Pages

Thursday, November 8, 2012

Corat Coret Manila 2 : Old Manila Walk - Part 1

Dalam entry ni aku nak story pasal Old Manila Walk.

Satu satunya aktiviti WAJIB yang perlu ada dalam itinerary sesiapa pun yang pegi ke Manila.

Macam aku bagitau, Manila ni tak de la tempat menarik mana sebagai penarik utama pelancong. Tak de lah bangunan tetinggi ke apa ke, yang ada cuma hasil peninggalan daripada penjajah Spanish yang bermukim di kota Manila ini dan meninggalkan beberapa kesan yang masih tersisa hingga kini.

Macam best je ayat aku. Kalau suruh ulang balik mesti tak dapat dah macam tu.

Pagi tu lepas check in di hostel, aku terus membuta !

Ya lah, sampai pun dah dekat pukul 3 pagi ! Mengantuk dan keletihan lepas hampir 4 jam dalam flight pastu bas lagi hampir sejam setengah, taxi lagi dan sampai hostel memang aku aim nak tidur je lah.

Bangkit lebih kurang pukul 10 pagi. Agenda aku adalah ingin ke Intramuros.

Apa itu Intramuros?

Pintu masuk Fort Santiago salah satu tinggalan sejarah Sepanyol di Manila

Intramuros ni merupakan daerah tertua di Manila dan kiranya paling bersejarah dalam penubuhan negara Filipina. Dikenali sebagai walled city ianya bercirikan bangunan bangunan Sepanyol sewaktu mereka menjajah Filipina satu ketika dulu.

Tu je. Senang faham kan?

Kiranya tempat ini masih menyimpan sebahagian daripada tinggalan sejarah penjajah Sepanyol.

Pagi tu aku cakap dekat minah kat desk hostel tu.

"Do you have a map?"
"Yes we do. Where are you going?"
"I dont know. I dont have any plan, I just want to wander around to Intramuros may be.... and......"
"Oh. Why dont you join us? We have Guided Tour to Old Manila........................."
"Really?"
"Yes. You can join. Just sign up your name and we will go together with others at 12pm"
"Perfect !"

See?

Tu kelebihan kalau duduk hostel. Dan hostel yang bagus selalu ada benda benda yang memudahkan kita. Tak payah nak pening pening kepala.


Ruang menunggu

Cuma pening kepala bila orang yang dah letak nama tapi tak muncul muncul.

Aku tunggu je la kat living hall hostel tu, tengok macam ada dua tiga nama dah, tapi mana dia orang semua ni? Sempat aku breakfast dulu pagi tu.

Tup tup, bila pukul 12 lebih, cuma ada 2 orang yang ada. Mana yang lain?

Rupa rupanya membuta ! Minah yang akan bawak pegi tour ni siap pegi kejut dia orang. 2 orang lagi kata nak join tu tapi mabuk dan tak boleh nak bangun. Cuma sorang je join.

Pastu ada satu minah lagi nak join. Dia pun baru sampai malam tadi. Dia dengan bf dia, tapi bf dia tak join. So dia je ikut. 

Last last sebelum gerak ada satu mamat ni dia keluar, then Grace tanya, then dia kata nak join.

So connfirm. 4 orang termasuk aku, dan minah bernama Grace yang akan bawak kita orang tour ni. Free tour !!!!

How to go?

It depends la mana lokasi hotel or hostel masing masing. Macam aku, Grace yang bawak. Dia kata dia akan ajar cemana nak pegi ke Intramuros tu naik public transport yang paling murah. Ikut je dia !

Kami semua penduduk kampung Si Pening Lalat bersepakat. OK la. Ikut jer.

Sebelum tu Grace cakap makan dulu siap siap. Nanti lapar. Ni sedikit masalah la macam aku sebab bila masuk bab makan ni, memang cuak sikit especially kalau ramai ramai macam ni. Sebab malas nak membantah so aku follow je lah. Grace yang bawak kita orang makan dekat Chic and Boy.

Chic tu Chicken. Tau Boy tu maksud dia apa in Tagalog?

BABI !

"Hey Boy !!"

* pengsan.

Sah sah terang terang kedai tu berbabikan babi. Nak tak nak, aku terpaksa la buat muka kenyang. Macam macam alasan aku bagi. Dah kenyang la, itu la ini lah. Aku cuma order air je dan dia orang yang lain la sibuk belasah. Pork Grilled lah. Apa jenis segala pork aku tengok dalam pinggan dia orang comel comel je semuanya. Hahahahaha.

Lepas makan kami pun menapak. Ikut Makati Avenue ke sebatang jalan dan dari situ kami naik Jeepney.


Nanti aku buat separate entry cemana nak naik public transport di Manila.

