Pages

Monday, December 31, 2012

South Korea : Korean Drama Filming Locations

Chop !

Aku bukan peminat drama drama Korea ni.

* mati la tak nak mengaku.

Tapi kesempatan berkunjung ke Korea Selatan pastinya tak akan termiss dengan locations locations yang pernah menjadi tapak penggambaran drama Korea yang popular ini.

Ayuh kita terjah serba sedikit lokasi lokasi di merata Korea Selatan.

BTW. Aku pernah tengok cerita Jewel In The Palace sahaja.

* menyorok belakang tiang

1. Oedolge - Jewel In The Palace (Daejanggeum) 

Dalam episod 30 dan 31, Jang-geum berdiri seorang diri di curam tepi laut sewaktu meratapi kematian mentor beliau.

Pada lagu tema drama ini, beliau berdiri berlatar belakangkan Oedolge.

Oedolgae adalah salah satu tempat pelancongan yang paling dikunjungi di Pulau Jeju.






2. Jeju Folk Village - Jewel In The Palace

Banyak adegan di mana Jang-geum belajar perubatan untuk kerajaan tempatan Jeju dari episod 27 hingga 32 telah difilemkan di Folk Village.  





3. Seopjikoji - All In

Seopjikoji merupakan tempat yang menakjubkan di tepi pantai dengan laluan berbukit menuju ke rumah api. 

Sangat cantik, dan percuma.  

Lokasi penggambaran Series All In. ( aku tak pernah tengok dan tak pernah tahu)






4. Nami Island - Winter Sonata

Sebuah pulau di luar pesisir Seoul.

Pernah menjadi lokasi utama drama Winter Sonata kerana keindahan dan suasananya yang romantis.

Sekarang, tempat ni dah jadi tumpuan pelancong hanya kerana penangan Winter Sonata.

Aku tak tengok cerita ni. Tak tau tapi tempat ni sangat lawa.












5. Sokcho & Abai Village - Autumn In My Heart.

Abai Village. A small village di bahagian pantai Timur Korea Selatan. Located just off the main street, a hand drawn (called Gaetbae and only 200 Won) ferry will take you across the river to this charming village. You can even pull the boat across as a kind of "exercise."

There isn't much to see in the village itself, but it served as scenery for the TV drama "Autumn in My Heart"

Pelakon wanita drama ini turut membuka sebuah kedai makan di Abai Village ini.







6. YongPyong Ski Resort - Winter Sonata

Satu lagi lokasi penggambaran Winter Sonata iaitu di YongPyong Ski Resort.

Masih ada cafe ; Cheoeum di hadapan Dragon Valley Hotel yang menyimpan props dan accessories penggambaran drama yang popular dari Korea ni.







7. Babe 

Jangan tak percaya. . The ultimate yang aku jumpa, bukan lokasi tapi pelakonnya sendiri !!!

Cerita paling popular 'Babe'. 

Tak pernah tengok? Ala. Mesti pernah kan??

Kan?

Kan?

Dan ini lah pelakon dia. Dipersilakan masuk....................

'Kamsahamida'

Oink. Oink. Oink.

Banyak lagi tempat tempat lain yang pernah menjadi lokasi drama drama Korea ni dan tempat tempat ni dah menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang melawat ke negara ini.

9 comments:

  1. Best ke cerita babe tu?

    Haha.

    All in tu cerita dia sgt sgt bestttt!!!!!!

    Tapi jenuh nak habiskan.. 24 episode kot. Ke lebih. Entahla lupaa...

    Autumn In My Heart sampai la ni tak katam2.. sebab terlalu tragis. Hahahaa tak sanggup nak ngabiskan.

    And Jewel in the palace?? Cerita zaman2 lama ni memang tak berapa nak tengok. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Tetibe rasa nk repeat cite winter sonata..

    * alamak baru sedar vcd dolu2 hilang sudehh!!..sobs

    ReplyDelete
  3. comel siot 'babe' tu...ko x bergambar ngan pelakon 'bab'e tu ke Meng?

    kalau ko bergambar ngan 'babe' tu ,sure org lain jeles sbb x dpt bergambar ngan 'babe' tu...

    ReplyDelete
  4. HB : Tak boleh. Tak sekufu..

    hahahaha

    FJ : citer Jewel in the palace tu best lor... tak caya tanya AJ. dia layan sedu sedan..

    hiks

    ReplyDelete
  5. aku nak gi Ulsan...lokasi drama May Queen.. hehehe

    ReplyDelete
  6. haha choii..x tau der..habib jewel iol tau!

    ReplyDelete
  7. jenuh kena samak screen laptop!

    suke suke suke cite babe, bleh?

    ReplyDelete
  8. HB : kau jangan k pop sgt boleh tak..

    aku geli..

    hahahah


    AJ : hahahaha


    Biq : samak mata la...


    HG : haaa bila kat malaysia. masuk library bijak membaca lagi.

    pun orang bunuh..

    kalau bijak sgt dah tak comey la kot. ahaks

    ReplyDelete