Pages

Thursday, July 26, 2012

3H2M : Miri Yang Ngeri - Part 4

Akhirnya dapat naik bas menuju ke airport.

Bas pun agak comfortable sebenarnya. Kalau aku tau, awal awal lagi aku plan berjalan naik bas. Cuma tak pasti jadual bas la pulak.



Sampai airport, aku masih ada banyak masa tersisa.

Tak buat apa, pusing pusing hisap rokok tengok orang. Hari pun dah hampir petang. Nampak matahari macam cantik je. Mesti sunset cantik. So aku ingat nak pegi ke Luak Esplanade.

Aku tanya satu minah ni.

"Kalau ke pantai jauh tak?"
"10 minit"
"Jalan kaki?"
"Kalau jalan kaki jauh"

Hmmm

Tak de daya dah aku nak berlawan dengan takdir. Terima je lah.

Aku tanya teksi, pegi Luak Esplanade dia charge RM24 ! Sehala !

Pala bapak dia. Aku rasa pun tak de la jauh mana. Memang tak de rezeki. Terima je lah Supermeng. Redha dan terima dengan ikhlas. Kadang kadang apa yang di rancang memang tak akan terjadi kalau Tuhan dah tentukan sebegitu jadinya.

* picit picit dada sendiri kasik keluar susu

So aku pusing pusing lepak lepak kat airport je sampai la penerbangan aku pulang ke Kuala Lumpur malam itu.

Miri Airport


Teksi teksi lintah darat beratur

Hajat tak kesampaian

Airport Miri

Pegi Office MAS ambik refund

Airport

Senja yang berlabuh


Sarawak 

Airport

Begitu la al kisah perjalanan sewel di Miri.

Kesimpulannya apa??

Kesimpulannya..... jangan travel dalam Malaysia ! Pegi oversea ! Lebih senang dah mudah.

Hahahaha.

Tak de lah. Apa apa pun, perancangan itu penting. Aku ni suka gamble sebab aku suka suprise, tapi bila jadi macam ni agak mengecewakan jugak. Apa apa pun, aku redha dan terima seadanya. Nak kata bila lagi nak pegi Miri aku sendiri pun tak pasti. Tak de la dalam setahun ni kot unless pasal kerja ke apa which I dont think so.

Hasrat pegi Mulu masih ada tersimpan, tapi sampai bila pun aku tak pasti.

Apa apa pun, banyak pengalaman dan pengajaran dari trip 3H 2M ke Miri ni.

Aku sampai di LCCT pukul 9.30 malam dan OR dah menunggu dengan se tin air kopi tongkat ali.

"Awak OK tak Yang?"
"OK jerr"
"Frust tak?"
"Hmmmmm"
"Serik tak?"
"Tak !"
"Memang orang kalau degil macam tu lah"

Hi Hi Hi.......

Di sini aku ada beberapa info menarik yang ingin aku kongsikan bersama mengenai bandaraya Miri.

Bandaraya Miri tidaklah se-gah seperti bandaraya Kuala Lumpur, gahnya mungkin lebih kurang seperti bandaraya Kuala Terengganu atau bandaraya Alor Star sahaja. Jika anda meronda-ronda di sekitar bandaraya Miri, tidak perlu takut jika tersesat. Pusing-pusing, anda tetap akan balik ke pangkal jalan.

Menjelang pukul 7 malam, bandaraya Miri boleh dikatakan sudah 'mati'. Tidak ada lagi bunyi bising enjin kenderaan, yang masih tinggal hidup ialah kedai-kedai makan, pub-pub dan kelab-kelab malam serta shopping complex. 

Tiga buah shopping complex yang aku rasa agak terkenal di sini ialah Parkson, Boulivard dan Imperial Mall. Jika anda membeli-belah di Boulivard di hujung minggu, bawalah beg plastik sendiri dari rumah, jika tidak anda akan dicaj 20 sen untuk setiap beg plastik yang disediakan.

Di bandaraya Miri juga terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual beg-beg tangan jenama tiruan, luggage, T-shirt, jam-jam tangan, perkakas dapur, peralatan elektrik (yang sesetengah jenamanya tidak mungkin dijumpai di Semenanjung) serta barangan-barangan tembikar dan plastik kualiti murah buatan China yang dijual pada harga yang agak berpatutan.

Walau bagaimanapun, harga barangan runcit dan makanan di sini agak ketara mahalnya berbanding di Semenanjung. Bezanya di antara 50 sen hingga 3 ringgit. Untuk segelas Nescafe tarik, harganya RM1.80.

