Pages

Wednesday, October 17, 2012

III : Dejavu Di Sydney - Sydney City Walk - Mrs. Macquarie's Chair

So kenapa nak kena ada di tempat ini?

Jawapannya satu je. Kerana view dia.

Mrs. Macquarie's Chair, a large sandstone bench cut into the rock, reputed to be where colonial governor Lachlan Macquarie's wife sat watching for ships from England. This headland offers the most iconic photo opportunity in Sydney. Make sure to climb up into the sandstone caves and take in what must be one of the most beautiful views of any city in the world. If ever there was a place that made you feel like you are standing inside a postcard, then this is surely it.

Postcard view

Sejuk ni

Manly dari jauh


Sydney City dan Botanical Garden

Sydney Opera House


Actually cuaca menghadap matahari jadi nak ambik gambar pun silau. Tak pe la. Lepak lepak kejap sini, usha apa yang patut. 

Nak tahu mana satu kerusi yang di maksudkan tu?

Ini dia si jali jali

Maknanya di sini, bukan la kerusi seketul. Tapi tempat ni adalah bukit yang telah di tarah sikit dan di buat macam podium boleh duduk sikit dan menikmati keindahan alam.

OK lah view dari sini. Angin pulak sepoi sepoi bahasa Tamil menerjah ke muka.

Ambik port dan lepak dulu kejap. Layan rokok adalah sangat indah rasanya.

Ini view betul betul bawah batu

Ni la kerusi nya. Celah batu

Silau mata. Kalau petang sikit or senja lebih cantik kot

Lepas beristirehat kat situ dan tolong jadi tukang ambik gambar untuk orang lain. Menapak la lagi ke arah Sydney Opera House tu. 

Ada laluan tepi tepi tu melalui tepi teluk ni.

Jalan tu akan masuk ke dalam arah Botanical Garden tadi tu. Tapi barang di ingat, gate tu tutup pukul 6. So kalau lepas pukul 6 kena patah balik pusing ikut laluan aku datang tadi. 

Sebab belum pukul 6, boleh la masuk dan jalan terus.

Actually aku nak bagi tugasan kat Biqque bagitau tulisan yang ada kat kerusi ni, tapi tak sempat. Kat kerusi ni ada tulis 'dedicated with love to my mother by her son. Together in this beautiful place'

Ada lagi orang kawin. Sekali lagi "Hoiii, kenapa tak jemput aku?". 


Akhirnya, Sydney Opera House berada di depan mata.

Dan kini dejavu betul betul menjadi realiti.

* kelip kelip mata tak percaya.

Oh. Terimbau kenangan lama. Cinta tak berapa nak mekar di Kota Sydney ini. Aku teringin sekali nak cari dia dan jumpa dia di sini. Aku pun ingat ingat lupa apartment dia kat mana. Tak pasti apakah dia masih di sini atau sebaliknya. Tak pe lah. Tu semua cerita lama. Cinta monyet, kera dan ungka.  

Opera House pernah jadi lambang pertemuan dua hati.

Cuaca sejuk beku macam ini seolah olah sama seperti waktu pertemuan itu terjadi.

Semuanya seperti berlaku lagi.

Betul betul terasa dejavu di Sydney.



Kau muncul di depan itu
Tika aku mula melupakanmu
Kini ku dalam pertama
Seperti dejavu kau pun tahu

Tanpa ada penjelasan
Kau datang dan pergi
Aku cuma mainan
Cinta ku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki

Kau pergi sekali lagi
Tika aku mulai mengharapkanmu
Cintaku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku milik

OK. Drama sikit sikit je. Usah di kenang cerita lama. 

Ingat Meng, kau dah tak berapa hot macam dulu. Ingat tu ! Sekarang dah berteritip dan berkulapuk sini sana.

* seka air mata

Kalau ikut panduan wiki tu, dah abis trip ni satu hari !!! 

* pengsan.

Aku jalan tak sampai setengah hari. Baru berapa jam je ni. Tolak sesat barat tadi semua. Menaip pun kat sejam entry ni dan korang baca berapa lama?

10 minit?

* pengsan sekali lagi.


Overall perjalanan. 4.9 km jalan kaki.

Tapi perjalanan hari pertama tidak tamat di sini. Hari pun belum malam lagi. Kus semangat.

* urut dada Noreen Noor.

bersambung.................

