Pages

Tuesday, July 24, 2012

01 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Inspektor Hindu - Blueberry Muffin

Assalamualaikum salam ku utus pembuka bicara...

Hahaha

Hey hey hey...apa khabar puan-puan sekelian, jangan bergerak nanti Inspektor tembak !!!!!!

Apa?? Tak sihat?

Okay la, chef taknak buang masa lagi (ada kao feeling-feeling chef sampai guna kata nama ganti diri chef ?

* Matilaa double A ahahhaha

Chef nak berkongsi dengan korang semua cara-cara nak buat BLUEBERRY MUFFIN...


Kenapa blueberry dan bukannya nangka mahupun buah nona?

Eh, korang dah kenapa? Suka hati aku la...i bake u listen ok...haha

Okay la, sebelum tu chef nak perkenalkan bahan-bahannya dulu...

Dijemput masuk :

a) 3 biji telur
b) 500 g adunan pra campur blueberry muffin (haha matilaa nak express)
c) 130 ml minyak jagung
d) 110 ml air
e) Jem blueberry (ni yang beli kat kedai kek yang nak buat filling tu)


Baiklah, meh sini aku bagitau cara-caranya :

1) Mula-mula, pukul telur sampai kembang (aku guna hand mixer)


2) Pastu campak minyak jagung dengan air. Pukul lagi sampai lebam.

3) Kemudian, masukkan adunan tepung pra campur sikit demi sikit ye. Aku nak cepat aku humban sekali masuk je.

4) Pastu, masukkan sesudu besar jem blueberry. Ratakan (ni kasi effect kaler lawo sikit)


5) Dah tu, sudukan adunan tadi dalam acuan. Ingat, ¾ je...jangan bubuh sampai penuh pulak. Nanti melimpah-limpah..dah tak cantek..

6) Untuk rasa blueberry yang lebih jitu lagi mengkhayalkan, letak jem blueberry tu ikut sukahati kau nak banyak mana dalam acuan tu. Pastu buat la bentuk apa pun untuk effect visual yang lebih menggiurkan. Tak pun, masukkan adunan dalam acuan separuh dulu, pastu masukkan filling blueberry tadi and then masukkan separuh lagi adunan tu sampai ¾ penuh. Kira macam ada inti laaaa..hmmmm tak reti aku nak terangkan...pendek kata, ikut suka hangpa la nak buat lagu mana...janji jangan bubuh penuh acuan tu, sudah...



7) Ohhh ye, sebelum tu, preheat dulu oven korang 180 darjah celcius.

8) Lantas sumbat la muffin tu dalam oven. Bakar selama setengah jam ok.


9) Tadaaaaaaaaaaaaa....dah pun siap untuk dihidang...sesuai untuk dimakan waktu minum petang ataupun di kala berduka lara...hahahaha




Oh, lupa nak bagitau, sukatan ni untuk lebih kurang 10 ketoi muffin.

Senang je kan? Apa lagi, moh kita memasterchoikan diri kita buat muffin ni..

SELAMAT MENCUBA...

pangggg

* lempang diri sendiri

Kos pulak...actually kos nak buat ni tak banyak mana....

Meh sini aku breakdown kan kos-kos yang terlibat...hahaha
  • Telur 3biji – tak sampai singgit
  • Minyak jagung (550 ml) – RM6.50. Guna 130 ml je. Jadinya kos minyak lebih kurang RM 1.54 (ko mampu kira sampai 2 tempat perpuluhan)
  • Air – aku guna air paip je – free
  • Adunan pra campur – Sekilo RM 15. Guna setengah kilo je kan? So ongkosnya RM 7.50
  • Jem blueberry – satu bekas tu lebih kurang RM 5. So aku tak tau berapa hinggit aku pakai. Tak sampai separuh pun.
So, totalnya korang kira la sendiri..hahahahaha (alamak, lebih RM 10...aci ke tak ni Meng ?)

OK lah.. Inspektor nak gerak dulu ni... Maklum la sekarang bulan puasa banyak bas tambahan dari KL ke Batu Arang tuh.

