Pages

Friday, December 14, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 2 : Ketibaan

Then aku dah mati akal. Ada satu pompuan ni lalu, aku tanya dia. Dia cakap memang tak de pete pete sampai ke town. Pete pete ni akan sampai di satu kawasan lain ( aku lupa dia sebut nama tempat tu ) then dari situ kena naik lagi satu pete pete baru sampai town.

Complicated nya.

OK. Then aku realized, buat apa la aku susah payah penatkan otak. Jalan mudah.

Singsing seluar sampai lutut, tunjuk bulu kaki sikit. Angkat tangan dan lambai lambai.

"Taxi !!!!!"

Macam tu.

Kan kalau aku cerdik macam tu dari tadi, ntah ntah aku dah sampai town. Konon la nak mencuba nasib guna public transport. 

* gelakkan diri sendiri.

Ada je teksi berhenti.

"Ke kota Pak?"
"Bisa"
"Meter"
"Iya"

Senang.

Aku naik dan pose pose di belakang.

Lega rasanya. Bila dah duduk dalam teksi baru aku rasa selamat. OK lah. Terima hakikat, aku gagal naik public transport ke town. Naik je la teksi. Tak payah pening pening kepala.

"Laluan tol Mas?"
"Ngga. Biasa aja"

Drebar teksi tu tanya. Pastu ada la dia tanya apa aku jawab jawab lebih kurang.

"Dari Surabaya ya Mas?"
"Ngga. Kuala Lumpur"
"Aslinya Kuala Lumpur?"
"Ya"
"Oh.. Saya ingat aslinya Makassar"

Hello pakcik !

Muka Pan Asian macam saya ni, haruslah orang Asing ! Paling paling pun darah kacukan Belanda macam Nicholas Sahputra. Aslinya mesti la dari Jakarta !!! Ni sebab malam ni nampak rupa Pan Asian sikit. Kalau siang memang confirm Pan Pacific. Silap silap macam Nicholas Sah Sah bukan.

* macam tu tak puas hati.

Hiks.

Pakcik tu OK jugak. Layan la borak borak dengan dia. Menyusuri jalan jalan di menuju ke Kota Makassar yang agak jem teruk.

"Urusan bisness?"
"Ngga. Wisata aja"
"Oh.. Ada ya yang wisata sendirian aja ke Makassar?"

Hello Pakcik sekali lagi !!!!

Pakcik tak tau ke Makassar ni glamer??? Motip Pakcik tak beriya iya nak promote Makassar kat pelancong asing macam saya ni????

"Makassar ini, ngga macam kota kota besar lain di Indonesia. Persekitarannya berbeda"

Then baru la aku faham. Pakcik ni me-refer keadaan tepi tepi jalan. Bersepah sepah. Sampah. Kotor. 

Tak pe la Pakcik, ni dah kali ke 11 aku sampai Indon. Tak payah risau, lebih pada tu pun aku dah tengok.

Pakcik tu drive sampai la ke kota. Nasib la dia tau hotel yang aku nak stay. 

Tapi masa dalam perjalanan tu, ada gak la dia tunjuk tunjuk kawasan sekitar Makassar. Then aku nampak macam menara tinggi, lawa. Dari jauh macam Eiffel Tower !

"Itu apa Pak?"
"Oh.. itu Masjid Markaz. Di bina oleh Pak Jeneral Yusuf.........................."

Panjang la dia bercerita. Aku dengar je. Sesekali mata aku melorot ke arah meter teksi.

Alamak ! Dah dekat nak sampai Rp60 ribu ! Sama macam kalau aku naik teksi siap siap dari airport tadi. Tak de la murah mana pun !!

"............. sewaktu meninggalnya Pak Yusuf ini, Makassar ini cuacanya panas sekali, tetapi di kawasan rumahnya Pak Jeneral Yusuf itu saja hujan turun. Kemudian, sewaktu keberangkatan ke kuburan, awan mendung itu mengiringi sampai ke kubur. Sampai selesai acara pengkebumian"

Beriya iya dia bercerita. Aku jadi terpana. Terpaku kejap. Terus aku diam tak bercakap apa. 

Dalam hati aku terdetik, aku nak pegi jenguk Masjid tu kalau ada masa nanti.

