Pages

Friday, February 15, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 09 : Seoul - Dingin Bayu Musim Luruh

Terletak di kota Seoul, Istana Changdeokgung adalah tempat di mana kita boleh merealisasikan imaginasi..

Salah satu istana paling indah di Korea, Changdeokgung Palace, yang bermaksud "istana kemakmuran" di Korea, telah diwartakan sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997. UNESCO meletakkan ianya sebagai "The Best Far Eastern Palace: dari segi seni bina dan reka bentuk taman,  istana dan keharmonian persekitaran semula jadi, dengan topografi yang masih mengekalkan pokok pokok asli."

Di sini, kita dapat mengintip ke dunia Dinasti Joseon, kemakmuran kerajaan yang berkembang pesat di semenanjung Korea selama kira-kira lima abad yang lalu.

Apabila memasuki pintu utama istana, tiang tiang batu berdiri teguh di sisi jalan menuju ke bangunan utama. Beratus-ratus tahun yang lalu, pegawai-pegawai berpangkat tinggi dinasti beratur di sebalik setiap tiang yang ditetapkan. Kini, pelancong dari seluruh dunia berkumpul di sekeliling monumen ini jauh dari masa lalu untuk membayangkan kehidupan mewah istana terdahulu.

Tiang besar daripada hasil seni Injungjun menyambut indah dengan warna-warna dan kesenian pertukangan yang menakjubkan sebagai menyambut kedatangan tetamu asing dan menjadikan istana ini sebagai tempat perhimpunan utama.  

Di dalam istana ini terletak sebuah Secret Garden yang pernah dikagumi oleh raja-raja dinasti ini. Di gelar "Hoowon" atau "Beewon," yang bermaksud "Secret Garden". Ia sangat luas melebihi daripada 60% kawasan keseluruhan istana. Di penuhi dengan pokok-pokok hijau dan bunga yang mekar di musim bunga dan menjadi taman yang mendamaikan dan tenang sekalipun sewaktu musim sejuk.

Musim luruh adalah musim terbaik untuk melawat kawasan ini.

Bayangkan diri anda berjalan melalui jejak Raja-Raja Korea lama. 

Bayangkan diri anda yang menyusuri taman terpencil mereka ini. 

Dan bayangkan diri anda dalam keindahan alam yang disimpan raja-raja dahulu kala yang mempesonakan selama lebih daripada 500 ratus tahun. 

Dah. Tak payah nak bayang bayang sangat lah. Silap bayang karang keluar benda lain.

Tengok je gambar gambar ni. Biarkan saja gambar gambar ini menceritakan kesemuanya............




























Oh. Aku suka entry ni sebab tak payah taip panjang panjang.

Nasihat aku, kalau tak de masa, tak payah dengar makcik tu membebel masa tour. Blah je dan jalan ke depan.

Senang nak ambik gambar dan tak payah nak beramai ramai macam rombongan sekolah.

Anyway, this is a place to be in Seoul. Beautiful and enchanted palace.

bersambung............

14 comments:

  1. dah terasa rasa macm pergi korea plak...

    SM pndai snap pic.cung le.. :)

    nota tambahan : dah selamat pulang dr cambodia.dh rasa perjalanan jauh PP ke SR.frust x dpt tuk tuk murah mcm SM n BW huhuhu

    ReplyDelete
  2. Oitt...ni entry pemalas namanya ni..

    Aku x sabor nak baca masa ko nak tido dalam kotak kecik sambil bersauna hehehe...

    ReplyDelete
  3. kat sinilah aku kena tegur pasal makan di kerusi kat bawah pokok nan besar itu...singa yg lapar, jgn cuba di tegur2! (aku makan jugak, polot2 dlm mulut, lapar ok!) hahaha!

    kitorang tak dgr pun bebelan makcik tu, kitorang jalan blkggggggg skali biar org2 tu blah, baru sedap nak bergambor kan? :)

    autumn terbaek la aku rasa...tiada tandingan!

    ReplyDelete
  4. Cntik la sini.. Cantik sangat. Lagi2 sebab daun tu so kalerful. hehe...

    Bila laaaaaa nak merasa autumn ni... Autumn in my heart gitu.

    ReplyDelete
  5. ETK : apsal tak tawar kaw kaw..? kalau x dpt carik je tuk tuk lain.'


    HB : bersabar la kau hingga keluar entry lain. hahaha

    AZRA : sila pegi. ke dah pegi?

    Biq : Aku memula ikut rombongan jugak, pastu dgr makcik tu bebel sakit kepala. dgn org ramai nya. last sekali kita org blah je.. kalau x punya la lama duk dlm ni.

    FJ : FJ kan pegi korea every year... tahun depan pi ler lagi

    ReplyDelete
  6. Dah tak pergi dah Korea. Hehe. Last dah tu abg meng. Motip nak pergi every year. Kekeke. Teringin nak pergi longsheng tu beli shampoo. Bleyh.

    Makcik tu bebel bahasa apa?

    ReplyDelete
  7. wow...ternganga mulut den melihat photo2..wow

    ReplyDelete
  8. FJ : Shampoo orang longsheng tu akan membuatkan rambut hitam berkilat, tapi bau... nauzubillah.

    makcik tu ckp englisah. ada 2 set tour. eng dgn korean.. korean murah skit kot.

    Zila : thenfks zula. jgn luas sgt nanti masuk lalat jantan

    ReplyDelete
  9. aaaaaaa cantiknyeeeee gambo2! jeles sungguh hihi. bulan bape ye dapat autumn cantik sangat camni? teringin sangat gi time autumn :)

    ReplyDelete
  10. bulan 10.. check autumn foliage for korea la biasanya dia orang buleh predict sesiap

    ReplyDelete