Pages

Wednesday, July 4, 2012

Siri Jelajah Vietnam - Day 2 - Mui Ne - Part 1

Hari ke 2 di Vietnam aku bangkit seawal pagi.

Matawang Dong. Aku tukar dalam USD100

Dah janji nak bergerak ke Mui Ne jam 8 pagi.

Sebenarnya bas ke Mui Ne ada banyak. Dan ada time time dia jugak bermula seawal 6 pagi pun ada.

Tapi hati hati kalau beli tiket bas ke Mui Ne. Sebabnya? Ada local bas nanti memaksa kita duduk atas lantai ! So cari bas yang memang terkenal untuk pelancong pelancong lah.

Macam aku, aku naik bas nama dia Tam Hanh.

Perjalanan ke Mui Ne mengambil masa lebih kurang 5 jam, jadi pemilihan bas sangat penting. Kang naik bas yang dah nak roboh, sakit pinggang pulak.

Pagi tu bangun aku lepak lepak dulu di balkoni layan rokok sambil memerhatikan sekitar.

Panorama HCM di awal pagi

Blur tu sebab lens baru keluar bilik ber aircond. Aku tak kesat abis

Local dah mula bergerak ke hulu ke hilir

Dah cerah sikit. View dari balcony

Lepas siap mandi manda aku pun ready nak check out.

Aku turun ke lobby dulu. Ada breakfast di sediakan so aku belasah makan dulu. Tak de makanan halal jadi aku makan apa yang boleh di makan je.

Breakfast dia kira OK lah. Tak leh complain lebih lebih. Janji isi perut bagi kenyang.

Restoran masa breakfast

Breakfast. Mee tu vege, lain lain makan roti dan buah buah je. Menjaga kecantikan tu namanya

Lepas breakfast aku turun ke lobby. Check dengan reception tu tanya pasal bas aku ke Mui Ne.

Dia kata belum sampai. So aku keluar ambik gambar kat luar hotel.

Tak pegi jauh jauh pun. Sekali lagi time aku ambik gambar tu, ada mamat ni tegur aku dia suruh aku sangkut kamera kat leher.

Sekali lagi aku alpa !

Haih.

Padahal semalam macam dah tanam dalam fikiran akan sangkut kamera di leher. Tapi lupa jugak. Memang betul agaknya orang akan snatch kamera ni. So kena hati hati. Kalau tak, tak de lah orang cakap benda yang sama pada aku.

Hotel tempat aku menginap. Siap ada balcony tu

Tak lama lepas aku lepak kat lobby, reception tu cakap, ada orang dah sampai nak bawak aku pegi naik bas ke Mui Ne.

Ada sorang lelaki tiba. Dia tolong bawakkan beg aku. Aku pelik jugak tengok dia jalan kaki.

Aku follow je lah dia. 

Rupa rupanya, tempat naik bas ke Mui Ne tu sebelah hotel aku je !

Keji !

Dan tempat beli tiket pun kat situ je. Kalau aku tau aku beli je kat sini semalam. Dapat la berjimat sikit. Ni dah kena ketuk dengan hotel beli tiket harga mahal.

Nasib lah.

Tapi tak kisah. Dia suruh aku tunggu kat sini. Dia kata bas akan sampai tak lama lagi. Ada beberapa orang sama sama menunggu. Mostly mat salleh lah.

Tempat menunggu bas

Dalam 15 minit menunggu, tiba tiba bas datang. So mamat tu suruh kami yang mahu ke Mui Ne naik. Aku follow je lah. Letak beg kat bawah bas pastu naik atas.

Ambik port kosong. Pastu mamat kelendan tu panggil suruh aku duduk dengan satu mat salleh ni.

Aku bengang jugak sebab ada kerusi kosong, apsal aku nak kena duduk dengan mat salleh ni pulak? Rupanya dia orang ni bagi keutamaan pada local. So kalau local naik boleh duduk mana mana je. Kalau foreigner dia orang akan atur aturkan seat. Kalau couple tak pe lah. Kalau solo macam aku, nasib la duduk dengan sapa sapa.

