Pages

Monday, October 22, 2012

VIII : Dejavu Di Sydney - Sydney City - Univ of Sydney - Ferry to Manly

 Lega akhirnya dapat naik train balik ke Sydney.

Aku nak cuba cuba balik ke Sydney awal sebab aku nak pegi tempat lain pulak.

Dalam otak aku ni, aku fikir nak pegi ke University of Sydney.


Biasa kalau aku pegi mana mana, ada university best best aku suka pegi tengok. 

Saja pegi melawat tengok tempat orang. Mengimbas kembali zaman zaman muda waktu study dulu. Dan kebetulan pulak di Sydney ni memang aku tau ada university yang best iaitu University of Sydney.

Apa yang menarik di sini?

University of Sydney ni merupakan university tertua di Australia dan kalau ikut ranking ianya no 3 di Australia. Apa yang lebih menarik, sebagai university tertua, bangunannya mengabungkan ciri ciri dua universities utama dunia iaitu Cambridge dan Oxford !

Fuh. Mesti la best. So aku nak la pegi usha. Tapi cemana?

Kalau ikut wiki guide aku, macam boleh turun dekat train station Newtown yang akan di lalui on the way balik dari Katoomba ni. So aku fikir, aku nak berhenti je la nanti dan menapak ikut suka hati.

Boleh try kot. Macam biasalah, aku kan suka congak congak sendiri. Yakin boleh !

Sebelum tu layan dulu pemandangan di perjalanan dalam train.

Rumah rumah di surburb Sydney

Ada masjid

Sepatutnya train station Newtown tu tapi ntah kenapa maybe train ni express kot, dia tak berhenti di mana mana stop pun. Aku bingung gak la kejap then fikir, tak pe lah. May be tak de rezeki.

Balik terus ke Central Station.

Central Station (dalam)

Central Station (luar)

Ntah exit mana aku keluar aku pun tak tau, tup tup aku nampak macam banyak bas tepi tepi jalan. Check punya check rupanya Railway Station Rd. Tempat di mana banyak bas mengambil penumpang.

Aku fikir, mesti ada bas pegi ke University of Sydney. Rasanya masih ada harapan nak ke sana. Cuaca pun masih cerah lagi ni.

So tak fikir banyak, mula la riki bas. Tanya driver bas satu persatu.

"Are you heading to University of Sydney?"
"No Man.. This one going back to CBD"
"Oh"

Hampa.

Dekat 3 drebar bas aku tanya semuanya bagi jawapan yang menghampakan.


Masalahnya, bas stop tu ada di kiri kanan jalan. Dan situ ada 2 jalan yang agak besar. Fikir nak cross jalan ke, apa ke. Tapi aku cuba jugak. Cross ke belah sana tanya dan cross balik ke belah satu lagi tanya drebar bas.

Akhirnya baru la dapat jawapan. Drebar bas tu cakap, semua bas yang menuju ke Paramatta Road tu akan pass University of Sydney termasuk la bas dia.

Oh. Gembira di hati bukan kepalang.

Aku tunjuk day pass aku dan berdiri dalam bas. Agak penuh bas tu. 


Bila bas bergerak tak sampai pun 10 minit, lepas 2 traffic light je then aku nampak sign, University of Sydney.

Laaa...

Dekat beno.

Tapi aku tak berani nak turun sebab macam was was. Drebar bas tu pun macam tak ingat je. Sampai dah jauh sikit baru la aku tekan loceng. Turun dan buat muka macam student.

Student tua.

Kiranya aku turun dah area jauh sikit so kena menapak balik semula. Nampak gate masuk aku masuk la ikut laluan dalam university. Dalam fikiran cuma nak cari bangunan Quadtrangle yang famous tu.

Akhirnya nampak !

Tapi aku datang dari arah belakang.

* mati la mendatangi dari arah songsang


Sydney University is Australia's oldest tertiary institution, and the main quadrangle building you see before you is one of the original buildings which survives today.

Walk up to the tower and look up, then turn around and view the vista down into the neighbouring Victoria Park and towards the city. The tower you are standing in front of contains one of Australia's two carillons (the other is in Canberra, Australia's capital city). At lunch times and in the afternoons you can sometimes hear it being played. Walk into the quadrangle and admire the architecture, which is modelled half on the University of Oxford in England and the other half on the University of Cambridge in England.

While you are here, take the time to visit one or more of the University's museums. If you are standing in the middle of the quadrangle, facing away from the main tower you came in, to your left inside the building before you exit the building on that end is the Nicholson Museum [61], a museum of archaeology and history, which contains a number of Graeco-Roman and Egyptian antiquities and is well worth a visit. To your right, in the tunnel and up the stairs is the University Art Gallery [62] containing samples of the University's 3000-odd art collection. Further to the right, in the neighbouring building across Science Road is the Macleay Museum [63], a museum of natural history with a fascinating insect collection. All of these close at 4:30pm on weekdays, so choose wisely and be prepared to come back on another day if you would like to visit more.


Kiranya bangunan dia agak lawa dan mengabungkan senibina lama dan moden. 

Hari menjelang petang, tak nampak ramai sangat student. Lagi pun hari sabtu.  Aku melilau lilau depan bangunan Quadrangle tu. Macam ada orang buat wedding photoshoot.

Tapi cool jugak ler tempat ni.

Puas hati aku dapat tengok sendiri.


Tengah aku melilau lilau macam kucing tak tentu arah, aku nampak la sorang minah Cina ni berjalan. So aku pegi dekat dia dan tegur dia.