Tambang Jeepney 80 Peso/50 sen then turun naik LRT turun di UN Ave Station. Tu je. Senang. Tu station paling dekat dengan Intramuros.

Ada jualan tepi tepi jalan

Beli train tiket ke UN Ave Station

Kami naik di Gil Puyat ke UN Ave. Tambang 120 Peso/RM1.00

Ini train dia. Agak cozy jugak. Tapi macam biasa nak naik train kena check beg abis semua. Dan train dia ada special pintu untuk wanita.

Sampai di UN Ave Station kami turun.

Menapak ke turun dari station pastu ikut tepi tepi jalan akhirnya kami menuju ke Rizal Park.

Destinasi pertama pada hari ini.


Minah bernama Grace tu sangat baik hati. Kita orang dok tanya soalan, dia sibuk la dok jawab. Pastu dia OK la sibuk menjaga kita orang ni semua.

"Take care of you belongings"

Tak abis abis dia ulang ayat tu. Tak tau la mungkin tak berapa selamat especially kalau foreigner kot.

Tak jauh dari UN Ave Station, kami tiba di Rizal Park.


Rizal Park ni adalah kawasan lapang tempat warga Manila berehat. Memang besar park dia. Juga di kenali sebagai Luneta Park yang menjadi daya tarikan kota Manila ni sendiri iaitu tempat di mana bersemadinya Jose Rizal dan beberapa perkara sejarah berkenaan dengan negara Filipina ini sendiri.

Kenal tak Jose Rizal tu siapa?

Nanti aku bagitau.

Tapi di kawasan Rizal Park ni ada satu patung ni. Nama dia Lapu Lapu Monument


Lelaki yang di gambarkan pada patung ni merupakan salah satu Hero Filipina. Kiranya dialah pembuka Filipina satu ketika dulu.

Menurut Grace, lelaki ini, Lapu Lapu berasal dari kepulauan Melayu dan beragama Islam. Jangan tak tahu, agama asal rakyat Fillipina adalah Islam. Yang mana kebanyakkan mereka berada di pulau Mindanao sana. Macam geng geng Abu Sayaff la kot.

Bila Grace cakap..

"I think he is from Malaysia"

Semua orang pandang aku.

"What? I dont know him"
"Ah.. come on..............."

Sial je. Saja buat malu aku. Aku pun tak pernah dengar nama lapu lapu macam tu. Lampu tau la aku.

Kat Park ni memang banyak acara lah. Banyak jugak point of interest, ada Japanese Garden, kubur Jose Rizal sendiri dan juga di tempat ini jugak di mana Jose Rizal di tembak.

Tempat ni jugak pernah jadi pit stop untuk Amazing Race 5.

Kat park ni ramai orang lah local berpicnic dan ramai jugak yang menari. Apa benda ntah dia orang buat.


Grace dengan selamba nya cakap dengan dia orang.

"These people want to see you dancing"

And guess what? Dia orang menari. Siap buat performance untuk kita orang. Hahaha. Apa tarian aku pun tak tau tapi cool jugak la macam ballet ballet, ku peluk kau, kau peluk ku, ku tolak kau ke tepi sikit, kau nak jatuh ku sambut, oh kau selamat.

Macam tu.

Selepas kita orang tepuk tepuk tangan pastu blah.

"Thank you for watching us !!"

Dia orang pulak over over.

Selepas tu kami di bawa ke National Museum of Philippines.


Sebab main ikut je kan? So masing masing tak membantah.

Cuma ada satu mamat seko ni aku stress jugak la dengan dia. Tak abis abis dia cakap dengan Grace.

"Can you bring me to place where I can buy fake watch?"

Pastu cakap ulang ulang kali. Aku yang dengar ni pun naik menyampah. Nasib la Grace ni baik je. Senyum je.

"Yes. We will go later after this. OK?"

Ergh. Mamat tu sekor je dari awal dah buat aku berbulu. Dia jugak la yang bangun lewat sebab mabuk. Pastu siap tunjuk muka kawan dia yang mabuk yang tak jadi pegi tu kena conteng dengan dia.

Lagi lahanat, dia siap cakap.

"Kuala Lumpur is fucking dirty !!! But I love the city"

Nak je aku terajang mamat sekor nama Robin ni. Kutuk kutuk negara aku pastu suka pulak. Dia suka sebab nightlife la boleh berparty dan berclubbing.

So masuk la dalam Muzium Negara ni. 


Menarik tak rasanya?

Aku rasa macam hampeh gila. Hahaha. Kita orang ber empat ni macam tak sabar sabar nak blah. Pulak tu banyak pulak budak budak sekolah. 

Ada pamera khazanah kapal yang karam di laut Philippines ni yang dia orang bawak ke muzium ni. So usha tu je lah.

Serious aku rasa tak menarik mana.


