Pages

Friday, August 17, 2012

20 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Ustajah-Nyah Pilihan - Al Udang Ibni Macaroni Ibni Cheese Darul Takzim

Assalamualaikum semua. Jawab salam ustajah-nyah pilihan ni kuat2 ye tak boleh dalam hati sebab ustazah ni menjerit dengan skala 7 maka wajibulrannah korang jawab dengan 7 harakat gitu.

Maka anak2 semua ketahuilah bahawa ustazah sekarang ni sedang sakit tenat membawa penyakit buatan orang. Maka masuk kita ke alam mistik sekejap bahawa adapun kes pembuatan orang ni dijangka di ramal akan dapat diubati dalam masa tak sampai 2 minggu lagi. Maka anak2 ustazah yang amat dikasihi sila doakan kesihatan ustazah sekarang. Ustazah dah bosan duduk melepek di katil nak dekat 9 bulan ni. Tapi kita kenalah bersyukur sebab tu semua adalah kifarah kepada dosa2 kita. Ye ustazah pilihan dulu sebelum menjadi ustazah pilihan adalah seorang aktor film blue peringkat planet di dunia. Tapi anak2 kena iman tu tak dapat diwarisi maka keinsafan pun datang bergolek maka datanglah ia selaju cahaya ke dalam sanubari ustazah untuk menginsafi. Alhamdulillah.

Oh sebelum ustazah masuk ke dalam ceramah tak bertajuk maka sama2 lah kita kembali ke tujuan kitta hari ni iaitu masterchoi malaysia!!!! Dengan lafaz bismillah ustazah mempersembahkan resipi yang diberi nama

AL UDANG IBNI MACARONI IBNI CHEESE DARUL TAKZIM!!!!

Sebelum tu ustazah persilakan masuk pembantu tukang masak ustazah yang 7 orang. Silakan cepat jalan.


Ya anak2 jangan terkejut sebab ustazah ni memang mengamalkan konsep 1 dunia maka semua pembantu ustazah di bulan ramadhan ni semua ustazah import dari korea sana. Maklumlah depa tak posa, lantak le depa nak rasa masin ke manis ke. Halal je bagi depa. Tapi sebelum tu semua dia orang ustazah dah mandikan wajib dulu. Yelah ustazah tak nak le ada kuman2 najis terlekat dalam makanan ustazah maka kena pastikan konsep kebersihan sebahagian dari iman itu terlaksana.

Pertama kali kena cari bahan dulu le anak2. Bahan2 semua kita kena beli kat pasaraya sana. Jangan dok mencuri pulak nanti haram le pulak hukumnya. Ustazah tak nak le makanan kita haram nanti menjadi darah daging kita.

Ok pembantu silakan ke pasaraya berkenaan bawa le kad kredit platinium ustazah ni.


Astagafirullahazimm riak riak tu. P.s: Jangan bagitau orang ye ustazah ada kad kredit plantium.

Bahan2 yang diperlukan.

1 paket macaroni ( rebus dan tos)


Note :tapi ustazah rasa kalo sekadar nk makan sorang dua atau 4 org, tak payah guna sepaket. Koma ko nak habiskan. Sikit je agak2 nak makan sendiri. Jangan membazir sebab tu semua amalan syaitan.

10 ekor udang buang kulit.

Note: ustazah guna banyak udang sebab ustazah suka. Hehe


2cawan susu cair.

4 keping cheese cheddar

1 cawan mozarella cheese

4 sudu besar butter.

Nota: ustazah guna buttercup


4 sudu besar tepung serbaguna

Note: ustazah guna adabi

1 sudu sos lada hitam

Note: ustazah letak 3 sudu.


Gula garam secukup rasa

Note: hari tu ustazah tak letak gula. Ustazah letak garam n serbuk perasa.

Cara2:

Cairkan butter dan masukkan tepung sepung serbaguna. Kacau sehingga sebati.



