Pages

Friday, July 13, 2012

Highlight - Harapan Ke Mulu

Kuatkan radio.. Kuatkan radio....

Korang pernah dengar lagu tu? Aku rasa nak penampor dash board je tanda amok bila dia sebut....

"di.. key ell... di key ell..........."

Argh. Aku stress tak menentu. Pastu dengan suara penyanyi pompuan macam chipmunk tu aku rasa lagi nak hantuk kepala ke stereng keta bila dengar lagu ni ketika memandu.

Dah.

Bukan tu yang aku nak cakap. Ada benda lain.

Aku dah bagitau belum?

Belum ek.

Last weekend aku pegi cuti cuti bersatu dengan alam !

Hah. Kalau kau orang tengok gambar gambar ni mesti menangis hiba keluar manik manik kacha.

Sila mulakan tangisan anda sekarang....................

* hulur tisu berjenama Premier kat semua orang.

Keindahan dan kedamaian di Bungai Beach

Gua Niah yang penuh misteri 

Iconic Caves di Mulu

Bat Exodus 

Sarawak Chamber di Mulu

Pinnacles di Mulu National Park

Amacam???

Hebat tak?

Now... henti kan tangisan anda. Henti kan !!!

Bukan kau orang yang patut menangis.............

Tapi aku. Aku !

* rampas tisu dari tangan JieJah.

Aku yang patut menangis !

Trip yang ku sangkakan menjadi pertembungan dua dunia yang berbeza, penyatuan dua jiwa yang seia sekata, trip bersempena dengan hari jadi yang dijangka menghebatkan perasaan hati ini... gagal !

* kesat air mata.

"Comot tak smokey eyes dari Maybeline Mascara aku ni??"

* seka lagi air mata yang mengalir di pipi.

Musnah !

Hancur !

Hancur tahu tak????

Punah dan kecewa harapan ku ini berduka lara nestapa......

Semuanya.. hilang begitu saja.

* pandang ke langit dengan air mata terus terusan mencurah curah turun.


Bila ku kenang kurenung
Remuk rendam rasa tak tertanggung
Harapan bahagia nan menggunung
Terhampar hanyut terapung

Harapan untuk bersama
Mendirikan istana asmara
Berpadu kasih erat dan setia
Kiranya tak terlaksana

Harapanku kecewa
Dalam manis madu kata-kata
Dengan pujukan yang hanya dusta
Aku terpedaya

Alam sekeliling membisu
Tak sepatah kata nan merayu
Hanya kau menanggung derita pilu
Tak seorang pun yang tahu

"Eh.. betul ke tak comot ni??? Tak pe. Nanti aku tukar pakai SimpliCiti" ( ntah cemana eja ni? )

Ya.... Aku kecundang sebelum berjuang.

Punah ranah macam batu batu berantakan bila gempa bumi menyerang.

Semua yang aku mahukan, musnah !

Dan hanya ini yang aku dapat..............

* sedu sedan terkeluar bunyi badak sumbu....














OK. Dah abis berdrama swasta.

Terimalah hakikat, plan aku nak menjejak kan kaki di tempat tempat idaman aku tu konon dengan trip bersatu dengan alam adalah musnah.

Banyak benda berlaku, though aku berjaya sampai ke Miri, tapi tak lepas nak ke Mulu. Sudahnya aku stuck di Miri tak tau nak buat apa.

Dengan cuaca yang tak menentu. Dengan limitation nak bergerak sebab tak de kenderaan. Dan macam macam perkara lagi, maka trip 3h 2 malam tersebut berakhir dengan kerengsaan jiwa dan ketidak puasan hati yang akan menghantui diri ini sehingga bila bila.

Sehingga la aku ke sana semula nanti. ( Tak tau bila ).

Apa apa pun, good to be back. Ada rasa kecewa sebab semua hajat tak kesampaian. Berada di Miri yang aku rasa bosan macam hapa je. Sampai aku rasa, travel di luar negara lebih senang dan mudah daripada di negara sendiri.

Tapi apa apa pun, end up aku habiskan trip kali ini dengan memanjakan diri dan pose pose Firauan bermalas malasan di hotel saja.

Trip ini telah menjadi trip mewah tak bertempat !



Biar saja aku simpan kekecewaan hati ini selamanya.

* poyo.

Ada rezeki, Insya Allah.

Nanti la aku rajin aku buat entry. Kali ni tak rajin. Masih tak dapat menerima hakikat.

* hembus hingus keluar cendol hijau.

Semuanya ni sebab perancangan yang tak rapi. Ketentuan Tuhan pun mungkin dah macam ni. Redha je lah. Mungkin ada rahmat dan hikmat di sebaliknya.............

Amin.

* pekup muka dengan bantal dan nangis 40 hari 40 malam.


Begitu la juga kecewanya sepatu ni. Merata rata dia berjalan, dari Buenos Aires sampai ke Miri.... juga gagal menjejakkan kaki ke Mulu...........

Trip birthday ke Mulu yang pilu......................................

* baling kotak tisu jauh jauh dan ambik peti sejuk buat twirl laju laju di hujung jari ......

Dah ! Aku nak tiup lilin.

p/s btw kalau naik AA bulan ni atau bulan depan, jangan lupa pre order, nasi ayam masak merah. Inzal sampai ke dinding ! Siap ada kurma 2 bijik.

7 comments:

  1. Selamat Hari Bertambah Usia. Panjang umur dan murah rezeki. Moga Allah beri kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Àmin. * akak dah tengok dalam air kopi kacip fatimah. Hari ni birthday Meng.

    ReplyDelete
  2. gelak sorang2.
    tak tahan keluar cendol hijau.

    ReplyDelete
  3. Hehe..kecewa thp dewa tuh nmpknya!

    ReplyDelete
  4. Wahhhh kasut baru ka???? Huhu....ermmm ahad nih balik KL meg dah pre order ayam masak merah tu... Kalo x inzalicious... Meg campak ke cikdu hahahha

    ReplyDelete
  5. meng,

    aku sokong ko..rasanya pergi obersea lagi mudah dr travel kt msia ni..

    aku teringin jgk nk pg pinnacles mulu tu...tp sbb rasa ssh sgt nk pergi, aku pendamkan ajer..

    next time klu nak pg, bawaklah geng...kt plan btl2...

    ReplyDelete