Pages

Wednesday, January 16, 2013

Lawatan Sambil Belajar : Kuala Lumpur

Masa cuti sekolah hari tu, selain daripada jalan jalan tanpa pedoman aku dah plan nak bawak Hero pegi melawat ke tempat tempat yang berbentuk agak educational.

Saja la nak memberi dia pendedahan dan pengetahuan tentang banyak benda. Pada dia duduk rumah asyik tengok TV dan main game jer.

At least tak de la dia fikir, kalau jalan tu mesti pegi mall pastu pegi kedai game, atau pegi hotel pastu ada kolam renang, kalau bercuti mesti pegi tempat tempat yang tak ramai orang.

Tidak begitu.

Sebagai orang yang sama kuat berjalan dan kadang kadang aku yang lagi over nak pegi sesuatu tempat tu daripada dia, jadi aku memang rancang baik punya. Dan aku usulkan pada OR pada satu hari yang indah hari tu dan OR pun bersetuju.

Dengan syarat !

Kena pegi Jalan TAR dulu sebab dia nak beli telekung nak bagi hadiah kat orang !

OK. Perkara enteng.

Gigih la aku siap siap pagi hari keluar rumah. Selalu kalau merayau mana mana mesti lepas lunch.

Berikut adalah highlight tempat tempat yang kami pilih sempena lawatan sambil belajar ini. Sebenarnya tak de sebab pun, suka suka hati je pegi tempat tempat ni. Barang di ingat, kebanyakkan tempat tempat ni ada time time dia, so kalau lewat takut tak sempat tu yang kami gigih keluar pagi hari. Pagi tak pagi pun pukul 10 jugak ler.

Pegi KL dulu dan kami park kat belakang KWSP tu, then aku pegi bank kejap.


"Pubic Bank"

Pubic laaaaaaaaaaa.

"Bukan Pubic la. Public"
"Oooo. Hero nampak macam pubic"

Lagi haru kalau dia tau apa itu maksud pubic.

Dah lama tak naik Menara KL

Buah delima orang jual tepi jalan. Aku tanya OR nak tak, dia kata tak nak. Maksudnya belum berisi lagi lah tu. Hahaha   

Jalan TAR. Tak de la awal pagi beno

OR pegi Jalan TAR cari barang. Kami pegi makan Nasi Beryani Insaf !

Sapa suka bende?

Ayam madu dia mabeles

Mangga dia sedap

Menunggu. Sempat beli majalah Boboiboy kat kedai runcit sebelah.

Oh ini dalam kedai. Kebosanan menunggu peserta dari pulang membeli tudung

Suasana di Jalan TAR

Macam biasa lepas makan kat Insaf ni mesti keinsafan tak nak datang dah lepas ni. Mahal !

OK.

Destinasi lawatan sambil belajar yang pertama telah terpilih adalah.......

Planetarium Negara !

* tepuk

Pernah sampai? Aku tak pernah. Sedih tak? Dah lama aku teringin nak datang sini, dah berkali usha tapi tak sampai sampai. Akhirnya kali ni, aku pastikan jaya !

Dan kami berjaya. Terima kasih Biqque yang buat entry pasal Planetarium ni dulu. 

Layan gambar je dulu, nanti aku rajin, aku buat entry lain pasal tempat tempat ni semua.

* garu garu dagu 












Apa yang penting, Hero aku seronok betul dekat Planetarium ni. Papa dia pun boleh tahan.

Abis jalan jalan pusing pusing Planetarium dari tengahari sampai ke petang jugak lah seterusnya kami ke destinasi ke dua lawatan sambil belajar ini.

Mana?

Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.

Pernah sampai?

Aku dah banyak kali usha tempat ni tapi tak berkesempatan nak masuk. Kali ni memang nekad nak masuk.

Layan gambar dulu.








Apa yang aku nak cakap, tempat ni adalah a must visit !

OR suka tempat ni. Aku pun suka. Hero? Macam buat tak layan jer dengan tempat ni. So lawatan sambil belajar untuk sapa sebenarnya ni ek?? Hahaha

Dah lepas tu, kami ke destinasi seterusnya. Lebih pada nature. Ke mana?

