Pages

Tuesday, February 12, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 06 : Jeju - Pulau Syurga Dunia

Destinasi seterusnya selepas Oedolgae adalah ke Folk Village.

Tapi sebelum tu, on the way memang banyak nampak kebun kebun limau. BW teringin la nak feeling feeling bergambar dalam kebun ni macam dalam cerita apa ntah dia cakap. Aku tak tahu.

So nampak kebun suruh drebar tu berhenti kejap untuk ambik gambar.

Ni hah. Kebun buah limau yang bersepah di Jeju.

Tak tau la kebun sapa. Nasib tak kena kejar dengan anjing ke apa.


Aku ambik dari luar je tapi BW dengan member dia siap pegi masuk dalam kebun ni.

Feeling feeling petani pulau Jeju.


Tak payah nak merompak limau limau ni, ada je orang jual bersepah sepah tepi jalan.

Harga pun tak mahal dan rasanya sangat manis dan lazat.

Percaya lah !

* campak kulit limau kat Siti Nurhaliza

Then kami sempat singgah di kawasan nelayan ni.

Kejap je, nak ambik gambar.

Bot bot nelayan di Pulau Jeju

Destinasi seterusnya. Folk Village

Folk Village terletak dekat Namwon Eup

Folk Village di Jeju ni actually banyak.

Ada yang kena bayar dan ada yang free. Memula nak pegi Folk Village Jeju yang besar tu tapi drebar kata yang tu kena bayar jadi kami decide pegi yang free je.

Lagipun on the way ke destinasi kami seterusnya selepas itu iaitu, Seopjikoji

Kalau datang ke Jeju ni tak sah kalau tak melawat Folk Village. Sebabnya, penduduk di Jeju ni ada lain skit daripada penduduk Korea Selatan di tanah besar. Di sini kehidupannnya agak berbeza. Baik dari segi bahasa, kehidupan, pekerjaan dan sebagainya.

Di Jeju, kaum wanita yang banyak bekerja bukan kaum lelaki. Dan di sini juga, kehidupannya lebih kekampungan dan lebih aman damai berbanding dengan kawasan tanah besar.

Apa yang menarik di sini adalah petanda pagar pada setiap rumah di sini.

Nampak 3 batang kayu tu?

Di Jeju memang tak de orang mencuri curi ni. Tapi kalau tuan rumah tak ada di rumah, 3 kayu itu akan menjadi penanda.

Kalau ketiga tiga kayu naik merentang, maksudnya tuan rumah tak de. Balik lewat. Pegi mana mana dalam masa yang agak lama.

Kalau 2 kayu je naik, maksudnya Tuan rumah tak de, tapi mungkin akan balik esok atau lusa.

Kalau 1 je yang naik, Tuan rumah pegi dekat dekat dan akan balik tidak lama lagi.

Dan kalau semua di bawah, maksudnya Tuan rumah ada di dalam. Jadi kalau nak merompak, sila datang di hari lain !

Moh, di persilakan masuk.....................

Di hadapan setiap rumah biasanya ada patung ni sebagai penjaga. Ada significant nya tapi aku lupa. Sorang guru sorang askar tak silap. Satu untuk keberkatan isi rumah dan satu lagi penjaga isi rumah.

Ini perkampungan rakyat Jeju. Rumah tempat berehat, bilik dan dapur adalah berasingan

Ini bekas untuk bawa air dan juga kendong baby

Dan seperti biasa, dia orang akan membela babi. Nampak tak babi tu? Bukan atas, bawah !

Keadaan di bahagian dapur. Dapur mereka tak de chimney sebab dulu dulu di takuti, asap yang keluar di kesan oleh tentera Jepun

Ini kawasan rumah

Tempayan dan kayu kayan

Tapi.

Ada catch nya.

Memang Folk Village ni free tapi tuan rumah tu actually jual air ni. Aku tak sure dia di hasilkan daripada apa, tapi sejenis berry la. Dia buat minuman.

Tak de pun kita orang beli. Buat muka ketat tak mau ambik tau.

Hahhaha

Sedap jugak air nya. Tapi leceh la nak bawak bawak sebab dia dalam botol.

Seterusnya. Lepas menghabiskan masa di Folk Village, kami bergerak ke lokasi seterusnya.

Mula mula ingat nak melawat salah satu gua yang ada di Jeju ni. Dan gua yang kami nak pegi juga menjadi lokasi penggambaran The Running Man ( aku tak tengok dan tak tau - BW yang bagitau )

Tapi memandangkan bila tengok tempat ni biasa biasa je, jadi kami skip dan tak jadi masuk.

Lokasi Running Man

Siap ada bendera Malaysia

Sebab hari pun hampir petang, jadi kami tak buang masa.

Gelap nya awal. Kalau lambat memang tak sempat. Kami masih ada 2 tempat yang hendak di lawati. Jadi kami bergerak terus ke destinasi seterusnya.

