Pages

Friday, July 6, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 3 - Mui Ne

Tau apa bunyi gedung gedung tak berhenti semalam tu?

Bunyi dari Wax Bar kat tepi resort aku ni. Ada bar tepi pantai !

Aku dengar bunyi tak henti henti tu aku pun keluar. Dengan pakai short, bawak rokok, bawak wallet pastu pegi menengok.

Kaki sebok.

Tengok ramai orang.

Dia orang duduk atas bean bag tepi pantai tu lepak lepak minum minum. Musik kedengaran berkumandang. 

Happening sebenarnya tempat ni. 

"Hoi !!!! Motip tak ajak abang turut serta?"

* begitu marah seisi masyarakat.

Aku usha usha dari jauh je memula. Tapi jalan gak la dekat dekat, then aku gi lepak lepak. Terus rasa nak duduk minum minum. Aku duduk minum situ then ada geng borak. Minah minah salleh dari Holland 3 orang. Dok borak dan bercerita dengan dia orang lah.

Wax Bar tu sampai pagi !

Sewel. Tapi aku tak larat nak tunggu. Siap ada yang mandi manda malam malam hari. Gila. Macam kat Koh Lipe hari tu lah jadinya.

Tapi ramai jugak la orang.

Dalam pukul 3 lebih aku balik bilik dan pengsan sekali lagi.

Hajat hati nak bangkit awal nak tengok sunrise.

Tau apa aku nampak?


Bahana bersuka ria sampai pagi. Matahari dah meninggi !

Aduyai. So aku siap siap pagi tu tak mandi pun. Just keluar je.

Ambik gambar kawasan resort dulu. Aku ada misi penting lagi hari ni.

Brader ni dah siap cuci kolam. Kolam berpasir sebab aku yang terjun semalam ! Hiks

Tepi hujung sana tu la Wax Bar. Pagi pagi dah senyap dah

Ini resort aku. Elok nama sunrise tapi aku bangkit lambat

Ada breakfast pagi. Aiskerim !!!

Ini breakfast aku. Roti toast dan watermelon Juice

Lepas breakfast. Tujuan aku hari ni adalah nak pegi melawat kawasan kawasan yang aku tak sempat pegi semalam.

Semalam sepetang je aku dah abiskan masa untuk ke White Sand Dune. So ada beberapa tempat lagi aku nak jelalajah di kawasan Mui Ne ni.

Tempat pertama adalah kawasan nelayan !

Ayuh. 

Pagi pagi ni ramai nelayan pulang. So boleh la nak menyebok dengan dia orang.

Layankan suasana pagi tu di Mui Ne ini.,

Bot bot dah pulang

Aku teringin nak naik sampan ni

Pantai dia agak kotor dan busuk

Perahu Vietnam

Kaum wanita turut membantu dan memeriahkan acara

Suasana pagi


Hasil tangkapan

Acik acik menanti penuh debar


Lebih kurang setengah jam kat sini. Dan ramai pulak pelancong macam aku yang datang nak ambik gambar. So aku pun blah dari kawasan ni.

Tempat tujuan lain yang aku nak pegi adalah Red Sand Dune.

Red Sand Dune ni terletak dekat je dari pekan Mui Ne ni. Tak jauh macam White Sand Dune semalam. Semalam pun aku dah lepas kawasan ni tapi aku tak singgah sebab aku nak pegi yang jauh dulu.

Aku dah plan, pagi ni baru aku nak cover kawasan ni.

Kawasan ni memang ramai orang. Lebih ramai lagi budak budak yang menyerbu dan suruh kita slide. Dia orang bawak slider.

"You want to try Sir?"
"No"
"I take care your motobike? 10,000 Dong"
"No. It will be fine"
"Please Sir"

Aku just senyum.

Ada dua tiga budak budak datang melingkar sebaik saja aku park motosikal bawah pokok.

Sebab dia orang tak nak blah, aku risau jugak takut dia orang rosakkan motosikal ni ke apa. So aku lepak dulu hisap rokok. Time tu aku bukak kotak rokok dia orang nampak gambar kat kotak rokok tu. Ada Gangren kat luar kotak Dunhill aku tetiba dia orang..

"Eiiiii"
"Haaaa"

Aku terus takut takutkan dia orang. Pastu dia orang tengok kaki aku, takut kaki aku ada penyakit tu.