Sekali lagi Tuan Tuan dan Puan Puan. Taman Rama Rama Kuala Lumpur.

* muntah tepi longkang.





OR la nak pegi sangat. 

Tapi, rama rama memang tak berapa nak ada. Yang ada pun terbang tinggi tinggi sapai cucur atap. Tak menarik mana. 

Pahtu petang nya kami singgah di Taman Tasik Perdana untuk acara main main buai.

Hero yang main buai, aku dengan OR duduk tepi dan makan burger. Hahahaha



So penamat untuk sesi lawatan sambil belajar ini, kami pegi tengok wayang. Cerita nya. Jack Reacher. Sebenarnya nak tengok citer lain, tapi timing tak kena. So tengok je la cerita ni sebab Tom Cruise berlakon.

Rupanya cerita ala ala Tom Tombak makyung dedeh. Pecah sebijik pecah semua.


"Patut bagi tajuk cerita tu, Ismail Gambus je"

Hahaha. OR tak puas hati sebab cerita tak berapa menarik bagi dia. 

Typical cerita agent agent. OR tak suka. Aku layankan je. Biasa biasa je. 

Jadi, begitulah lawatan sambil belajar sempena cuti sekolah yang lalu ke sekitar Kuala Lumpur.

Balik rumah semua pengsan, kepenatan.

13 comments:

  1. ko punya mabeles sampei begegor gambor ayam!

    cantiknyeeee gambo2.

    ReplyDelete
  2. hahah siol je.

    tu sebab x sabar nak ngapppp

    ReplyDelete
  3. walaupun KL tapi yang penting kita enjoy!!!
    saya? ke banting aje
    haha...

    ReplyDelete
  4. tq buat entry raja lumu tu. nanti aku nak gi usha situ

    ReplyDelete
  5. dah lama aku x tgk wayang....apa rasa ekk tgk wayang?? hehehe..

    papa papa..jom tgk wayang citer bluee..

    *larikkkkk...

    ReplyDelete
  6. pubic bank ye.... hahaha...
    LFLS.. LOL

    ReplyDelete
  7. Beriani Insaf tu pernah skali je mkn, dh tgk gambar ko nih, mcm nk pi mkn je minggu ni hahahaha..

    Aku dh sampai planetarium tu, tp muzium kesenian islam tu blum lagi..hehehe

    ReplyDelete
  8. ala aku tak pi plak muzium kesenian islam tu, patut pi la bebila...aku teringin pi galeri yg ada i love kl tu.

    uih insaf tu mmg aku dah lama insaf...hahaha! tapi kalo lalu, teringin gak la...

    so antara bird park dgn taman rama2, best lagi la bird park kan? aku rasa la...ko tak penah bawak hero main layang2 beso kat tepi jalan tu?

    ala cite ismail gambus keeeee? baru je nak donlod. hmmm. takpe, aku sarankan ko tgk cite tamil, ada dua:

    1) nanban - lawak
    2) thupakki - intelligent

    sumpah best dua2 cite ni. tak tipu.

    ReplyDelete
  9. Listen !

    Listen !

    Listen !

    oi HB kau dah kenapa ajak aku tengok porn?

    errr.. banyak ke citer porn kau ada?

    JG : apa benda LFLS tu?

    CNa & Bq : korang kena pegi muzium tu. muzium I LOVE Tu hat mana?

    Bird park better. Layang layang kat kepong tu ke???

    Teringin gak nak pi tapi parking payah situ.

    citer tamil?

    NO NO NO

    ReplyDelete
  10. yg ada i love kl tu galeri apetah kat kl. aku dok tgk org pi, cam best jer.

    aah, kepong, dlm tu kan ke ada parking? tapi kena menapak la hahaha!

    ReplyDelete
  11. itu KL city gallery tu kah??

    nanti aku nak pi jenguk.

    tasik kepong tu jem..

    ReplyDelete
  12. jangan bunuh anak anda dengan merokok.

    ReplyDelete