"Ya Pak. Ini kan hotel nya?"

Lamuan terhenti. Cerita Pak Jeneral Yusuf tu betul betul buat aku tertarik.

"Ya. Ya"

Aku nampak sign Mercure.

Cost teksi adalah Rp70,000 ! (RM22)

Cait ! Tak murah mana. Tak pe. Yang penting aku dah selamat sampai hotel. 

Mengucapkan terima kasih pada pakcik teksi tu aku terus masuk ke ruang lobby untuk check in.

Mercure Regency Hotel Makassar

Aku memang dah book hotel ni siap siap. Tapi satu malam je sebab aku fikir, malam ke dua aku nak tengok dulu. Kalau OK aku extend, kalau tak OK aku cari je hotel lain.

Urusan check in berjalan lancar. Hotel ni ok. Agak lama tapi sedang di refurbished. Mungkin Mercure baru ambik alih hotel ni.

Kedudukan dia pun agak OK. Tak tepi pantai dan tak jugak jauh ke dalam. Mamat receptionist hotel tu cakap, kalau ke Losari dalam 600 meter. So tak berapa jauh mana.

Check in dan rehatkan tubuh.

Hotel OK cuma furniture agak lama

TV masih tak LCD. Lain lain OK. Rate. RM110 per nite. 

Lepas mandi segar bugar. Aku tengok jam masih awal lagi.

Nak pegi usha apa yang patut. Aku cuma aim nak ke Pantai Losari dan cari makanan. Nak kata lapar sangat tu tak lah. 

Keluar dari hotel, kena menapak sikit ikut celah celah rumah dan kedai, tak jauh, then terus sampai ke arah pantai.

Then nanpak la signage yang menjadi icon kota Makassar ini. Pantai Losari.


Tapi first time aku tengok tempat ni aku fikir, ya ampun. Kenapa macam ni sekali tempatnya?

Tak seindah yang aku bayangkan.

Orang ramai. Macam menjadi tumpuan warga tempatan. Ramai gila ! Pastu macam macam aktiviti ada. Yang berniaga, yang berlari, yang naik roller blade....

Aku tak expect macam tu.

Ntah. Aku pun tak tau apa yang aku expect tapi memang bukan macam tu. Riuh. Hiruk pikuk dan penuh manusia ! Ada yang siap tidur di jalanan.......... !

"Hoi korang ni semua dah kenapa? Kenapa tidur sini??? Pegi la tidur di Mercure sanah !"

* mati la gila



Tak betah aku nak duduk lama lama kat situ.

Betul betul aku rasa terasing. Masih cuba membiasakan diri dan agak terkejut dengan keadaan yang sungguh aku tak jangka.

Kanak kanak berlari. Bingit ! 

Bunyi kenderaan dari kesesakkan lalulintas tak berapa jauh dari tempat ni benar benar buat aku rasa semak.

Oh. Pantai Losari di waktu malam agak tak berapa memberahikan. Tapi inilah ikon utama Kota Makassar. Ini lah realiti sebenar di sebalik simbolik kota ke enam terbesar di Indonesia ini. 

Pasrah.

Menyusuri kawasan tebing pantai yang masih dalam pembinaan, banyak terdapat deretan warung warung kecil menjual pisang epe. 

Banyak gila warung warung ni macam sepanjang pantai ada.

Aku fikir, nak try pisang epe je malam ni. Tapi cuaca agak gelap. Cuma lampu lampu separa terang dari setiap warung yang menerangi malam.

Tapi aku terasa nak cuba Pisang Epe. Apa rasanya? Sedap ke? Walhal aku nampak macam semua warung warung tu jual benda yang sama. Pisang Epe !

Aku ambik pot di satu kerusi dan meja betul betul mengadap laut. 

"Pisang epe Mas?"
"Ya"
"Keju, Cokelat atau durian?"
"Keju"
"Minumnya Mas"
"Avocad. Dingin ya"
"Ya"


Tak lama menanti, then tiba la pisang epe yang terkenal di Makassar ni.

Keadaan gelap sangat, tak berapa nak clear  capture gambar. Tapi yang belah kiri tu kakak gerai yang aku duduk dan belah kanan tu la pisang epe.

Rasa dia pisang bakar, pastu di curah dengan gula melaka, ada cokelat dan di tabur keju. 