Kemudian, masukkan susu dan kacau sehingga sebati dan masukkan udang.


Kacau udang dan kuah hingga pekat. Masukkan cheddar cheese.


Lepas tu masukkan macaroni yang telah ditoskan. Kacau hingga sebati. Then masukkan mozarella cheese. Kacau dan time ni boleh rasa tawar ke tidak.



Kemudian, masukkan sos lada hitam. Rasa dan kemudian boleh cukupkan rasa dengan garam dan serbuk perasa n gula kalo nak.

Cara menikmatinya : letakkan dalam pinggan sebanyak mana ko nak makan. Then masukkan olive oil sikit dan lada kalo ko suka.


Serius memang rasa macam secret recipe tapi yang ni ko boleh lagi sedap ikut suka ko. Yelah ko makan kat sr tu udang dia limit. So letaklah sebanyak mana udang yang ko suka.

Amacam international tak ustazah punya resipi. Harus meleleh air liur korang.

Sat no!! Ustazah nak buat panggilan antarabangsa dengan suami ustazah

Halooo abang!!! Nanti masa melawat sila singgah secret resipi. Belikan saya Prawn Macaroni With Cheese.


Sila abaikan muka suami ustazah yang terkejut nak minta lempang ni. Ya begitu ustazah berpesan. Ustazah harap korang semua memanfaatkan

Oiii korang yang tengah melangut tu. Nak kemana tu. Dah makan tak reti nak basuh pinggan ke?


Ya gambar pembantu ni ustazah terpaksa kaburkan demi keselamatan. Al kisahnya takde passport nih!!

Ustazah nak amik kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Bermaafan2 le kita selagi ada kesempatan dan sila doakan ustazah selamat melahirkan anak pada minggu depan. Ustazah takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sebenarnya . Haha. Ustazah pun akan balik berpantang selama tiga bulan ke korea sana. Jadi selama tiga bulan dari sekarang jangan sesapa kontek ustazah nak jemput bagi ceramah le tazkira ke apa ke sebabnya apa korang tak tau ke bil tepon ustazah akan mencanak naik kalo jawab dari korea sana.

P.s Ni gambar doctor yang akan menjaga ustazah sepanjang ustazah berpantang kat korea sana. Amacam korang rasa neraka ke syurga pilihan ustazah ni.


Akhir kata sila undi ustazah . Kalo ustazah menang, sila emailkan alamat korang dengan ustazah. Ustazah nak antar jejaka korea yang merbelesssssssssssss untuk korang sepuluh sorang.
Ni contoh anak2 hayam ustazah kat sana. Korang boleh pilih mana suka dengan menghantar kod USTAZAH PILIHAN 0100 ke nombor 123456.




P.s Ni ustazah punya. Jangan rampas.

ASSALAMUALAIKUM!!!! AHLAN WASAHLAN dengan kata2 walaupun hidup seribu tahun kalo tak mandi apa gunanya.

5 comments:

  1. Motipp semua hero korea sinihhh.. iolss pernah jumpa mereka semuaaahhh di korea sanun.. gigih tau kejar retis ekekeke

    ReplyDelete
  2. hahahaha bengong! ustajah ni nak tunjuk cara masak ke nak tunjuk laki korea?! hahahahaha! tak bleh blah...

    tapi sedap nampaknya, terpaksa vote jugak!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya Ustazah....ingat zaman2 dolu...semoga segalanya dipermudahkan buat ustajah ya...semoga baby dan ustajah sihat2 belaka....selamat hari raya!!!! :)

    ReplyDelete
  4. err, hahahahahah... boleh tahan sarcastic tahap gaban jugak no pakcik meng nih 2 tahun lepas... hahahah...

    ReplyDelete
  5. Plain : ini bukan aku lah.

    ini budak budak havoc selaku penulis jemputan...

    gila ke apa aku nak minat mamat korea lak.. isk

    ReplyDelete