Pages

Monday, January 14, 2013

Jalan Jalan Tanpa Tujuan : Setia City Mall

Korang tahu kewujudan Setia City Mall ni?

Aku pernah dengar tapi tak pernah nak gi riki. Hahahahaha. Eh, apsal aku gelak?

Adalah hari tu aku ada urusan di Shah Alam, pastu nak gi berkeliaran tanpa pedoman. Hari pulak nak hujan so terdetik hati nak gi mall. On the way nak gi Pyramid teringat pulak pasal Setia City Mall so nak usha apa ada di sana. Siap patah balik ke Shah Alam.

Setia City Mall ni terletak di Setia Eco Park. Salah satu kawasan baru yang di buka di belah belah belakang Bukit Cerakah sana nuh. Kalau ikut NKVE terus ke Klang, akan nampak sign dia sebelum exit Bukit Raja.

Jadi hari yang tak berapa indah sebab pun cuaca agak gundah tu, kami pun berpeleseran anak beranak.

Meh nak usha apa ada kat sini.


Tak susah nak jumpa mall ni, ikut je signboard ada tulis. Kang nampak sebijik bangunan tengah tengah padang ada sign besar besar.

Maka, dah sampai.

Apa lagi? Parking lah.


Masa pegi tu memang tak de plan nak cari apa. Ingat nak gi makan je lah. Tapi bila tengok tengok macam banyak kedai menarik jugak di sini.

Aku dah lama nak cari belt sebenarnya. So kebetulan kat sini ada Zara, H&M. Apa lagas. Terus usha kat H&M. Tapi tak jumpa yang menarik. Macam tak percaya je Zara dengan H&M bukak kat tempat jin bertendang macam ni.

Ada Uniqlo jugak !

Jangan pengsan. Aku ni tua tua pun tetap nak ber trendy. Hahaha.

Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk Hero. 

Oh ya, Parkson pun ada. Boleh cari perfume. Perfume dah kehabisan. Rasa diri sendiri kebusukan. Sempat sambar perfume jugak.


Best. Bau dia memang tiada maaf bagimu.  

Actually, masuk Uniqlo tu aku nak cari baju untuk Hero. Aku suka tengok baju baju Uniqlo untuk budak budak ni. Nampak cute cute je. So tarik dia pastu kasik dia fitting sampai lebam.

Lagi satu, dia tengok aku pakai short pant kotak kotak, dia pun mahu. Selagi tak beli, dia belasah pakai boxer aku yang macam kotak kotak. Buruk pulak aku tengok, so kena cari kan seluar untuk dia.

Model uniqlo dengan baju gedoboh. Lain aku suruh try, lain yang dia fitting

Dan aku jumpa belt yang aku berkenan kat sini. Beli je la terus.  See? Trendy gak la aku kot sebab pakai barang Uniqlo. Hahahaha.

Kat sini jugak ada bowling !

Tanya OR dia kata OK jugak nak main. Hero pun nak main. Beriya iya. So kami pun main bowling.


OK la tempat ni. 

Banyak benda boleh di buat.

Usha kiri kanan. Ramai jugak orang main bowling.



Seperti biasa, Papa mempamerkan persembahan yang mantap lalu mengalahkan pihak lawan.

Mana tak kalah, baling pun tak reti. Asyik masuk longkang.

Gaya dan aksi yang tak menjadi

Pastu dia kalah dia bengang.

Last sekali dia suruh aku baling dia punya, nak bagi banyak point nak kalahkan ibu dia.

Abis main bowling, lepak lepak kat luar jap sebelum ke surau. Usha pemandangan dari luar. Nampak macam ramai orang di kawasan ni dan ada air pancut jugak.

Agak OK lah.




Dan ini pulak di bahagian dalam.

Usha garing.



Since ada GSC jugak di sini, maka kami pun sepakat membawa berkat. Tengok wayang !

Pastu layan cerita Hobbit. Dah lama aku nak usha cerita ni.