"Excuse me. Where is the bookstore?"
"What kind of bookstore are you looking for?"
"Hmm actually I am looking for some college merchandise, something like, t shirt....."
"Oh.. I dont think it is still open right now"

Dia tengok jam.

Aku dah kehampaan. Jam dah lepas pukul 5 time ni.

Pastu borak borak kejap then dia tanya aku.

"Where are you from?"
"I am from Malaysia"
"Really? I am also from Malaysia"
"La... ya ke?"

Amoi Cina dari Malaysia rupanya. Hahahaha. Pastu terus sembang borak cakap Melayu. OK jugak la dia.

Dia buat master kat situ. Dah 2 tahun. Hujung tahun ni balik la dia kata. Borak borak sambil jalan sebab dia nak tunjuk aku bookstore tu. Sambil sambil tu dok layan tengok bangunan kiri kanan sepanjang Eastern Avenue tu



Bookstore memang tutup. Musnah harapan sama sekali. Tak de rezeki.

"Where should I wait for the bus?"
"Where are you going?"
"Hmmm Circular Quay?"

Minah ni bawak aku ke bus stand. Pastu kebetulan ada bas lalu, terus dia tahan. Dan tup tup aku salam dengan dia then terus aku naik bas tu.

Bas pun bergerak. Then aku fikir.

Eh. Aku nak jalan balik ke bangunan tadi, apsal aku dah dalam bas ni?

Begitu la terkesima rama sebab syok sangat berborak dengan minah ni. Hahahahaha.

Bangunan di CBD

Malas nak turun balik, duduk je la dalam bas dan tak sampai 20 minit aku dah sampai ke Circular Quay dah.

OK. Maksudnya aku nak kena pegi tempat lain lah.

So aku plan nak naik ferry ke Darling Harbour. Nak utilize free pass aku ni sehabis mungkin. Kalau tak macam rugi jugak tapi aku ni dah kira untung banyak ni.


Sampai kat Circular Quay tu, aku terus jalan ke wharf yang ada. Aku tanya minah kat kaunter tu.

"Can I use my day pass to Darling Harbour?"

Aku tunjuk tiket aku, just nak make sure.

"Yes. Gate no 5"

Macam tu je dia jawab dan aku pun nonong nonong terus ikut gate belakang kaunter tu. 

Kebetulan, ada ferry dah nak bergerak. So gate dah nak di tutup, cepat cepat aku lari dan masuk atas ferry.

Ferry mula meninggalkan dermaga

Lepas ferry mula bergerak meninggalkan wharf tu baru aku realized, aku naik ferry di Wharf  3 !

Aiya....

* tepuk dahi.

Ferry ni nak pegi mana ni? Mampus aku kalau kena culik? Kena hantar ke Zoo? Jadi penjaga Zoo? Pastu tak leh balik? Tersangkut mana mana? Kena jual buah pinggang? Kena jadi pelayan hotel?

"Tolong !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

 
Sepatutnya kalau ke Darling Harbour, ferry akan lalu bawah jambatan ni ke belah sana

Nampak orang buat BridgeClimb tu? Waktu maghrib adalah waktu paling mahal untuk mendaki. Satu set  climb trip akan ada 14 orang mendaki

Tapi aku relaks je lah. Aku masuk balik tanya pegawai atas ferry tu dia kata ferry ni sebenarnya menuju ke Manly Beach.

Aku tak de plan nak ke sana sebab aku fikir hari dah petang. Tapi tengok view macam menarik je dari atas ferry ni waktu senja senja begini.

Cool. Cool. 

Menikmati keindahan suasana. 

Lagipun aku ada day pass. Cuma aku mungkin buang masa naik ferry ni.

Sydney Opera dari atas kapal

Oh. Agak indah

Then aku rasa view dia agak lawa. 

Accidently sesat tapi aku berada di momen momen agak indah.

Jadi aku terus je layankan perasaan. 










Pose pose sendu atas bot sambil menahan kesejukkan yang melampau.

Nikmati apa yang ada, yang lain lain nanti aku fikir kemudian.

bersambung............

7 comments:

  1. Ko ni dah kenapa meng, asyik tersalah je hahahahahha..tapi takpe, walau tersalah naik ferry skali pun, ko tetap dapat gambar sunset paling cung bersubjectkan sydney bridge gitew...

    p/s: aku nk try la p jalan2 kt university Malaya..kot2 la ada yg menarik nk tgk..ko tak nk pegi meng? tak nak? hahaha

    ReplyDelete
  2. aku beli day pass gak, patu blasah naik turun feri sukati mcm abah aku yg punya hahaha! cantek moment ko kat sana, maghrib2. kitorang patut lepak tgk bungapi (setiap sabtu) tapi kang menggagau plak cari bas balik msian hall. bertabah jer la balik...

    ReplyDelete
  3. lawa sgt ke meng amoi tu? smpai tersyasyul ko naik bas padahal nk jalan kaki katanya

    hiks

    ReplyDelete
  4. BE : UM?? hari hari aku lalu.. x nak pegi pun kena pegi jugak. hahahah

    Biqque : bila nak start entry sydney ko ni?

    AJ : lawa lite lite jer..

    ReplyDelete
  5. allah entry vietnam pun tak start lagi niiiiii...sonok baca cite ko sampai tetiba baru nak rasa best kat sydney tu hahaha!

    ReplyDelete
  6. Bestnya opera house sydney ni abg meng,,

    iols fefeling sgt nak pergi.. arghh how la nak pergi... tapi iols kena pergi...

    bukan janji, tapi pasti. hahah.. gittew.

    ReplyDelete
  7. pegi sahaja. duit FJ kan banyak.. tu la sapa suruh suka shopping online.

    * lari.

    ReplyDelete