Pages

Sunday, January 27, 2013

Thaipusam : Murugan Festival

Sebelum tu aku nak mohon maaf andai kata, entry ni menyentuh sensitiviti mana mana pihak.

Tak de niat lain selain daripada berkongsi apa yang aku saksikan dan membawa sesiapa yang membaca entry ini untuk lebih memahami dan lebih bertoleransi dalam unsur unsur keagamaan dan budaya lain.


Kebetulan, minggu lepas aku berada di kawasan Batu Caves dan terasa nak singgah. Masa tu belum pun sampai perayaan Thaipusam tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk singgah sekadar melihat dan menyelami sesuatu yang bagi aku mungkin pernah dengar tapi belum pernah lihat dengan jelas.


Hajat hati nak ambik gambar di Batu Caves ni jer sebab aku sendiri pun tak pernah sampai. Pernah lalu. Tapi tak pernah tergerak hati nak panjat mahupun nak mendekati.

Tapi kali ni suasananya berbeza. Rupa rupanya kaum Hindu sedang meraikan Murugan Festival.

Murugan Festival ini di raikan sempena Dewa Subramania atau juga dikenali sebagai Dewa Murugan, Kartikeya, Skanda dan Subrahmanya yang merupakan salah satu Dewa dalam kepercayaan Hindu. Salah satu kuilnya yang paling terkenal di Malaysia adalah di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves yang sering menjadi tumpuan ramai pada hari Thaipusam. Setiap kali perayaan Thaipusam di Malaysia, Patung dewa Murugan akan diarak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves.

Dewa Murugan aka Subramaniar

Penganut Hindu dan pelancong seramai 1.5 juta akan membanjiri Batu Caves. Mereka yang berhajat akan menjunjung dan mengarak "Kavadi" akan mendaki tangga-tangga kuil di Batu Caves. Selain itu ada juga yang menjunjung periuk berisi susu "pal koodam" .

Sebahagian yang lain akan memecahkan kelapa di atas jalan raya untuk mendapatkan air bersih lagi suci dari buah tersebut untuk membersihkan dosa. Mereka akan membayar nazar sekiranya niat , hasrat dan doa tercapai pada tahun tersebut. Dosa kecil mereka selama ini dirasakan dapat dibebaskan setelah memikul besi tajam 'kavadi'.

Kebetulan masa aku sampai memang mereka sedang meraikan sambutan ini. Kelihatan ada perarakan Kavadi dengan bunyi gendang oleh penganut penganut kaum Hindu ini.

Kavadi

Gendang di mainkan



Mereka akan berarak dengan kavadi dan segerombolan penganut akan naik ke Batu Caves untuk upacara penyucian diri dan membayar nazar ini.



Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan dan disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.


Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.


Hari ini kaum Tamil yang beragama Hindu di Malaysia merayakan hari Thaipusam, Sebuah perayaan dalam rangka menghormati Dewa Hindu yaitu Dewa Murugan atau juga di kenali sebagai Dewa Subramaniam. Dewa Murugan adalah Dewa Perang yang di percayai merupakan pelindung yang memiliki burung merak serta bersenjatakan Tombak.

Dan Thaipusam dirayakan setiap Bulan kesepuluh dalam kalender Tamil, yang bermakna “Thai” adalah bulan kesepuluh dan “Pusam” adalah Bintang terang, jadi dalam kalender tamil Thaipusam bermaksud Bulan penuh melintasi bintang terang.

Hari Thaipusam ini merupakan hari membayar nazar kaum Hindu kepada Dewa Murugan kerana apa yang dihajatkan selama ini dikabulkan oleh Dewa Murugan. Dengan erti lain tidak semua penganut Hindu melakukan nazar, hanya yang di kabulkan saja hajatnya oleh Dewa Murugan.

Contohnya bagi  yang telah mendapat bayi, akan membawa bayi untuk di persembahkan kepada Dewa Murugan ini atas doa mereka di kabulkan.

Bayi di letakkan di dalam kain, dan di usung dengan batang tebu menuju ke atas Batu Caves

Aku sempat borak dengan parent ni. Baby dia berusia 4 bulan

Ada bermacam cara para penganut Hindu dalam membayar Nazarnya kepada Dewa Murugan di antaranya adalah :

Membawa Belanga dari tanah liat atau aluminium yang di isi susu putih untuk di persembahkan kepada Dewa Murugan. Belanga yang berisi susu tersebut akan di junjung di atas kepala dan berjalan kaki ke dalam kuil yang kadang kadang mencapai puluhan kilometer.





  
Mencukur habis rambut di kepala  dan di warnakan dengan warna oren. Tua muda, lelaki mahupun perempuan banyak melakukan cara ini untuk membayar nazar kepada Dewa Murugan.

 

Hari Thaipusam juga bermaksud hari menebus dosa dan juga memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan selama ini.