Yang menariknya aku rasa cuma sebahagian daripada barang barang ni nama dia sama dengan Bahasa Melayu. Contohnya Tempayan, Mangkok. Chawan dan ada few jugak lah. Chawana???

* juling julingkan mata atas bawah

Lain lain, layan je la tengok kiri kanan nak round abis 4 tingkat muzium ni.

Sebab aku kena paksa ikut si Grace ni maka korang kena paksa tengok gambar jugak. Hahhahaha.

* gelak jahat.

Meriam dan Tempayan yang di temui dari kapal yang karam

Budak budak sekolah yang ramai

Lagi tempayan yang di temui

Bekas bekas lama yang di gunakan

Lagi budak budak penuh berkeliaran

Tapi ada sesuatu yang menarik yang di tunjukkan dalam Muzium Negara ni.

Tengok ni.

Nampak kan?

Dan benda ni la juga berada di belakang duit Peso bernilai 1000 Peso matawang Philippines.

Sama tak?

Memang sama pun. Tau tak apa tu?

Itu adalah Manunggul atau Burial Jar yang mana orang Philippines dulu meninggal dan abu di masukkan dalam tu. Ada macam orang naik perahu tu menandakan journey after life.

Lebih kurang macam tu lah. Aku perasan belakang duit ni masa on the way balik dalam flight aku tengok, macam pernah tengok gambar ni, rupa rupanya aku ada ambik gambar masa kat Muzium.

Abis berjalan jalan dalam Muzium Negara tu, kami pun keluar.

Balik ke Rizal Park tadi. Masing masing dahaga so lepak minum air tepi park tu. Barang di ingat, park tu kawasan smoking free ! Tak boleh hisap rokok. Aku bertiga je yang hisap rokok. Nasib baik pakcik kedai tu bagitau sebab lepas tu ada polis peronda datang mengendap. Kalau tak kena saman !!!

Seterusnya kami menyusuri kawasan Rizal Park tersebut menuju ke Rizal Monument.

Di sepanjang jalan tu lah ada beberapa lagi point of interest tapi kami usha usha macam tu je. Grace macam biasa sibuk menjawab soalan dan menerangkan satu persatu.

Bagus betul minah tu.


Ini kawasan di mana Jose Rizal di tembak mati. Nak masuk tempat ni kena bayar. Gila. ! Padahal boleh je tengok dari luar. Nasib aku tak terkena sebab nak gi ambik gambar. Grace kata dia orang ni kadang kadang melampau lampau, benda tak de apa tapi semua chargeable

Bendera Philippines

Dan tarikan utama di Luneta Park ni tentu la Rizal Monumen ni.


Kawasan ni guarded so tak boleh nak pegi dekat.

Ada mat salleh ni sorang sibuk la nak pegi bergambar dengan tentera tu. Bengong. Dia cakap, dia nak suruh askar tu konon konon nak tembak dia. 

Macam macam la perangai dia orang ni.

So Rizal Monument ni lah antara landmark terkenal di Manila ni dan merupakan kubur Jose Rizal. Mesti pernah dengar nama Jose Rizal kan? Beliau merupakan National Hero negara Philippines yang menjadi tawanan Sepanyol yang menjadi orang yang menaikkan semangat rakyat Philippine untuk mencapai kemerdekaan.


Robin, Tanya, Grace & Patrick. Yours truly, (lari dari medan penggambaran)

bersambung...............

19 comments:

  1. huyuh, free tour? #untungla ko meng...terpaksa bookmark post ni mana la tau kot2 terpelanting ke manila kan hahaha!

    owh ko tak ckp ko muslim ke kat diorang? aku masa tak bertudung dulu, pi mana2 suh buat aktiviti sesat ke makan "boy" ke aku letak dua jari kat mulut patu letak kedepan, goyang ke kanan ke kiri and say "no to ah boy, i'm muselim, muselim" :D

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHA VAVIES SGT!

    aah, member sekupang gi sana, tgh town ni, bleh kena pau. siut tul. bagus la grace tu ada, senang skit if apa2 ye dak.

    hahahaha nak tergelak aku part lapu2 dari mesia tu. bleh bayangkan sume tgk ko, patu kuar sound effect "teng teng tengggggg" hahaha! tonggek gak lapu2 tu ek?

    ko patut ajak robin tu dtg mesia, patu kita suh mat rempit kendurikan dia. baru dia tau fucking dirty tu hape.

    la asik tgk mangkung ngan tempayan jer ker...aku kalo pottery ni tak brapa sgt, if local culture ke ape ke best skit.

    yours truly tu pi ngendap minah pinoy keeeeeeee *lariiii*

    ReplyDelete
  2. hahahha mesti la keluar nuansa black ko tu kan? aku patut try.

    aku x ckp sebab aku rasa aku berpakaian tak berapa sopan sgt.

    robin tu dah dtg malaysia mamat ni kaki desco desco

    kat muzium tu memang penuh khazanah mcm tu.. naik bosan aku.. khazanah dari kapal karam konon.. mangkuk hayun betul.

    sekian
    yours truly
    * baring kepenatan sebenarnya

    ReplyDelete
  3. lapu-lapu tu sepupu kepada moyang belah ayah aku punye anak kepada jiran nenek sebelah nenek mak aku abg meng... asal die org sekinchan. dikatakan juga lapu-lapu ni founder sekinchan ikan bakar tu.. bukan yg sekarang ni..

