Pages

Tuesday, January 29, 2013

Santuary Gajah Di Kuala Gandah

Ada satu malam tu aku borak borak dengan OR, sebab nak gi jalan jalan hari sabtu macam biasa. Sekarang ni ahad payah nak jalan jalan sebab Hero ada kelas Karatedo pastu petang ahad dia dah warning sebab ada cerita BoiBoy Boy so tak boleh kacau masa dia.

Jadi kami plan nak merayau sabtu je lah.

"Kita nak pegi mana Yang?"

Aku tanya dia.

"Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan"

Dia kira dengan jari sambil gelak gelak. Saja la tu keji aku sebab aku dok ajak dia pegi Sekinchan je hari tu.

Then kami decide nak pegi picnic ! Dah lama tak gi picnic. So plan nak gi mandi kat air terjun. So budget boleh la masak nasik lemak pagi bawak bekal pastu nanti Hero boleh mandi mandi.

Malam tu, sebelum aku tidur, aku dok godek godek internet. Pastu rasa macam nak pegi Kuala Gandah la pulak.

Aku fikir macam menarik jugak. Aku usul kat OR, dia kata OK je. 

Tapi dari apa yang aku baca, kena pegi awal sebab nak rebut pass kuning. Pass kuning ni di bagi pada 100 pelawat pertama dan dengan pass kuning ni boleh join banyak aktiviti seperti bagi makan gajah, naik gajah dan mandikan gajah.

Mesti la Hero excited.

So aku pun riki la cemana nak dapatkan pass kuning ni. Baca punya baca ramai kata kena pegi awal. Cemana lah orang macam aku yang tak berapa nak bangun awal ni nak pegi ke Lanchang sana awal awal pagi? Lagi pun show apa semua dengan gajah tu cuma start lepas pukul 2 petang.

Then terbaca dia kata, setiap hari 50 pass kuning tu dia bagi kat kaunter dan 50 lagi tu boleh reserve. Call je nombor telefon tu.

Hah !

Ini sudah bagus.

So aku dah tak leh tidur malam. Fikir strategi nak merebut pass kuning ni.

Gajah gajah di Kuala Gandah

Last last terlelap.

Then siap mimpi ni.

Mimpi set pertama.

Aku call nombor Elephant Santuary tu. Ada pompuan angkat.

"Hello. Cik. Ha.. Saya ni plan nak pegi Kuala Gandah, boleh tak saya reserve untuk dapatkan pass kuning. Anak saya nak naik gajah"
"Berapa orang ya?"

Macam tu pompuan tu jawab.

"2 dewasa 1 kanak kanak"
"OK. Agak agak pukul berapa Encik sampai?"
"Dalam tengahari lah"
"Nama Encik?"

Begitu dia bertanya dan aku bagi semua detail detail tu.

"OK. Saya dah reserved. Nanti Encik sampai datang je terus ke kaunter"

Aku pun senyum sampai ke telinga. Tup tup tersedar. Mimpi !

Cis. Baru nak berlapang dada. Tengok jam subuh dah. Tak sabar ni nak tunggu pagi sebab nak call tempat tu.

Lepas tu aku tidur balik.

Masuk pulak mimpi set ke dua.

Aku macam tak puas hati. So aku call lagi. 

"Cik. Tadi saya call, nak buat reservation pass kuning tu. Tapi saya rasa Cik tak reserve lagi la untuk saya. Kesian Cik anak saya. Dia memang teringin nak naik gajah. Sekejap pun jadi lah. Kalau perlu bayar, saya bayar"
"Encik..... nama Encik memang saya dah reserve. Encik ambik pen sekarang, catit nombor rujukan ni"

Hah kau !

Siap ada nombor rujukan. Tak pengsan?

Dalam mimpi aku gigih la tulis nombor rujukan ni. Pastu kembali senyum buat seketika sebelum aku terjaga.

Kalau macam ni punya gaya, aku bersedia je nak jadi gajah

Pastu tersedar, tengok jam pukul 8 pagi.

Hah. Cepat cepat bangun. Aku nak cuba la call dengan harapan mesti tempat tu dah bukak.

So dengan perasaan berdebar debar aku pun call. Bukan macam dalam mimpi, kali ni suara lelaki yang angkat.

"Encik. Saya nak pegi Kuala Gandah ni. Boleh tak saya nak reserve pass kuning tu, anak saya nak naik gajah"
"Encik. Sekarang ni aktiviti bersama gajah semua dah tak ada. Kita cuma ada show gajah dengan bagi makan gajah je. Dah tak boleh naik gajah dah"

.
.
.
.
.
.
.
.

"Apa....................................?"

* herot herot kan muka tanda tak puas hati

Dah tak boleh naik gajah?

Dah tak boleh mandi mandikan gajah sesuka hati?

Abis tu?

Tetiba rasa nak marah membuak buak dengan pompuan receptionist dalam mimpi aku tu.

Dah la masuk mimpi aku 2 set ! Pastu beri harapan palsu pulak tu. Cait !

Hambik balik nombor rujukan kau ni. Hambik !!!!

Kesedihan di mata gajah gajah tak dapat jumpa gajah

Misi aku ke Kuala Gandah KIV dulu. Nanti pegi.

Bagi yang berminat, ni sedikit info.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398

Waktu Pejabat:

Hari - Masa
Isnin – Ahad 8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang

Cara nak pegi, ikut LPT then exit Lancang.

Better call dulu sebelum pegi sana !

11 comments:

  1. apsal ada parut kat muka gajah tu? ko dera dia ke Meng?

    ReplyDelete
  2. dah nama pun gajah. mesti la lasak. gaduh kat sekolah kot

    ReplyDelete
  3. Saya baru pergi 2 hari lepas. Masih boleh mandi, tapi kena bayar RM50 seorang dan tertakluk kepada samada pemandu gajah is around and water level sungai. Tak mandi pun takpe, just dapat bagi makan gajah secara dekat pun is worth the trip!

    ReplyDelete
  4. boleh kah?

    ini sudah bagus. akan ku re-terjah.

    buleh naik gajah bawak jalan keliling kota ke tak?

    ReplyDelete
  5. hahahaha hampeh tul sakit perut aku baca dgn penuh kusyuk malah ternganga2 tapi ko tak pegi?

    pfft!

    mode: kesian tgk gajah kena dera :(

    ReplyDelete
  6. ala bukan dera namanya..

    bermanja lara...

    nanti aku nak pi. ke kau pi dulu?

    ReplyDelete
  7. eh aku plak kena pi dulu, masuk utan ada pacat/lintah ni mmg tidekkkkkkkkkk sama skali. ko kasi rimau ke beruang ke, takpe, aku sanggup lagi berada dipelukan mereka...

    mode: merusuh. say NO to pacat! say NO to pacat!

    ReplyDelete
  8. of cossss! hate pacat! hate pacatttt!

    mode: naik moto beso berkuasa tinggi

    ReplyDelete
  9. gajah yang kau publish tu nama selendang. gajah tu diselamatkan di felda selendang. kaki di putus. "PUTUS" sebab perangkap pemburu liar. Parut tu sebab dia selalu tahan muka di di simen semasa rawatan.

    untuk pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih for sharing info... sihat lagi ke dia now?

      Delete