Pages

Wednesday, July 18, 2012

Birthday Bash 2012 - Part 2

Sambungan dari semalam.

No....................... !

Jangan spekulat aku dengan GBS pegi desco. Gila ke apa, BW dengan tudung kerawang kerawang tu nak masuk desco. Kang dia sibuk tanya aku, itu apa, ini apa, kenapa orang semua datang desco? kenapa mesti datang desco? Apa ada di desco?

Dia tu wanita kampung !

* lari sambil junjung speaker

Kita orang memang malas nak menjawab tu semua kat dia.

Aku pun dah lama tak gi desco. Aku pun bukan la kaki desco pun. Pegi kadang kadang dulu dulu untuk socialize jer. Tak de lebih dari tu. Sekarang ni pun lepak lepak kat bar cuci cuci mata je. Tu pun kalau kat oversea. Kalau kat Malaysia ni dah tak berani.

Ramai Paparazzi !

Nanti Makcik Mona atau Pakcik James tahu mereka naik hantu.

Apa apa pun, lepas acara makan makan dengan kenyang semalam, kami pun bergerak pegi karaoke. Idea karaoke ni pun datang last minit sebab masing masing tak nak beranjak. Tetiba je.

"Lepas ni kita nak ke mana?"
"Ntah"
"Karaoke jom?"
"OK jugak"

Dah semua free serta mendapat pelepasan satu malam. Apa laga...

Masa untuk goyang goyang bontot.

Pilihan kami tak lain dan tak bukan di Red Box The Gardens.

Ayuh !

Kita gegas ke sana. Dah dekat pukul 1 pagi dah ni.


Memang kita orang selalu melalak di sini pun. Tapi dah lama tak melalak !

Serious dah lama !! Tekak dah berkarat sudah lama tidak di cuci, maka dengan itu, malam tersebut menjadi medan pertempuran suara katak puru dan katak pisang berdendang sayang.

Red Box terletak di level 5

Medan pertempuran 

Mamat ni tengah melayan kita orang

Masa untuk mabuk mabuk

Antara pilihan yang ada... Tapi kami tetap memilih teh o ais limau. Kau mampu????

Mak Iti turut serta sebagai artis undangan. Tapi dia duduk dalam TV. Puas pujuk dia tak mahu keluar.

Dan melalak lak kita orang dalam bilik ni lupa diri 

Fun. Gelak tak berhenti. Menyanyi ntah hapa hapa. Tarik key lagu rock kapak terkucil sana sini. Terbang ke laut, masuk lombong, jatuh gaung.

Sapa peduli?

Tak de orang.

Kita kita orang jer. BW tukang pilih lagu, kita orang bantai melalak.

Apa yang penting.................... get together and fun fun.

Nyanyi lebih kurang 3 jam lepas tu Red Box pun dah nak tutup. So kami pun blah dari sini.

"So mana? Zur Eda?"
"Hmmm OK"

Semua je setuju.

Tak de masalah. Alang alang dah balik lambat, balik lambat terus. Masing masing ada kunci rumah jadi tak de yang kena tidur kat luar rumah.

Sampai dah kena halau dari Red Box tapi tetap tak nak balik rumah. Sudahnya kita orang pegi berkumpul pulak untuk upacara bersihkan tekak yang berkeladak tadi dengan minum minum dan lepak lepak di Zur Eda.

Keluar parking

Dan destinasi kami seterusnya adalah ke Bangsar !

Jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi.

* campak jam dalam longkang

Parking di Telawi

Kau lah, pelita yang menerangi hidup ku... tanpa mu hidup tak bererti.....- Zur Eda

Dan ada lagi yang masih mahu melantak pagi pagi begini.

Macam sahur pulak.

Roti bakar

Roti Bom

Dan ada jugak yang makan mee goreng dan maggie goreng.

* sembunyi tangan ke belakang.

Sambung borak lagi. Kalau kat karok tak leh borak sebab masing masing nak mempamerkan skill meneran, kini dah boleh borak.

