gi lg.dia ckp dah bosan gi sana..1 hr dah hbs pusing 1 pulau.saya ni bukan ape..sbenarnye dah gian nak shopping kt idaman suri tu hihi..

    ReplyDelete
  8. mekasih ye meng and DATT kihkihkih! doakan yg terbaek mcm budak AF slalu cakap tu :)

    ReplyDelete