Pages

Thursday, August 9, 2012

02 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Angkor Wat

Hari ke dua di Siem Reap kami dah bersiap siap nak gi berperang dengan senjata tumpul !

BW dah kejut aku seawal pagi sebab kami dah berjanji nak pegi tengok sunrise di Angkor Wat selepas kecewa tak dapat tengok sunset di Tonle Sap kelmarin.

Kami ambik pakej Tuk Tuk dengan hostel yang kami tinggal tu. Untuk satu hari bawak pusing pusing harga dia USD9. Tapi kalau nak tengok sunrise kena keluar pukul 4 pagi dan harga dia kena tambah jadi USD11.

Tak kisah la tu. Excited walaupun hari hujan semalaman.

Keluar dari hostel, drebar Tuk Tuk kami dah menunggu. Suasana masih gelap gulita.

Drebar Tuk Tuk ni adalah sama yang ambik kami masa sampai di station bas semalam.

"What is your name?"

Aku tanya dia.

Apa benda ntah dia sebut tapi nama dia macam bunyi Rizal. So kami panggil je dia Rizal.

Suka suka hati je bagi nama kat dia. Tapi dia OK. Boleh cakap English jugak tak macam Uun drebar Tuk Tuk di Phnom Penh tu. Tu bercakap dengan dia macam ayam dengan itik. Angguk angguk, fahamnya tidak.

Pagi tu BW dah siap siap masak maggie cup untuk kami berdua. Dah siap bawak ni konon sambil tengok sunrise boleh makan maggie. Tapi nak pegang benda alah tu panas pulak, sudahnya kami makan je atas Tuk Tuk tu.

Untuk sampai ke Angkor Wat, tak jauh. Adalah dalam 20 minit. Tapi kena beli tiket dulu. Tiket masuk ke Angkor Archaeological Park ni adalah USD20 seorang untuk sehari. Kalau ambik 3 hari pass boleh dapat murah dalam USD40. Tapi kami tak lama kat sini, so nak buat apa beli pass 3 hari?

Sampai di gate, turun beli tiket dulu.

Pagi pagi buta dah ada yang beratur

Untuk beli pass ni, setiap individu kena pegi ke kaunter. Sebab apa tau?

Sebab dia ambik gambar !

So air liur basi, muka berkerak, bedak sejuk adalah tidak elok walaupun cuaca masih pagi. Nanti payah nak posing. Gambar tu dia akan lekat pada pass kita dan sepanjang hari berkeliaran di Angkor nanti, ada masa masa tertentu ada pegawai akan check betulkah kita pemunya pass tu ataupun halimunan.

Maggie abis sebelum sampai ke Angkor lagi !

Memula plan kami nak naik Hot Air Balloon di depan Angkor ni untuk tengok Sunrise. Tapi bila fikir fikir, tak sure matahari ada ke tak sebab cuaca masih hujan renyai renyai. Akhirnya kami memilih untuk masuk Angkor Wat je. Kalau berkesempatan nanti kami lari naik Hot Air Ballon tu, pastu baru jalan jalan di Angkor Wat ni semula.

Rizal OK je. Dia kata dia akan cari kami nanti.

Turun dari Tuk Tuk keadaan masih gelap gulita. Dah la kawasan tu tak de lampu ke apa. Menapak la tapi orang dah semakin ramai. Semua dengan misi agung, nak tengok sunrise over Angkor Wat !!!!

Ayuh masuk ke dalam kawasan Angkor Wat ini.

Masih berbalam balam

Dari tempat Tuk Tuk kena menapak macam jambatan, pastu kena lalu kat laluan dia masuk ke pintu gerbang pertama pastu menapak lagi then baru nampak Angkor Wat ni.Sebab masih gelap masing-masing bawa lampu suluh. BW pong bawa juga tapik suram-suram ayam je lampu suluh dia.

Masa menapak tu sudah nampak berdiri megah Angkor Wat yang menjadi igauan kami sejak sampai ke Siem Reap ni. Aku lah kot, BW tu bukan kisah apa sangat rasanya.

Semakin dekat dan menghampiri. Tengok dah ramai orang yang ada.

Kami cari port dekat dengan tasik depan Angkor Wat ni.


Orang sudah mula ramai.

Tiba tiba ada suara.

"Sir.. Breakfast Sir. Coffee.. Tea?"

