Pages

Saturday, February 23, 2013

Highlight - Yangshuo, China

Bandar Yangshou menjadi popular sebagai kawasan backpacker yang mana orang orang putih suka bertandang ke sini untuk melihat kawasan pedalaman China. Bandar kecil ini turut memiliki pelbagai daya tarikan termasuk West Street, pusat komersial, jeti kecil yang menjadi tempat menyusuri sungai Li, pekan yang menempatkan pelbagai kafe, restoran dan kedai cenderamata. 

Sejarah bandar ini bertitik tolak daripada aktiviti perdagangan yang sudah menjangkau 1,500 tahun dan kini, ia menjadi tumpuan warga asing yang ingin mempelajari bahasa Mandarin dan warga tempatan mencari ketenangan dan berehat.

Apa yang menariknya di Yangshuo ini adalah Yulong River yang memiliki air yang sangat jernih dan pemandangan kawasan pedalaman yang menarik pandangan.

Enjoy the highlight.

Pemadangan Li River dari arah Yangshuo

West Street. Tempat membeli belah dan western cafe di Yangshuo

Bot bot untuk menyusuri sungai Li dari Yangshuo

West Street

East Street

Cafe Cafe terbuka

Batu batu kapur di sinari cahaya di waktu malam

Berakit di Yulong River

Kawasan pedalaman Yangshuo

Sawah padi dan bukit bukau

Yulong River yang menenangkan

Bukit batu kapur di Yangshuo

Dragon Bridge

Kanak kanak Yangshuo

Indah dan damai

Pokok limau

Air sungai yang bersih

Kawasan sawah padi 

Bukit bukau sepanjang Yulong River

Menyusuri Yulong River

Sungai yang tenang

Berakit di Yulong River

Salah satu jambatan merentasi Yulong River

Moon Hill

Senja di Yangshuo

Pekan Yangshuo

Bagi aku Yangshuo menjadi destinasi wajib kalau ke Guilin. Jaraknya lebih kurang 65km dari Guilin tapi pemandangannya sangat superb terutamanya bagi pencinta kedamaian dan keindahan kawasan countryside.

Boleh juga menyusuri Li River dari Yangshuo tapi pemandangan yang paling lawa adalah dari Yangdi ke Xingping.

Tapi, Yulong River memang lawa. Air sungainya jernih dan tenang macam tasik.

Kesimpulannya, Yangshuo; wajib pegi !

Ada beberapa kejadian di Yangshuo yang pasti akan aku ingat sampai bila bila. Kisah betapa susahnya aku nak kencing sebab tak reti cakap Cina. Pastu kisah bawak basikal dalam perkampungan tradisi China macam ni sampai sesat barat jadi nya. Feeling feeling Azizulhasni Awang. Eh, ke M Kumaresan? Terimbau jugak lah kenangan zaman muda muda dulu dengan pemandangan yang indah dan menawan kalbu. Pertemuan dengan sorang manusia yang percaya Tuhan tidak wujud dan aku hampir termakan mee babi, juga satu pergaduhan yang berlaku di dermaga hanya di sebab kan oleh aku !!

Ya. Aku !

Tiba tiba aku rasa hot semula bila menjadi rebutan ramai.

Hahahahaha.

* mati la kena keji.

Nanti la aku drama drama ini dalam slot Cerekarama-rama di blog Supermeng Malaya. ( tapi tunggu aku rajin )

Ajari aku supaya lebih rajin.

Nah. Layan lagu Ajari Aku yang asal. Enjoice !



Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu

8 comments:

  1. X sabo nak nunggu... apa2 pun, Dragon Bridge itu sgt lah osem!

    ReplyDelete
  2. Cantik bangetttt potretnya....

    Wahhh fefeeling kumaresan ko meng!!

    Sampai china ko pemes...siap cine lelaki berebut ko....kekeke...

    ReplyDelete
  3. AM : memang lawa tapi nak sampai tu, cirit !

    HB : pakcik dgn makcik yang merebut diri ku.

    kerana diriku begitu berharga..

    ReplyDelete
  4. lawa sungguh moon hill tu, tak leh pi dekat2 ke amik gambar bawah moon tu? cam best jer...

    ReplyDelete
  5. aku dah tak daya nak daki.. usha dari jauh je, tapi lahanat tempat ni, kena bayar tiket jugak baru buleh nampak, dari tepi jalan abis dia tutup dengan pokok2.

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaa tempat ni. Kg2 je tenangggg sgt. Fj sukeee. Bile la nak smpai neh.

    Tp toilet dia nesti hazab kannn. Hahahaha china ni problem dia kat toilet ja laaaa sobs. But stilll pengalaman ler. Pengalaman menahan diri dr p toilet keekee

    ReplyDelete
  7. bukan haizab kat toilet je. nak tanya toilet kat mana lagi hazabiah.

    stress menahan kencing

    ReplyDelete
  8. kes nk tnye toilet mmng hilarious.. time pergi Yangshou dulu aku sebut nk 'sing a song' bru diorang phm..

    ReplyDelete