Pages

Friday, February 8, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 05 : Jeju - Pulau Warisan Alam

Selesai berada di Cheongjeyon Falls, kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Sebab tak berapa jauh dari sini, ada satu tempat yang turut menjadi tumpuan pelancong di Seongwipo ini aku terus mark nak melawat ke sini masa bagitau drebar taxi tu. 

Dan dia tak membantah. Dia ikut kan je. Janji dah set awal awal sebab dia pun bukan faham sangat nak cakap omputih.

Tapi nasib baik la BW dengan Member dia pandai cakap Korea sikit sikit. Boleh la pada aku ni nganga je la haram tak faham apa.

Drebar tu pulak, English memang angguk angguk je la, ntah ntah aku rasa dia pun tak berapa nak faham. Tapi lepas BW dengan Member dia tu borak bahasa Korea so dia OK sikit la, jadi ramah skit.

Destinasi seterusnya adalah Jusangjeolli. Adik beradik Angelina Jolie.

ICC Jeju. Jusangjeolli terletak di belakang bangunan ni

Ada replica dolphins dan siput.

Nak masuk tempat ni kena bayar 2,000 Won ( RM 6).

Apa ada di tempat ni?

Actually di sini adalah coastline yang ada rock formation dari lava gunung berapi yang mengalir dari Mt Halla dulu dulu kala.

Tapi, apa yang membuatkan tempat ni menarik adalah view rock formation yang berbentuk octagon hexagon ini.

Bukan yang ni. Sabar. Jap lagi aku tunjuk.

Ini pun bukan. Ada orang jual Abalone makan mentah mentah

Ha.. Ini dia si jali jali

Nampak tak Angelina Jolie tengah posing celah celah batu tu?

Apa?

Tak nampak?? Haaa kalau tak nampak tu memang betul la sebab Angelina Jolie tengah tidur kat rumah time ni pun.

Apa yang membuat tempat ni menarik sebab ombak kuat dan bila kena rock formation ni lagi lawa jadi nya.

Tapi masa kami pegi tak de la kuat mana so light light je.

Tengok je la apa yang ada. Tapi aku nasihatkan kalau ke sini, datang pagi pagi sebab orang akan menjadi ramai bila tengahari dan petang. 

Sunset view di sini juga lawa khabarnya.

Pathway menuju ke pelantar

Kawasan sekitar

Beautiful coastline area

Kami di sini tak lama. Orang pun agak ramai.

Ambik gambar lebih kurang dan siap sedia untuk bergerak ke destinasi seterusnya.

Advise aku, tak perlu buang masa lama lama kat sini. Pegi ke pelantar dan tengok je rock formation kat situ. Tu je pun yang menarik. Kawasan lain biasa biasa je. Simpan masa yang ada untuk tempat lain yang lebih menarik.

Layan sisa sisa gambar.



Ada park juga untuk berehat di kawasan ini

Ada makcik jual limau dalam sejuk sejuk macam ni. Pastu ada jual fish cake, BW dengan member dia makan. Aku pandang sepi je lah.

Seterusnya kami bergerak ke tempat lain.

On the way tu nampak World Cup Stadium yang menjadi salah satu lokasi acara bolasepak Piala Dunia 2002.

Macam ada acara tapi tak pasti boleh masuk ke tak dalam stadium.


Destinasi seterusnya adalah Oedolgae.

Jusangjeolli dan Oedolgae di kawasan Seogwipo Maritime Park

Ntah apa masalah BW, sedap sangat kot fish cake tu, dia orang sempat makan sekali lagi kat sini.


Sebelum pegi tempat ni, aku tak tau pun tempat ni lokasi filem Jewel in the Palace.

Dalam peta ada tulis, tapi di tulis location drama Daejjanguem which is nama cerita tu kat sini.

Tapi lepas drebar tu parking taxi dan kami menapak ke belah dalam aku nampak papan tanda ni.


"Eh. Minah ni??"

Aku tanya BW.

Pastu baru la Member BW bagitau dan rupa rupanya Daejjanguem tu adalah cerita Jewel In The Palace.

Dan aku mengaku, aku tengok cerita ni dulu.

* nyorok belakang tiang

Di kawasan ini la ada Oedolgae Rock yang muncul dari permukaan laut dan membentuk formation dan scenary agak lawa di sini.

Tengok ni.