Banyak cara yang dilakukan umat Hindu untuk menebus dosa masing masing terhadap Dewa Murugan di antaranya adalah :

Memikul kavadi. Mereka membawa Kavadi yang di junjung di atas kepala atau di pikul di atas bahu. Kavadi adalah batang besi atau kayu yang di modiify dengan berbagai bentuk dan di letakkan Dewa Murugan atau Ganesha di atasnya. Kavadi tersebut dihiasi dengan bulu burung merak dan di hiasi dengan aneka bunga-bungaan dan aneka dedaun lain juga. Pembawa Kavadi terdiri dari lelaki, wanita, tua dan muda tapi bebannya disesuaikan dengan kemampuannya.




Mencucuk pipi atau lidah dengan dari kiri ke kanan dengan panah besi. Ukurannya juga tergantung kemampuannya.



Mencucuk badannya dengannya mata pancing yang berukuran sekitar 10 sentimeter. Dan setiap mata pancing tersebut di gantung dengan limau nipis, buah-buahan dan aneka lainnya.


Mencucuk punggung juga dengan mata pancing dan di ikatkan pada sebuah kereta yang di atasnya ada patung Dewa Murugan.

Para pembawa kavadi dan yang mencucuk badannya tersebut biasanya adalah dalam keadaan separuh sedar. Mereka biasanya akan di jaga oleh kaum keluarga masing masing. Biasanya mereka akan berjalan dari rumah hinggalah sampai ke kuil.




Sampai jugak akhirnya kat atas

Seterusnya mereka juga boleh menebus dosa dengan cara berguling di atas jalan raya dari tempat asalnya sampai ke dalam kuil. Kadang kadang boleh mencapai puluhan kilometer juga.



Kebanyakkan yang mereka lakukan adalah dalam keadaan separuh sedar. Boleh di lihat dari anak mata masing masing yang mereka tidak berapa menghiraukan keadaan sekeliling sebaliknya fokus pada pembersihan diri dan jiwa masing masing.


Sampai kat atas, dia macam menari

Kalau tengok mata dia memang nampak macam tak sedar

Yang ni pun macam tak sedar

Mereka akan mendaki anak tangga sampai ke atas puncak Batu Caves di mana, mereka akan bersembahyang di kuil yang ada di situ.

Sepanjang jalan tu mereka akan sebut.

"Vale. Vale..."

Pastu di sambut oleh pengikut yang lain.









Masa sampai aku terus naik atas. OR park kat bawah. Aku ingat dia tak nak naik so aku naik la dulu. Last sekali dia jumpa parking. Aku naik atas then nak turun tu jumpa dia dengan Hero kat tangga.

Hero nak naik jugak. Terpaksa aku naik sekali lagi.

Ada few time aku macam cuak cuak nak masuk kuil. Dua tiga kali aku terpaksa tanya orang.

"Can I go in?"

Tapi boleh je sebenarnya.

Ada sekali, aku salah masuk laluan. Tak de pulak orang tegur. Ke orang ingat aku seangkatan datang nak semayang?

Hahaha. Last sekali aku keluar balik sebab aku rasa macam pelik je. Rupanya ada laluan khas untuk tourist.

Hero memang terpinga pinga abis lah.

"Papa. Ni Negara India ke?"

Sebab dia tengok orang ramai sangat.

"Bukan. Ini kuil Orang Hindu. Kalau kita, orang Islam pegi Masjid, dia orang datang sini lah"
"Kenapa dia orang bising bising Papa?"
"Tu gendang. Cara dia"
"Macam azan?"

* pengsan tak tau nak jawab.

"Bukan lah"
"Bisinglah Papa. Sakit telinga Hero"
"Tak elok cakap macam tu. Kita yang datang sini. Jadi kita kena tolerate. Macam dia orang dengar orang kita azan jugak. Mungkin ada yang tak suka, tapi dia orang OK jer"
"Tapi azan kita kan sedap?"
"Memang lah. Tapi kita mana tau apa dia orang fikir"

Dia diam.

"Kita kan 1 Malaysia. Kena tolerate. Ada timbang rasa. Kena faham memahami. Apa yang dia orang buat ni, cara dia orang. Walaupun tak sama dengan cara kita, tapi kita tak boleh halang atau cakap dia orang salah. Kita kena terima walaupun kita tak setuju dengan cara dia orang ni"
"Macam guling guling tu? Tak sakit kepala ke lepas tu?"
"Hmmm"

* tak tau nak jawab lagi.

OR awal awal dah blah sebab dia tak boleh tengok part guling guling tu. Hero boleh tahan lagi walaupun dia macam takut sebenarnya.

Apa apa pun. Ianya sesuatu yang menarik untuk di saksi. Sekadar belajar dan memahami agama dan budaya orang lain.

Apa yang lebih menarik. It is so colorful.......................... !




Selamat Hari Thaipusam dan Selamat Bercuti !

5 comments:

  1. Yesss..aku x pernah jejakkan kaki ke batu cave...Hehe

    ReplyDelete
  2. Ko x join men guling2 ke meng... errr

    ReplyDelete
  3. nak guling tapi tak jadi...

    segan.. haks

    ReplyDelete
  4. aku dah lama nak jejak batu caves ni, penah gak bebudak travel ni ajak, tapi tak pegi2 jugak...best utk photography katanya...

    tapi guling2 tu tabah ek?

    ReplyDelete
  5. x sedar ler kot.. kalau sedar mau bangun bangun dah biol

    ReplyDelete