Seopjikoji.


Seopjikoji ni merupakan kawasan tepi pantai yang lawa. Tapi tak de public transport ke sini so kalau ada drebar baru boleh datang sini.

Apa yang lebih menarik, kawasannya menjadi lokasi cerita All In. ( aku tak tengok pun).

A long walk tapi coastal line dia memang lawa. Sangat cun tapi angin kuat. Orang pun agak ramai.



Dari kawasan parking kereta, kita boleh menapak ke arah Church yang terletak di tengah tengah padang dan ada rumah api di hujung nya.

Kat tepi laut nya pun lawa jugak nak ambik gambar.

Sila datang waktu pagi atau petang sebab kawasan ni tak de pokok atau tempat berteduh. Nak menapak tu boleh tahan gak la jauh.

Tapi seriously lawa. Kalau kita jenis tak berapa nak hensem, tapi ambik gambar berbackground kan tempat ni terus seri naik ke muka.

Coastal view

Church yang juga merupakan lokasi cerita All In

Kawasan church dan persekitaran. Tak sure macamana kereta tu boleh sampai ke sini

Hari dah petang

Angin kuat memukul ke wajah * mati laa

Pinggir laut

Rumah api di penghujung sana

Rumah api

Kalau musim bunga memang banyak bunga bunga liar

Hari nak hujan

Seopjikoji dan suasana 4 musim

Kami patah balik ke parking sebab hari nak gelap ( walaupun bahagian ni cerah)

Tandas. 

Oh. Jangan lupa try aiskerim tapi dia bulat bulat macam bijik manik, apa benda ntah nama nya. BW ada makan, dia cakap sedap. Aku tak makan pun.

Salah satu bangunan kat situ. 

Selepas lebih kurang sejam di kawasan Seopjikoji ni, kami bergerak ke destinasi terakhir.

Memang banyak tempat nak pegi, tapi so litte time nak terkejar kejar.

Tapi Seopjikoji adalah recommended !

Dah. Nanti sambung. Aku nak kencing.

bersambung..............

11 comments:

  1. Yeay kuar dah entry seopjikoji ni..

    Nak menapak sampai ke church tu agak jauh kan. FJ is surrender. Angin kuat. And penat ler nak mendaki. So duk makan limau je kat bawah. hahaha. What to do.

    Tp cerita ALL in ni memang one of the cerita yang paling sedih la... Bengkak2 mata haa.. Sebab tragis sangat kisah cinta diorang ni.

    Yg Folk village tu cik bab tu hidup lagi rupanya.. Haritu pergi pun dia ada lagi... Sebab apa tau diorang bela cik bab ni sebab cik bab ni nnt makan najis tuan tanah.. EUWWWW sgt kan abg meng..

    Pastuh yg oren tu pun, kitorang terkinja2 jugak pergi feeling2 cerita MY GIRL! Hehehe. TP cite my girl tu pompuan tu terjumpa org kaya kachak lagi bergaya masa tengah curik limau kat dalam kebun tu. Tskkk.. mmg nan hado sgt.

    And RUNNING MAN!! Tengok laa bang meng. sumpah kelakar gile hahahahahha... dia bukan cerita dia adalah variety show yg sgt kelakar nak mamps.. ok sekian..

    ReplyDelete
  2. Ha ah
    Kat situ tempat tuan tanah kedaung melepas. Pastu cik bab itu terus la makan. Huhu. Sbb kalau tak nanti bucukk hahaha. Sng je org dulu2 hidup keke

    ReplyDelete
  3. Pastu dorang makan cik bab...sangat sedap yummehh...hehe

    ReplyDelete
  4. jadi mereka tak boleh la baham babi tu selagi babi baru tak de.

    nanti kolam kumbahan melimpah.

    hahaha

    ReplyDelete
  5. wahhh coastal tu macam nz!

    aku teringin nak buat rumah kg camni kalo sok2 nak retired...kan best...tapi tak beli babi la, aku bela kucing jer :D hahaha!

    ReplyDelete
  6. bela ayam la. ayam pun makan taaaaaaaaaaaaaaaaa......

    ReplyDelete
  7. bang meng edit gambar pakai app ape?sumpah cantik giler laa..

    ReplyDelete
  8. aku kadang kadang edit gambar pakai baju, kdg kdg tak pakai, cuma berboxer jer. tengok cuaca kat luar cemana.. nak bogel x buleh ler pulak...

    hahaha

    aku cuma pakai canon Digital Photo Prof ( DPP )

    ReplyDelete
  9. As Salam..

    Nak tanya.. supermeng sewa taxi kat jeju island tu utk 1hari(8jam) kan?

    KRW110,000.00 tue utk 8jam?
    destinasi bergantung kt kita ka?

    ReplyDelete
  10. Salam MR : Ya.. ketiga tiga soalan tu jawapan dia adalah YA ! YA dan YA

    ReplyDelete