Pages

Tuesday, December 18, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 4 : Pulau Samalona

Betul betul depan Fort Rotterdam tu adalah dermaga untuk ke pulau pulau persekitaran di Makassar ni.

Pose pose je cantik depan tu, ada je yang tegur.

"Mas. Ke Pulau Mas? Cantik untuk motret. Samalona, Khayangan?"

Macam tu la ayat di ulang ulang. Lagi lagi dia  nampak aku bawak kamera.

Aku memula buat bodo je. Aku jalan terus ke arah jetty. Usha kawasan sekeliling.

Kawasan jetty. Yang belakang tu LaeLae bukan Pulau Samalona lagi. Samalona belakang sana lagi.

Nampak pulau LaeLae lebih jelas. Situ ada penduduk yang tinggal bukan la pulau pelancongan. Ada jugak la yang mandi manda kat tepi tepi ni padahal air tak de la bersih sangat pun.

Tapi tak mengapa lah. Seronok dua ronok kot.

Aku ada nampak kumpulan kumpulan traveller macam nak ke pulau tapi mereka dalam group masing masing.

"Mas.. Mahu ke pulau?"

Aku di sapa lagi.

"Berapa?"
"Rp300,000. Berapa orang Mas?"
"Sendirian aja"
"Emang begitu harganya"

Aku diam. Memang tu pun rate dia yang aku baca. Tapi tu rate tak payah nego, kadang kadang rate dia boleh cecah Rp800,000 satu bot.

Mahal tu. Macam tak berbaloi baloi je.

"Mau Mas?"
"Ngga apa apaan"

Aku sendiri pun tak leh nak buat keputusan.

Rp300,000 tu lebih kurang RM100. Macam tak berbaloi. Lagi aku tak tau Pulau Samalona tu betul betul lawa ke, worth it ke nak ke sana dengan bayaran sebanyak tu?

Tapi tu yang tak best kalau travel solo. Memang kena fikir perbelanjaan adalah tanggungan sorang diri.


Aku berlegar legar lagi di kawasan jetty.

Tak de arah tujuan. Dua tiga orang yang tanya lepas tu tetap bagi harga yang sama. Bungkam. Nak ke tak nak? Decision macam ni la yang susah sebenarnya. Tapi nak tak nak kena buat jugak.

Nak pegi, atau nak blah je dari sini.

Then aku fikir, alang alang dah sampai. Memang kalau seratus pun, ada dalam budget aku lagi.

"Pak. Rp250,000 bisa?"

Aku tanya pakcik yang dari tadi dok usha aku. Masih mencuba nasib nak nego.

"Hmmm ngga bisa. Rp300,000"

Dia jawab macam tu.

Stress. Then aku menapak. Ada banyak kedai kedai kat situ. Aku ingat kalau ada yang travel solo aku nak gak la tanya kot la dia nak share bot dengan aku, tapi tak de. Rata rata berkumpulan dan ramai. 

Then aku macam nak blah, tiba tiba pakcik tadi panggil aku.

Laju je dia jalan ke jetty tadi semula dan aku ikut. 

"Samalona aja kan?"
"Ya"
"Ya. Udah. Ayuh"
"Rp250,000?"

Dia angguk.

Hah ! Berjaya Time Square ! At least aku dapat murah sikit. Walaupun cuma beza RM15.

OK. Aku sorang sorang naik bot

Pakcik tu ada cuba cuba berbual. Tapi sebab bunyi enjin bot terlalu kuat aku sendiri pun tak dengar dia cakap apa.

Main angguk je lah.

Sesekali aku tunjuk pulau pulau berdekatan. Dia tunjuk aku pulau Khayangan. Tak berapa jauh dari pantai tapi dia kata Pulau Samalona lagi lawa.

Ya lah. Aku percaya.


Bot meninggalkan jetty kecil tadi menuju ke samudera raya. Ada pelabuhan Makassar di belah kanan. Kelihatan kota Makassar di belakang. Pulau LheuLheu di hadapan dengan penempatan dan tebing di bina menentang ombak. 

Lawa jugak nampak pokok pokok di tanam rapi. 

Kapal kapal besar turut mengihiasi lautan luas dari Pulau Sulawesi ini

30 minit perjalanan akhirnya Pulau Samalona kelihatan lebih jelas.

Kecik je pulau dia. Tapi aku tak kagum mana sebab aku fikir mesti macam tak de apa apa.


Kecik sangat pulau dia. 

Memang nampak pasir memutih. Dah bila bot menghampiri pantai boleh nampak air laut yang berbeza dari air laut di kota Makassar tadi. 

Kelihatan banyak bot bot yang lain berlabuh. Ada suara anak anak kecil menjerit sambil mandi manda. 

"Saya tunggu di sini"

Pakcik tu bagitau.

Aku angguk. Terus je turun dan pasir putih dan deruan ombak kecil meyambut kehadiran aku datang.

Pulau Samalona... hmmmmm 

Ada jetty kecil dan bot bot membawa penumpang tempatan

Pasir agak halus dan putih, tapi persekitaran tidak la berapa bersih

Ini kawasan persekitaran Pulau Samalona

Masa aku sampai, ada ramai warga tempatan. Mostly dia orang day trip dari Makassar kot.