Menyirap la aku kejap.

Ni dalam bas

Bas agak selesa.

Macam bas express kita lah. Sebab tu aku cakap kena hati hati pilih bas. Kalau dapat company yang OK, dapat la naik bas OK. Kalau tak, naik la bas yang hampir reput.

Sepanjang perjalanan OK lah. Smooth tak smooth. Nak keluar dari Saigon tu jem jugak. Dan lepas keluar tu jem lagi teruk !

Memula aku pening jugak, bila aku baca jarak dari HCM ke Mui Ne lebih kurang 300Km je tapi makan masa 5 jam !

Tau kenapa?

Sebab jalan dia jem !!!!!!!!

Suasana tepi jalan orang jual jual ni la buat jalan jem

Oh. Lupa nak cakap, kalau drive di Vietnam, dia orang drive belah kiri. 

Di Saigon ni banyak motosikal. Sebab tu la jalan jadi jem. Jalan pun agak kecik. Tak de highway macam kat tempat kita. Dan sebab sebab ni la buat kadang kadang bas bergerak macam siput.

Tapi drebar bas aku ganas jugak lah. Main potong je. Kalau mat salleh dalam bas tu menjerit jerit kata dia gila. Tapi bagi aku biasa je. Kalau dia tak potong macam tu lagi la terpaksa bergerak slow slow sebab banyak lori kat depan.

Dia orang dah biasa drive macam tu aku rasa, so bagi aku biasa je. Thrill jugak lah.

Lebih kurang 3 jam bas bergerak, bas berhenti untuk orang nak kencing ke apa. Yang hisap rokok pun boleh hisap rokok. Dia berhenti tak lama dalam 15 minit je. Ada port dia. Banyak bas berhenti kat kawasan ni. Ada orang jual makanan jugak. Paling ramai jual buah.

Layan kan





Kenal tak buah buah tu?

Buah macam kat tempat kita je.

Dan bawah ni gambar bas yang aku naik.


Hah. Teka ni buah apa???

Lepas berhenti tu bas sambung bergerak semula.

Aku just relaks je la layan dengan MP3. Sebelah aku ada pakcik tua mat salleh dari Australia. Ada gak la aku borak borak dengan dia. Dia travel satu Vietnam. Dia kata dia dah simpan duit dari muda nak travel ke South East Asia. Dia dah cover Thailand dan Cambodia so lepas tu dia pegi ke Vietnam.

OK jugak la borak borak dengan dia. Baik jugak.

Aku kebosanan siap pinjam buku Vietnam dia dan baca.

Lepas 5 jam, bas memasuki kawasan Phan Thiet !

Sebut betul betul.................. Phan Thiet.

Mui Ne terletak lebih kurang 30 kilometer selepas pekan Phan Thiet tu.

Sebaik saja sampai kat Mui Ne. Aku just lepak la. Then bas berhenti. Sorang sorang mat salleh ni turun. Biasanya dia orang berhenti dekat dengan resort yang dia orang dah book.

Macam aku, aku tak book  sebarang hotel. Main belasah je, so aku ingat dia berhenti kat bas stop ke apa.

Lama jugak la, sampai mamat kondutor bas tu tanya aku.

"Where you go?"
"You can stop at the station"

Bagi aku senang. Aku berhenti kat station pastu aku boleh cari hotel kat area tu, esok nak balik senang. 

"Bus no stop here. Bus go to Nha Trang"
"What???"

Nha Trang tu lagi 5 jam dari Mui Ne ni. Baru la aku tau, bas ni bukan pegi ke Mui Ne semata tapi terus ke Nha Trang.

Cepat cepat aku suruh dia stop. Kalau tak, mampus aku sampai ke Nha Trang pulak dah. Jauh tu dari HCM. Dah jadi 10 jam !

Drebar bas berhenti aku terus turun. Pastu aku terpingga pingga.

Nak gi mana?