Ini la batu nya

Dan di persekitaran kawasan ni agak scenic jugak la dengan coastline yang lawa, nampak laut biru, ada beberapa buah pulau di persekitaran perairan dan kawasan lapang.

Setakat nak jalan jalan memang OK la.

Layan je la gambar.









Dan di kawasan ni la ada papan tanda yang menceritakan mengenai lokasi penggambaran cerita Jewel in the Palace ini.

Layan lagi gambar.





Tapi kalau ada masa, instead of pegi belah kanan dekat Oedolgae Rock tu, cuba ke belah kiri pulak. Ada laluan pathway. Tak ramai orang di kawasan ni tapi view agak stunning.

Jom jalan jalan.

Belah sini tak berapa ramai orang

Budak budak ni riuh saying hello kat aku





Apparently jalan ni akan bawa kembali ke arah parking.

Drebar kami dah siap sedia menanti.

Memperkenalkan.................

Mr Kang

OK jugak la Pakcik ni.

Dalam kereta BW rasuah dia dengan banyak makanan dan dia sangat suka hati. Kejap bagi air, kejap bagi gula, kejap bagi biskut.

Suka hati dia.

Tapi ada sesuatu yang menarik di sini. Kalau korang dapat cari lah.


Ada post ni tepi jalan siap dengan stamping Jeju.

Macam chop passport. Siap ada stamping pad kat dalam tu. So kalau jumpa dan bawak passport, boleh stamp terus macam chop passport tulis Jeju.

BW yang bawak passport, aku punya ada dalam taxi. Malas nak ambik.

Tapi cool gak la. Ada few chop boleh je belasah chop banyak banyak.

Sebagai kenangan............

Anyway, sebelum bergerak ke destinasi seterusnya Oedolgae bagi aku, worth to visit sebab coastline dia agak lawa dan menarik.

Ayuh. Kita bergerak ke tempat lain pulak.

Hari pun dah menjelang petang

bersambung..............

8 comments:

  1. kat jepun aku ada gak cop kat train station byk2...tapi cop kat buku hikmat jer la, tak brani nak cop kat passport, kang imigresen marah ke ape ke mati aku hahaha!

    bentuk octagon tu kena tgk dari atas ke? i mean, aerial view. ke aku yg ada masalah tak nampak rupa bentuk niiii...

    ReplyDelete
  2. ya biq. dari atas.. actually mcm hexagon tapi mana ntah aku dpt tulis octagon tu.

    hahahaha

    ReplyDelete
  3. aku musykil la mana batu yg bentuk hexagon tu?? sakit mata aku dekatkan ngan screen nak cari batu tu...tp x jumpa...ke ko dh bawak balik mesia meng?

    ReplyDelete
  4. * hulur kanta serigala kat HB

    kau nampak tak batu mcm jari jari tepi tepi tu? haaa tu kalau tengok dari atas bentuk dia mcm hexagon.. kalau tgk dari depan mcm tu... x de ler nampak.

    so bila ombak rindu ala ala memukul dgn kejam kat batu tu, ombak tak berapa rindu pun jadi memecah dgn rakus lalu terjadi la fenomena.....

    apa apa la..

    hahahaha

    aku pun x tau .

    ReplyDelete
  5. Hehe...

    Jewel in the palace tu sedap ke ceritanya..

    Kenapa semua org cakap pasal batu hexagon.. best ke batu tu bang meng? Hehe..

    Ni mesti time ni sejuks giler kan.. kat pantai pulak tu. Huhuhu. Bertabahla.

    Ada satu yang tempat belakon cite all in tu.. nampak gmbar highlight abg meng ade pergi.. tak sbr nak tgu entry tu sebab sgt cantik tempatnye yg atas bukit tu. church barangkali. haha.

    Tu tempat hero and heroin sehidup semati akhirnye... and they live happily.. ever afterr...

    ReplyDelete
  6. oh tempat tu minggu depan kita pegi ya? lepas CNY. hahaha

    best la citer Jewel in the palace tu. sila tengok. tapi citer tu citer lama. baju baju dia tak trendy ler.. maybe FJ x suka

    * rebah tepi kedai dobi

    kalau batu, semua best. tak kira hexagon ke tak hexagon

    hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Cepat2 la sambung citer.... Best r... Tambah plak dgn gambar2 yang di snap... mantap... X sabar nak tunggu nih!

    ReplyDelete