17 comments:

  1. Amboi ko menggggg, banyak benor skandal, merata alam kt Sydney pn ada skandal! kelas uolsss hahahaha

    Arghhh kenapakah aku tidak mengetahui tentang kerusi ituu..sedangkan aku ada je melepak dikawasan berkenaan ketika dan waktu itu..cissssss!! Dah la cantik viewnya..ayoyoyooo

    ReplyDelete
  2. bak kata biqque..

    pastikan ada part deux !

    dulu ada la skandal. skrg sandal pun x mampu...

    ReplyDelete
  3. gile la ko meng...jalan dekat 5km...mau kena betis besor cam gajah kalau aku nak wat cam ko ni...aishhh kena gigih naik tangga camni...

    ReplyDelete
  4. ni belum abis hari pertama lagi.. nanti kau tau la.. tengok betis pun rasa betis macam dah hilang..

    ReplyDelete
  5. haaaaaaaa tu la ko, kasi assignment lambat sgt! cis!

    motip urut dada noreen noor? baik ko urut dada ziela jalil! hahahaha!

    cantik weh view dari kusi batu tu...haih...

    scandal?? i loikeeeeeeeee! sila adakan cite scandal lagi dan lagi demi menjaga hati peminat walaupun ko dah berkulapok dan tak hot ye...hahahaha!

    ReplyDelete
  6. bukan noreen noor punya lagi besar ke?

    ke tak?

    hahahaha

    kau pegi x kat kerusi ni?

    patut aku tinggal note kat situ.

    'biqque. aku keje satu opis dgn kau. agak agak kau pengsan x kat situ?'

    * lariiiiiiiiiiii

    pb... idok ler sampai 5 kilo nya. lemak dah mcm dah tepu

    ReplyDelete
  7. Hamboih mata abg meng, noreen noor sajork

    lelahnya jalan byk2 ni... mesti ai pengsan kalo asek berjalan sajork...

    tp kalau tgk cite2 abg meng ni memang sokmo je jalan kaki from one place to another. goodd.. hehe

    ReplyDelete
  8. ya la. aku nak jugak body altac lansing mcm FJ..

    tapi nan hado dah.... dah mcm tong gas bergerak pun ada ni hah...

    ReplyDelete
  9. APA??? *teng teng tenggggg mcm cite p.ramlee*

    KO SATU OPIS NGAN AKU??? *teng teng tenggggg*

    *pengsan bangun balik pengsan bangun balik pengsan terus buat2 tak bangun*

    takkkk! aku tak gi situ pun, aku gi watson bay ngan darling habour ngan garden island jer. cit!

    eh...noreen noor nyer bsr lagi ek? aku tingat ziela jalil dlm cite raja rimba jer hahaha!

    wow altec lansing! kitorang masih ada lagi speaker tu, masih elok, sedap! pergh...

    ala ko baru 5 kilo jalan, aku jalan 10 kilo tau kat jepun! mati la...

    ReplyDelete
  10. tong gas kire slim lg...jgn tong drum...

    ehh....meng ko jenjalan xde org tgk ko ke?

    ReplyDelete
  11. Abg meng jalan byk2 kilo kat sydney ni balik ade timbang ke tidekkk...

    hahaha.

    ReplyDelete
  12. noreen noor laa...ziela jalil laa..

    malek noor tanak ke??

    *lariiiikk duduk kt kerusi celah batu ittew!

    ReplyDelete
  13. woish pegi wilson bay tu... bagus bagus. aku nak tunggu entry tu.

    * pegang dada noreen sekali lagi sebab berdebar dup dap dup dap.

    so dpt tak jumpa watson nyambek? ke dpt discount card Watson? Hahaha

    Balang - sapa nak tengok aku? sapa tengok aku, aku tengok dia balik...

    FJ - turun. 2 kilo sahajok... * rebah tepi penimbang.

    AJ... Jalil Hamid nak?????

    * lari keliling kota

    ReplyDelete
  14. Ye la ko kan pakai spenda merah kat luar...xkan xde org tgk???

    ReplyDelete
  15. kira ok la tu, sekupang ckp dia nak pi, aku bgtau dia yg mmg ko ada suh pi pun, so molek benar la tu dah sama2 ada dlm itinerary...tungguuuuuu! *matila kasi harapan*

    tak sempat jumpa watson nyambek sbb bot laju sgt! kad watson dah ada :D

    ReplyDelete
  16. hahaha...last year terjebak keluar lepas pukul 6. So, terpaksa keluar ikut main gate...Adoi rasa nak repeat Sydney balik...By the thanks on tip for Hard Rock Phuket...

    ReplyDelete