Tapi kat jalan tu memang banyak resort dan hotel. So aku pun just pegi ke salah satu resort tu nama dia Sunrise Beach Resort dan tanya dia ada bilik kosong ke tak. Dia kata ada. Aku tengok kawasan resort dia pun OK. Tepi pantai jugak. So aku pun decided nak stay situ je. Semudah ABC. Malas nak buang masa.

Harga bilik pun murah. RM65. Pastu dia upgrade aku ke banglow tepi pantai !

Yey !

Usha kawasan sekitar.

Resort mengadap laut

Pantai tak berapa lawa sebab hakisan

Bilik pun OK

Bilik aku betul betul depan pool. Dan 10 langkah je ke tepi pantai.

Syok.

Memang menarik. Tapi memang pelik sebab tak de orang. Aku sorang je. Hiks. Tak de orang datang ke kawasan ni. Tapi mungkin sebab bukan hari minggu. Masih hari Jumaat. Kalau hari minggu baru ada orang ramai kot.

Aku tertidur lepas tu.

Terlelap. Mengantuk sangat. Sepanjang 5 jam perjalanan aku tak tidur pun sebab tak leh tidur. Mengantuk jugak. Tengok jam pun tengah hari berdiri. Pukul 1 aku sampai ke Mui Ne ni.

So nak merayau masih panas. So aku tidur dulu.

Tidur terus !

Pukul 3 lebih baru aku terjaga.

Bangun. Mandi dan bersiap siap lepas tu aku keluar.

Usha dulu kawasan pantai. Air dah surut sikit so nampak la pasir. Kalau tadik memang tak berapa lawa pantai nya. Bila dah surut ni nampak OK sikit.

Ada orang mandi manda di pantai.

Pantai Mui Ne

Petang dah redup sikit

Bilik aku depan tepi pantai tu berdepan juga dengan pool ni

Yang bestnya. Resort ni menyediakan minum petang.

Aku dah la lapar. Makan cuma pagi tadi kat hotel tu. So aku belasah makan. Ada buah buahan. Biskut dan air. Tu je.

Tapi cukup la mengisi perut. Sambil sambil tu aku dok borak borak dengan pekerja hotel. Dia orang susah sikit nak reply English tapi dia orang cuba gak la.

Aku tanya dia orang cemana nak pegi Sand Dunes. Dia orang siap bagi peta lagi.


Abis tu cemana nak pegi sana?

Dia kata White Sand Dune tu 32 kilometer dari Mui Ne ni. Jauh jugak. Kalau ramai boleh book tour naik jeep ke apa. Tapi dia kata boleh jugak kalau nak naik motosikal. Kena sewa motosikal. Tapi agak jauh.

Aku tengok jam dah petang. Tak sure la sempat ke tak, tapi aku cuba lah. Lagi pun aku dah tak de banyak masa.

Akhirnya aku setuju je nak sewa motosikal di resort ni. Harga sewa motosikal VND 200K untuk 24 jam. Lebih kurang RM20 untuk satu hari !

Kira OK lah. Macam kat Thailand jugak.

Lepas makan, berbekalkan peta dan motosikal, aku pun bergerak untuk merempit !

Adik penjaga motosikal dan mat salleh yang sewa motosikal tapi tak reti bawak. Siap dia bagi training

Bawak motosikal di Vietnam tak macam di Koh Samui.

Sini kena pakai helmet. Kalau tak polis tahan !

So aku pun bergerak la merempit menuju belah utara Mui Ne.  Tak tau nak tuju ke mana. Aku main ikut peta je.

Jalan tak jem. Kira OK lah. Kiri kanan banyak resort resort. Sampai la di satu kawasan tepi pantai macam ni.

Aku stop kejap.

Banyak sampah sarap !

Memang terkejut aku tengok.

Aku ingat lawa la tapi sampah merata. Rupa rupanya bila aku jalan terus lagi, kawasan ni adalah kawasan perkampungan Mui Ne ni. Memang kawasan orang kampung. 

Jalan lagi nampak bot bot nelayan ni.

Cool jugak. Aku stop kejap memerhatikan sekeliling.