Terus bertempiaran dia orang lari.

Kah kah kah.

Then aku selamat sikit untuk tinggal motosikal.

So aku naik mendaki di kawasan Red Sand Dunes ni.

Ayuh !




Luas jugak kawasan ni tapi tak seluas White Dune semalam.

Tapi bukit dia lebih tinggi.

Aku kagum tengok orang siap jual makanan naik sampai ke atas puncak tu. Belum kira budak budak yang bawak slider tadi tu mencari pelanggan dari sorang ke sorang.

Cuaca dah la boleh tahan panas !




boleh pitam nak panjat bukit berpasir macam ni


Aku tak berlama lama sangat kat sini sebab panas gila.

Last sekali aku dahaga. Lepak kedai minum air coke jap. Sambil tengok orang ramai. Macam macam agenda dan aktiviti mereka lakukan.

Layan kan je lah.



Hajat macam nak beli, tapi berat le pulok


Ni budak budak yang bawak slider tu. Kesian jugak tengok dia orang ni panas panas

Time tu dalam pukul 9 pagi.

Aku masih ada masa. Tapi aku dah tak nak pegi jauh jauh. Aku cuma ikut jalan yang aku belum lalu je. Ada kawasan pantai yang belum di teroka. Pastu ada satu lagi kawasan nelayan di sebelah bukit.

Aku pegi usha dekat dekat.



Kalau tempat yang awal pagi tadi aku pegi bot bot kecil je. Tapi yang ni bot nelayan yang besar besar. Hasil tangkapan dia orang pun lebih banyak !

Memang ramai orang. Peraih. Nelayan. Macam macam orang.

Dan aku macam biasa jadi tukang sibuk






Abis tempat nelayan ni konon nak explore lagi.

Sebab aku rasa macam ada masa lagi.

Aku bawak moto kat tempat mana aku pun tak pasti. Nampak kawasan berbukit, aku syak mesti lawa nampak pantai kat sana tu.

Aku bawak motosikal kat jalan lengang tu.

Tiba tiba aku perasan sesuatu.

Kubur !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terus berterabur aku pusing dan balik semula ke kawasan pekan.


Masih ada satu tempat lagi yang aku nak pegi sebelum aku check out bilik dan balik ke Ho Chi Minh !

Tempat tu nama dia Fairy Stream.

Aku baca kat Trip Advisor macam wajib pegi. Aku pun cuba cuba la since masih ada masa. Nak mencari tempat ni punya la susah sebab tak de sign. Rupanya terselit bawah jambatan di Mui Ne tu. Padahal berpuluh puluh kali dah aku lalu.

Tinggalkan motosikal aku menyusuri anak sungai ni.

Memula macam cuak sebab tak de orang. Tapi aku jalan je lah mengharung air.



Pastu nampak kawasan berbatu batu macam ni

Tiba tiba !

Aku nampak nenek tua ni.

Ngeri sekejap.

Terfikir. Apa nenek ni buat kat sini? Aku lalu depan dia. Dia tengah melurut lidi tak silap. Pastu dia macam cakap something dengan aku. Aku buat tak layan je la sebab aku tak faham. Plus aku macam ngeri pulak.

Tak de tak de orang ni tetiba Nenek ni terjonggol kat sini !

"Jangan lupa add nenek kat facebook uols - Gadis Vietnam Terpilih"

Dari apa yang aku baca, dia kata ikut je anak sungai ni. Nanti nampak la batu batu macam di Grand Canyon !

Grand Canyon ler konon. Dalam setengah jam nanti nampak air terjun kecik.

Dalam 1Km aku jalan tu baru aku nampak orang. Ada beberapa mat salleh dah on the way balik. Aku tanya dia worth it ke nak pegi. Dia orang kata tak de apa sangat. Just small waterfall. Tapi kalau nak feeling feeling jalan harung air, teruskan je lah.

Aku malas lah.

Lagi pun cuaca panas.

Bila aku rasa macam dah tak best aku patah balik semula.





Masa balik tu aku dah tak jumpa dah nenek tadi !

Wah.. 

Misteri ni.

Tapi aku malas nak ambik pot. Ntah ntah nenek tu dah naik helikopter. Aku jalan je then nampak macam ada ramai pulak orang baru sampai. So aku terus ambik motosikal dan balik ke resort.