    *tepuk dada neelofa sambil nyanyi sabun di bilik mandi sabun....




    ReplyDelete
  4. kau kenapa gila??

    kalau aku tau aku ckp macam tu kat dia orang..

    "yeah i know lapu lapu... he is from sekinchan.. u know?? sekinchan???"

    * pastu kena bunuh dengan guard rizal park

    ReplyDelete
  5. Nama lapu-lapu tu adalah sangat kelakar, setahu aku org melayu zman2 dulu kala mana ada nama pelik2..(eh ye ke), yg pelik pun tok janggut, tu pn tak berapa pelik sgt, sebab janggut biasa org sebut muahahahahah

    Melihatkan museum tu, aku pun dapat rasakan agak bosan, aku p museum negara kite pun aku rasa bosan, so apakah motifnya melibatkan nama Chawanna di sini? hahahaha

    ReplyDelete
  6. ahhh....mungkin nama lapu2 ni diambil sempena kejadian orang mengejek..." laaaa.....booooo...laaaaa....booooo..." mungkin lapu2 ni pernah diejek semasa bermain bola dgn torres. Hurmm...

    *Taxiii...sekinchan pls.

    ReplyDelete
  7. He is also known under the names Çilapulapu,[5] Si Lapulapu,[6] Salip Pulaka,[7][note 1] and Kali Pulako (alternatively spelled as Cali Pulaco),[8] though the historicity of the names are disputed.

    SALIP PULAKA....

    kau mampu bernama sebegitu Balang?

    * tolak teksi langgar perut si Balang

    ReplyDelete
  8. aku rasa nama dia si lapu lapu pastu dia suka tukar tukar nama sampai la.... orang JPN ckp

    SARIP Pulak Ke???

    zasss.... mcm tu nama dia..

    * mengilai keluar emas permata

    ReplyDelete
  9. Ye la....mungkin sebutan pelat nak sebut jadik la salip pulaka..seb bek x jadik salip puaka???

    *keluar taxi tolong meng tolak...

    ReplyDelete
  10. Balang,

    time sekola dulu iols slalu kena ejek nama..



    sobss...


    ReplyDelete
  11. saya tau saya tau !!!

    * angkat tangan

    FIDO DIDO?

    ReplyDelete
  12. ahhh macam2 laaa abg meng...

    fido dido tu slalu gak la diorang pakai tshirt gamba fido dido hahahaha...

    yang paling slalu is, orang bawak tin biskut jacob...

    ekekeke... jahat giler kan motip bawak tin tu pegi skola...

    sentap tau iols.hahahaha

    ReplyDelete
  13. abg meng...
    sila buat entry baru dengan kadar segera.. jika gagal bersedialah dgn roh lapu lapu menganggumu..

    *cabut skrew tayar airasia

    ReplyDelete
  14. tu la FJ sekolah internasional.. budak2 sekolah kampung makan biskut merry je.

    JG :

    "bersabar la Nak... masanya pasti akan tiba" ujar diri ku....

    ReplyDelete
  15. FJ

    kan lengkap tu. uols beskutnya. dey-ols bawak tinnya...well...weols tukang makan...

    *meng! jom lari..

    ReplyDelete
  16. nom nom nom

    nak lari ke belah mana ni? mulut aku penuh ni....

    ReplyDelete
  17. patut ko ckp "i dont know who d hell lapu2 or kupu2..but jose rizal is my step father"

    *g kedai hardware beli skrew tayar sedekah kt airasia

    ReplyDelete
  18. Hi bro.

    Nice story about yr trip
    I pon gatal2 la book gi clark on march next year...single mingle je pergi. sampai clark tengah malam like U.
    Hostel u stay kat makati tu ape name....dari lst bus station naik teksi ke hostel tu jauh? brape peso? nak follow yr instruction trip je lar....

    ReplyDelete
  19. * baling screw driver ke arah AJ.

    DD : hostel tu nama dia OMP. Aku sugest kau duduk je tune Hotel. Lebih selesa. Makati from SM Megamall dgn pasay kalau malam baik dari pasay je.

    ambik meter teksi. kena dlm rm11 je ( check balik entry aku lupa berapa peso)

    good luck and have fun !

    ReplyDelete