Bot bot nelayan

Di hujung teluk sana kawasan perumahan tempatan

Nelayan nelayan di waktu petang

Motosikal yang aku sewa

Tak lama di situ aku teruskan lagi perjalanan.

Lagipun tempat ni belum jauh dari resort aku, so aku fikir, esok pagi pun aku boleh datang. Kalau pagi tengok nelayan pulang dari laut lagi meriah kan.

So aku terus lagi berjalan.

Sampai kat orang ramai ada simpang aku confuse. Aku just berhenti tepi jalan ada makcik makcik tengah melepak.

"Sand Dune?"

Aku menjerit.

Salah sorang makcik tu tunjuk jalan ke kiri. Nasib baik, kalau tak, aku terus ntah ke mana mana. Peta tu tak de la complete sangat pun. Setakat tulis nama tempat je so kalau tak bertanya memang boleh buang masa. Sesat tu mungkin tak la kot sebab jalan dia satu tu je.

Semakin jauh aku meninggalkan kawasan perkampungan nelayan tadi, jalan semakin sunyi. Tak banyak kenderaan. Kiri kanan pun cuma ada resort resort terpencil. Pastu terus tak de apa dah.

Tapi suasana makin tenang dan damai. Nampak laut dan pantai.

Memang menenangkan.

Aku makin suka. Makin excited nak terus ke depan lagi.

Laut biru

Jalan menyusuri pantai. Best gila bawak moto dengan angin sepoi sepoi bahasa Vietnam

Pastu aku nampak orang ramai ramai. Macam tourist spot.

Bila aku rujuk peta tertulis tu kawasan Red Sand Dunes. Memang ada nampak tepi jalan. Tapi bukan tempat ni yang aku nak pegi. Aku nak pegi White Sand Dune. Yang ni aku plan nak datang esok atau time balik nanti.

Aku kena pegi yang jauh dulu. Kang tak sempat. Hari dah makin petang.

Gigih la aku bawak moto lagi.

Dah la tak bawak spek. Tak leh bawak laju laju. Nasib kereta tak banyak.

Ada few time aku ting tong bawak moto belah kanan. Macam kat Malaysia. Bila nampak kenderaan dari arah bertentangan baru gelabah masuk line kiri. Hiks.

Ralit.

Tapi bawak moto dengan angin sepoi sepoi bahasa Mandarin macam tu tepi laut sangat best !

Tetiba nampak segerombolan lembu !


Shuh ! Shuh ! Shuh !

Kalau tak ke tepi kang aku terlanggar pulak. Aku ni dah la rabun.

Terpaksa tunggu dia orang lepas dulu.

Pastu jalan lagi, nampak pulak view view macam ni. Aku stop dan ralit menikmati keindahan pantai. Memang lawa. Aku teruja dan rasa tak menyesal ke Mui Ne ni walaupun bukan ni tujuan utama aku ke mari. Ada tempat lain yang aku lebih excited nak pegi.



Nampak pantai dan laut macam tu. Best gila.

Aku siap berhenti, duduk dan hisap rokok. Layan perasaan. Sambil minum air mineral yang aku siap siap bawak. Memang best. Serious best.

Tak boleh lama lama then aku teruskan lagi perjalanan. Nampak la pasir pasir putih macam ni tepi pantai.

Aku ingat aku dah sampai. Tercari cari jugak. Ini ke white Sand Dune?


Kalau aku ikutkan peta yang aku ada memang macam dah sampai. Tapi tak logik.

Last sekali aku tahan budak naik motosikal bawak kayu kayan. Aku tanya dia.

"White sand dune?"

Aku rasa dia tak reti nak cakap kot, tapi dia dah familiar dengan perkataan tu, so dia just tunjuk arah depan lagi.

Fuh !

Masih jauh kah?

Hari dah hampir petang ni?

Aku merempit lagi. Cuak jugak sebab tengok minyak macam dah kurang. Actually aku letak dah minyak masa keluar dari resort tadi, tapi macam cepat benor dah empty. Aku letak dalam RM6. 

