Pages

Sunday, August 12, 2012

05 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Golden Temple Villa

Entry kali ni aku nak cakap pasal hostel yang kami duduk.

Sebab Siem Reap ni menjadi tumpuan pelancong, memang banyak hostel dan hotel yang tersedia. Tapi memilih tempat menginap yang selesa dan murah adalah penting juga bagi memastikan kita mendapat tidur yang mencukupi dan tidak di hujani dengan mimpi mimpi ngeri sepanjang hari.

Hostel yang kami tinggal namanya. Golden Temple Villa.

Aku jumpa hotel ni waktu browsing internet sebelum ke sana dulu dan aku suruh IH booking. Semua urusan booking membooking di lakukan oleh IH. Tapi dia pulak yang tak datang.

Tapi tak pe. Apa yang penting aku nak cakap hotel ni sangat selesa. Sangat best. Memang tak rugi malah aku boleh nobatkan antara hostel yang terbest aku pernah tinggal.

Terletak tak jauh dari Old Market dan Pub Street. Jalan kaki pun dalam 10 minit je. Ada banyak night market dan kiranya tengah tengah pekan Siem Reap tu sendiri. Jadi lokasi adalah superb !

Harga?

Satu bilik cuma USD15 sahaja. (RM45)

Dan yang bestnya aku dah salah tukar duit Khmer Riel banyak sangat, kami bayar pakai duit Riel yang macam duit monopoly tu. Dia orang terima. Lega lah sebab macam leceh nak bawak duit Riel yang sebeban tu.

Apa apa pun, mari melawat hostel yang best ni dan aku syorkan kalau sesiapa yang nak ke Siem Reap, boleh consider hotel ni.


Cafe hostel

Setting yang lawa

Sesampainya kami di hostel ni, sewaktu mereka menguruskan urusan check in semua, kami di hidangkan dengan welcome drink.

Sempat jugak BW buat teh sebab kami kedahagaan. Ingat welcome drink buat sendiri tu yang BW bantai buat teh tu. Siap ada kacang dan pisang. Boleh makan setandan kalau mahu.

Tempat minum adalah di cafe di sebelah bangunan hostel tersebut. Dekat je.


Tapi sebenarnya tidak !

Bukan air teh buat sendiri tu welcome drink nya. Tapi Ice Lemon Tea dalam bijana yang best ni.

Sedap. Segar. Dan menarik.


Golden Temple Villa ni juga menyediakan pakej pakej tertentu kalau nak gi melawat kawasan sekitar Siem Reap ni. Drebar pun boleh booking dengan hostel ni sendiri.

Aku tak tau nak panggil hostel ke hotel. Tapi apa yang aku boleh katakan, tempat ni kiranya macam 4 star dengan harga 2 star !

Memang comfortable dan menarik.

Tak caya, meh aku bawak melawat kawasan sekitar

Suasana yang menghijau dengan pokok pokok

Bilik agak kecik, tapi OK lah, ada TV dengan cable channel, ada Wi Fi

Tak boleh isap rokok dalam bilik tapi setiap tingkat ada balkoni untuk lepak dan hisap rokok. Ni port aku untuk 2 malam di Siem Reap

Pandangan hotel dari laman bawah

Santai.... Percayalah, hammock dia kuat. Aku duduk tak roboh pun

Apa yang buat hostel ni tambah menarik?

Tetamu di beri 30 minit free massage upon sampai ! Hah. Sebab tadi naik bas macam nak terbelit urat urat, now adalah masa untuk membetulkannya.

30 minit adalah free. Kalau nak tambah, harganya cuma USD3 (RM9)  untuk satu jam urutan !

Murah tu.

Kami ambik yang free je sebab nak gi merayau tak sabar sabar. Urutan dia adalah urutan tradisional Khmer di mana mereka mengurut tanpa minyak. Boleh tahan gak la kena kopak dan koyak. BW kata minah tu urut dia tak rasa apa apa. Aku pulak, bila minah tu terajang lah, tekan peha la aku asyik nak gelak.

Geli uols.....

Minah tu pun dok gelak sebab aku tahan gelak.

Anyway, for free.. sapa tak mao????

Golden Temple Villa

Tea, Coffee, Banana is free. Free flow.....


Breakfast dan makanan juga ada di jual di sini, tapi kita orang tak makan la sebab tak pasti punca.

Sepanjang berada di hostel ni, especially time merokok dan lepak lepak di balkoni  aku sempat la jumpa mat salleh dan minah salleh dan kami borak borak sakan.

First aku jumpa satu Makcik Tua ni. Dia travel solo je. Dah tua. Dia sibuk dengan iPad dia sambil isap rokok. So kami borak borak la macam biasa. Tak de apa yang menarik sangat. Dia dari Australia.

