Pages

Friday, January 18, 2013

Jalan Jalan Cari Makan : Seafood Di Kuala Selangor

Jom gi makan lagi.

Macam biasa, hantu seafood suka makan seafood. Jangan sampai ke gout sudah.

Destinasi nak pegi makan? 

Kuala Selangor.

"Kuala Selangor?"

OR tanya.

"Haah"
"Jeram? Aroma lagi?"
"Bukan. Ada satu tempat. Dekat Pasir Penambang"
"Sedap ke?"
"Tak cuba mana nak tau. Dulu kita dah pegi tapi tak jadi masuk"|
"Kenapa?"
"Sebab ada tulisan Cina"

Dia diam.

"Halal ke?"

Diam. Tak mahu jawab.

"Halal tak Yang?"
"Pork free"

OK. Aku malas komen part tu. Sama macam makan di Fatty Crab atau di Chillis, atau dia mana mana resto pun. Aku ada baca, menunya halal cuma memang ada jual alcohol.

You decide !

And we decided to go to Kuala Selangor.

Lagi????

* pitam

Mendung tak beerti hujan. Ikut Latar

Bayar tol

Sebab masih awal lagi, then kita orang decide nak ke Tanjung Karang.

Nak buat apa? Nak selesaikan 3 misi yang gagal tempoh hari.

1. Beli mangga tepi jalan.
2. Cari Mentarang.
3. Tengok sawah padi Nur Kasih.

1 dengan 2 tak jumpa sebab jauh ke belah atas Sekinchan lagi. Jadi kami singgah di Sekinchan dengan harapan nak cari pokok dalam cerita Nur Kasih.

Siap google.  Semua blog claim Nur Kasih shooting kat kampung masing masing, tapi tengok gambar macam tak sama pun.

Rumah dia di Kampung Gulang Gulang. Jumpa kampung ni, tapi tak singgah.

Lokasi lain, di Sungai Burung, Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang, Sawah Padi Haji Dorani dan Kampung Sungai Limau.

Kami cuma sempat ke Kampung Sungai Burung sekali lagi.

Singgah.

Haram tak jumpa pokok tu.

"Ntah ntah dalam studio je kot Yang?"

Aku cakap dengan OR.

"Takkan la"





Gigih ni tak de keje dan buang masa.

Siap usha youtube.

"Haa. Nampak ni ada pencawang letrik"
"Tu sana tu pencawang letrik. Tapi pokok ni kat mana?"
"Ntah ntah dah kena tebang"

Macam macam spekulasi. Siap tengok bumbung rumah la apa lah.

Kesimpulannya. Misi tetap gagal lagi.

* sigh

Abaikan jari jari yang mongel

Boleh tak sapa sapa bagitau kat mana pokok ni berada? Exact lokasi !! 

Selagi tak dapat selagi tu aku tak puas hati !

Tapi cuba tengok gambar ni?


Ha.. Macam nak sama je eh pokok dia?

Hahahah. Tapi ni bukan kat Sekinchan dah. Dah nak maghrib tu kami pun blah, balik semula ke Kuala Selangor dan singgah di Pasir Penambang.

Ni tujuan utama hari ni. Makan di River View Restaurant.


Layan view dulu. Agak menarik.

Ni restaurant nya

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Oh, boleh pegi tengok kelip kelip juga dari sini. 

Keadaan dalam restaurant

Kami sampai lepas maghrib tu tak berapa ramai orang lagi. So boleh dapat seat terus.

Macam macam orang ada. Arab. Melayu. Cina. India.

Apa lagi, order la untuk santapan perut yang kelaparan.

Menu


Kami order Telur Dadar, Nasik Goreng Cina untuk Hero, Lain lain Nasi Putih. Baby Kailan, atas tu Bawang Putih dengan Cili Burung. 

Air. Fresh Orange Asam Boi, Tembikai dengan Apple Juice.

Dan ini menu menu utama yang kami order.

Ayam Sweet Sour sebab Hero tak berapa suka seafood. Recommended : 9/10

Milk Crab. Recommended 10/10

Sotong Goreng Tepung. Agak liat sikit tapi tasty. 8/10

Butter Prawn. Recommended. 9/10

Overall?

Soooooooooooooooooooooooooo sedap ! 2 thumbs up.

Bak kata OR.

"Sedap Yang. Abis kalah semua kedai seafood yang kita pernah pegi sebelum ni"

So, Aroma, Jeram, Bagan Lalang. Bye bye ! We found the best seafood in town. Eh. Kat Kuala Selangor. Jauh skit lah.

Cemana nak pegi? 