Apa??? Yenadeyyy.

Kau speku chef Inspektor Polis??

Choi !!

Chef ni choma inspektor tiket bas sahajorrrrkkk.. !

Undilah Chef !!!!

17 comments:

  1. Sangat sedap nampaknya muffin itu.

    membuatkan aku lapooooooooo....

    ReplyDelete
  2. cobaan gadis pejabat membuat onar di sini

    ReplyDelete
  3. hoi hoi..sudah kah kao kira berapa kalori itu hidangan??

    gadis pejabat tu bukannya slim sgt tuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Ekekeke... nnt iols balik nak try.. tapi uols punya nih mcm buruk sket jah pembalut diahh?

    iols akan beli pembalut yang cantik dan semoga kek mufin iols nanti gebu!

    my fav - blueberry muffin!!

    ReplyDelete
  5. fida,

    Inspektor Hindu bukan kira cantek, dia kira sedap..

    Kita gadis2 yang cantek ini akan mencantikkan lagi kuih muih..

    *baling saintis muda dengan aluminium foil*
    "berani ko kata aku tidak slim?!!..Tengok!!"

    *Tunjuk PB

    ReplyDelete
  6. hahaahh! canteqqq ke kita uols.. silap2 abang meng ni lagi canteqqq dari kita dua uols.. how? ekeke...

    iols nak makan blueberry muffin la kejap lagi.. kempunan kekdahnya tgk gmbar nie..

    ReplyDelete
  7. tu dia start dah!

    *cangak nganga dpn tv*

    serius...seriussss??? jadi??? omg!

    *tepuk tangan sampai gegar rumah*

    ReplyDelete
  8. kekdahnya nape si fida jacob ni mcm merembes sgt dgn abg meng? motif? hahaha

    ReplyDelete
  9. aku undi yang ini...!!!

    ReplyDelete
  10. kekeke.. rembes ke? tak pon! cumanya kagum laki pandai masak.. kalau uols?? cehhh!

    see you later buka puasa.. ill be late okeh.. motippp msg kat sini? haha..

    ReplyDelete
  11. sudah korang masuk kelas nun..hahahah..*sewel*

    ReplyDelete
  12. uols yang bernama danny, motip la iols nak merembes kat sini? hahaha..

    see you later!

    ReplyDelete
  13. hey hey hey...chef datang...haha

    tu acuan la...aku guna acuan murah tu je...chef tak mampu nak beli muffin tray...hahaha

    pembalut dia ada dalam acuan tu...

    -INSPEKTOR HINDU-

    ReplyDelete
  14. Betul tu gadis pejabat
    *high five dgn GP (gadis pejabat)

    cantik tak cantik belakang kira...janji rasa ada, tak beracun, ngappp, tak gitu GP?

    -INSPEKTOR HINDU-

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum anak2 semua. Ni ustazah pilihan muncul nak bagi tazkirah petang.

    Rupa cantik Allah tak pandang kalo amal ibadat tak cukup ye anak2. Siapa kita yang nak mengutuk muffin Inspektor hindu kali muffin kita sendiri tak tau camne rupa bentuknya. Mungkin terlebih buruk atau terlebih cantik tapi rasa tak sedap. How?

    Rupa yang cantik pun akan jadi macam langsuir kalo dah kebulur nak makan muffin yang sedap ini. Ya begitu ustazah pilihan muncul dengan tazkirah sambil mencerca.

    Sekian semua. Mari kita bertobat sama2 dengan kata2 walaupun hidup seribu tahun kalo x semayang apa gunanya. Akhir kata sila undi ustazah pilihan untuk resipi meletop dari syurga dunia.

    Larikkkk masuk masjid sebelum kena ketuk ngan inspektor hindu!!!

    ReplyDelete
  16. hahahahaha tu dia ustazah pilihan dah dtg awal2 sebelum resipi dia kuar!

    drama sgt masterchoi ni kalah masterselebetriti!

    ReplyDelete