Pages

Wednesday, December 12, 2012

Bila Si Bujang Berkhatan

Ha... 

Alhamdulillah. Hero dah selamat di khatankan. Esok lusa, boleh la aku terima menantu.

* pengsan.

Padahal baligh pun belum.

Bercerita pasal khatan dia ni, asalnya dia yang beriya iya nak di khatankan sebab sepupu dia yang sama baya dah khatan tahun lepas. Jadi mengambil peluang cuti sekolah ni, maka OR pun plan nak khatankan dia. Hero OK jer lah.

Sepatutnya khatan masa aku gi Korea hari tu, tapi dah tangguh sampai aku balik lah. So last week hari Jumaat tu dah set appointment dengan doktor untuk khatankan dia.

Sempena cuti sekolah bermula hari tu, dia pegi rumah pakcik dia sebab ada sepupu dia yang sebaya so dekat 2 minggu la dia kat sana. Sampai la aku balik dari Korea, so malam khamis sebelum berkhatan esoknya tu, kami pegi ambik dia.

Dah satu hal dia tak nak balik. Pujuk rayu suruh datang ambik dia hari ahad. Mana boleh. Hari Jumaat nak khatan. Appointment dah buat, duit pun dah bayar. Cuma nunggu pegi jer. Doktor kata, khatan tu buat pukul 6 ke atas.

So malam ambik dia tu, jenuh la pujuk ajak balik. Macam biasa lah, saat saat macam ni, sebab nak pujuk punya pasal, apa nak semua la dapat.

Makan aiskerim sudah.


Pastu on the way balik tu, siap dia cakap lagi dalam kereta.

"Papa berhenti la kat Petronas beli Boboiboy untuk Hero"
"Ya lah"

Berhenti la beli. Ambik hati ni. Aku dengan OR memang cuak jugak betul ke dia ni ready nak berkhatan ni.


Siap dah beli boboiboy. Pastu gi makan lagi kat Tupai Tupai.

Ingat nak makan steamboat tapi dah lewat. Dah nak tutup.

Nasik Goreng Blackpepper

Nasik Goreng Nyonya

Dia tak makan, minum milo je sampai muntah muntah.

Tapi masa dia nak kencing, aku bawak dia gi toilet. Macam biasalah, dia susah skit bab nak bukak bukak seluar ni.

"Esok. Dr potong bird Hero tau"
"Semua ke? Macamana Hero nak kencing?"
"Tak semua. Depan tu je"
"Kenapa kena potong?"
"Untuk kebersihan"
"Papa punya dah potong tak?"
"Mesti la potong"
"Papa nangis tak?"
"Eh. Tak de lah. Papa macho. Mana ada nangis nangis"

* bunyi cengkerik

Sampai la hari Jumaat tu, aku busy dengan keje then petang tu baru la kami bergerak ke Pusrawi.

"Papa. Sakit tak bersunat?"
"Tak de lah. Macam kena gigi semut je"
"Dalam cerita Upin Ipin tu dia cakap macam kena gigit harimau"
"Pandai la.. Tu la suka lagi tengok tv. Ada ke orang pernah rasa kena gigit harimau?"

On the way tu, OR yang drive. Dia sibuk la nak bermanja manja nak duduk atas riba aku kat depan.

"Hero jangan nangis nanti tau. Kalau sakit, tahan je. Tarik nafas. Hero kan lelaki. Lelaki kena kuat"
"Kenapa orang bersunat malam malam Papa?"
"Sebab siang doktor tu sibuk. Ada pesakit lain. Malam baru Dr free. Lagipun cuti sekolah ni ramai orang bersunat"

Dia sampai tertidur on the way tu. Sampai Pusrawi baru la aku kejut dia.

Urusan registration semua cepat je lah. Sebab masa tu dah lepas maghrib. Memang kami sengaja datang lepas maghrib walaupun Dr tu kata boleh datang anytime lepas pukul 6 petang - 11 malam.

Sampai je, then Dr panggil masuk. 

"Hero baring sini"
"Papa?"
"Papa ada lah sini" 

Pesakit mula berbaring

Ada doktor dan sorang nurse. 

Aku ambik kaedah cautery. Tak nak buat pakai smart klamp. Cautery ni selalu orang cakap pakai laser tapi sebenarnya bukan laser pun. Cuma hujung dia tu panas dan dia matikan terus saluran darah. Jadi khatan cara ni kurang berdarah sikit.