Siap ada orang berniaga. Gelap gelap macam ni hapa pun tak nampak, aku pun tak tau kedai belah mana. Rupanya ada je local bukak kedai belah tepi kawasan ni. Macam tersorok sikit tapi ramai la penjual dia terutamanya budak budak kecik. Kesian pagi pagi dah kena bangun menolong mak ayah.

Lebih gigih pada aku yang jarang bangun pagi ni.

Kami menanti. Semakin lama semakin ramai orang.

Masing masing dah bersiap sedia. Ada yang bertripod. Ada yang berdiri. Ada yang duduk atas tikar. Macam nak tunggu Comet Haley lalu jer..

Semuanya untuk apa?

Untuk sunrise yang sebenarnya tak kunjung tiba!.

Ya.. langsung tak ada. Nehi. Narax. Nan hado !!!!!

Siap ada mamat ni tegur aku.

"Dapat tak?"

Terkejut gak aku. Rupanya India dari Penang. Dia dengar aku cakap Melayu dengan BW agaknya. Nak dapat cemana masalahnya kalau matahari pun langsung tak nampak !

Akhirnya kami berpuas hati dengan permandangan macam ni je lah.


Gelap gulita tak nampak apa kan?

Awan mendung terus terusan.

Tapi yang best, adalah tengok gaya dan aksi orang pagi pagi hari di sini.

Ayuh !

Roll VT !

"Maaf, Anzalna tak mahu komen apa apa mengenai Neelopah, Anzalna datang ke sini untuk melihat sunrise...." * mati la tetiba

Gaya dah ada ni, teropong apa pun tak tau.

"Wahai bondaku, bondaku si Ikan kaloi..... timbul laa tunjukkan diri....."

Dan tak boleh blah.

Gaya dan aksi berganda makcik ni.

Fida Jaacob !!! Kau tewas di tangan Asoh ni... Asoh ni  ternyata menang aksi photogenit walaupun tanpa boot dan handbeg.

"Hi uols semua.. tak dapat ambik gambar sunrise, ambik je la gambar iols niiiii. Hey ! hey ! Tak nampak ke I ni????"

Begitu la nasib yang malang menimpa kami.

Kegigihan kami tak berbaloi. Baik je aku sambung tidur dalam sejuk sejuk macam ni.

Tapi bukan aku je yang kecewa.

Tengok ni berapa ramai.


Dan bila aku cakap ramai..

Memang ramai !


Semuanya kecewa dan hampa.

Nak buat cemana. Tak de rezeki uols. Perlu ke aku bukak khutbah depan depan ni tentang kekuasaan Tuhan, takdir dan redha???

Hahahaha.

Apa apa pun, plan kita orang nak pegi naik Hot Air Ballon terus punah ranah. Apa guna? Baik je kita orang jalan jalan di Angkor Wat ni sedang elok cuaca tak panas macam ni.

So mari la kita bersama sama.....



So depan Angkor Wat ni ada tasik. Dan dari situ kami menapak je terus ke dalam di kawasan bangunan utama Angkor Wat tersebut.

Angkor Wat merupakan kompleks Kuil Khmer yang terbesar di dunia. Terletak di Angkor, Cambodia dan di bina oleh Raja Suryavarman II pada awal abad ke-12 sebagai kuil negeri dan ibu kota.

Kuil dibina dan dipelihara sebagai satu satunya bukti kepentingan agama Hindu sewaktu itu dan didedikasikan kepada dewa Vishu sebelum Buddha mengambil alih.

Bahagian atas kuil ini mengambil kira senibina klasik Khmer dan merupakan simbol Cambodia yang terdapat pada bendera negara tersebut.

Angkor Wat menggabungkan dua pelan asas penting Khmer iaitu senibina Gunung Meru dan Rumah Dewa dari mitologi Hindu. Mewakili dinding seluar 3.6 kilometer panjang bersegi empat tepat di mana di tengah tengahnya terdapat sebuah menara.

Apa yang menariknya, Angkor Wat ini menghadap barat tidak seperti kuil Angkorian yang lain. Angkor Wat ini dikagumi kerana kehebatannya serta keharmonian senibina yang mengutamakan perhiasan di dinding kuil.

Hot air ballon dari Angkor Wat

Hujung sisi kiri Angkor Wat

Salah satu pintu masuk ke dalam kuil

Ukiran pada dinding

Bahagian ke dua kuil

Menara ke dua.

