Pages

Sunday, December 23, 2012

South Korea : Highlight YongPyong Ski Resort

Gambar gambar ini yang di tangkap di Yong Pyong Ski Resort Korea Selatan.

Gigih naik bas turun bas tanya orang sini sana sampai nak kencing pun tak sempat. Pegi kencing je terus bas tinggal. Betul betul macam masuk Explorace aku time ni sebab nak kejar masa. Maklum la cubaan membuat keje gila dari Seoul ke Mt Sorak dan YongPyong pastu balik ke Seoul dalam masa satu hari. 

Yongpyong adalah Mecca Asia untuk sukan musim sejuk. "Yongpyong" sangat sinonim dengan sejarah ski Korea, dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pusat peranginan ski yang dilengkapi sepenuhnya dengan perkakasan snow ski terkini. Ia telah membina reputasi untuk kecemerlangan di kalangan pemain ski dan pelancong di seluruh dunia, setelah berjaya menganjurkan Ski Pertandingan Piala Dunia pada tahun 1998 dan 2000, serta Sukan Musim Sejuk Asia pada tahun 1999. Ia juga bakal menjadi tapak utama untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2018.

Dengan kapasiti untuk kira-kira 20,000 permainan musim sejuk, Yongpyong Resort memiliki 31 cerun, termasuk 6 yang telah diluluskan untuk pertandingan antarabangsa, dan 15 kemudahan lif. Ia juga menempatkan Dragon Plaza, rumah ski terbesar di Korea Selatan menjadi tumpuan pemain ski dan papan salji. Dilengkapi dengan super high pipe yang besar, serta sebuah taman kawasan (Dragon Park), yang telah mendapat sambutan hangat dari peminat ski di seluruh dunia.

Yongpyong Resort memiliki cerun paling tinggi (180m) di Korea Selatan dan menjadi sangat popular selepas drama siri Winter Sonata.

Di sinilah lokasi utama drama tersebut yang membuatkan YongPyong ni menjadi destinasi pelancongan utama untuk musim sejuk di Korea.

Salji tak berapa nak ada time ni, belum masuk winter lagi tapi..... sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!



C'est moi kkoom eul kkoo uh yoh
meh eel geuh deh gyut teh pyung hwa loh oon ah chim

C'est toi nah ae gen hahng sahng muhl lee nah leul hu lahk ha jee ahn neh yoh
geuh juh dahng shin mahn eul bah lah bohl ppoon ee joh
geuh ddeh neh geh ohl ddeh kkah jee hahn bun mahn neh geh doh gee hwa leul jwuh yoh
geuh deh uh doo oon mee soh lah doh geuh luht geh lah doh bohl soo eet geh

ee jen nah leul sa rang ha myun ahn dweh nah yoh
oh jik geuh deh mahn ee nahl sa rang hahl soo eet suh yoh

jee geum geuh deh mah eum aen muhl lee dah leun byul ee beet nah goh eet neh yoh

geuh juh dahng shin mahn eul bah lah bohl ppoon ee joh
geuh ddeh neh geh ohl ddeh kkah jee hahn buhn mahn neh geh doh gee hwee leul jwuh yoh
geuh deh uh doo oon mee soh lah doh geuh luht geh lah doh bohl soo eet geh

ee jen nah leul sa rang ha myun ahn dweh nah yoh
oh jik geuh deh mahn ee nahl sa rang hahl soo eet suh yoh





















  

4 comments:

  1. blm pernah tgok salji dgn mata kpla sndiri..mesti best sgtkan?

    ReplyDelete
  2. Untunglaaaa dpt ke ski resort...gigih betul ko pulun mt sorak ngn resort ni dlm 1 ari..#pitammmm

    ReplyDelete
  3. wow! gigih pulun abes ni. pastu check in tak kat resort ski tu? almaklumlaaa...dah malam kt sana. heheh

    ReplyDelete