Memula Hero OK lah. Baring. 

"Sikit je. Hero tahan tau"

Pastu Dr tu start bius je tetiba...............................

"Papa !!! Papa !!!!"

Start la mulut dia herot berot dia melalak. Aiyooooo... Mana Papa nak sorok muka ni??

* kelubung dalam baju nurse

"Tahan lah. Sakit sikit je"

OR cuba cuba pujuk.

"Sakit Papa !!!!"
"Tarik nafas. Kan Papa suruh tarik nafas? Baca Al Fatihah"

Melolong la kejap.

Pastu dia diam kejap. Teresak esak jugak lah. Maybe ubat bius tu dah buat tak sakit kot.

Masa tu OR ada sekali, OR suruh baca Al Fatihah pastu dia ikut. 

"Tarik nafas. Baca Al Fatihah dalam hati"

Nasib baik ada Ustazah Bahiyah. Tapi lepas tu Ustazah Bahiyah  tu keluar. Dia pun tak boleh tengok lama lama kot.

'Maniskan Iman. Maniskan senyuman.,......'

Zasss. Ustazah menghilangkan diri.

"Papa"
"Hmmm"
"Kenapa berasap?"
"Alat Doktor tu, tak de apa apa lah"
"Nak tengok?"
"Tak payah tengok lah"

Diam kejap.

"Lama lagi ke Papa?"
"Kejap je"

Pastu Dr suruh dia bilang sampai 100. Dia kira la terkumat kamit. 

"Papa. Dah abis seratus. Lama lagi ke?"
"Hero kira laju sangat. Kira macam jarum jam. 1...2.. slow slow"
"Papa..."
"Hmm"
"Kenapa macam ada air?"
"Air tu Dr cuci alat dia, menitik kena peha Hero"

Banyak tanya kan budak ni?

"Papa"
"Haaa apa dia?"
"Hero nak kentut"

* Papa rebah

Memalukan betul la.

"Eh. Jangan kentut. Nanti saya lari"

Dr tu lawak jugak. Nurse tu tak abis abis gelak.

"Tahan tahan. Jangan kentut lagi. Nanti Doktor pengsan. Nurse pun lari. Papa tak reti nak jahit ni. Tahan dulu. Lepas ni baru boleh kentut"
"Lama lagi ke Papa?"
"Sikit je lagi. Tahan sikit. Kejap je ni, nanti siap lah. Dah baik nanti kita boleh tidur hotel, pegi mandi kolam. Tapi lepas ni  tak boleh bogel kat kolam dah tau?"
"Kita pegi hotel yang ada game tu ke Papa? Hero suka hotel tu, seronok"

* pengsan

Lebih kurang 20 minit je khatan dengan cara cautery ni. Aku tengok Dr tu buat, alat dia macam ni je.

Gambar cilok google

So, Dr akan potong dengan hujung alat tu, then salur darah akan termati terus. Kira tak de la darah banyak pun. Tapi still bab bab nak jahit semua tu ada lah cuma masa dia agak cepat lah.

Dulu masa Junior aku buat smartklamp. Tapi Junior tu masa khatan baby lagi, so tak pe lah kot pakai smartklamp. 

Lepas selesai tu dalam kereta on the way balik baru la dia nak melalak lagi. Drama sungguh. Puas la aku pujuk. Then dia kata nak kencing.

"Nanti la ibu cari station minyak"
"Station minyak mana mana pun boleh. Petronas lah. Kat Petronas kan ada mainan. Papa belikan mainan untuk Hero"

Sempat lagi nih !!!

Pastu sampai rumah bermula la acara berpantang dia tu. Nak sangkut kain tu puas cara nak fikir. Nak letak tripod kamera la, apa lah, tapi dapat gak ikat dengan tali, siap ada railing so dia boleh bergerak few tempat.

Pesakit yang tak berapa menderita

Tak de la berpantang mana. 

Kata Doktor, jangan kena air selama 3 hari, kalau kencing, lap je dengan tisu basah hujung tu. Lepas 3 hari then OK lah.

"Papa. Berapa hari Hero nak baik ni?"
"Doktor kata 3 hari"
"Lepas 3 hari baik?"
"Insya Allah"

Malam pertama tidur, aku tidur sebelah dia.

