Pages

Sunday, February 17, 2013

Cuti Cuti CNY 2013

Hmmmph.

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina, aku pun plan nak gi jalan jalan. 

Macam biasa lah, nak gi bermalam dan berehat rehat di hari cuti since aku memang tak de plan ke mana mana sebab trip ke Palawan dah bungkus.

Bagi mengubati kelukaan hati, aku pun pegi jugak bersiar siar dan bercanda gurau tanpa batasan.

Mana lagi lokasi yang tak jauh, agak damai di hati, tenang dan sepi?

Tenang?

Sepi??

Wait and see.

Lokasinya. Ehem Ehem.


FM berharga RM7.90

Yes.

Bagan Lalang lagi !!!

* pitam

Golden Palm Tree lagi ?????

* rebah terus

Sebab tak tau nak pegi mana. Nak pegi PD bilik penuh, nak pegi Melaka takut jem. Morib pun tak de bilik. Bagan Lalang pun yang ada cuma ni. Sebat je lah walaupun sebenarnya aku tak berapa suka nak repeat the same resort ni berkali kali.

Macam biasa angkut anak pinak.

Perjalanan ke Bagan Lalang smooth jugak la masa kat highway, tapi lepas masuk susur keluar LCCT ke Bagan Lalang tu dah start kereta bertali arus. Sudahnya dekat pukul 4 jugak la kami sampai.

Sampai Bagan Lalang lagi pitam tengok orang ramai gila.

I mean. Ramai gila !!

Ada yang berkelah, ada yang bercamping, ada yang lepak lepak. Belum kira yang datang main layang layang. Yang datang makan seafood. Yang datang bertenggek. Yang bergossip liar. Yang merempit. Yang pergi orang kawin dan singgah ambik angin kat situ. 

Tak percaya. Tengok gambar ni.

Nampak  punya la ramai umat tu?

Even dekat Golden Palm Tree Resort ni pun dah tak de privacy langsung aku rasa. Masa sampai nak masuk area Bagan Lalang ni pun rasa sesak jiwa raga.

Apa apa pun, terpaksa redah jugak.

Macam biasa, sampai kat sini, kereta kena parking kat tempat parking kat kawasan lapang then ada van datang angkut ke resort. Kena tunjuk booking confirmation la, kalau tak nanti mamat bangla tu banyak songeh.

Go kart

Kat tempat parking ni ada extreme park. So ada go kart ni. Hero dah start meloncat loncat nak ajak main.

"Nanti kita main. Dah lambat ni. Papa kena check in dulu"
"Ala Papa ni. Tak seronok la macam ni"

Aku usha. Harga naik go card ni RM20 untuk 5 minit ! Kalau yang jenis naik berdua RM25 untuk 5 minit.

* picit kepala

Then urusan check in agak slow. Tapi tak de masalah apa cuma orang ramai. Tapi memang kat lobby pun orang dah macam ulat. Semua bawak beg macam nak duduk sebulan.

* mati la padahal jeles sebab orang lain banyak duit dan boleh berlama lama di sini. 

Reception

Buggy ke chalet

Meninggalkan reception building

Dapat kunci dan kami terus di bawa ke bilik penginapan naik buggy.

Cerita banyak tak guna. Tengok la gambar bilik. Sampai je terus aku pengsan. Keletihan.

Tido dulu baru ambik gambar

Entertainment. Siap nama keluar tv.

Bilik penginapan

Bilik air see through. Tengah bogel orang jet ski lalu. How?

Nescafe sechawan

Tak de apa yang boleh di buat sebab datang nak berehat rehat. Kononnya lah. Tapi orang memang ramai gila. Buggy slow gila. Apa semua slow. Semua orang macam nak di layan. Semua orang macam tidak mendapat layanan yang setimpal.

Semua orang dalam keadaan stress !

Hero lagi stress. Dia nak mandi kolam. Tengok tengok kat kolam.


Panggilan Haji............ Telah tiba lagi.........

Ramai gila orang macam musim haji je. Nak mandi cemana macam ni? Lagi la aku pulak nak kena pose pose sendu tepi kolam teman dia.

Aku malas. Ibu dia pun malas. Semua orang malas nak tunggu. Hari pun dah makin petang. Sudahnya kami decide nak keluar gi makan je kat luar.

Sekali lagi, buggy adalah tidak bertindak pantas. Nak menapak tu macam jauh gila ler pulak. Akhirnya keluar balik ambik kereta dan cari tempat nak dinner.

Tapi !

Orang macam ulat. Sana sini penuh manusia. Senandung Semalam memang full house. HM Bagan nak masuk kereta pun tak boleh. Asal ada kedai je la semua penuh. Kedai runcit pun tetiba ramai orang macam KFC. Belum kira gerai gerai tepi jalan jual macam macam dan menyebabkan jem.

Jumpa jugak la kedai ni, Art Catering Restaurant. Lagi pun tak pernah try lagi.

Art Catering Restaurant

Order makanan dan sambil sambil tu layan perasaan tepi tepi pantai tu.

Hasil capapan tak semenggah.

Damai?

HaHa.. Tidak sangat sebenarnya

Restaurant ni je la yang kurang sikit orang

Layan gambar tepi pantai sementara menunggu makanan sampai.