On the way balik ke resort tu, sempat menyinggah lagi.

Asal ada masa, nampak macam lawa sikit aku berhenti dan ambik gambar.

Dan layankan saki baki pemandangan di Mui Ne ini.











Nasihat aku kalau nak cari resort cari yang belah selatan sikit. Sebab resort belah selatan pantai dia tak kena hakisan macam resort yang aku stay ni.

Balik bilik. Kemas kemas dan bersiap.

Ready nak tunggu bas balik ke Ho Chi Minh !

Bye Bye Mui Ne.

Aku suka tempat ni.

18 comments:

  1. *masih declare war lagi*

    weh, brapa slider tu? mcm best je nak try. nak merasa pasir masuk molot. hahaha!

    lawak la cite kaki tu! sok aku nak bawak kotak yg ada lubang kat tengkok tu. patu aku nak pakai shawl kat tengkok. mesti diorang ingat aku nyer tengkok berlubang, patu diorang lari! hahahahaha!

    ko tak naik ke sampan bolat tu? best gak tu beli bawak blk :D

    botol yg hajat tu ape dalam dia?

    best la suasana nelayan tu...mekasih la meng sbb kasi aku fefeeling mcm gi sana...sob sob...*lap ingus kat baju meng*

    untungla ko dpt jumpa fake grand canyon, tapi aku tetep jeles!

    weh, ko pakai camera canon apa? lens apa? *mode tak puas hati sambil gigit batang lalang ditepi mulut*

    ReplyDelete
  2. byk nya soalan kau...

    * nyalakan rokok jap.

    1. slider adalah satu dollar sekali slide rasanya. aku lupa. aku x naik takut berlaku rekahan bumi.

    2. sampan tu memang aku nak naik, tapi x de orang nak ajak. aku buat muka sedih tepi pantai pun org x layan.

    3. botol hajat tu adalah pasir dari red sand dune dan white sand dune tapi dia buat mcm jadi lukisan.. cool gak tu. tapi berat.

    4. aku pakai canon 550d.. lens 18-200mm

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Never thought ada sand dune kat Vietnam! Besh gile! Tak yah gi jauh2 la kalau nak ber sand dune!

    ReplyDelete
  4. vietnam tu jauh jugak la kalau jalan kaki...

    ReplyDelete
  5. lorrrrrrrr camera ngan lens sebijik mak jibun cam laki aku nyer :D pasni nak paksa dia amik gambar cun2 cam gambor ko hahaha! "meng bleh buat gambar camtu, meng amik side ni, meng itu meng ini hahaha"

    hidup canon! *tetiba*

    ReplyDelete
  6. Biq..

    aku ambik gambar dgn gaya kuak lentang.

    sila tiru.

    ReplyDelete
  7. thumb up utk gmbr2 n tmpt2 yg meng pergi...suka sgt..

    plg xblh blah cite kaki tu...semua org lari sbb tkt..dorg fobia sbb penah terlibat dgn perang kan..

    ReplyDelete
  8. salam ,

    Saya nak tanya kalau nak ke mui ne tu naik train lagi bagus atau naik bus ya?

    Thanks.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    nak tanya hotel you duduk dekat ho chi minh tu hotel nama nya apa ya?

    Thanks.

    ReplyDelete
  10. DATT : thenfks. aku terlepas komen kau yang ni..

    mana la kau skrg ni. bz bebebno.


    YC : dua dua pun bagus. i experienced by bus.. kalau naik train maybe boleh avoid jem etc.. boleh cuba la naik train.

    Hotel di HCM ada 2. sebelum ke muine dan selepas balik muine..

    lepas balik tu nama dia Tan Hai Long... yang sebelum pegi nama nya liberty something.. dah lupa..

    ReplyDelete
  11. YC : welcome


    JJ : faham tak terjonggol tu apa?

    ReplyDelete
  12. haha...tgk kesesuaian ayat rasa2nya faham a.k.a *terconggok

    ReplyDelete
  13. Naik moto kat mu nei x pyah lesen k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfiden level kena tinggi !

      hahha bawak je la slow slow. kalau kena tahan tunjuk je la lesen malaysia. cuba cuba nasib.

      tapi masa nak sewa tak de lak dia mintak lesen... sewa kat penginapan je senang

      Delete