Gaya dan aksi tido sama dengan Superman dia

Dalam pukul 3 dia kejut aku sekali cakap nak kencing. So pegi kencing.

Pukul 6 pagi aku terjaga dengar dia menangis.

"Hero kenapa nangis? Berdenyut ke?"

Aku takut macam dia terstim ke apa, kot sakit pulak.

"Hero nak kencing. Hero kejut Papa, Papa buat dek jer"

Hahahaha.  

"Sorry. Sorry. Jom la bangun"

Lepas pada tu dia OK. Tak de merengek ke, sakit ke semua tak de. Dr bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Tu jer. 

OR lah berpantang sungguh. Makan ni tak boleh, makan tu tak boleh. Aku belasah je bagi. Orang Putih beranak pun tak de pantang pantang pun kan?

See. Aku kan Italian skit. Hahahaha.

Tapi OR jaga gak la makan dia. Pagi makan roti dengan Milo. Pastu makan nasi dengan ikan bakar.

"Asyik asyik makan nasi dengan ikan bakar. Tak seronok la macam ni"

Aktiviti sepanjang tak leh bergerak adalah main PSP, tengok TV. Layan koleksi gasing dia, dan kad kad yang dia kumpul. Semua kena letak dekat dekat dia sebab senang dia nak capai.

Koleksi gasing dia

Pesakit terlampau

Superman dan Harimau teman peluk dia

Malam ke dua dan ke tiga, tak de bangun nak kencing pun. 

Cuma dia merengek macam macam la time berkhatan ni. Nak air soluvite yang ada kad boiboiboy lah. Nak robot lah. Nak kereta lego shell lah. Nasib lah berkhatan sekali jer. Kalau tak, pengsan Papa.

Dah nampak OK. Jaga pun tak payah. Cuma malam pertama tu dia takut nak luruskan kaki. Tapi lepas tu OK. Sekarang dah terlebih lasak dah. Kiranya penjagaan tak de la susah sangat. OK lah. Mungkin khatan zaman sekarang ni tak de la macam dulu dulu.

Macam zaman aku dulu sunat kampung. Ingat lagi kat kampung masa tu. Bersunat 4 orang sekali gus dengan tok mudim. Aku paling last.

First member aku masuk dengar la dialog dia dengan ayah dia.

"Tahan sikit. Nanti ayah belikan mainan. Nak apa ni??"

Pastu dengar jawapan dia.

"Nak walkman........"
"Ya lah. Nanti ayah beli Walkman"

Macam tu lah. Zaman tu walkman kan ala ala gempak gila.

Pastu yang no 2 member aku lak. Nak skateboard. Macam tu la dialog setiap ayah nak pujuk anak masing masing. Yang ke tiga nak basikal.

Bila sampai turn aku, Pakcik James tanya.

"Ha,.. ni nak apa pulak ni?"

Diam kejap.

"Nak..... nak nangis !!!! "

* bunyi cengkerik bersahut sahutan.
  

10 comments:

  1. HAHAHAHAHHAHAHA mengekek aku tergelak. Terhibur plak ati aku bace drama mase bersunat tuh. Mcm2 hal. Kentut je la nak oi. Gi tanya papa kenapo eh.

    Tripod tu klaka gak. Adola encik papa.

    ReplyDelete
  2. Hahahahahah lawaknya la papa ngn Hero nih..kekekeke

    ReplyDelete
  3. tu baru berkhatan mengg..

    esok2 kalo dia mimpi yg bukan2 menandakan kebalighan beliau, and dia tanya lu soalan yg pelik2..aduss..masak nk jawab tuh..

    hehehe

    ReplyDelete
  4. Post abe meng yg berjaya buat aku gelak sampai kluar air mate ... hahahahha...
    ape2 pun, tahniah Hero ... tak lame lagik dapat menantu la abe meng yer ... hahahah

    ReplyDelete
  5. haha..lawaks jgk adegan bersunat ni pun ek..hehe

    ReplyDelete
  6. hehehe...time aku dulu aku siap tgk dr tu potong..pastu terus bg aku suruh simpan!! motip??

    ReplyDelete
  7. nak nangis adalah permintaan paling priceless aku penah dgr hahahaha!

    ReplyDelete
  8. Nak...nak nangis!

    BWAHAHAHAHAHAHA.

    Aku gelak sampai menangis dah ni woi!

    ReplyDelete