Pages

Saturday, September 29, 2012

Jom Celebrate : GBS Food Galore : Rumah Asap

Kami ada acara iaitu nak celebrate birthday IH yang jatuh pada 2 minggu lepas.

IH pulak setiap hujung minggu sekarang ni balik kampung teman mak dia so malam dia balik KL terus la kita orang paksa dia ajak jumpa. MH ambik BW, dan CP macam biasa datang dengan buah hati terbaru usang dia. Aku drive sendiri sebab ada acara keluarga siangnya.

OK lah. Potong cerita panjang jadi pendek. Maka kami GBS akhirnya berkumpul di lokasi pemilihan.

Lokasinya mana uols????

Rumah Asap di Telawi 3. Dekat dengan Bangsar Village tu.

Jom masuk.


Nama restorannya The Smokehouse. Terletak di antara Madam Kwan dan Chawan di Bangsar tu. Kenapa memilih restoran ni?

Jawapannya. Saja suka suka. Hahaha.

The Smokehouse ni merupakan restoran yang menyediakan makanan Western dan Ala Thai. Kalau biasa pegi ke Smokehouse di Fraser's Hills dan Cameron Highlands tu, ya, mereka adalah satu geng.  Semuanya boleh di lihat dari segi setting dalam kedai yang mengutarakan style Inggeris lama.

Tengok ni.


Tak cukup?

Hah. Tengok ni lagi.


Boleh la nak feeling feeling dalam ni sebab tak ada ramai orang. Kira OK lah. Nice cozy spot dan even aku merokok pun, kami di beri meja dalam kedai. Tak de la melepak kat luar.

IH muncul lewat sikit, biasalah dia jem di Karak sana nuh. 

So bila semua dah berkumpul, apa lagi. Order ler.. Usha menu dulu.


Macam aku cakap, restoran The Smokehouse ni ada western dan Thai. Dan Chef untuk masakan Thai ni adalah bekas Chef di restoran Thai terkenal Rama V di Jalan Ampang tu. Aku pernah makan di sana, jadi semestinya aku rasa worth to try di sini.

Order. Order. Jangan segan dan silu.

Selepas acara mengorder di lakukan, semua manusia pun dah berkumpul. Jadi, acara pertama adalah pembahagian harta rampasan perang.

Budak budak GBS ni kan payah jugak nak jumpa sebenarnya, so kesempatan ni, semua barang yang di simpan kena la bagi bagikan terutamanya barang dari balik travel. Dan aku pulak, biasa kalau balik dari mana mana memang bagi kat BW dulu suruh simpan. So di kesempatan ini baru la kami agih agihkan mana yang sepatutnya di agihkan.


Macam macam la sampai dah tak ingat sapa punya. 

Apa apa pun setelah majlis pembahagian harta rampasan perang selesai, air pun sampai. Tengok dulu menu air yang telah di order.

Lebih kurang je semua air. Harga air dia mahal sikit rasanya. Set set air buah macam ni dalam RM10 segelas. Tapi rasa OK lah. 

Aku memula order air masak je konon nak jaga suara. Tapi tengok bebudak ni belasah air sedap, aku pun tak melepaskan peluang, order air yang sama.

Acara ambik gambar pun tetap la berlangsung walaupun suasana malap malap. Dalam kedai tu panas sikit dan waiter situ tak tau la bangsa apa, aku suruh kuatkan aircond dia pegi tutup pulak ekon tu.  Ciss..  

Minum dah sampai, harta pun dah bertukar tangan, lepas tu, makanan tiba. Ayuh lihat dan saksikan.


Tengok?

Aku je yang order Western. Dia orang ni semua belasah makan makanan siam. Semua makan Nasi Goreng pulak tu. Oh. Kecuali BW. Tapi makanan ni nama je ada pemilik, lepas tu bersilang silang cross meja. Orang tu rasa yang ni, orang ni rasa yang tu. Tak diam pinggan tu.

Tapi janji semua boleh di rasa.

BW makan Spaghetti Carbonara. BW kata sedap. Aku rasa pun sedap. Semua yang makan cakap sedap.

Nasik Goreng Belacan ( bawah spaghetti tu). Itu CP punya. Memula dia kata masin tapi lepas dia gaul gaul, not bad la. Boleh tahan. Yang ada telur tu Nasik Goreng Ketam. IH punya. Sedap ! Rasa dia macam Nasi Goreng kita orang belasah makan masa kat Koh Lipe yang pegi bertenggek kat kedai pakcik tu pagi petang siang malam sebab nasi goreng dia yang sedap. Dan atas tu MH punya. Nasik Goreng Pineapple. Boleh tahan la sedap dia. Dan western tu biasalah, abang kan orang Italy. Harus la makan makanan makanan yang ruji sahaja.