Hero pun beriya nak tengok wayang. Pastu masuk wayang je lapar. Makan hotdog sampai abis.


Dah kenyang, sedar sedar dah terlentok.

Aku layan dengan OR movie ni. OK. Not bad cerita dia. Aku suka.  Cuma biasalah, awal awal tu bosan sampai aku sempat keluar gi beli hot dog.

Tapi masa tengok tu nak terkencing, aku lari keluar sekejap gi tandas. Masuk balik...............


Habis !

Tamat. Pundek betul.

Tak sempat tengok part naga bukak mata tu. Ingat macam lama lagi nak abis.

"Papa dah abis ke cerita tu?"
"Dah lah"
"Ala... Hero tak sempat tengok pun. Hero tak nak tido tapi Hero sedar sedar Hero dah tido"

Argh ! Drama lebih.

Abis wayang tu ingat nak makan tapi semua kedai dah tutup. 

Anyway, kalau mencari alternatif shopping yang menarik, ini la tempatnya. Tapi macam out of nowhere sikit. Yang bestnya, of chosss tak jem.

So sesapa nak pegi usha. Sila ke Setia City Mall sanah.

* begitu aku promo.

18 comments:

  1. Ehem2 best kan sini. Mmg sini tempat iols berkuntum skrg. Sbb brg yg nak semua ada satu floor. Hahahaha. Dekat ngn umah plak tuu. Yuhhuuu.

    Tp true, mmg tmpat jin bertendang hahaha. Jumaat haritu iols pi pastu byk2 kali kat speaker ada org ckp jgn panik jgn kosongkan bgnan semua.

    So i randomly asked people kat sana, ape benda kah ini semua. Pastu dorg ckp td ade bunyi locng kebakaran hahahaham hayoo. Motip sgt la.

    ReplyDelete
  2. aku baru gi smlm...igt nak pekena durian crepe kat sweet chat cafe tp nan hadooo... hehehe

    ReplyDelete
  3. oooohhh FJ dok dekat2 yekk...patut la nampak hantar kete kat bukit raja hehehe

    ReplyDelete
  4. hobbit best! rugi ko tak tgk naga bukak mataaaaaaaa hahahaha!

    wah sonok hero papa bawak jalan2.

    best je jadi anak papa. papa tanak anak pompuan ke? *tunjuk diri sendri*

    ReplyDelete
  5. Salah org kot hb. Hihi. Hantr kreta kat bukit raja kat ne?

    ReplyDelete
  6. ehh bukan ekk?? hehehe..igt FJ yg hantar kete gi service...thn lepas..

    ReplyDelete

  7. * pandang HB dengan FJ'

    eh.. yang tunjuk tunjuk diri sendiri tu nama siapa??

    * sambung pandang FJ dan HB

    ReplyDelete
  8. Salah org kot tuh. Huhu. Bukit raja kat service centre manaa. Hayo. Hahaha selalu ayah yg p anta. Anak dia malas sket.

    ReplyDelete
  9. Tak percaya ada H&M, Zara dan Uniqlo di sini! harus kena terjah.. aku rasa hero tu try jaket bulu2 sb nk suh ko bawak dia pegi men salji la tu..mlm ni kan ada sale AA, haa apa lagi? sopink tiket laaaa heheheh

    ReplyDelete
  10. sapa sesumpah? yang tunjuk tunjuk diri sendiri tu ke??? bukan kelip kelip ke tu???

    CNa : tak mao shopping. insap

    ReplyDelete
  11. insap la sgt...tetiba kuar post kat sini...misi mencari anna kournikova plakkkkk hahaha!

    ReplyDelete
  12. Abg Superman pun terjebak dengan Uniqlo yek? Muda 10 tahun la nampaknyee.. ^^

    ReplyDelete
  13. Salam, saya kerap juga ke setia city mall ni. Memang happening. Jom lah singgah ke blog saya www.idawidyani.com

    ReplyDelete