Pages

Sunday, July 8, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 4 - Ho Chi Minh - Part 1

Pagi pagi hari ke 4 aku bangkit awal.

Tengok sunset la konon. Ambik gambar sekeping pastu tido balik ! Aku tak tau. Rupanya, lens ber wap. Gambar haram tak jadi.

Bodow je.

Sambung tidur balik lepas tu.

Tidur dengan nyenyak sebab semalam seharian merayau di Mui Ne penat tak ilang terus jalan di HCM.

Balik dari beli tak belah di Pasar Malam tu aku terus je balik bilik. Lepak lepak dan terlelap sendiri.

Kalau ikutkan hari ke empat ni aku bakal pulang ke KL. Tapi flight pukul 7 malam. Kalau aku check out pukul 12 tengahari, mana aku nak merempat?? Lama lagi tu. Last sekali aku call hotel dia kata boleh extend sampai pukul 6 tapi aku kena bayar half price. OK lah. Tak mahal mana. Aku setuju je.

Bila rasa selamat dah then aku pun bersiap siap keluar.

Misi hari ni nak merayau di Saigon City ni. Nak tengok apa ada di sini.

Permandangan dari bilik. Nampak tu Ben Thanh Market sebelah je

Turun ke lobby, aku nak breakfast !

Tapi bila sampai kat tempat breakfast aku perasan ramai gila orang Malaysia ! Aiyo.. Aku ni kat hotel mana ni? Apsal ramai sangat orang Melayu? Pastu semua borak. Kini kanan aku dengar orang cakap bahasa Melayu je. Hotel ni jadi hotel rasmi orang Malaysia ke Saigon ke?

Astaga. Serious aku tak tau. Tapi make sense la sebab dekat. Rata rata pun yang datang HCM ni semua nak bershopping.

Lagi lagi bila tengok menu breakfast tu siap ada Halal Food !

Hah. Sah. Memang port orang Malaysia la hotel ni.

So aku ambik makan dan cari seat duduk mengadap dinding kaca. Konon konon tak nak bagi orang lain perasan lah.

Makan dengan lahap sebab lapar.


Tengah tengah makan tu, tengok kat luar...

Kejap aku nampak Makcik Malaysia dua tiga orang tarik beg ke kanan.

Pastu nampak makcik dengan pakcik Malaysia jugak jalan dari kanan ke kiri.

Pastu nampak makcik dengan anak pompuan. Aku confirm Malaysia juga.

Fuyoooooooooooooo.

Ramai gila orang Malaysia kat sini !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah tak boleh nak buat apa. Dan aku kan biasa sombong dan bermuka ketat. Buat hal sendiri je. Lepas makan aku pun keluar. 

Siap sedia nak merayau

Helmet yang di jual

Aku ambik peta kat lobby hotel. Dia bagi peta District 1. So aku rasa macam boleh cover dengan jalan kaki je kot. Apa apa pun, aku naik teksi dulu ke destinasi pertama dan dari situ tengok cemana.

Ayuh. Naik teksi ke War Remnants Museum.

Naik teksi tak sampai VND 20K. Bayaran masuk VND 15K.

Memula macam tak nak masuk, tapi alang alang dah sampai tengok macam ramai pulak orang dan budak budak sekolah so aku fikir. Masuk je lah !

Dalam teksi

War Remnants Museum

Muzium ni sebenarnya muzium yang memaparkan tinggalan perang Vietnam satu ketika dulu dalam bangunan setinggi 3 tingkat ni.

Ada la kereta tank, jet pejuang semua kelengkapan perang Amerika dulu dan juga gambar gambar sewaktu perang berlaku.

Hmm nak kata best sangat tak de lah.

Agak ngeri dan sadis jugak la especially bila tengok gambar gambar time perang tu. Aku just layan macam tu je. Malas nak beratkan otak dengan benda benda ganas ni. 

Kalau benda benda sex abang suka !

Ops !



Perkarangan muzium



Mangsa mangsa terkorban

Kesan kesan perang Vietnam

Dalam bangunan muzium



Aku kat situ dalam setengah jam je kot.

Tak de apa yang menarik sangat. Tengok tengok dan baca baca. Then berpandukan peta yang aku ada, aku menapak ke Reunification Palace yang terletak tak jauh dari muzium ni.

Jalan kaki je ada la tuk tuk lah, motosikal bertanya. Penat nak cakap tak nak. Patut pegang sepanduk je besar besar.

TAK NAK !

Aku tengah exercise ni. Faham??

Hahahha.

Walaupun mengah gak la. Nasib banyak pokok pokok.

Tak lama lepas tu sampai le di Reunification Palace.

Reunification Palace ni sebenarnya Istana Kemerdekaan. Ada la sejarah sejarah kemerdekaan Vietnam dalam ni. Ada jugak kereta tank dan benda benda lain di kawasan compound. Nak masuk kena bayar VND 30K.

Aku tak masuk

Budak sekolah ramai !


Bangunan Reunification Palace

Depan kawasan Reunification Palace ni ada macam satu park besar.

Ramai orang. Nak melintas kawasan ni agak mencabar jugak sebab motosikal banyak. So kena hati hati sikit. 

Dan dekat park tu ramai je local melepak. Tak de aktiviti apa pun dia orang saja berkumpul ramai ramai dan berborak sesama mereka. Ada yang berdating dan ada jugak la yang buat aktiviti masing masing.

Layan gambar

Motosikal yang banyak !!!

Akak motosikal cum ninja

Gaban

Terus buat aku dahaga. Rasa nak pegi sedut je. Air sapa pun tak tahu

Motosikal antik 

Lepak

Tak tau apa. Tak faham

Ramai gila melepak

Lepas pada park ni akan jumpa Notre Dame Cathedral yang aku singgah semalam masa nak pegi ke Hard Rock Cafe.

Kebetulan hari tu hari Ahad. So ramai orang la sebab dia orang pegi sembahyang kot. Tapi aku tak perasan.

Aku just pegi dan ambik gambar je.



Vespa

Gadis gadis Vietnam

?????

Pastu aku masuk dalam gereja tu ambik gambar !

Hahaha. Pastu aku lari sebab kena halau 

\

Then masuk bangunan pejabat pos.

Lawa bangunan ni. Besar dan dalam dia pun luas.




Dalam pejabat pos





Pastu tengok jam baru 10.30 pagi !

Aku nak pegi mana lagi?

Macam dah abis jelajah District 1 ni. 

Ergh..

"Naruto, apakah yang perlu kita lakukan sekarang?"

Mati kutu terus.

3 comments:

  1. cikdu, depan hotel tuh.kedai jhit mysang tuh boleh jahit 24 jam oooo dan itu adalah kedai jahit yg memg meg gi tiap2 tahun huhuh>>>>>> ada budak lelaki pandai cakap english so senang communicate......

    so gi mana lagi nih????????

    ReplyDelete
  2. tq Kak Mas..

    meg oi.. pindah je la gi duduk HCM nuh

    ReplyDelete
  3. Uikssss cam x de paper ek tp buildingnthem cantik2 jugak kannns?

    ReplyDelete