Sampai pekan Kuala Selangor, Ada jambatan. Lepas cross jambatan tu ada tulis Pasir Penambang. Masuk je belah kiri tu then nampak la kedai kedai kat area tu. Kawasan tu macam kawasan perkampungan Cina sikit.

Kalau jumpa Ong Kau Ba Kut Teh ni kira dah dekat la ni. Dah nak ada Ong lah tu.


Harga?

Hmm untuk semua tu, RM136. Kira OK considering ketam tu saja RM52. Tapi ketam tu memang gemuk dan memang tasty.

Kami makan sampai abis. Tinggal tukul tu je dalam pinggan. 

Recommended ! Menunggu pun tak de lama mana.

Sila pegi serang !!!

Puas hati walaupun tak dapat mentarang dan tengok sawah padi Nur Kasih.

46 comments:

  1. KAU memang ONG la Meng kali ni...

    tp bab cili tu ada ke nama cili burung? bukan cili potong? konpiusss..

    *listen 11x let me speak.. \0/

    ReplyDelete
  2. listen ! listen ! listen !

    let me speak pulak.

    * mati la...

    orang Italy panggil tu cili burung... kau tak tau ke burung pun bermasalah sebab tak de cili di namakan dengan nama mereka?

    * pengsan

    ReplyDelete
  3. ong bak kut teh tu tak try skali ke? cambest jek..

    ReplyDelete
  4. fatty crab sedap wehhhhh! so kalah ke fatty crab dgn river view crab???

    listen! skang ketam pun ada masalah.

    ReplyDelete
  5. I dh siap benti lagi kt situ dulu masa nk g aroma..tgk2 cina je yg makan...so boleh makan yer dlm restoran tu...?? Takut gak xhalal :)

    ReplyDelete
  6. fatty crab pun ok jugak.. tapi kalau nak panorama yang lebih jelita, then pegi river view la.

    AA : ada je melayu ramai makan situ. tak berani nak cakap halal ke tak tapi pork free la.

    ReplyDelete
  7. lokasi nurkasih tu..yang tiang pencawang letrik tu kat ban kennal tanjong karang.Masuk jalan kilang padi tg karang terus je..Dekat kawasan hutan dan sungai tengi..cuba google.Lokasi rumah tu di jalan mayangsari kg sg gulang2.Dah try makan eksotik di parit 7, sg leman, sekinchan..Boleh makan daging kijang, ikan sungai..

    ReplyDelete
  8. sebelum g google map dulu ye..karang sesat kat ban kennal tu..

    ReplyDelete
  9. ban kennal tu kat mana? kilang padi tu yang sungai burung tu then terus je masuk ke dlm. gitu ke?

    ReplyDelete
  10. oppss. sorry salah taip..jalan mayang rotan not jalan mayangsari. jalan ni kat tepi sawah, jalan nak ke kilang padi bernas seri tiram jaya. Ban kennal ni memang tak ada dalam google. terletak di pekan tanjong karang. depan hospital tanjong karang, ada traffic light, masuk kanan, lepas tu jumpa simpang tiga, masuk kanan, jln tu jalan kilang padi..terus je jangan belok2 sampai la sawah.akan jumpa kedai minum tepi sawah tu, kat situ la lokasi nora danish jual nasik lemak kat drama tentang dia.kalau sandara terus jalan tu akan sampai ke tepi hutan.kat situlah pencawang-pencawang elektrik yang saudara cari.ban kennal ni dikenali juga kunci air..kalau cari kat google, taip kg sg tengi kanan..search jalan kilang padi.pertanyaan lanjut emel me maslinahamzah@gmail.com

    ReplyDelete
  11. mak ai.. details gile

    bukan nak cari pencawang letrik ler. nak cari pokok sebatang tgh2 sawah tu

    ReplyDelete
  12. anyway thenfks..

    nanti la aku pi cari bebila ada masa

    ReplyDelete
  13. hahaha..pokok tu.pokok sebatang gak yg dicarinya...ai tak sempat nak carik daa..

    ReplyDelete
  14. mmm....mmg dh byk produksi msk kg i

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... Yang kedai ni dia start buka pukul berapa? Teringin nak pergi celebrate birthday...

    ReplyDelete
  16. FAH : Waaaliakumusallam

    rasanya pukul 4 ke atas dah bukak....