Nampak macam aman damai je tapi sebenarnya penuh orang

Perahu sesat

Layan pulak gambar sunset, makanan tak jugak jugak sampai.



OK. Makanan dah sampai. Mari mengisi perut yang lapar.

Tomyam - So So

Udang Butter - Recommended

Ketam Masak Cili - So So

Hero yang paling kesian. Tak sudah sudah tarik muncung.

Memula hampa tak leh naik go cart. Bila keluar tadi pun ramai gila orang beratur. Pastu dia nak mandi kolam tak sempat lagi orang ramai jugak. Nak mandi laut hari dah petang plus orang ramai sangat dan aku tak lalu nak lepaskan dia mandi kat air macam tu. Pastu dia muncung nak tengok Boiboi Boy tapi kedai tu tak pasang pulak TV3.

Aku biarkan je dia muncung sorang sorang.

Layan skit lagi sunset sebab ada lagi makanan yang tak sampai iaitu sotong masak apa ntah.

Saki baki sunset sebelum malam menjelma.



Overall makanan kat kedai tu biasa biasa je. Udang Butter tu je la OK. Aku rasa sebab aku makan tomyam kot terus spoil semua rasa, Tomyam tu macam tak 'gu' nak makan dengan lauk lauk macam ni.

Apa apa pun balik bilik lepas tu berehat. Malam tu ketiduran dalam sepi. Memang sepi betul lah.

Dan kehampaan itu tidak berakhir di situ.

Esok pagi, breakfast orang kat kolam still ramai. Dia orang ni semua tak tidur ke apa? Dah la kolam kecik pastu satu ni jer pulak tu. Bad timing betul la.

"Papa. Hero bosan la kalau tak dapat mandi kolam tu"
"Orang ramai lah"
"Mandi kat pantai lah"
"Pun tak boleh"
"Ala Papa ni............ Kolam tak boleh, pantai tak boleh. Hero tak nak mandi lah lepas ni. Hero bosan la kalau asyik asyik macam ni"

Errrk. Nak tergelak lak aku. Pastu dia start la tak nak makan. Tak nak berjalan. Tak nak itu tak nak ini.

"Ya la. Nanti minggu depan kita pegi Langkawi. Papa cari hotel yang ada kolam. Hero boleh mandi laut puas puas"

Baru la tersenyum lebar dengan janji janji manis Papa ni. Kalau tak di beli jiwa memang susah aku jadi nya.

Apa apa pun, saki baki gambar di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.

Tak payah nak iconic sangat la kot.

Waterchalet and villas

Restaurant breakfast

Resto

Buggy ambik dah nak balik

Sampai ke lobby balik semula

Lobby

Kedai cenderamata

Percutian yang tak berapa menggembirakan semua pihak. Breakfast biasa je. Lain lain slow gila service. Mungkin sebab CNY la kot. Tapi bila ramai ramai macam ni rasa tak de exclusivity. 

Yang exclusivenya cumalah lighter yang aku terpaksa beli kat kedai cenderamata tu sebab lighter aku hilang.  Harga lighter Yeppi bodoh tu pun RM3 seketul.

Tu la yang paling exclusive kot.

Overall, aku agak kecewa sebenarnya. Tapi redha je lah. 

8 comments:

  1. Ko ambek bilik yg bape RM? Hehe.. kalau x silap aku ada 3 jenis bilik kat sana...paling besor siap ada 2 bilik tido kot...itu utk family mmg ok la...

    Gambo sunset ko superb la... ok sile kembangkan hidung...

    ReplyDelete
  2. aku pernah pg bagan lalang time CNY, terus tarik muke 14...sbb org ramai mengalahkan ulat...rase pg miami beach pulak..sbb pelik2 jer org berkelah tgh2 panas..

    klu kt langkawi, best pg tg rhu...tu tmpt aku dr kecik2 dulu...klu nak berkelah, aku suke kt pantai kok yg nk menghala ke cable car..

    pantai chenang tu xbest jgk sbb terlalu ramai umat manusia...'

    klu rase nak btl2 privacy, silalah ke teluk burau...situ harga mmg mhl skit, tp berbaloi2..

    ReplyDelete
  3. bad timing bro... lain kali pegi yg jejauh skit. hehehe

    ReplyDelete
  4. HB : aku ambik bilik yang paling murah... hahaha

    DATT : aku x moh la privacy sgt sampai rasa macam tak de org, aku dah book hotel di langkawi. ( belajar dari kesilapan ) book awal skit. hahaha

    HF : yep.. but what to do, adhoc plan

    ReplyDelete
  5. Maybe abang meng patut pergi relax bermalas-malasan di pulau mabul. hahaha

    kekdahnya kat situ sgt tenang lagi menenangkan.

    ReplyDelete
  6. Hehehehe...murah la sgt yg paling murah kat sana pon...

    Aku suke naik buggy tu...cam org kaya jek rasa..wakakakakaka...

    ReplyDelete
  7. Allah tak semenggah nyer aku tgk air nyer...water chalet la sgt kan...

    ReplyDelete
  8. tu lah tipah tertipu. padan muka tipah. tipah yang cari pasal..

    ReplyDelete