Beyonce selepas pembedahan plastik - Ukiran yang telah di restored

Bahagian tepi Angkor Wat

Tetap ada sorang yang pose vogue daripada yang lain

Menara yang tidak boleh di naiki. Takut runtuh

Beverly Hills - 90210

Berpusing pusing gak la kami melilau dalam tu.

Kawasan kuil tu agak besar tapi banyak tempat tak boleh naik dan masuk. Mungkin tak selamat. Tapi kerja kerja restoration memang sedang giat di jalankan.

Ada juga penjaga di dalam kawasan ni. Dia orang nyalakan colok dan sesiapa yang nak berdoa pun boleh.

Aku dengan BW nonong nonong je jalan buat tak pedulik.

Tapi sebenarnya aku mengantuk !


Angkor Wat dari arah entrance

Pakcik penjaga Angkor Wat dalam cubaan bagi kaki kat aku sebab ambik gambar dia kot. Haks

Benda alah ni simbolik penjaga kuil dahulu kala. Ada kepala ular, beruang dan macam macam lagi. Tapi semua pada satu tapak macam kepala ular

Di sekitar Angkor Wat terdapat tasik yang mengelilingi

Ni yang dah restored. kepala naga

Gate hadapan dan menara Angkor Wat di belakang

Suasana pagi yang tenang dan mendamaikan.

Hah lah !

Mana tak tenang. Orang belum ramai. Tengok jam baru pukul 6 pagi. Tak menangis kalau Mak aku tau aku bangkit seawal ni. Bukan nak solat subuh tapi pegi kuil !!

* pengsan

Apa apa pun, frankly aku tak de la kagum sangat first time aku tengok Angkor Wat ni. Aku rasa Prambanan dan Borobudur lagi grand kot. Mungkin sebab aku tengok dua dua site tu dulu.

Tapi, Angkor Wat sudah pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri. Datang dan lihat dengan mata sendiri. Mungkin masing masing berbeza pendapatnya.

Keluar dari Angkor Wat, Rizal dah nampak kami. Nonong dia datang bawak Tuk Tuk.

"Hot Air Ballon?"
"No... !"

* air mata menetes.

"No sunrise?"

Lagi nak tanya. Aku hempuk kang makan batu pulak si Rizal ni.

"U nak air tebu tak?"

Tetiba BW bersuara.

"OK gak"

Hah. Tak dapat tengok sunrise, dapat air tebu pun jadi lah..................

Mengubat kelukaan hati.

bersambung.......

5 comments:

  1. aku tunggu sunset dulu, tak dpt gak...susah tul la...lagi sakit hati if gambar kelam muram suram ceit!

    ok, part apsara tetiba ada satu stand out dari yg lain tu aku gelak gile hahahahaha! bleh tak??

    bg aku, aku explore banyak wat kat sana, so mmg sume ada kelebihan tersendiri...masa aku sampai kat angkor wat, aku mcm tak percaya aku dah sampai. feeling ngan borobudur lain. tapi dua2 nyer aku suka sbb INDAH :)

    part colok tu, aku jalan je, "muselim, muselim" hahaha!

    ReplyDelete
  2. OH NOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!

    Fida Jacob is tewas di tangan auntie itu dalam berposing di dalam gambarrrr.. how abang mengg??

    Nangessss.. Sentapssss... nak balik rumah ngadu kat pakcik jacob. hahah

    Memang nanges kalau mak cik mona uols tahu bgn kul 6 pagi pergi kuil bukan nak smyg subuh. hekhek...

    ReplyDelete
  3. yang menangis sila ke tepi. kau jgn report makcik mona !

    aku rasa kan saporah.. opss.. biqiah..

    kalau nak gi SReap kena check chuacha dulu. kalu x.. memang terperusuk ke lembah yang hina je ler

    ReplyDelete
  4. Hey uols tasik yang mengelilingi itukah advert kaka angelina jolie untuk iklan lv sheols??? iols berangan nak duduk atas sampan tu tiru advert sheols tapi pakai lv tipu2 sajork...

    tak mampoo katanya.. hahahahhhh,, tgk keadaan tasik dan sampan, seakan2 samahhh..

    http://i.huffpost.com/gen/290284/ANGELINA-JOLIE.jpg

    ReplyDelete
  5. of chos la bukan...

    tapi memang dia shoot kat cambodia. cuma x tau kat mana.. ntah ntah dlm semak mana jer

    ReplyDelete