Sampai sampai je BW pegi kencing, pastu dia balik ke meja, cepat je dia merepot.

"Ada awek cun kat belah sana. Korang mesti suka"
"Tetek besar?"
"Mana I tahu"

Ting !

Semua teruja.

"Aku buat buat pegi toilet jap"

Aku pegi dulu. Usha. Memang nampak OK. Comel jer.

Pastu IH tak puas hati. Dia pulak pegi. Bila dia balik. Kami tanya.

"Cemana?"
"OK lah"

Tu jawapan IH.

Pastu MH tak puas hati. Dia pulak pegi. BTW.. Sepanjang satu malam bersama sama. MH adalah 2 kali berak. Sekali di Naili's dan sekali lagi kat Red Box. Memang la bontot tak terdidik. Di mana saja boleh berak.

MH pegi dengan semangat 46. Bila dia balik kita orang tanya.

"OK tak?"
"Errrr.. "

Taste dia kan pelik pelik sikit. Amoi amoi skirt pendek dia suka lah.

Then sambung borak. CP sah sah lah tak pegi usha sebab gofren baru dia ada sebelah. Nak kena simbah dengan kuah kari !

Tengah borak tu, tetiba terperasan minah cute tu dah tak de.

"Dia dah balik la, apsal dia tak lalu sini?"
"Eh... minah tadi tu yang mana?? Bukan yang duduk kat situ ke?"

MH bertanya.

Sah !

Dia telah silap orang !! Salah teropong. Lain yang di suruh, lain yang di usha.

Hampeh.

Buang karen je.

Sambung borak lagi lupa diri.....

Handphones masing masing berkali kali berdering ada orang tanya bila nak balik. Hiks

Tak tau ke laki laki dan bf bf korang ni tengah berhibur tanpa batasan dan melupakan faktor umur????

Pastu insap. Konon nak balik. Lepas bayar. Lebih kurang pukul 5 pagi dah.

Pegi ke kereta.




Borak lagi kat parking !

Pong pang pong pang. Kesian gofren CP siap siap mengantuk. Mesti dia kata kita orang gila.

Tu lah. Kalau tak jumpa tak apa. Bila dah jumpa, macam ni la jadinya.  Kalau tak jumpa memang payah nak jumpa, sekali jumpa macam ni lah semua tak nak balik.

Pagi pagi, OR dah muncung macam kuda laut sebab aku cakap aku nak tidur satu hari sedangkan aku dah janji nak bawak dia pegi beli barang dan bawak Hero tengok wayang.

Sorry! Papa kadang kadang berjiwa muda dan cepat lupa diri.

Apa apa pun, thanks to CP yang belanja kita orang makan. Thanks to MH jugak belanja kat Pelita. Thanks BW for the cake. Thanks to GBS yang celebrate birthday aku yang sederhana tapi meriah ni. Juga untuk gofren CP yang tak tau betapa lama bertahan tu. Rasanya next perjumpaan, CP bawak gofren lain pulak.

* lari........

Anyway, sesungguhnya abang terharu menetes air liur.

Insya Allah. Ada masa kita berkumpul lagi.

* percikan bunga api kat KLCC

Terima kasih kerana menjadi kawan kawan yang baik.

bersambung..............


I see it in your eyes
Love you cant describe
Trust me and you'll see

Stars never burn its bright
Everything feels right
Will you stay with me

You always be my friend
Gentle and so true
Promise that wont end
If I stay with you
Stay with you

You will always be my friends
That will never change
That will never end
If you stay with me
Stay with me

This love is more than you and me
Friends more than friends will always be

I'll take you in my arms
We'll fly away so far away

Our time has just begun
Here in the sun
So stay with me

I know I dream of this
Wake me with your kiss
And I'll sing to you

Your smile is all I see
Falling hopelessly
More in love with you

Then, stay with me
To a perfect world
To a wonder sea
Happy and so free
You and me

2 comments:

  1. kitorang karok kat redang sampai mat saleh sume ternganga sbb sedap ya amat hahaha!

    ReplyDelete