    ReplyDelete
  17. Otw ke sana ni... Sekarang baru keluar Latar... :)

    ReplyDelete
  18. Memang sedaplah, dah balik ke rumah... Tapi masih terbau2 crab milk dkt tgn... Tapi tadi order Nestum Shrimp tu agak muak bila makan banyak... Nanti pergi lg nk try sweet & sour tu.
    Suggestion saya, elok dtg awal2, pukul 5PM mcm tu. Sebab kalau lambat org dah mula crowded (7PM above) and botol alcohol banyak atas meja.. So, nanti takut jadi agak tak selesa sikit... ;)

    ReplyDelete
  19. FAH : .. congrats jumpa dgn jaya nya....

    and tahniah jugak dpt merasai kesedapatan milk crab yang inzal itu.

    inzal tak??

    hehehe..

    baru baru ni pun aku ada revisit. cuma belum tulis entry je lagik.

    ReplyDelete
  20. Hehe, mmg inzal... ;)

    Semalam sy pergi lg. Tp smpi pukul 10:35PM. Tutup! Tak pasti sama ada dah tutup @ that time or mmg x buka on monday... Last2 pergi Jeram, tp aroma pun tutup... Lepas tu mkn lah dekat kedai tepi aroma tu... Rasa standard2 biasa je... Tak berbaloi rasanya... Huhu... Btw, thanks utk info tempat ni... Memang berbaloi2 walaupun jauh... :)

    ReplyDelete
  21. FAH : bagus la..

    seafood belah belah jeram tu... menunggu nya boleh ilang mood makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pergi visit riverview tak recently SM? Last February pergi RM90 dah harganya... hahaha... mahal amat.. (masa 2013-14 harga dalam RM50-60 mcm tu)... Fatty Crab now dah RM95... tapi RV tastenya mmg masih inzal mcm dulu, menjilat pinggan... Saturday ni birthday GF, tengah memilih between FC or RV...

      Delete
    2. dah lama tak pegi ke sana.. tercari cari gak port ketam ketam mutasi yg best best dekat dekat je.. malas nak travel jejauh..

      kalau ada port baru rekomen lah

      Delete
  22. Looks great! Tringin tapi waswas.. Pork free tapi ayam2 tu semua sembelih halal tak? Masakan tu ade mix alcohol x? If everything clear nak serangggggg

    ReplyDelete
  23. Insya Allah OK. Kalau was was.. tak payah pegi la

    ReplyDelete
  24. pork free tak semestinya halal. sos, wine, kicap, perasa yang di gunakan adakah halal. jangan tengok orang bedal kita pun bedal. haram tetap haram. jangan suapkan makanan haram ke dalam mulut ahli keluarga kita. banyak lagi tempat yang sempurna halalnya boleh di kunjungi....

    ReplyDelete
  25. milk crab ni memang terbaik. lain kali pergi lagi kene order roti sekali. roti die special. buat sendiri. cicah dengan kuah milk crab ni mau meletup.. must try!

    ReplyDelete
  26. Tengok gambar nampak sedap.. nk pegi, x berani..huhu

    ReplyDelete
  27. US : kalau was was tak usah la pegi. banyak lagi kedai lain boleh di cuba....

    ReplyDelete
  28. Salam. Restoran chinese muslim mohd chan kat2 tesco tu pun sedap juga, yakin halal.... Cuma beberapa minutes away from rest river view ni. Peace... No war

    ReplyDelete
  29. SU : yakin boleh. insya allah nanti cuba.

    ReplyDelete
  30. Makan makanan yg diragui boleh menyebabkan hati jadi gelap. Malas beribadah dan susah dapat hidayah...

    ReplyDelete
  31. aduiyai sedapnye nampak makanan tu.. jauh la plak nk g terai.. sy pon peminat nur kasih.. hehe.. by the way cantik gambar2..
    http://momofprecious.blogspot.com/2015/07/restoran-seafood-best-yang-wajib-di.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde kalau ada masa atau terlajak ke sana buleh la pegi usha. setakat nak makan skrg ni pun area kl dah berlambak yang sedap juga

      Delete
  32. Mnta maaf lh nk ckp sikit... org luar je yg ramai dtg. Kami skitar sini tk pi... kalo rasa2 cuak tk usahlh pi... byk lg kedai Islam lain yg kita leh pi. Jgn fikirkn sdp je tanpa mmikirkn impak mknn yg jd darah daging kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole suggest restoran seafood muslim dan halal? igt minggu depan nak pi Kuala Selangor.. terimakaseh

      Delete
  33. Confident ke kuali periuk dia bersih? Cina kalu masak, bahan campuran arak mmg kbiasaan dlm masakan...nk tawakal skalipun, kaji dlu...ini tidak...redah jer...pastu tawakal...jgn lar oiii, kalu xjelas...

    ReplyDelete