* curah mushroom sauce atas kepala.

Tapi !

Bukan tu je makanan yang ada. Ada lagi.


Nampak atas belah kiri tu, actually Mee Goreng Belacan tu. Dia salah hantar CP punya, CP mintak nasik. Bawah tu Noodle apa benda ntah, gofren CP punya. OK la, macam sizzling sizzling skit. Tapi banyak la sayur dan seafood semua ada. Dan belah kanan tu paling sedap.

Udang masak chili.

Sedap gila. Dia orang cedok ni makan dengan nasik goreng masing masing. Pergh.............. Chicken Maryland aku tu pun boleh tolak tepi. Serious sedap. Kuah dia tu walau pedas tetap ler aku ceduk dan hirup.

Marvelous.

So, overall, meals masing masing adalah inzal.

Tapi kami ada pencuci mulut. Jangan lupa.


BW tu kalau dah kamps.. tetap dia nak makan Mangga Pulut. So dia order. Aku jamah sikit je. Mangga tu bagi aku sedap. Hahaha.

MH dan IH cakap pulut tu sedap. Actually memang sedap pun. So Pulut Mangga adalah double marvelous.

Bawah tu pulak, well.. abang kan orang Italy. Italy kan berjiran dengan  Perancis, jadi... abang pun order la.. Creme Brulee.

Verdict?

May be aku kenyang sangat dah kot. Hahahaha. Not bad la. Tapi still rasa kat Italianese tu lagi sedap. So aku paksa MH habiskan.

Korang tau, since last kita orang jumpa dulu, MH telah diet dan kehilangan berat badan sebanyak 6 kilo !!!!

Serious tak tipu. Muka dah runcing, perut dan kempis. Apa rahsia nya??

Well. Tak leh bagitau sebab lepas ni aku nak try pulak. Hahahaha. Kalau aku kurus baru aku war war kan kepada semua. Hiks....


So acara makan makan selesai, maka acara borak borak pulak sambil cungkil gigi.

Bagi meraikan birthday boy, acara potong memotong kek berlangsung selepas itu.

Kami serentak  memecah kesunyian bernyanyi riang lagu Happy Birthday kepada IH dengan suara buluh perindu menusuk kalbu.


Kek di buat oleh BW.

Dah di sorok siap siap dan di berikan kepada orang kedai tu. 

* mati la macam la IH terkejut pun.  Dah sah sah semua orang celebrate macam tu gaya nya.

Apa apa pun, lihat tangan rakus menghunus pedang samurai dan memotong kek kepada para peminat yang separa terbongkang kekenyangan.


OK. Dia orang makan lagi, aku dah tak larat. Dah kenyang.

Sambung borak lagi la lepas tu. Macam macam update dan al kisah. 

Pastu bayar lah.

Harga makanan semuanya..


"Bayar ! Bayar !"

* kutip duit keliling meja.

Hahahaa..

CP yang bayar dulu, pastu baru kita orang bayar kat dia kecuali birthday boy. Pastu dia orang pakat potong kek bawak balik. Aku je tak nak. Abang diet.

* matilah padahal dah terbongkang kekenyangan.

Overall, food bagus. Kedai OK. Ambience OK. Lepak time pun OK. Semuanya OK. Next pertemuan adalah birthday gofren CP awal bulan depan, tapi time tu aku ada trip, so nanti di lanjutkan mungkin sekali dengan birthday MH jugak.

Itu saja.

Kami bersurai lepas tu, then aku jumpa signboard ni aku dok tenung lama jugak la. Aku fikir.... 


Biar betik.

"Hoi kanak kanak ! Aku nak beritahu ni, ada makan percuma di Chili's !"

3 comments:

  1. Hehhee...

    Ai di kedai sebelah time neh. Hahhaa. Yakin sajork. Di CHAWAN...

    Btw, nak kurus ke abg meng. Senang jah.. Jgn makan nasik. kate org italy... hahaha...

    dari,

    FJ yang dah hampir setahun tak makan nasik...

    Tapi tetap la ko tak kurus ponn.

    Kbye.

    ReplyDelete
  2. bagitau john/danny

    dia kan kanak2...

    fj.. x makan nasik tapi bedal pizza.. cemana?

    ReplyDelete