Dah jauh aku berjalan dan memang tak perasan ada orang jual minyak dah tepi jalan sebab memang tak de rumah rumah atau kedai kedai.

Cuak seyyy.

Tapi gigih punya pasal. Teruskan jua.




Miles de sombras cada noche trae la marea,
navegan cargaos de ilusiones que en la orilla se quedan.
Historias del día día, historias de buena gente.
Se juegan la vida cansaos, con hambre y un frío que pela.
Ahogan sus penas con una candela,ponte tu en su lugar,
el miedo que en sus ojos reflejan,la mar se echo a llorar.

Muchos no llegan, se unden sus sueño papeles mojaos, papeles sin dueño Muchos no llegan se unden sus sueño papeles mojaos, papales sin dueño

Fragiles recuerdos a la deriva degarran el alma,
cala to los huesos el agua los arrastra sin esperanza.
La impotencia en su garganta con sabor a sal,
una bocanada de aire le da otra oportunidad.
Tanta noticia me desespera, ponte tu en su lugar,
el miedo que en sus ojos reflejan, la mar se echo a llorar.

Muchos no llegan, se unden sus sueño papeles mojaos, papeles sin dueño Muchos no llegan, se unden sus sueño papeles mojaos, papeles sin dueño

Muchos no llegan, se unden sus sueño papeles mojaos, papeles sin dueño
Muchos no llegan, se unden sus sueño papeles mojaos, papeles sin dueño
Chambao - Papelas Mojados

Pastu jalan semakin sunyi dan sepi.

Tak de kenderaan lalu. Dari kawasan bertanah putih jadi merah semula. 

Sudah !

Cuak aku. Cemana ni?????

Agak jauh la the aku nampak dari kejauhan macam kawasan padang pasir. Jauh ke dalam. Dalam hati aku fikir.

"Betul ke?"

Nak tanya orang pun tak de orang. Last sekali aku gamble je. Aku masuk lorong berbatu merah tu. Tapi jalan teruk gila. Dekat 1 KM aku rasa macam dah salah jalan.

Sudah.

Tak boleh jadi macam ni, aku pun patah balik.

Pastu aku tak tau mana nak tuju.

Ada jalan ke mana ntah, aku terus je... jalan semakin sunyi. Hari makin petang. 

"Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* Echo 14 kali

Begitulah suara Naruto kecewa penuh kehampaan................

8 comments:

  1. drebar aku ke halong bay sumpah slow. cacat!

    phan thiet??? KAHKAHKAHKAH!

    ni trip main main ikut hati dan perasaan gak ke siap benti sukati?

    best gak tgk otw tepi2 pantai tu kan ek..macam nz, siap nampak lembu! tapi kaler cokelet hahaha..

    weh cantik la mui ne ni! geram lak aku tgk! cis! tapi, tapi, tapi...KO TAK JUMPA GAK LA WHITE SAND DUNES TU??? (penat mak baca line by line nok!)

    ReplyDelete
  2. jauh ke nak gi halong bay tu dari hanoi?

    ReplyDelete
  3. aku jumpa white dunes tu tapi hari dah petang... hantu hantu pun dah mula keluar nak menyerang hendap

    ReplyDelete
  4. jauh gak la sampai ko bleh rasa nak suh drebar tu kuar, ko yg drive!

    owh jumpa...bestnyerrrrrrrrr!

    ReplyDelete
  5. mesti kau nak drive bas tu sambil pakai spek mata lalat

    ReplyDelete
  6. waaa~~..kagum jap psl Mui Ne tu,x tau lgsg kewujudan tmpt tu..padahal 4-5 kali gak ke Saigon..stay mn ms kt Saigon

    ReplyDelete
  7. Jaja : Saugon stay kat 2 hotel.. lupa la nama dia ( malas nak refer ) tapi ada tulis kat entry..

    tapi yang second nite tu memang betul2 sebelah market.

    AAN : nama resort dia sunrise beach resort..

    berlambak resort kat Mui Ne ne....

    ReplyDelete