Pages

Wednesday, August 15, 2012

17 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Imam Muda - Ayam Perchek Halalan Toyyiban

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Bersama lagi dalam rancangan Dari Dapur Imam Muda. Ya hari ini ana akan tunjukkan kepada saudara saudari penonton di rumah sekalian, bagaimana caranya membuat ayam perchek halalan toyyiban. 


Sebelum itu,Halalan toyyiban ya saudara saudari, boleh definisikan sebagai suatu sumber rezeki/makanan yang bersih, elok dan halal . InsyaAllah.

Saudara saudari yang dihormati skalian, adapun bahan-bahannya untuk membuat Ayam perchek ini adalah seperti berikut.

AYAM

6-8 ketul ayam yang disembelih dengan sempurna.


BAHAN A

3-4 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
Sesudu besar belacan

BAHAN B

1 sudu besar gula Melaka/gula merah
1 sudu besar Asam Jawa
1 sudu besar Halba
2 cawan santan
½ sudu jintan manis.
Cili Kering yang diblend – masuk banyak kalau nak pedas
1 batang Serai dititik dan sedikit garam

Kos : lebih kurang RM 20


Pastikan bahan-bahan diperoleh secara halal. Ingatlah, jika kita makan dari hasil mencuri atau mengambil dari laman jiran sebelah tanpa pengetahuannya pun dikira adalah haram dan darah daging yang terhasil pasti tidak berkat.

Lagi satu ana nak ingatkan, pastikan dapur anta semua dalam keadaan bersih dan suci dari kotoran dan najis. Ingatlah bahawa syaitan sangat sukakan tempat yang kotor. Ok . kita Sambung. 

Cara Memasak :

Langkah 1 : Kisar semua BAHAN A menggunakan blender
Langkah 2 : Campur BAHAN A dan BAHAN B dalam satu bekas dan Gaul
Langkah 3 : Panaskan Kuali, Masukkan campuran tadi dan masak sampai agak likat sambil tambah air sikit
Langkah 4 : Masukkan ayam, tutup sampai ayam jadi Half-Cook. Tinggalkan atas dapur- perap dalam 2 jam


Langkah 5 : Bakar sampai masak – ikut suka dengan arang atau camna puntakapa. Ana pakai electric Grill.  Sekali sekala letak kuah atas ayam untuk elakkan terlalu kering

 

 

Alhamdulilah. Siap untuk dimakan seisi keluarga

 

Ya itu sahaja untuk Dari Dapur Imam Muda minggu ini, Ana mengucapkan terima kasih. Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

InsyaAllah. Ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada semua umat islam. Sekian,

Wassalam.

4 comments:

  1. aku mcm mushkil la imam muda leh tau buat ayam perchek! hmmmm...

    tapi cam sodap!

    ReplyDelete
  2. imam muda ni bab bab ayam dia terror...

    * larri sambil herot mulut kena penampor dgn mak ayam

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan tuan punya blog..Google2 jumpa resipi ni... mesti sedap kan supermeng masak ayam ni... nak copy...tq :)

    ReplyDelete
  4. apa..ingat imam muda reti berdiri letak tgn kaver telor aje ke ha??

    ReplyDelete