Manis sangat, tapi setakat nak merasa, apa salahnya.

Tengah aku makan tu, ada kanak kanak kecil datang dengan gitar kecil. Sebab gitar mainan, jadi bunyinya apa pun tak boleh nak dengar. Cuma suara dia je. Agak sumbang tapi itu saja la harapan dia untuk menghiburkan aku kot.

Dia menyanyi depan aku, aku diam kan saja. Tak lama lepas tu selesai.

"Permisi Om"

Dia bersuara. Semakin mendekati. Berlegar legar mohon simpati.

"Om"
"Kamu sudah makan?"

Aku bertanya. Dia geleng kepala.

"Kamu mau makan?"

Geleng juga. 

"Mahu minum?"

Geleng lagi. Abis daya. Tak boleh bantu apa dah kecuali keluarkan sedikit wang.

Aku bagi dia Rp5000 dan dia terus berlalu pergi ke meja lain. 

Sayup sayup aku dengar muzik berkumandang dari pengamen yang lain. Dengan iringan gitar. Lagu yang agak familiar dengan telinga aku. Irama itu, buat aku benar benar terbuai. 

Membawa perasaan menerawang jauh dengan kisah kisah lama, dalam pekat malam bertemankan angin semilir Pantai Losari.

Bumi Indonesia, aku datang kembali menjejakimu buat kesekian kali......



Terlalu indah dilupakan
Terlalu sedih dikenangkan
Setelah aku jauh berjalan
Dan kau ku tinggalkan

Betapa hatiku bersedih
Mengenang kasih dan sayangmu
Setulus pesanmu kepadaku
Engkau kan menunggu

Andaikan kau datang kembali
Jawaban apa yang kan ku beri
Adakah cara yang kau temui
Untuk kita kembali lagi

Bersinarlah bulan purnama
Seindah serta tulus cintanya
Bersinarlah terus sampai nanti
Lagu ini…ku…akhiri

11 comments:

  1. mane abg meng nk pegi aku mesti nak pegi gak.. mac 2013 akan ku sampai kaki ke sane..

    *ka-ching.. goncang tabung khinzir kuat-kuat..

    ReplyDelete
  2. Abg meng,

    Pandainya ngomong Indonesiaaaaaa!!!!

    Kerless jerung ni nak follow jejak langkah haha..

    ReplyDelete
  3. FJ

    i is budak baru nak belajar travel solo..

    *ambil galah tolong jolokkan

    ReplyDelete
  4. Kau ni keje nk sentap je ngn drebar taxi tu!! dia cube beramas mesra ngn kau tau!!? hahahaha.. pan pacific kunun huhuhuhuh..

    Aku bertaubat tak mo mai sini lepas baca pasal pantai losari tuh..baik aku p PD je kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  5. pasni aku nak gi Mahallus...ada bran ke Meng? ahaksss..

    ReplyDelete
  6. JG : samak tak tabung tu. Pegi je la makassar tu, kalau ada masa pegi tanah toraja sekali.

    FJ : guek kan nicholas sah sah bukan sahputra... hahahha

    CNa : Hmmm ya. baik pegi PD saja lah, tapi ok gak pe gi losari cuma jgn pegi malam2 lah.

    HB : mahallus tu dekat dgn AyahKassar?

    ReplyDelete
  7. Hahahahahahhaha lawaknya!

    Bila tgk si Hulubalang ni nak pergi Mahallus iols google tau celah vedah mana mahallus nii...

    Sobsssss.....

    Skali dkt dgn ayahkassar!

    Choy!!

    kok gitu, ncholas sah2 bukan putraaa, nak sainnnn!

    ReplyDelete
  8. tana troja tu kan tempat dorang tak kuburkan mayat? kalau pegi mmg awesome lah...balik bawak hantu pocong :P

    ReplyDelete
  9. NT : yup. I think worth to visit ( kalau ada peluang dan masa )

    FJ : sign kat bra aci?

    ReplyDelete
  10. ko tak try ke sup konro tu? meleleh air liur teringat tapi tamo pi sana dah...camne nih!

    ReplyDelete
  11. aku tak makan lah.. serious aku x rasa tempted.. hahahaha

    ReplyDelete