Pages

Tuesday, January 22, 2013

Lawatan Sambil Belajar : Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Kadang kadang kita ni suka sangat mengagung agungkan benda yang di luar, yang jauh, yang sebenarnya overated tanpa kita menyedari kita juga sebenarnya mempunyai sesuatu yang boleh di banggakan.

Ke tak? Mengaku cepat !

Baik la. Aku nak bercerita mengenai satu tempat ni yang aku rasa tempat yang best untuk di lawati. Tempat yang aku rasa world class punya standard dan tak malu malu la nak cakap much better dari tempat tempat lain. Di negara negara lain.

Tempat yang di maksudkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia.



Pernah dengar?

Pernah tahu?

Tak pernah ambik tau?

Tak tau?



Terletak di Taman Tasik Perdana, muzium indah ini mempunyai lebih daripada 7,000 artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Ia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998.  Lama dah tu, kenapa aku tak tau???

Yang menariknya bangunan muzium yang bernilai RM 100 juta ini dibina dan diuruskan oleh Yayasan Al-Bukhary, sebuah yayasan yang diterajui oleh jutawan Melayu Islam yang tidak asing lagi iaitu Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  

Aku actually dah sampai sini few times. Lalu, parking tapi tak masuk masuk sampai la bila plan nak gi bawak Hero jalan jalan hari tu, aku masukkan sekali tempat ni sebab nak tengok apa yang menarik di sini.


Lobby

Kadar bayaran masuk adalah RM12. Budak budak RM6. Selalu kalau ada MyKad dapat murah, tapi aku tanya pekerja tu dia kata harga sama je.

Tak pe. 

Kebetulan masa tu ada pameran Nation apa benda ntah di tingkat bawah. Masuk tapi tak de apa yang menarik sangat. Di bekalkan dengan museum guide, kami usha pameran di tingkat bawah pastu terus naik ke tingkat 3 di mana ruang pameran tersedia.


Pameran di tingkat bawah

Di tingkat 3, lepas keluar lif tu ada Galeri Senibina.

Aku suka ruangan ni. Di sini di pamerkan model model masjid di seluruh dunia dan bangunan yang mempunyai significan dengan ketamadunan Islam.

Moh usha.


Actually ada sign no kamera. Tapi aku tengok ada orang ambik siap berflash flash. Jadi aku pun ambik la jugak. 

Kalau kena marah jangan cakap aku tak warning !


Binaan yang di pamerkan kebanyakkannya mempunyai identiti budaya Islam. Contohnya masjid di Iran, China dan Timur Tengah serta Taj Mahal dan lain lain lagi.

Tengok gambar je lah.








Tak tau bila boleh jelajah ke semua masjid masjid ni. Jadi tengok je la model modelnya saja.

Menarik ke tak?

Ini mimbar masjid salah satu masjid di Shiraz, Iran

Galeri seterusnya adalah naskah naskah Al Quran dari awal ketamadunan dulu lagi. Ada yang di tulis dengan tangan. Dengan size yang berbeza beza.


Quran pelbagai size. Belah kanan bawah tu buku anatomi lama.

Ini adalah kain penutup pintu kaabah.

Pastu ada Galeri China yang memaparkan kesenian Islam dalam bentuk bentuk peralatan yang di gunapakai sejak dahulu kala lagi.

Memang banyak hasil seni orang Islam yang di pamerkan di sini terutamanya yang berasal dari Asia Tenggara.

Eh. Bosan tak aku tulis cam ni?

Hahahaa


Oh ada satu remodelleing bilik Uthmaniyyah yang boleh di usha. Menarik jugak untuk tengok ciri ciri binaannya. Tapi tak boleh masuk ke dalam.

Bangunan Muzium Kesenian Islam ini direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam. Ciri-cirinya yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. 

Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.

4 kubah utama

Kubah ke lima dari arah dalam bangunan

OK. 

Tak leh tulis secara Ilmiyah sangat, aku pun naik bosan.

Kat sini ada Restoran dan kedai cenderahati. Usha jugak restoran tu tapi macam tak berapa menarik nak makan. Mahal jugak la. Tapi macam ramai orang. Agaknya sedap kot. Dan ada kedai cenderamata jugak. Boleh usha keliling tengok apa yang menarik boleh di beli.

Ada FM tapi tak berapa menarik. 

Ruang legar bersebelahan restoran

Kedai cenderamata


Apa aku nak bagitau, tempat ni worth to visit walaupun tak berapa minat arts dan seni seni macam aku ni. 

You will get the feel nanti.

Agak malang sebab tengok kurang orang Malaysia sendiri yang datang. Kebanyakkanya Mat Salleh yang ada. See how dia orang menghargai benda benda macam ni. Kita?

Ruang pameran yang luas dan besar, kalau masuk memang boleh feeling feeling berada di Muzium Muzium hebat di luar negara.

Pegi lah. Serious tak rugi.

Tutup lewat dalam pukul 6 petang. Sebelah Masjid Negara tu je. 

Dah. Malas aku nak berilmiah sangat. 

Aku suka. OR pun suka. Hero? Dia takut !

Sebab, ada pisau semua senjata kat sini dan aku bagitau dia, kalau dia berkhatan dulu dulu kala orang pakai pisau pisau macam tu je.

Hiks.

15 comments:

  1. aku suka tgk model architecture...maklum la nak jadi arkitek dulu2 tapi tak brapa nak pandai matematik hahaha!

    ReplyDelete
  2. sama la kita

    tapi aku tak reti melukih. lukis org lidi je pandai

    ReplyDelete
  3. meng,

    thanks menambahkan ilmu lagi dalam kepala otaks aku ni..byk lg tmpt xexplore kt KL ni, sibuk jer pg luar..alasannya, aku xsuke keadaan yg jam dlm kl..

    so skrg GPS dh ade, haruslah kene pg tmpt2 mcm ni..

    aku dulu amek subjek LK & TK fail..xreti melukis...cehhh...

    ReplyDelete
  4. Oiii...gi lawatan sambil belajar x ajak aku...hehe

    ReplyDelete
  5. DAT : kau pegi time orang cuti.. check dulu mungkin bukak kot...

    weeekend tak jem mana.

    HB : kau lambat bayar. rombongan tinggal

    ReplyDelete
  6. salam , saya mintak izin nak copy gambar di atas ya . untuk assignment tentang islamic art museum . harap bagi ya =) ASSalamualaikum

    ReplyDelete
  7. SR : Di persilakan.... no hal. Waalaikumusaalam

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing. x tau pun ttg muzium nie, nampak sgt mcm dok dlm gua ala ala zaman paleolitik...one sweet day nak bw anak murid p muzium nie...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, boleh tak saya copy gmbr2 utk presentation saya? :)

    ReplyDelete
  10. Berapa bayaran untuk lawatan bagi student..sbb dia kata bayaran rm7 kalau ade id student jer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak pasti.

      better check official website

      https://www.iamm.org.my/

      Delete