Second aku lepak dengan satu minah salleh ni. Yang ni cool. Awek. Tak cun sangat. Dia dari Ireland tapi keje di Singapore. So borak borak la dengan dia macam macam benda. Dia cakap dia suka durian ! Minggu depannya dia nak pegi Johor sebab nak gi makan durian kat kebun member office dia.

Layan gak la borak dengan dia.

Dan malam sekali tu aku borak dengan mat salleh ni dia baru sampai masa tu, dia dari Holland. Datang ke Siem Reap dari Bangkok. Dia naik bas 14 jam ! Sampai je terus dia pengsan. Dia kena tipu 2 kali kat sempadan sekali pastu malam buta teksi tu hantar dia kat hotel mana ntah sebab mamat tu nak dapat komisyen. Sebab dia tak nak, dia kena tinggal kat depan hotel tu malam malam buta tak de tuk tuk nak bawak dia ke hostel ni. 

Sadis gak la cerita dia.

Gadis gadis di reception. Sangat helpful. Dia orang cakap English not bad lah


The provide cheapest international call

Banyak yang free. Basikal pun free. CD player pun ada. Apa lagi???

Walaupun kawasan dia banyak pokok dan hari asyik hujan tapi nyamuk tak de. Sebab ada ubat nyamuk terpasang sentiasa

Super cheap



Cuma ada satu part je la yang pasti akan buat aku gelak sorang sorang bila aku teringatkan hostel ni.

Cerita SX ni. Yang kecik kecik skip part ni.

Ada satu malam tu, hujan lebat. BW dok layan cerita Korea tak abis abis kat dalam bilik, so aku keluar nak hisap rokok. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. So keluar ke balkoni, aku pasang rokok, tiba tiba aku dengar bunyi macam anjing tersepit.

Kuat pulak tu.

Aku intai la ke bawah fikir, anjing mana lah tersepit hujan hujan macam ni. Pastu bila aku amati dan dengar betul betul rupanya suara pompuan mengerang.

Hahahaha

Tak de tempat lain ke??????

Nak jugak aku jerit,

"Oiii. Kever lah sikit !!!"

Aku buat bodo je lah. Tapi lepas tu aku perasan, bunyi tu datang dari bilik sebelah balkoni tu. Bilik tu adalah bilik makcik Tua Australia yang aku dok borak siangnya. Dia cakap dia sorang sorang, tapi apsal bunyi dia tengah inzal.

Dan aku dengar sampai abis. Tak de pulak bunyi lelaki melepas kelegaan ke apa...

So aku menuduh, makcik tu syok syok sendiri... mungkin main dengan payung ?

Kah kah kah...

* tutup mata semua orang.

Ini Rizal drebar kami. Actually nama dia bukan Rizal. Apa benda ntah, tapi dekat bunyi nak sama lah, suka suka hati je lepas tu aku panggil dia Rizal.


So itu la dia. 

Kalau nak cakap aku rekomen, memang aku rekomen tempat ni. Murah. Selesa. Lokasi yang sangat menarik. Tapi dia ada dua. Villa dan Hotel. Yang aku duduk ni Villa. Sesuai untuk backpackers..

Website dia...


Sebelum check out, dia orang siap ambik gambar dengan kita. Feeling feeling artis.

12 comments:

  1. wah murah dan cun tuh..kami dulu stay kat hotel tan kang, murah gak la usd20 utk 3bed...bestkan siem reap...teringat2 makan lembu naik bukit dia tu...nyum3.... =)

    ReplyDelete
  2. eeeeeeeeeeeeeeeeeee ko layan dgr bunyi mengerang tu keeeeeeeeeeee?

    eeeeeeeeeeeeeeeeeee!

    ReplyDelete
  3. assaalm bro, nak tanya, hostel kat phnom penh tak rekomen ke?hihi

    ReplyDelete
  4. Sai : cari kat town la.aku duduk hari tu jauh dr bandar

    berantu lak tu.

    ReplyDelete
  5. Salam ,

    I nak tanya kalau hotel dia ok juga ke? Baru tadi cuba nak book villa ni penuh pula.

    Thanks.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Not sure about the hotel but TA ranks agak bagus.

    http://www.tripadvisor.com/Hotel_Review-g297390-d1909285-Reviews-Golden_Temple_Hotel-Siem_Reap_Siem_Reap_Province.html

    ReplyDelete
  7. biar betul 15 dollar... aku cek takde yg bwh rm100 villa ni... takkan 4 tahun naik mendadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lor. tu la harga yang aku bayar... siap dpt free massage lagi.

      x pasti kenapa harga dah banyak berubah. maybe saingan kot tapi tempat ni memang dekat sgt sgt dgn tourist area

      Delete
  8. search golden temple villa....jngn search golden temple hotel.....harga baru 61 ringgit je bilik meng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pencerahan. aku pun dah lupa.

      nama confusing ni memang boleh mengelirukan pihak lawan.

      Delete