Sekadar mencari kelainan dan mandi manda di pulau yang mendapat jolokan paling indah di Makassar ni.

Ada rumah rumah di tengah pulau. Pulau dah la tak besar mana, kawasan tengah tu penuh dengan rumah rumah kayu. Ada yang aku rasa macam homestay. Pastu macam ada orang buat acara keluarga. Berpicnic dan mandi manda.

Semua warga tempatan.

Aku jalan jalan je pusing keliling satu pulau.

20 minit, top ! khatam satu pulau.

Jetty

Rumah dan penempatan di Pulau Samalona

Lagi penempatan dan kawasan persekitaran Pulau Samalona. Gambar atas tu nampak pulau kecil dari kejauhan. Aku macam terlebih excited nak ke sana, tapi fikir, mesti susah bot nak bawak dan kena tambah harga. Tak sure nama pulau tu, tapi kecik je la kot

Agak tidak adil kalau aku nak cakap pulau ni tak cantik langsung atas sebab aku dah pegi ke banyak pulau pulau lain yang lebih indah dan cantik.

Di sini cantik juga. Tapi bukan la macam yang aku expected.

Separuh daripada bahagian pulau ni adalah berpasir. Kawasannya landai dan boleh la mandi manda.

Separuh lagi adalah berbatu terutama di kawasan belah belakang.

Dan sedikit adalah kawasan private di mana ada satu resort yang di bina. Bukan laluan awam jadi aku sendiri pun tak boleh masuk. Tapi kecik je pun kawasan tu.

Ada pondok pondok kecil rasanya boleh duduk berehat di situ. Tak sure kena bayar ke tidak. Rasanya kena la kot.

Usha je la kawasan sekeliling.


Benteng benteng ombak di bina di bahagian belakang pulau

Air yang cetek dan sesuai untuk mandi manda tapi belah sini agak berkarang

Dan persekitaran yang lain lain

Aku tak de teruja pun nak mandi.

Lagi lagi tengok keadaan macam ni, so aku just lepak lepak je la menghirup udara segara.

Nampak ada orang jual air kelapa muda. Aku pun singgah minum. Harga dalam Rp15,000/RM5. Cukup segar.


Dah tak de apa nak tulis dah. Layan gambar sampai lebam.

Tengok gambar dan nilaikan je la sendiri. Kalau rasa worth it, tak de hal. Boleh je pegi kalau sesapa ke Makassar.

Tapi bagi aku, repeat? No !



Kota Makassar dari kejauhan





Abis jalan jalan di kawasan Pulau Samalona, aku kembali ke bot yang aku naik. Pakcik tu tengah borak borak dengan member dia. Aku kasik chance. 

Aku ambik gambar lagi sikit sebelum dia perasan aku, dan aku bagi sign aku ready nak balik.

Then kami bergerak meninggalkan Pulau Samalona.

Worth it?

Yes. If you are already in Makassar  and no where else to go.

bersambung......

9 comments:

  1. At least pulau yg ni nmpk lebih cantik dr pantai losari smlm tu huhuhuh.. Meng ko x pi mane2 ke new yr ni ? (Soklan tiade kaitan ngn entry ni hihihi)

    ReplyDelete
  2. ya la. lawa banyak la dr losari tu.

    new yr tak de plan. sibuk anak nak skolah je.

    eh mak esah tu mana? lama x buat penampakan? ( mcm hantu lak )

    ReplyDelete
  3. aku rasa aku nak letak Makassar ni dalam list aku la thn depan....nak gi kubur kat sana. Ko nak kirim no 4D ke apa ke Meng?

    ReplyDelete
  4. kau dah kenapa?

    dah x cukup kubur ke kat malaysia ni? nirwana tu banyak kubur org kaya2...

    ReplyDelete
  5. seru mak esah nampak? mak esah ke negara singa kejap, kasi makan...patu blk terus demam ko ha...

    yup, makassar ni tempat yg pegi skali je udah, takmo repeat2 dah.

    ReplyDelete
  6. ooo mak esah pegi bagi makan singa rupanya

    aku tengok entry Chawana terus rasa nak gi bagi makan singa jugak

    * kira duit syiling

    ReplyDelete
  7. dengar nama Makassar teringat dkt subject sejarah dolu2..daeng merewah la daeng palani la..kalo x silap sume tu dr makassar la..

    hiks..xde kene mengena sgt kan..hokaay ;)

    ReplyDelete
  8. Betul tu AJ.. selain dari nama Ujung Pandang, Makassar juga di kenali sebagai Kota Daeng kerana banyak daeng daeng berasal dari sana...

    dan sasterawan negara Arena Wati juga berasal dari Makassar. Banyak dalam hasil tulisan beliau menggambarkan pantai losari sebagai kawasan cantik lawa.

    tapi sebenarnya......... !!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. sejarah kesultanan melayu bugis..org bugis byk kt sana kn

    ohh..cantik sungguh pantai losari itu..*tangan di bahu mata ke atas*

    ReplyDelete