Pages

Wednesday, September 5, 2012

Rumah Terbuka Janda Hot

Aku ni memang tak suka pegi acara acara ramai orang. 

Cepat pening. So baik acara kawin kawin. Open house ke apa apa lah memang aku akan elak selagi boleh elak. So tak perlu jemput aku. Bagitau je tak per.

OR kalau ajak memang aku cakap NO NO. Nak pegi, pegi sendiri. Kalau member member aku pun, selagi aku boleh elak aku memang tak pegi. Open house office pun aku malas nak pegi !

Ya. Aku kan anti sosial.

Hahahaha.

Tapi masa balik dari rumah IH kelmarin, on the way tu, CP ajak pegi open house client dia di Janda Baik. Fikir fikir, elok jugak tu. Perut pun lapar. Sekali harung jer. Lagi pun aku terlebih teruja sebab nak pegi melawat Janda Yang Baik !

Mana tau Janda tu hot ke kan????

CP called orang tu tanya nak bawak rombongan Cik Kiah sama, then dapat green light dari client CP, maka dengan itu, berbondong bondong la kami menyinggah dengan muka tak malu untuk acara...................................... melantak dan membaham tanpa pedoman !

BW kat belakang membuta. Bila nak sampai je, terus aku kejut dia dan dia gelabah la bangun dengan keadaan huru hara.

Kami pegi open house di....

Kau mampu open house di hotel?

Macam jauh jugak la ke dalam dari exit Genting Sempah tu.

Excited jugak sebenarnya sebab aku tak pernah sampai ke sini. Memang ada hati nak bawak OR dan Hero lepak lepak bermalam di sini, so kebetulan boleh la singgah dan riki apa yang patut.

Welcome walaupun sebenarnya tak di undang

Tempat makan

Sampai je CP jumpa client dia tu dan kami terus di persilakan makan.

Apa lagi, perut dah bergelora belasah je lah. Makanan yang terhidang. 

Ada ketupat dan lemang

Kambing, mee kari, laksa dan nasi minyak. Sebab aku tak makan kambing dan ikan so makan mee kari dan nasi minyak saja menjadi pilihan. Ada jugak nasi arab, sate dan lain lain.

Dessert dan pulut mangga pun ada

Lepas makan lepak hisap rokok dulu

CP sibuk borak dengan client dia, GBS yang lain sibuk melantak. So kami spend masa makan dan mengisi perut.

Verdict?

Orang jemput free kan, motip aku nak cerca. Hahahaha.

Anyway, food wasnt good as aku expected. Biasa biasa je. Nothing interesting. Mungkin sebab open house la. Kalau in house guest tak tau lah pulak rasa dia. Tempat dia pun macam biasa, OK jugak la. Frust jugak sebab tak bawak DSLR. Ambik gambar pakai iPhone saja.

Lepas tu kita orang pun buat muka tak malu berkeliaran di kawasan sekitar hotel.

Pool dia

Cool gak la. Tempat baru so nampak best lagi

Actually aku pernah terdetik nak datang sini, tapi tak jadi. Now dah datang. So aku rasa kalau untuk jalan jalan tak dah kot. Kalau ada seminar ke, kerja ke apa, may be lah. Macam tak de apa yang menarik sangat di sini sebenarnya.

Layan gambar lagi.

View, lobby dan sebagainya

Kawasan sekitar hotel

Lepas dah petang, perut pun dah kenyang.

Kita orang pun nak blah. Sekitar kawasan Janda Baik memang ada few tempat yang menarik especially untuk aktiviti explorace atau outdoor activity yang lain. 


Sempat jugak kami singgah di sungai berhampiran usha apa yang patut.

Ada rasa nak mandi?



Tempat biasa biasa je.

Tapi kalau nak lari dari hiruk pikuk kota dan dah tak tau di mana tempat nak di tuju. Why not?? Boleh jugak la tenangkan minda dan legakan urat saraf.

Lepas tu kita orang terus blah balik KL. BW pun dah start sambung huru hara kat belakang macam pompuan berpantang.

Sampai KL terus macam nak pengsan kekenyangan.

Thanks to CP dan pihak Cherengin Hills Resort & SPA ni.

Tapi aku tak jumpa pun kat mana SPA dia tu !

Mood raya, bagi lagu raya seketul. Nah !



Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

8 comments:

  1. #untungla ade janda utk dibuat layan. kekeke. anti social? x bestnyaaaa!

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh jauh nyaaa p open house... nampak cam resort baru.. bley laaa p terjah pool pun nampak memberangsangkan ehhhh

    ReplyDelete
  3. mcm x best la lidia...

    tapi kalau nak pegi ok jer

    ReplyDelete
  4. We all pun ada pegi Cherengin Hills hari yang sama dgn uols... tp smpai lambat skit.. owner dia tu cousin i.. smpai2 makanan dah tinggal skit.. hampeh! ni mesti keja meng and and gbs! hehehhe...

    ReplyDelete
  5. LZ : Oh.. sedara ke? aci dpt diskaun tak?????

    ReplyDelete