Pasar Malam Hujung Minggu Sarbekas Miri diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu malam. Tidak banyak bezanya dengan pasar malam di Semenanjung. Kepak ayam yang dimasak secara panggang sangat mudah di dapati di mana-mana hatta di tepi jalan, dijual dengan harga RM1.50 sekepak.

Lelapan mungkin antara menu makanan yang paling popular di sini. Ia sebenarnya adalah menu asal dari Indonesia. Lelapan ada pelbagai jenis tetapi yang paling popular ialah Lelapan Ayam. Ia adalah hidangan nasi putih, sambal pedas, one-quater ayam goreng, tempe goreng, tauhu goreng serta beberapa jenis sayur yang dicelur antaranya ialah kubis dan kacang panjang. Purata harganya ialah RM9 sepinggan.

Kuih-muih masih dijual dengan harga 3 biji seringgit. Namun untuk mengelak rasa was-was, pilihan paling selamat belilah dari penjaja wanita yang memakai tudung (Nota: Orang Iban dan Melayu tidak banyak beza wajahnya)

Jika orang Kelantan menyebut Teh Ais sebagai Teh Beng dan dan Teh O Ais sebagai Teh O Beng, manakala di sini Teh Ais ialah Teh Peng dan Teh O Ais ialah Teh O Peng. Begitu juga dengan Nescafe Peng, Milo Peng, Teh O Limau Peng dan sebagainya.

Tidak ada roti jenama Gardenia mahupun High 5 di jual di sini.

Rokok jenama ERA mungkin jenama rokok paling popular dan paling laris di sini. Harganya di antara RM1.30-RM1.50 untuk setiap bungkusan 20 batang.

Penggunaan parabola di rumah-rumah yang kaya agak berleluasa, seperti tidak menyalahi undang-undang.

Bandaraya Miri juga terkenal sebagai Bandaraya Minyak. Jika berkunjung ke Miri, jangan lupa singgah di Muzium Sains Petroleum Miri yang agak mengagumkan.

Pusat Kraftangan Miri adalah tempat terbaik untuk mendapatkan cenderahati untuk di bawa pulang jika berkunjung ke sini. Ada pelbagai hasil kraftangan Sarawak dijual dari kain sarong batik Sarawak, kain Pua Kumbu, pasu Sarawak, beg dan rantai manik, perisai kayu berukir (digunakan dalam tarian Ngajat), tikar kayu dan rotan, parang ilang dan banyak lagi selain T-shirt dan key-chain.

Bandaraya Miri juga mempunyai sebuah taman awam yang dikenali sebagai Taman Awam Miri yang sangat bersih dan segar mata memandang yang dapat dinikmati dari atas jambatan gantung yang panjang merentasi taman tersebut.

Dua buah pantai yang popular di sini ialah Pantai Tanjung Lobang dan Luak Esplanade. Pantainya bersih dengan tempat parking kereta yang luas, namun agak tidak sesuai untuk berkelah dan bermandi-manda, bolehlah sekadar untuk duduk santai menghirup udara segar pantai sambil menikmati kepak ayam panggang dan jagung bakar.

Taman Negara Gua Niah yang terkenal adalah sejam perjalanan dari bandaraya Miri jika memandu, terletak di tengah-tengah laluan yang sama ke bandar Bintulu yang memerlukan satu setengah jam lagi perjalanan untuk sampai ke sana. Manakala jika hendak ke bandaraya Kuching pula dari Miri, perjalanannya adalah selama 14 jam dengan memandu kereta.

Credit goes to him.

TAMAT

6 comments:

  1. kalau yg suka trekking boleh ke Bario dgn menaiki Twin Otter yg cam kat atas tu. jgn lupe rasa nenas Bario memang superb manis dan jgn lupe juga beli beras Bario.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah. tu la lenkali sblm pegi plan btl2 dulu. kat lambir waterfall layan gak. kat lambir borneo rainforest pun layan.

    ReplyDelete
  3. byk alternatif lain la oi kalo nk kemiri. niah caves pn ade la

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat pergi Lambir Hills National Park pun dan cukup bagus :D

    ReplyDelete
  5. Ala die nie..memang bandaraya Miri tk segah bandaraya Kuala Lumpur,tapi ianya gah bagi org di Miri..kau tau tak,International University yg paling terbaik dan besar sekali ada kat Miri..kat mana?kat Miri jugak kan..ade kat KL?tk de..setakat universiti biasa jer,tk payah ckp lah...Tau tk university yg paling terbaik tu ialah Curtin University..korang ade?

    ReplyDelete